Kau kekasih hingga ke akhirnya...

Sunday, January 29, 2017

maaf bakal suamiku

aku belek2 draft post, rupanya ada post ni yang aku tak publish, aku tulis ni beberapa bulan sebelum jadi isteri dia. 

sekarang dah tiga tahun lima bulan aku jadi isteri dia. dan aku dah pun jadi ibu kepada anak-anak dia. dan dia masih setia menerima dan memaafkan setiap kekurangan aku :')

terima kasih suamiku.

...................................................................................................................................................................

ini aku tulis ikhlas, khas buat lelaki yg bakal jadi suami aku kelak.

buat lelaki yang bakal memimpin aku kelak, pertama sekali, MAAF, MAAF sebab bakal isteri awak ni sangat sangat sangat MANJA orangnya. semua benda tak reti nak buat sendiri. maaf sebab bila penat sikit, suruh awak bawakkan handbeg. maaf sebab bila bab berurusan dgn orang, selalu suruh awak yg pergi tanya macam2. maaf bila nak beli apa2, awak yg kena beratur belikan. maaf, bakal isteri awak ni terlalu bergantung kpd awak.

kedua, maaf bakal isteri awak ni tak pandai masak LANGSUNG. maaf sebab selama ni, yg goreng telur and kentang untuk saya pun awak. yg bawakkan saya bekal nasi goreng masa saya kerja dulu pun awak. maaf sebab tak pernah masakkan awak apa2. cuma pernah buatkan sebiji kek khas di hari jadi awak, dan itupun awak kata kek paling sedap pernah awak makan. maaf sebab dah berapa kali awak mintak saya buat kek tu lagi tp saya tak buatkan. :(

ketiga, maafkan bakal isteri awak ni yg terlalu KASAR orangnya. tak boleh nak ckp lembut2 sikit dgn awak even dlm telefon. maaf kadang2 tinggi suara kat awak, dan selalu sangat pukul badan awak selama 4 tahun kita bersama. maaf awak sering menjadi mangsa keganasan wanita seperti saya. 

keempat, maafkan sikap EGO saya yg terlalu tinggi. bakal isteri awak ni langsung tak boleh nak mengalah dalam apa jua keadaan. maaf. =,="

kelima, maafkan bakal isteri awak ni kerana terlalu menyayangi awak dan maaf juga kerana sering buat perangai yang menyakitkan hati awak.

time kursus kahwin. 

moga Allah tolong kita. 

perpisahan terakhir

assalamualaikum.
bagaimana harus aku memulakan bicara, sedangkan hati masih enggan melupakan apa yg telah terjadi.
benar, jodoh, ajal, rezeki, semua itu rahsia Allah.
maka kini, aku coretkan secebis kisah untuk aku ingat sampai mati,
kisah pemergian dua orang insan paling aku sayang dalam hidup aku, dua orang insan paling dekat dalam hidup aku, 
kisah pemergian ayah dan adik aku.

suddenly.
Allah tarik ayah dan adik dari dunia, dengan cara yang paling aku tak sangka.

22 Januari 2014, masih segar di ingatan apa yang berlaku, masih terbayang-bayang di mata kejadian yang menimpa. sbb aku, adalah antara manusia yang sempat tengok mereka di lokasi kejadian.

subuh, mak ketuk pintu bilik kami dgn ketukan yg paling kuat, bagai nak pecah pintu bilik sambil menjerit, "along bangun!! ayah kamu eksiden!!" 
sekelip mata darah berderau, hati berdebar. "Allah, selamatkan ayah dan adik." merayu dalam hati.
kawan pakngah(adik ayah) yang bgtahu mak and bawak kami ke tempat kejadian di Klah Baru, Sungkai. my husband pergi kampung kt Menderang, Sungkai bgtau pakngah, suruh pakngah datang. but at that time mak tak bagi bgtau opah lagi, sbb opah ada sakit jantung, takut opah shock.

