Kau kekasih hingga ke akhirnya...

Friday, December 30, 2011

dia mungkin mengerti

entry kali ni hanya aku tujukan buat seseorang yg mungkin mengerti. atau mungkin juga tidak. aku tidak bermaksud apa2. cuma ingin meluahkan rasa hati. terlalu banyak kekuranganku hingga aku jadi takut untuk disayangi. takut aku akan kecewa..LAGI..lagi dan lagi.. ya aku bukan yg terbaik.


maafkan perempuan ini,yang selalu ganggu hidup awak setiap masa kerana inginkan perhatian. saya mungkin terlalu memaksa. setiap masa,tengah main game pun awak msg saya,tengah tgk tv pun awak msg,tengah g berjalan pun awak msg saya,tgh buat kerja pun awak terpaksa msg saya. maafkan saya,awak. saya memang selalu kacau hidup awak. sbb saya taknak biasakan hidup saya tanpa awak. saya nak awak di samping saya setiap masa. sebab kita jauh awak. saya selalu rindukan awak. saya rindu gurauan awak. rindu segala2nya tentang awak.

maafkan perempuan ini,yang terlalu mengawal hidup awak. setiap masa bertanya awak pergi mana. buat apa. dengan siapa. malah sentiasa berprasangka terhadap awak. walau awak jawab jujur,tp tetap saya bertanya lagi. tetap bertanya hingga pada akhirnya awak bosan dan tinggalkan saya. tak mengapa awak,hati saya walaupun sakit tetap memaafkan perbuatan awak. mungkin cara saya salah. tapi inilah saya.
maafkan perbuatan saya.

maafkan perempuan ini,yang selalu mendesak awak utk memenuhi keinginan saya. saya selalu minta nak itu,nak ini. dan awak selalu beri apa saya minta. nak novel,nak pergi situ,nak pergi sini. awak buat saya rasa bahagia. ada yang menyayangi saya,yang memenuhi keinginan saya,yang saya x berani minta pada ayah saya. awak memenuhi impian saya. awak menggantikan kemesraan ayah pada saya yg telah hilang. makin saya besar,makin saya jauh dgn ayah. makin saya mendambakan kasih syg seorang ayah. dan awak sedikit sebanyak persis dia. terima kasih awak. awak menggantikan apa yg telah hilang,walau cuma sedikit bandinganya drpd kasih ayah. tp awak buat saya gembira. maafkan saya kerna kadang2 menjadi terlalu mendesak.

maafkan perempuan ini,kerna terlanjur menyayangi awak. saat awak buktikan pd saya yg awak akan menjadi 'babysitter' terbaik saya,saat awak rela melepaskan ego demi cinta,saat awak sanggup buat perkara2 yg di luar jangkaan utk saya,dan saat awak katakan awak akan sentiasa jaga saya sampai akhir hayat awak,saya akui,saya jatuh cinta. saya jatuh cinta pd cinta yg telah awak beri. tapi kalau itu satu kesilapan,ya saya menyesal. menyesal kerna menabur janji pada yg bukan milik saya. menyesal kerna menghabiskan air mata kerna seorang lelaki yg blum pasti pemilik tulang rusuk saya. dan menyesal kerna,menyintai org yg tak menghargai diri saya yg sebelum ni awak minta hati saya.

maafkan perempuan ini awak. saya bukan yg terbaik tp percayalah,saya dah cuba utk jadi yg terbaik. mungkin saya tetap belum sempurna di mata awak.

td saya hilang arah. berdoa moga Allah beri jalan utk saya kembalikan milik awak yang ada pada saya. dan alhamdulillah saya masih berkesempatan utk memulangkannya. walaupun berliku jalannya tadi. awak cari saya,saya cari awak. dan kita bertemu buat kali terakhir. walaupun ia cuma pertemuan yang cukup singkat,tapi syukur,awak x pergi sebelum sempat saya melihat awak.

saya dah tak ada air mata utk ditangiskan lagi. hanya doakan moga saya kuat. kita hanya memerlukan sesaat utk mengenali seorang,seminit utk menyukai seseorang,sejam utk menyintainya..tapi seumur hidup utk melupakan. kata-kata yg awak beri pd saya di saat saya kehilangan seseorang dulu,masih segar dalam ingatan saya. dan semoga ianya bermakna buat awak dan saya.


hanya Tuhan yg lebih mengerti segalanya..

*nanti kalau awak jalan dan awak terlihat setiap benda yg pernah menjadi kenangan kita,teruskan tersenyum sebab kenangan itu akan sentiasa hidup dalam diri kita.

Thursday, December 29, 2011

aik,terus x balas?

haha. kelakar la lelaki zaman skrg. chat bukan nak menegur ke hape. nak ngorat je keje. td time aku keje,ade la seorang laki ni tegur aku kat chat say hye. memula aku x balas. then sejam kemudian aku saje je balas hye. pastu..pastu..korang tengok je la. huhu


then pas ckp dah ade pakwe dah,terus mamat tuh x balas. haha sengal betul. nampak sangat nak ngorat je. 
sbb tu aku jarang gila layan kalau laki2 yg aku x kenal anta chat. huhu. tu je nak story. btw aku banyak nampak dak2 sekolah wat status gedik2 and bajet hot kat fb,ape kes dik? sies nyampah kot bace. tp idak la nak komen kat depa. biarlah,budak baru nak up mmg cmtu kot.

azam tahun baru. nak bergaya mungkin? haha

hallo2 semua. wah baru2 ni kan,wani banyak spend duit nak beli baju and shawl lah. apakah itu tandanya aku sudah semakin mahu bergaya? haha. mentang2 dah 19 tahun kan wani. dulu aku ni mane kisah sangat pakai ape pun. tshirt and treksut je pun aku sarung. now kemain,pantang nampak baju and shawl comel mule la aku nak beli. tapi yg pastinya,nak yg murah2 je. takmo yg mahal2. membazir wet aku ja. huhu. tau tak aku suka warne pink? so dalam almari baju aku dlm bilik tuh mmg banyak gile baju aku yg warne pink.hari2 berderet dlm seminggu aku boleh pakai warne pink. kekadang je warne hitam or warne lain. tp skrg,aku cuba pulak beli warna2 lain. mane tau masuk ke dgn aku kan.

hari tu aku try warne purple. nampak mcm sweet gak kot? perasan. heheh.

abaikan bilik aku yg bersepah. yg ni aku pakai shawl gune satu pin je.  means versi selekeh. 
x pakai inner tudung yg ade awning tuh.
saje nak try je. tp bg aku cam nampak x berapa kemas.

ni pun same tp aku kemaskan sikit.

ha yg ni versi kemas sikit sbb pakai inner tdung yg ade awning kat depan dia.
time ni aku x pakai celak and eye shadow. betul2 pakai bedak je.

okey yg tu purple. pastu aku ade try gak warne merah. taktau la cantik ke x. aku rasa mcm garang bila pakai warne merah. tp dlm masa sama ade jugak ke'sweet'an nye. eheh.

hot tak aku? bhahaha. pelik ase bila pakai merah.

bajet comel la wani? pfft.

ok2 dah2. hehehe. bab bergaya depan camera mmg hobi aku.

okeyy. amacam? cantik x purple and merah? korg jawab dalam hati je la. kalau korang pakai mesti lawa kan. aku ni suke pink je sbnrnye. and jarang nak bergaya2 ni. tambah2 kalau time malas. baju tshirt and tdung pape je aku pakai. 

mcm ni. simple je. tp xde la aku pakai lengan pendek je. pakai ngan cardigen.
ni sbb time tuh aku panas. so aku bukak jap. huhu

bila dah nak masuk 20 tahun ni aku rasa aku kena gak la care tentang pemakaian aku. tak ley la pakai cam bebudak je or pakai selekeh2 je. so rase mcm nak shopping baju banyak2 lepas ni. yg comel2. and nak beli contact lens. saje nak try. heheh. korang girls mesti sume dah pandai bergaya kan? aku je baru nak merangkak2. hahah. k la. chow.

p/s : and lupe na cakap. na belaja masak. weee. =)

Wednesday, December 28, 2011

happy birthday sayang..

Hari ni,28 Disember 2011,genap seminggu lepas my birthday,sambut pulak birthday my sayang iaitu Muhammad Aidil Hakim. He is my adik. Usia? Baru menginjak 5 tahun. Tp tahun depan nak masuk tadika la sebab dikira 6 tahun kan. Dia ni omeyy tau. Sbb dia putih ikut muka mak. Mase mule2 lahir dulu,pehh,cute gile laa. Sbb tu dia jd adik kesayangan aku. Lagipun setelah 7 tahun mak x pregnant,tahun 2006 mak pregnant. Tu yg lahir budak omeyy ni. Mule2 mak ngan ayah nak anak pompan,sbb tu depa cadang nak tambah anak lg. Tp apekan daya yg keluarnya lelaki jugak. Maka berderet la adik lelaki aku sampai empat orang. Nasib baik tahun 2008 mak ngan ayah nak cuba nasib lagi. Dapatlah satu2nya adik perempuan aku iaitu Nurul Raudhah Insyirah.

Tadi kami sambut birthday dia. Sambut ala kadar je. Family kitorang mmg x suka buat bithday party nak jemput2 org pe semua. Mak tempahkan kek upin ipin utk dia sebab dia minat kartun tuh.

ni la kek nye. dah rosak cikit sebab adik2 aku yg lain ganas sgt 
jakun nak nengok dlm kotak 

ni la adik comeyy aku. comel mcm kakak die kan? :-p

tu la hadiah aku bg kat dia. train mainan. dia nak sangat sampai merengek2.
pastu main 24 jam sampai x ingat dunia.


sumpah akak syg korang!

ok for this entry..my hope utk aidil,semoga dia sentiasa berjaya dlm hidup. aku besarkan dia,means aku pernah mandikan dia dulu,pakaikan pampers dia,tidurkan dia,pujuk bila dia nangis,aku rasa mcm mane jage seorang bayi dr baru lahir sampai umur dia skrg ni. dulu mase adik2 yg dulu aku pun kecik lagi. x rase mcm mane jage adik. yg si aidil ni dia lahir time aku dah 14 tahun. so aku berkesempatan jaga dia. kitorang pernah berpisah setahun sbb aku dok matrik. aku ingat lagi,mase pendaftaran hari pertama aku kat Kolej Mara Kulim,time family aku dah nak balik,aidil berlari2 kejar aku yg dah nak balik hostel sambil nangis2. betapa dia x boleh berpisah dgn kakak dia. time awal2 aku kat matrik,hari2 dia cakap kat mak nak tepon aku. and bila aku nak balik,dia la org pertama tunggu kepulangan aku,eksited cakap 'Yeh yeh akak nak balik!' and setiap hari dia akan countdown hari bila akak dia nak balik.

i love him so much. i hope dia akan menjadi seorang insan yg berguna kelak. insyaallah. Happy Birthday sayang.. akak always love u till the end. 