dalam kereta otw nak ke tempat kejadian, mak dah menangis2 sambil beristighfar. aku peluk aidil dan irah sambil tak putus2 berdoa, moga2 kemalangan kecik, moga2 ayah dan adik selamat. sumpah, itu adalah detik paling mencemaskan dlm hidup aku. paling menyeksa batin bila meneka, apakah ayah dan adik selamat? apakah hanya kemalangan kecil? apakah tak teruk sangat? hati sangat berharap apabila sampai, ayah dan adik masih bernyawa dan tidak apa-apa.

tapi, apa yang aku lihat, runtun jiwa dan luruh segala rasa. benda pertama yang aku nampak adalah seekor lembu besar gedabak mati terlentang tgh jalan. at that time my mum dah meraung dan tersungkur atas jalan. aku papah mak bawak ke tepi. dan saat itu juga aku nampak kereta Kelisa kami hancur tgh jalan, dgn bahagian penumpang tempat arwah adik duduk remuk teruk berlumuran darah.

aku terkedu. namun tiada tangisan yang mengalir. tiada air mata jatuh menuruni pipi. sbb aku mengharapkan ini semua satu mimpi ngeri, yang aku akan tersedar pada penghujungnya. aku peluk aidil yg sedang menangis tanpa suara, dan irah yang diam tak mengerti apa-apa. dan tika itu juga aku nampak sekurjur tubuh terbaring kaku di atas jalan raya, masih kemas berpakaian seragam KRS, sbb hari itu hari Rabu, hari pakai baju unit beruniform. dan itulah jasad ayah. 

ayah.
terbaring tanpa nyawa.
lengkap berpakaian KRS, 
dalam perjalanan untuk pergi mengajar.
kelu lidah tanpa kata.

kemudian aku lihat angah, adik kedua ku, menangis di bahu jalan sambil ditenangkan rakannya, dia masih berpakaian sekolah.
rupanya angah sebenarnya dah sampai ke sekolah pagi tu, tapi hati dia tak sedap, dia keluar balik dari sekolah and pergi ke jalan besar, kat situ dia dah tgk kereta jammed, dia tahu ada kemalangan. dia terus bawak motor ke depan sambil hati berdoa "moga-moga bukan ayah, mintak-mintak bukan ayah."
dan sampai2 je kat tempat kejadian, dia nampak kereta Kelisa, dia dah cuak. dan apabila nampak plat NBG, dia menggeletar. dan dia nampak adik yang masih tersepit dalam kereta. dia menangis. menangis teresak-esak. 
dia sampai dulu dari kami. hanya kerana gerak hati seorang anak. sedangkan sepatutnya dia dah sampai kat sekolah dia. tapi dia keluar balik, kerna hati tergerak untuk pergi ke jalan besar.
dia nampak segala-galanya. dia antara yang terawal sampai ke lokasi. 

...................................................................................................................................................................

noktah,

aku tak mampu nak tulis lagi, post ni dah ada dalam simpanan draft aku bertahun lamanya. 2014. tahun mereka pergi. skrg dah 2017. dah tiga tahun berlalu sejak ayah dan adik pergi.

jujur, aku masih teringat dan terbayang-bayang segala-galanya. masih segar dalam ingatan. setiap apa yang jadi pada tarikh 22 Januari 2014. kemalangan yang meragut nyawa dua insan yang kami sayangi. yang menjadikan aku yatim sekelip mata dalam pelukan seorang suami. syukur pada ketika itu aku sudah berkahwin, ada kekuatan untuk aku teruskan apa yang aku dah mulakan demi ayah.

ya Allah, rupanya segala2nya ada hikmah. keputusan aku untuk kahwin awal, usaha kami utk yakinkan arwah ayah utk benarkan kami menikah, rupanya sbb ayah dah nak pergi pun empat bulan lepas kami nikah. sempat dia serahkan semua amanah dan tanggungjawab ke bahu suami aku.