Monday, December 26, 2011

yang dikatakan redha itu ihklas

korang semua dah tengok ombak rindu? mesti dah kan. even dah lame aku tengok,saje je aku tanye korang. aku tengok cite ni kat panggung,kat Penang,with Ain,boy Ain,and dia. mase tengok cite ni,aku je laa yg khusyuk sorang2. dia dok tanye aku mcm2. sejuk la,nak tido la. asyik mintak nak tido je tp aku x bagi. dok pinjam cardigen aku katenye sejuk. dok berdua pun tp dia bukan tengok sangat citenye. asyik tanye aku memacam je. bosan lah tuh. haih. dalam cerita tu,ade satu dialog,yg diucapkan Lisa Surihani masa Maya Karin (Izzah) cakap,dia redha if Lisa jd madu dia pun sbb time tuh Lisa nak undur diri. Then Lisa ckp jangan. Tu bukan redha,tu pasrah. Redha itu ikhlas menerima,pasrah itu menyerah.


well,terus terang. aku pasrah. aku pasrah dgn apa yg berlaku. mungkin mmg salah aku. atau mungkin mmg salah kita. atau mungkin mmg kita sengaja mencari salah masing2. kebahagiaan tu mmg dah makin jauh. mungkin sampai satu masa ia akan terus lenyap atau mungkin jua tiba2 ia akan menyinar semula. let times decide it. biarlah masa menentukan. aku pasrah. aku berserah segalanya.

kadang2 bila aku rindukan kenangan,cepat2 aku ingat segala yg buruk pasal kau. takut lemas dalam kenangan. dan bila aku cuba melupakan kau,kenangan tu lah yg paling sakit tau x. bukan janji,bukan jua tanggungjawab. tapi kenangan. it take years to forget,or maybe for the rest of our life. tapi yelah,selagi ada cinta,teruskan saja segalanya. redha,ikhlas menjalani. selagi masih belum membenci. lagipun,kita masih mampu utk teruskan. kecuali memang Allah tak izinkan kita bersama.

ikhlas dr sudut paling dalam hati aku..masih mengharapkan kau kembali pada yg mula2 aku cintai dulu. well,anyway,life must go on kan. chill wani chill. kau senyum je even apa terjadi. sbb bak kata kawan2 aku,ramai lg yg terbaik untuk aku. cuma aku yg masih setia dan menunggu. sbb apa? sbb kita dah terikat kan. ada benda yg menghalang. tapi kalau kau dah x nak pun aku akan pasrah menerima. bak kata Lisa,redha itu ikhlas,pasrah itu berserah. aku x ikhlas,tp aku akan pasrah. semoga dijauhkan apa yg x baik.

Pesan pada hati, usah terlalu membenci akan satu wajah, kerana rindu pasti bertandang.. Pesan pada hati, jangan merindu pada kenangan, kerana pasti akan mengalir air mata kesedihan.. Pesan pada hati, jangan di kenang kenang akan kenangan lalu, kerana akan ada kecewa yang hadir.




Sunday, December 25, 2011

buat si dia yg bakal menjadi suamiku



aku harap kau tengok video ni. air mata aku mengalir bila tengok keihklasan hati lelaki ni melamar gadis yang baru berusia 19 tahun itu. semoga Allah merahmati mereka.

ni blog budak tu. http://denakamarulbahrin.blogspot.com/ she's just 19. cemburunye dgn dia.



i'm crying in the middle of the night

assalamualaikum semua. tengoklah tajuk wani yg panjang tuh. nangis? alololo. ntahape2 kan wani ni? sebab ape wani nangis? entahlah. dah rasa tak tahan sangat2 so nangis je la. daripada marah,meraung,wani let go dgn menangis. nangis sampai bengkak mata. serius mata wani bengkak semalam. dalam pukul 1 pagi,pergi tandas,tengok cermin. Ya Allah buruknye rupa aku. ngan mata bengkak,merah. Bantal habis basah segala dgn air mata. dah mcm orang x betul je. amek android,dgr lagu guna earphone,sambil nangis. serabut sungguh rasanya. terluka dalam diam. terhiris bagaikan sembilu. pedih dowh!! hanya Tuhan yg tahu betapa terlukanya hati aku. rasa mcm nak campak android semalam tp nasib baik aku waras lagi.

dan disebabkan mata aku bengkak nangis kaw2 semalam,pagi ni aku lewat bangun. dalam 9 setengah. mandi2 pe semua,tengok cermin. waa mata aku bengkak lagi. so nak x nak,terpaksa la aku pakai spec utk g keje hari ni bg menyembunyikan mata bengkak aku tuh.

x nampak kan mata aku bengkak? =,=

tengoklah. sebab bangun lambat,tudung bese je aku pakai. nak cepat. Ya Allah,jelesnya tgk orang bahagia. serius aku cemburu sampai rasa nak mengalir air mata bila tengok ada laki panggil gf dia sayang. kenapa2? why is this happening to me? makin jauhkan rasa syg itu dari aku? makin jauhkah segala kebahagiaan itu? huwaa aku x kuat.. sedihnya rasa. 