22 Januari 2014 - damailah ayah dan adik di sana. kami di sini sentiasa mendoakan kalian.

Al-Fatihah. 

suratan atau kebetulan?

awak,
saya jumpa dia melalui satu KEBETULAN,
kebetulan yg kami tak pernah rancang, Allah yang rancang.
awak, masa kebetulan tu, dia pandang saya, saya pandang dia,
dan kami sama-sama tersenyum. 

awak, lepas kebetulan tu, kami jadi rapat.
itu pilihan kami sendiri, bukan lg kebetulan dari Allah.
kalau awak rasa itu kesilapan kami, maafkan kami.
Allah yg hadirkan perasaan tu.

awak, 
pernah satu ketika, 
saya rasa dia bukan jodoh saya,
sebab dia pernah buang saya dari hidup dia.

tapi awak, saya tak boleh nak lawan takdir Allah,
saya terjumpa dia balik.
dan kami sama-sama sedar,
kami tak boleh hidup tanpa masing-masing.
awak, adakah itu masih satu kebetulan?
atau suratan takdir dr Tuhan?

awak, 
saya tak pernah kenal awak, tapi saya tahu siapa awak.
dan saya juga tahu, awak selalu baca apa yg saya tulis dalam ni..
awak, jodoh kami datangnya dari Allah,
bukan dari suratan, bukan juga dari sebuah kebetulan.
ianya perancangan yg Maha Esa, sebelum roh ditiup, sebelum jasad bernyawa.

kebetulan cuma menemukan kami,
suratan takdir menyatukan kami,
pernikahan ini destinasi kami.

lelaki teragung

Assalamualaikum..

I'm not good at actions, but I'm really good at words, or more exactly, in writing. hence, this post. 
even there's actually no specific word to even describe you, but I'll try as well. 


Januari 2016

tamat sudah semester pertama LL.B Hons aku di UiTM Shah Alam. bagi aku, LL.B ni tak susah mana, maybe sbb aku ada tulang belakang yang sangat kuat, yang selalu support aku dari A to Z. mereka inilah LELAKI TERAGUNG. aku katakan mereka kerana terdapat dua insan yang selalu support aku untuk sambung belajar ni, iaitu SUAMI aku, dan AYAH MERTUA aku. dua insan yang sangat-sangat baik dan berhati mulia yang pernah aku jumpa dalam dunia ni.

during my exam week, husband hantarkan aku ke shah alam each time I'm having my paper. even dia penat baru balik kerja malam, but he still send me. and while we both off to shah alam, ayah mertua dan nenek lah yang tolong tengokkan Harraz and Sufi. ayah mertua juga lah yang hulur belanja utk perbelanjaan aku ke shah alam, setiap minggu,, termasuk belanja makan, buku2, yuran uitm and segala kos yang aku perlu tanggung utk sambung study. semua ditanggung oleh ayah. tanpa harapkan apa-apa balasan pun. :'(

suami.. hmm there's not even a word to describe semua pengorbanan dia untuk aku. dialah ayah dan ibu kepada Harraz dan Sufi masa aku tengah sambung study. seawal jam 6 pagi aku dah gerak ke uitm, pulang jam 8 malam ke atas. ada hari aku kena buat kerja lebih, sampai jam 1 pagi pun aku tak sampai rumah lagi. sikit pun suami x bising, x mengeluh, dia mandikan anak2, masak utk anak2, basuh baju sidai baju lipat kain semua tugas seorang ibu dan isteri dia ambil alih, tanpa pernah aku dengar keluhan sikit pun. dia sambut aku balik dengan senyuman, dia isikan minyak kereta setiap malam utk aku senang gerak pagi esoknya, dia tanya aku "nak makan apa?" setiap kali aku sampai rumah, tanpa jemu.... 

my final CTA trial, rape case, aku soal saksi utk cross examination. from left, Diane, Zamira, me of course, Shakeel and Hafiizul from Tetuan Hafiizul & Associates.

Alhamdulillah skrg dah habis pun semester pertama. tinggal satu sem je lagi nak habis. tapi aku kena cuti next sem. so aku akan masuk balik bulan 9 tahun ni. nak tahu kenapa aku kena cuti? tunggu next entry lah hehe. 

my happy family. indahnya terasa manis hidup ini dengan suami dan anak2 di sisi.

me and both my sons, Harraz dan Sufi :)

Sunday, September 18, 2016

LL.B (HONS) Sarjana Muda Undang-undang UiTM

Assalamualaikum adik2 hakak yang rajin singgah blog akak ni hehe.