tak tau la nak buat apa skrg ni. janji,pengorbanan,cinta,sayang,ego,amarah. semua rasa ada. bercampur baur. x lama lagi dah nak masuk tahun baru. 2010 --> 2011 --> mampukah kita harungi lagi setahun? 2012. dan mampukah kita harungi lagi bertahun2.. wallahualam. sila lah jangan buat aku menangis lagi. cukuplah. mudahnya air mata aku mengalir kerna kamu. 

kalau lah aku mampu melepaskan semua ni pergi,takdanye aku akan menyiksa diri menangis kerna kamu. 
dan kalau satu rasa ini begitu mudah utk aku hilangkan,akan begitu mudah jua lah aku melepaskan kamu pergi dari hati. tapi sayangnya,seperti mana katamu,hati kita sudah terikat. dan x mungkin dapat terpisah. benarkah?  
cukuplah menguji hati perempuan ini. cukuplah menyiksa batin aku weh! x larat aku dah nak nangis dah sebab kamu! 

Saturday, December 24, 2011

terlukakah aku? maaf ini entry jiwa-jiwa

waaaa..nak nangis!! eh tak,nak marah!! kecewa weh. kecewa gila bila beli headphone takmau masuk kat laptop. kecewa siottt!! haha. abang kat kedai komputer tu kata "ni kamu kena download software lagi ni". aiyokk. malasnyer. asal lappy aku takmau. geram2. *eh wani,ko type ni ade kena mengena dgn tajuk kat atas ke? xkan terluka sbb ni kot?

actually,not at all. aku terluka sbb lain. terluka,terkoyak,terhiris hati aku ni weh. sentap tahap gaban lah. aku frust gila sebenarnya. knp bahagia tu sekejap ada sekejap takde? knp bila tgh bahagia sangat2,ada je bnd yg nak sekat kebahagiaan tuh? knp?? why? aku ni x berhak bahagia ke? aku ni semua salah ke? why??????*eh melampau la ko ni wani.

serious weh,penat la mcm ni. penat la nak jaga hati sendiri. sekuat mana aku bertahan,pasti aku akan menangis. pasti. boleh x jangan buat aku menangis dah? aku terluka dalam diam. ingat tak sentap ke dgn semua ni? aku maafkan tapi, tapi aku tak kuat. tak boleh ke kau mengerti? tolonglah fahami hati dan perasaan aku. tolonglah bahagiakan hidup aku. dah banyak kali aku menangis. jangan sampai dah takde air mata lagi untuk kau syg.

dah la,kau org bukan tahu apa pun. aku suka mengarut dlm entry sorang2. biarlah blog ni tenangkan aku kan. sape lg nak dengar cerita aku. sape lg yg kisah hati aku. aku je la yg kisah sorang2. *sentap. bukannya aku tak bahagia,aku bersyukur dgn hidup aku. dgn family aku. dgn kehidupan aku. cuma bila tiba bab hati dan perasaan,aduhhh. aku kalah weh. lemah sebenarnya jiwa aku ni. mudah benar terluka. nak luahkan boleh tak?  jangan baca tau. mak dan ayah jangan baca tau. cikgu2 jangan baca tau. hurm.

kalau ikut lagu yg tengah berkumandang kat blog aku ni. katanya "cinta itu tak semestinya memiliki". well if cinta itu bukan utk memiliki,then utk apa bercinta? saje memain habiskan masa then u dump her just like that? gila. cinta itu jika kau benar2 mahu jadikan perempuan itu isteri. cintailah dia sepenuh jiwa,sepenuh hati. sbb dia yg bakal melahirkan anak2mu kelak. sayangi dia,jangan buat dia terluka. jangan rosakkan dia. sbb dia bakal kamu miliki. cintai dia dgn ikhlas. bukan utk dimarah,bukan utk ditengking,bukan untuk dicari bila perlu,dibuang bila senang. bukan untuk kau abaikan. kerna dia untuk kau miliki.

tenanglah wahai jiwa. janganlah terluka lagi. aku dah cukup besar utk tahu mana yg baik dan mana yg buruk untukku. tp still aku nafikan yg buruk itu,sbb hatiku menguasai seluruh hidupku. hati yg menyintai seorang lelaki yg bukan terbaik untukku. salahkah aku? salahkah pilihanku? aku tak boleh berpatah balik setelah aku serahkan hatiku pada seorang lelaki itu. dan ku serahkan juga segala kepercayaan,kasih sayang yg tak berbelah bahagi,kenangan yg tak mungkin dapat dilupakan,dan kejujuran yg ikhlas buat dia. 'telah ku jaga kejujuran dlm setiap nafasku' dan telah kurelakan kecewaku atas ingkarmu...

menyedari bahawa cinta itu x semestinya memiliki. menyedari bahawa cinta itu x semestinya selalu bahagia. membuat kau bahagia sepenuhnya,sesuatu yg tidak bisa aku lakukan. bukan tak mampu,kerna diri ini jua x selalunya bahagia. sering mencari apa salah diri,mencuba perbaiki,namun tak tau sbb apa selalu saja salah di mata dia. yang tak sempurna itu memang aku. tp x perlu sampai melukai hati aku! aku manusia yg punya perasaan,punya jiwa. janganlah begitu mudah kau sakiti hati ini. ahh bukan nak jiwang segala bagai,tapi aku memang sedang terluka sendiri!!! marah tp x terluah. moga kata2 menjadi penawar hati aku sendiri. 

hati ni bukan utk kau sakiti. seronok tgk kau senyum. seronok tgk kau ketawa bahagia. tp sekelip mata kau mampu hancurkan kegembiraan. apa dah hilang sifat sabar dari diri kau? aku mengaku mmg aku kurang sabar,tp kau? kau dulu kekuatan aku. aku api,kau air. dan sbb tu la aku jatuh cinta pada kau wahai lelaki. dgn aku kau selalu sabar. kau pernah ckp kau sbnrnya panas baran tp dgn aku kau tahan. skrg apa dah jadi? dua2 api siapa yg nak jd air? both are egomaniac. sorang kepala batu,sorang kepala ferum. padanlah dua2. mcm tuh? mcm benz dgn addin? tp at least mereka tak emosi keterlaluan. kau? aku? 

aku sayang kau. aku nak kau bahagia. tp bukan dgn cara membiarkan jiwa aku terluka. aku taklah dapat markah 100% utk subjek CINTA sampai sanggup membiarkan diri terkorban demi melihat orang yg aku sayang bahagia. aku juga nak selalu tersenyum. nak merasa nikmat bahagia itu. biarlah kita sama2 merasa. jangan sampai ada yg terluka. peritnya menangis kerana cinta. kerna sepatutnya aku menangis utk Yang Maha Esa. bukan utk seorang lelaki yg hanya membuat aku kecewa. mengertilah sayang.. aku sayang kau.tapi seharusnya kau tahu,bahagia itu dicipta bersama. bukan dgn sebelah pihak terluka dalam diam.

setelah kita memberi peluang,sepatutnya kita lebih menghargai jalan yg Allah masih beri buat kita. hargailah sebelum kita kehilangan sebuah rasa ini. sebab tak senang nak membina sebuah perhubungan. tak senang nak bertahan. tak senang nak hidup bersama. tak senang nak menangani jiwa yg terluka. tak senang nak memaafkan salah masing2. tak senang melepaskan rasa kecewa demi sebuah bahagia. sebuah kepercayaan itu pernah dikhianati,sebuah rasa itu pernah goyah. namun sebuah hubungan ini tak pernah lagi terlerai. hargailah sebelum kita tak mampu lagi nak bergurau senda bersama. sebelum kita tak mampu lagi bersandar di bahu masing2 dan sebelum kita tak mampu lagi mencipta kenangan yg selama ni menahan kita daripada terus pergi.

ego seorang wanita akan tunduk pada kelembutan hatinya
*sumpah aku rasa mcm nak nangis tp x de sebab utk aku nangis! arghhh,headphone!! kenapa kau buat aku frust? padahal bnd lain yg buat frust. =,= wani dah x betul!

Thursday, December 22, 2011

mak tetap sambut birthday aku

yuhu semua. semalam birthday aku. aku wat biasa je sebenarnya. cume kwn2 kat fb je la berlambak wish. tu pun sbb fb yg ingatkan kan. tp xpa. janji korg ade gak keinginan nak bukak wall aku and type HB! haha. 
then,semalam,time aku tgh keje dlm kol 6 ptg,mak dtg dah. pelik gak aku awat awal benor mak dtg amek. selalu kol 6.45ptg. then balik je la, mak cakap nak beli kek. so mak belikan kek. kek simple je. tp cukup bermakna bg aku sbb mak ade gak keinginan nak sambut birthday anak sulung dia ni even aku dah besor. then time kat kedai tudung tu aku cam teringin la dekat satu shawl ni. then mak ckp ambik la,mak belanje. yes,dpt shawl satu! =)
*even bf aku tak suka aku pakai shawl. tp aku nak pakai gak. senang. xyah iron. hehe. dia ckp, 'pemalas!'

then malam tu sambut ler simple2. mak masak nuget,kentang pe sume. sambut ngan adik2 je. happening gila dgn adik2 ku. dorg sume awesome. aidil ngan irah dok nyanyikan lagu happy birthday. dok cium aku. peluk aku. potong kek dgn aku. sumpah aku rase best sangat ada adik2. they are my world. yg si farhan (adik ketiga aku) g main gitar lak tgh2 potong kek uh. dah r main lagu titanic. ape la die ni.

bahagia rasanya disayangi

song for my adik2. cewahh. hehe

my new shawl. pink jgk jd pilihan, =)

aku mmg suka menggedik tgkp gambar bila bosann. =)




okey enough wani enough. cukup2 la tayang shawl baru. haha
saje gedik upload pic bebanyak lam ni
kat fb dah jarang upload pic sendiri dah
saje x nak bg ade owg IM ckp "hye awak,nak kenal ley"
peh. paling aku malas nak layan.
mmg kat fb aku x chat sesape pun kecuali kwn2 pompan aku.
baik kan aku?
yelaa. dah nak kawin. xkan nak layan org lain g.
kne la belajar jd isteri mithali.
=)

bye.