First of all, mintak maaf la banyak2 sbb dah jarang giler update blog, maklum la semenjak dah ade dua anak ni life hakak mcm takde life pun haha. for your information, hakak ni umur baru 24 tahun okey, jangan ingat akak dah tua pulak sbb dah ade dua anak hoho. I,ve graduated my first degree Bachelor of Legal Studies last year when I was 23. oh hakak graduate UiTM okeyy, UiTM dihatikuuu hehe.

hakak baru je masuk program simulasi undang2 LL.B Hons ni 5 September 2016 aritu. okey sebenarnya program llb setahun ni dah nak ditamatkan dah. sebabnya, skrg bebudak asasi law yg nak smbung degree law uitm akan terus masuk program LW224, which is terus 4 tahun tanpa perlu grad dulu and mohon semula. untung la hadik2 junior akak, tak payah nak dapat 2.7 above pun boleh terus sambung jadi lawyer. hakak ni batch hakak kena dapat 2.7 above pointer baru dapat jadi lawyer sobsob. tapi ada exception laa, law ni kan semua benda ada exception haha. for those yg tak dapat pointer 2.7 above tapi nak sambung llb untuk jadi lawyer, kena undergo 6 months internship or working experience then kena interview baru diterima masuk program simulasi llb ni.

nak cerita sikit la pasal pengalaman hakak yg baru start seminggu kelas ni haha. hakak dapat kelas 1A. dok nun atas sekali bangunan Fakulti Undang-Undang yg kembar dengan Fakulti Business tu. sedih betul hakak dapat tingkat 7 nun, jenuh menapak naik tangga tiap2 hari nak ke kelas huhu. takpe la ada hikmahya boleh kurus sikit hakak ni kot :p hakak dapat Firm 4 dalam kelas tu. ada 5 orang dalam firm hakak. oh untuk pengetahuan semua,program llb ni macam program simulasi utk jadi the real lawyer satu hari nanti. korang akan duduk berkumpulan dalam firm, ada office and meja sendiri la kiranya. buat kerja (or more exact buat file) sama2 as a partner. ada sorang akan jadi Office Manager untuk kelas and setiap firm akan ada seorang Senior Partner. our Senior Partner adalah seorang pendakwaraya untuk mahkamah tentera. umur mungkin nak dekat 40 tahun kot sbb dia graduated BLS tahun 2003 x silap. masa tu aku baru Darjah 5 huhu.

subjek2 yang hakak kena ambil sem ni,

Criminal Procedure
Civil Procedure
Non-contentious Legal Matters (Conveyancing & Probate)
Evidence Law
Forensic Science
Solicitor Account
Bahasa Melayu Undang-Undang
Criminal Trial and Advocacy
Remedies (Contracts and Torts)  

haa ambik kaw huhu. berat semua subjek2 tu sebenarnya. doakan hakak dapat hadam and lulus semuanya ye. hakak ni kalau adik2 nak tau, bukan dari asasi law pun, dari program matrikulasi and ambik course Sains Hayat tau dakk, so hakak sebenarnya masa masuk degree law ni langsung takde basic law pun huhu. tapi alhamdulillah hakak berjaya grad dengan pointer 2.7 above tu yang hakak dapat masuk llb ni. 


ni la nama firm hakak, Hafiizul & Associates and jadual kelas hakak. haa utk pengetahuan semua, kitorang semua ada punch card tau, wajib punch in jam 8 pagi and punch out jam 5 petang, eventhough takde kelas huhuhu. sedih betul hakak. dah la hakak dok jauh, setiap hari berulang dari Banting ke Shah Alam sobsob.

setiap hari hakak gerak ke shah alam dari rumah jam 6.20 pagi. sampai shah alam dalam jam 7.30 pagi. kalau balik jam 5, confirm jammed so hakak akan sampai rumah jam 7 malam huhuhu. doakan hakak tabah ye untuk setahun ni. 


tengok la husband hakak yang sangat sangat baik hati bekalkan hakak sandwich and air kopi. dia la yang tolong jaga anak2 sepanjang tempoh hakak belajar ni. sangat baik orangnye. hakak sayang sangat2 kat dia huhu tetiba jiwang pulak. dia la yang banyak tolong akak berjaya dari dulu sampai sekarang. boleh refer post2 hakak sebelum ni macam mana dia tolong hakak dari tahun 2010 sampai sekarang.

okey la, sampai takat ni je dulu hakak cerita. InshaAllah lepas ni hakak update lagi ye. asalmualaikum.