masa aku kecik2 dulu sampai aku dah 19 tahun skrg

entry yg panjang. kalau x larat jangan baca. =)

assalamualaikum. sume org ade zaman kanak2 kan. aku tetibe rase nak mengimbau kembali zaman kanak2 aku. serious rindu dowh. time tu x de nak semak2 otak fikir pasal masalah hati,masalah perasaan,masalah duit ke hape ke. time tu enjoy je. belajar pun cam nak x nak je. tp nak xnak pun,aku tetap gak dpt nombor 1 hingga 3 je. x pernah pun lebih dari tiga. cume pernah sekali je time darjah 3 aku dapat nombor 8. tu pun sbb aku dpt markah sume A kurus. selalunya aku dapat A gemuk. then ayah aku punye x nak nye sign report card aku sbb aku dapat nombor 8. kecewa gila la hati aku. sampai hati ayah. padahal aku dapat semua A. cuma A kurus je.

aku dulu adik beradik semua lelaki. kitorang 4 orang je time tu. family kami tinggal kat rumah guru SMK Slim. punye rapat gila aku dgn adik2 aku sampai mandi pun same2. kitorang suka main rumah2. means sume mainan kitorang,cam kereta,patung pe semua,kitorang jadikan mcm main satu keluarga. dulu mak ngan ayah salu belikan mainan kereta control,bas,bot,and etc.  aku pun same main menatang2 cm tu. aku mane ade main baby doll ke hape. mak cakap dlu pernah mak belikan aku baby doll sekali then aku buang je. aku tak main pun. aku lg suka main kereta pe sume. sampai darjah 4 la jugak aku main bnd2 cmtu. then kitorang masuk zaman game pulak. ayah dulu gila game. termasuk la kitorang. komputer sampai dua tiga kat rumah. main semua beradik kat bilik ayah. then ayah ade letak satu komputer kat bilik kitorang. aku dulu tidur sebilik je dgn adik2 aku. even rumah tu ade banyak bilik. tp kitorang tidur sesame. katil dua tingkat ade dua dalam bilik tu. kan kitorang empat org kan. terbaik la malam sebelum tidor je mesti main panjat2 katil,baling2 bantal,tutup  lampu then main selimut2 dalam gelap. indah weh zaman kanak2 ngan adik2. rase mcm diorang la dunia kita. bile mak dgn ayah pergi kedai je,masing2 tunggu mak belikan coklat ke,air kotak ke,kopok ke. pendek kata tak sah kalau depa balik dr kedai x belikan pape.

then bila pindah sungkai,aku dah darjah 6. still lg mandi sesame ngan adik2. tp pakai baju la. mmg stil rapat gila dgn dorang. masih lg main mainan,main belon dlm rumah,main basikal kejar kat luar. main polis2. lumba basikal. padahal nak UPSR dah tu,. masih lg perangai cam bebudak. belajar pun nak x nak je. tp alhamdulillah otak aku ni kuat jugak mengingat and cepat tangkap dlm kelas. malas2 aku pun,still top 3 student dlm kelas. and aku dapat 5A utk UPSR. punye la happy family aku time tu. yela anak sulung kan,first anak yg amek exam,tup2 terus dpt cemerlang cmtu. peh antara moment paling indah dlm hidup aku bila aku nampak senyuman mak yg ade kat sekolah aku untuk tahu result aku. terus mak tepon ayah yg masa tu tgh keje bgtau result aku. aku nampak semangat gila mak bgtahu ayah yg aku dapat 5A. balik je rumah,opah tepon. "kaklong.mcm mane result?" bangge nye nak bgtahu opah. akak dpt 5A!!!!

tapi aku tak pergi boarding school. di sini mengubah perjalanan hidup aku. aku taknak duduk asrama. sbb aku ni manje sungguh. aku tak pergi MRSM,xpergi SBP. tapi ayah pakse jugak aku masuk RK Slim. tempat ayah ngajar. tapi aku kena duduk asrama. hari first sekolah aku dah kena duk asrama walaupun time tu pelajar RK x daftar lg. aku masuk kelas sesi petang dlu. 1 Kenanga. aku ingat lg. then RK masuk 12 Januari. ni pun aku ingat lg tarikhnya. kitorang kena pakai baju warna kuning,kain hitam. yg lelaki pun baju kuning,seluar hitam,wajib pakai songkok. and yg paling haru nye,aku dapat kelas 1 RK 1 yg mana guru kelasnya ialah Cikgu Kamarudzaman or well known as Cikgu Kz. ayah aku ajar BM. hah,kat sini la aku kenal
pakwe aku skrg. Ahmad Taufiq. aku ingat g dia ni. ketua kelas aku dlu. skema je aku nengok. pakai spec. cam dak baik la gak. dia okey je. x de wat masalah sgt dgn aku. cuma pernah la sekali tu aku nak duduk,kerusi aku takde. so aku amek je la kerusi dia. then berebut. dia ckp tu kerusi dia. mmg aku tahu pun tu kerusi dia. tp aku malas nak amek kerusi kat kelas lain,so aku cakap la tu kerusi aku. last2 die mengalah gak. dia yg kena amek kerusi lain. well,jangan lawan anak cikgu sendiri k. =)

pastu aku kena pindah. sbb ayah aku kena transfer kat SMK Trolak or SEMETRO. time ni mmg antara moment paling aku menyampah dlm hidup aku. aku tgh bahagia gila sekolah kat SMK Slim dgn bestfriends aku,Laily,Qalilah n Imurni. tetibe lak kne pindah. dah la ayah bg pilihan,kalau nak stay Slim,dok asrama. aku mmg anti dok hostel nih. benci sangat dok hostel. so nak xnak aku terpaksa la pindah ke SMK Sungkai. time ni la jiwa aku betul2 memberontak. first day at SMK Sungkai,peh. sumpah x best. aku dapat kelas first,aduh dah la x de kawan2 aku dlm tu. yg ade pun mmg x leh dibuat kawan. mmg aku x serasi dgn depa. so balik je umah aku cakap kat mak "mak,akak nak tukar kelas kedua.xnak masuk kelas first" time ni la aku berbalah dgn ayah aku. dua tiga hari aku mogok x nak pegi sekolah selagi parents aku tak tukarkan aku masuk kelas kedua. last2,depa akur. aku dpt masuk kelas kedua pas mak aku bincang ngan penyelia petang. kelas ni okey. even students dia kurang pandai,tp at least perangai ok la lg dr students kelas first. kain pun x singkat cam student kelas first. kat sini antara zaman perubahan aku. aku mula kenal lelaki. means kat sini aku mmg popular la. dah la masuk2 sekolah ni je,terus jd top student. even aku kelas second,tp aku nombor satu dlm tingkatan. cikgu2 sume terkejut. always nombor satu. aku pernah dpt markah seratus for BI,agama. seratus babe. cume math je aku agak lemah. cikgu2 sume kenal aku. tapi kat sekolah ni jugaklah aku mula bercinta. mula bawak hp pegi sekolah. curi2 main mesej bawah meja. bygkan la top student wat cmtu. tudung pun makin lama makin pendek. ade jugak pernah try pakai kain singkat2 tp aku x suka. poteng kelas KH sebab cikgu dia x best. satu apah aku x paham pe cikgu india tu ajar. dah la drpd amek ERT kat skolah slim,masuk sungkai kena amek Perdagangan. mmg basic aku taktau tetibe kena blajar. mmg kantoi r KH aku. last2 PMR aku dapat 7A je. KH aku B. nak buat mcm mane,takdir.

masuk form 4,aku pindah SEMETRO. ayah ajak sekolah dgn dia. kalau nak tahu cerita pasal aku kat sekolah ni,klik sini SEMETRO. dekat sekolah ni la aku ambik SPM. result aku takde la gempak mane. tp boleh tahan la. aku best student sekolah. aku dapat 7A. semua aku A except Bio,Kimia and Fizik. Addmath aku A babe. subjek paling aku tak sangka aku dapat A. actually aku target dapat 4A je. x sangka lak dapat 7A. alhamdulillah rezeki Allah nak bg. cume aku terkilan Bio je la x dapat A. padahal trial SPM Bio dapat A. nak buat cmne, xde rezeki. lepas SPM,aku jadi penganggur terhormat. duk rumah 24 jam. keje idak,amek lesen idak. aku ingat lg. 10 Januari 2010 aku couple dgn Luqman Hafiz. Mamat ni mmg aku bahagia couple dgn dia. best. xpernah gaduh. mmg loving always. jumpe pun dia selalu blanje. tp jodoh x panjang. lepas aku dpt offer matrikulasi dlm bulan 4,kitorang clash. 10 Januari 2010 jugak aku start msg Taufiq. time tu just kawan je. dia mintak pic aku. kitorang tuka2 pic. aku pun x de hati pun kat dia. yela tgh bercinta dgn Luqman kan.
lepas aku clash dgn Luqman,aku mula layan Taufiq. mula selalu msg dgn dia. dia keje time tuh. Kat KL. dia keje shif malam pulak tu. kekdang tak tido msg dgn dia. then aku masuk matrik 10 Mei 2010. time tu aku kan first dok asrama lepas dah lima tahun last dok hostel. mmg aku rasa nak nangis. aku rasa sangat alone. aku cite kat Taufiq. time tu aku msg dia. then hari tu lah dia mintak couple dgn aku. cakap nak jaga aku. nak teman aku. lgpun dia bakal masuk Uitm merbok,kat kedah jugak. so aku akan rase ade org dekat dgn aku la. so aku terima. ni lah detik permulaan pd kehidupan aku skrg.

bersama dia,banyak bnd aku dah lalui. masa aku kat matrik,dia la babysitter aku. nak balik,dgn dia. nak beli barang,dgn dia. nak kua duit,ajak dia. padahal sungai petani ngan kulim dekat sejam gak la perjalanan. bukan aku xleh pergi sendiri,tp aku rase lebih selamat bila dgn dia. aku rasa mcm mane ada org jaga. dan aku bahagia. bila result kuiz math aku low,aku cerita dekat dia. bile aku dpt 100 kuiz kimia and bio,aku cerita dekat dia. bila aku menangis sbb rindu kan family,aku cerita dekat dia. bila aku nak buku rujukan,aku suruh dia beli. bile aku kena stay up late nak wat lab report kimia and bio,dia la peneman aku. dia msg aku smpai kol 2 3 pagi. he's my everything at that time. even selalu sangat gaduh. masa berlalu dgn sangat pantas. sedar x sedar tahun berlalu. 2010-2011.

ahh skrg dah 21 disember 2011. aku dah 19 tahun.cepat sungguh masa berlalu. cepat sungguh masa lalu pergi meninggalkan aku. aku teringin nak jadi kanak2 semula. sbb mereka hanya tahu bergembira. xkenal erti duka. x kenal erti cinta. aku ingin kembali ke zaman di mana adik2 merupakan teman paling rapat. aku sangat merindui zaman kanak2. kerna menjadi remaja dan belajar menjadi dewasa melenyapkan sesuatu yg ku panggil HAPPINESS. sebab pada waktu ini,segala yg indah boleh menjadi pahit in a blink of eyes. 

aku rindu!! rindu pd aku yg dahulu. rindu menjadi Nurul yg hanya tahu bergelak tawa dan bermain Need for SPeed bersama adik2. 
Ya Allah,kuatkan aku untuk menjadi Nurul yg tabah dan sabar menghadapi dugaan hidup.