Monday, August 15, 2016

lenyaplah kenangan

Assalamualaikum. It has been a while since the last time I wrote in here. So far my life has been great Alhamdulillah. Tapi yela kan, hidup mana ada 24 jam indah je selalu. Mesti ada pasang surut. So tonight.. Ahh.. Just here my rambling..

I feel something different and something complicated tonight. Its not that I'm not happy with my life now, its more to I suddenly remembered the dark time in my life. Yes, a very painful memory.. Pain, sad, brutal emotional torturing.. That's all before I'm getting married. I wish I could delete all those sad and painful memories, but I couldn't. Sometimes when I feel sad, those hurtful memories will come and hunt my life, again.

If there's anything I could do to delete that memory, I certainly will. Cause it really hurt me deep inside my heart. And it will never vanishes even time passes by.

I wish it never happened... I wish it can be deleted.. I wish time can be rewind..

Ya Allah.. Andai bisa dilenyapkan kenangan lalu...

I hope I will become stronger over time. Memories hurt.

Tuesday, May 10, 2016

enam tahun selepas 10 Mei 2010

asalamualaikum.

hari ini, 10 Mei 2016, genap enam tahun hubungan aku dan suami terjalin. alhamdulillah, syukur Ya Allah, cinta kami masih utuh dan semakin bercambah hari demi hari. dengan kehadiran dua cahaya mata penyeri hidup kami, ya, dua sudahh. hehe. tahun lepas update blog tarikh yg sama still sorang lagi. tahun ni dah dua dah anak. :)

anak kedua kami, Sufi, 7 bulan

sangat bersyukur dgn kehidupan kami skrg. i've already graduated from UiTM dgn Ijazah Kepujian Sarjana Muda Pengajian Undang-Undang. baru je convo 26 April 2016 hari tu.

saat indah buatku, pabila suami yg banyak berkorban untukku hadir ke majlis konvokesyenku

my lovely family turut sama hadir memberi sokongan

my second son

my lovely family

skrg aku jadi surirumah dulu sementara tunggu bulan 9 nnti aku sambung belajar. 

melayan dua budak kecik yg sangat comel dan lincah ni



Saturday, February 6, 2016

kita dan kenangan lalu

suamiku, aku tidak akan pernah lupa, saat kau pernah buang semua rasa dan cinta dalam hati aku ni, saat kau campakkan aku jauh dari hidup kau. hidup tanpa kau, tanpa sedikit pun khabar berita dari kau, walaupun hanya untuk 30 hari, cukup buat aku derita bagai nak mati. aku bersumpah kau la yg terakhir akan aku cinta, bagi aku lelaki semua sampah, bila nak, kemain lagi bersepah ayat ayat cinta ditabur, bila taknak, habis madu sepah kau buang tanpa belas kasihan. sampahhh.

tapi suamiku, aku lupa, jodoh itu punya Tuhan, bukan punya aku. ditentukan Dia, bukan aku. 30 hari genap tanpa kau, saat aku sudah boleh duduk makan tidur dgn lena tanpa kau di sisi, walau rindunya pada susuk tubuh manis seorang lelaki itu takkan pernah padam, kau muncul semula! kau muncul kembali dalam hidup aku, aku taktau apa sebabnya, tapi yang pasti, tika itu hati aku penuh dendam dan amarah. setelah kau buang, setelah kau campak aku bagai tiada maruah, kau nak kutip balik aku? oh tidak semudah itu wahai lelaki. meski tak dapat aku nafi, cinta dan rindu itu tak pernah padam untuk kau, tapi dendam kesumat dalam hati aku lebih parah.

suamiku, usai cerita tentang kisah hitam kita. aku lupa jodoh itu sudah tertulis sebelum aku dan kau hidup lagi. dendam yg aku simpan untuk kau, rupanya berubah menjadi cinta yg jauh lagi besar berbanding sebelum kisah hitam kita. ya suamiku, aku jatuh cinta pada kau sekali lagi, dan kali ni, aku pasti cinta aku ni sangat sejati. kerana susuk tubuh lelaki ini, orang yang terlalu banyak berkorban demi seorang aku, seorang aku yang langsung tiada apa apa kelebihan. seorang aku yg belum layak sama sekali bergelar isteri tika itu.

suamiku, pertama kali memelukmu sebagai seorang suami yang sah, aku jatuh cinta. pertama kali dicium olehmu, aku jatuh cinta. pertama kali bersamamu sebagai suami isteri, aku jatuh cinta. gugur segala dendam kesumat yang ada dalam hati aku, berganti cinta dan sayang yg tiada kesudahan. oh Tuhan, indahnya percaturanmu. Kau buang segala cinta tak halal sebelum akad nikah kami, lalu Kau ganti dgn cinta abadi sepasang suami dan isteri.

suamiku, pabila kita kenang kembali kenangan lalu, sungguh kita takkan sangka sama sekali kita berjodoh. tika satu dunia menentang hubungan kita, tika kita sendiri tidak mengerti apa yg kita mahukan dlm hubungan kita, Allah mudahkan jalan utk kita bernikah. 15ribu wang hantaran dgn sekelip mata kau mampu sediakan. berbekalkan 110 ringgit mas kahwin yg kau kumpul hasil titik peluhmu meniaga air soya di bazar ramadhan, kau nikahi aku di hadapan waliku, arwah ayahku.

suamiku, sebagaimana aku tak dapat lupa bagaimana kau pernah buang aku dulu, seperti itulah juga aku takkan lupa bagaimana kau jaga aku selepas kita bernikah. kau adalah malaikat aku di dunia. walau kau manusia yg tak lepas dari salah dan silap, tapi kebaikan kau menutupi kekurangan kau. kau utamakan aku dalam segala benda. kau cuci muntah aku, kau pernah cuci air kencing aku tika aku baru lepas bersalin dan berpantang di rumah, 100% kau yg jaga. kau masakkan utk aku, kau cuci luka di kemaluan aku, kau basuh darah nifas aku,   kau papah aku, kau mandikan aku, segalanya kau lakukan dgn penuh kasih dan sayang. sedikit pun kau tak pernah mengeluh.

"Allah, untuk suami sebaik dia, kurniakan dia Syurga abadi."
doa aku senantiasa tanpa jemu.

suamiku, kita kini punyai dua zuriat hasil cinta kita. dua permata yang sangat comel. siapa sangka kan, hubungan yang penuh onak duri suatu ketika dulu, kini menjadi bahagia sebahagianya. keletah anak anak kita, menambah bahagia dalam hubungan kita. terima kasih suamiku, kerana menjadi suami yang sangat baik buat aku. di sisi Tuhan, aku doakan agar Dia pandang kau, agar Dia hapuskan segala dosa2 kau, masukkan kau dalam syurga, sebab kau sangat layak di sana.

suamiku, kita dan kenangan lalu sebenarnya sangat pahit untuk diingati kembali, tapi yang pahit itulah menghasilkan kemanisan yang tiada terhingga kini. tujuan aku menulis ini, adalah kerana aku menghargai kenangan lalu kita, aku ingat setiap satunya yang pernah terjadi, aku ingat setiap tangisan dan ketawa yang pernah kita lalui.

dan untuk semua itu suamiku, ketahuilah, aku tersangat mencintai kamu. andai aku mati dan hidup semula sekalipun, aku akan tetap mahukan kau menjadi suamiku.

# suamiku, kita tak tahu apa yang bakal terjadi di masa hadapan. kita tak tahu selama mana kita akan hidup bersama. kita tak tahu perancangan Tuhan untuk kemudian hari. sbb itu, aku suka coretkan segala kenangan kita di sini, di blog ini, blog yg aku mulakan tika aku mula cuba jatuh cinta dgn kau, hinggalah sampai akhirnya cinta kita kelak, mudah mudahan di Jannah nanti. :)