Wednesday, December 21, 2011

Happy Birthday to me..happy birthday to me..

Happy Birthday to me..Happy Birthday to me..
Happy Birthday to Nurul Azawani..Happy Birthday to me.. 




6 tahun

sekolah rendah

tingkatan satu

tingkatan 4


pesta pantun negeri

matriculation year


now

Monday, December 19, 2011

hotspring sungai klah..meh aku nak promote..mai2 ke Sungkai,Perak..

semua gambar2 ni aku dah edit ke film effect guna photoscape

air panas bertingkat..mmg panas la air tu..

laluan nak ke tandas.. (while waiting abg go to toilet)


model hotspring. =)


berasap tu panas

mane kaki abg,mane kaki saya? wee. :-p

therapy park.

dia gila. p cium bunga. itulah abg sy. gila. haha

kenangan jua.


sian dia lapar.

k cukup sampai cni.
saje nak share pic hotspring.
=)




besarnya erti 'abg' buatku

hey guys..wassup..
ase cam dh lame je x update lam blog ni..
malas dah ase nak berblog
tp malas2 pun bile bosan nak bercerita juga

dear my online diary
lately aku mendapat berita yg sangat2 mengejutkan
sesungguhnya hebat sungguh rasa yg dialami bila org yg kita percaya mengkhianati kita
nak meraung,melalak,menangis pun tak guna
tapi basically,aku dah matang dlm handle bnd cmni
bukan nak membangga,air mata mengalir jua
cuma tiada kata2 maki,tiada menumbuk dinding,tiada membaling nset
omaigod wani sudah dewasa bukan?

aku berpegang pada kata2,setiap manusia pernah melakukan kesilapan
dan pasti akan melakukan kesilapan
aku juga tidak terkecuali
bagaimana dia mampu memaafkan khilafku dulu
begitu juga aku maafkan khilafnya kini
i said to him,the last word i said to him masa kami jumpa
"btw abang,lupa nak cakap. skrg kita seri satu sama"
besar sebenarnya makna kata2 itu
skrg kita dah seri satu sama
both of us pernah buat silap
dan both of us dah rela memaafkan satu sama lain
so apa lagi?
move to the next step
lupakan segala yg telah terjadi
mungkin itu semua adalah ujian dalam hubungan kita
now,we move on

dear diary,sebenarnya aku sangat kecewa
tapi mahu dicerita pada siapa?
mahu salahkan siapa?
aku sedar aku ni banyak kelemahan
tapi adakah itu sebagai alasan utk menipu aku?
jujurnya,aku benar2 kecewa
ingin rasanya meninggalkan segalanya
tapi logik akal,aku juga pernah buat silap
mengapa tidak aku memberi peluang?
lagipun,dia dgn rela hati ingin membuang yg lain
saat aku berbicara padanya melalui telefon
tap biarlah apa yg dia kata menjadi rahsia kami sahaja
yang pasti,katanya,kami x boleh terpisah

X BOLEH TERPISAH

mengapa? hanya kami yg mengerti
saat aku mengetahui tentang PERKARA itu
esoknya juga kami berjumpa
dia buang simcard celcom dia depan aku
dia tunjuk segala bukti yg dia benar2 sudah melakukan apa yg dia kata ingin lakukan
dan kami tetap gembira seperti biasa
bagai tiada apa yg terjadi
senyuman,gurauan,usik mengusik
masih seperti biasa
Tuhan,sampai bila kami mampu bertahan?
dah dekat dua tahun kami bersama
banyak kami dah lalui
izinkan kami melaluinya dengan ikatan yg sah
i wish my parents could understand apa yg kami bakal lakukan

lihat tajuk entry ku kali ni
besarnya erti 'abg' buatku
abg,mungkin bg kalian hanya satu panggilan
dia sebayaku,cuma dia lebih tua 6 bulan dariku
bila mesej,bila gaduh,
segala2nya keluar,aku kau,i u,mcm2
masa mula2 kenal time form 1 dlu
ciap gaduh lagi aku ngan dia 
berebut kerusi segala bagai
aku mane pernah suka dia,dia just ketua kelas aku
and aku just anggap dia mcm budak laki lain
xpernah lak aku admire kat dia ke apa ke
tapi tanpa sedar,aturan Tuhan
5 tahun terpisah dan whoop
bersatu sebagai kekasih
gila? tidak. Tuhan anugerahkan rasa cinta pada kami
x pernah terfikir akan memanggil dia abang
bukan abg like abg angkat
but abang as the person whom i love
the person yg akan lindungi aku
yg akan bantu aku bila aku susah
yg akan harungi suka duka bersama aku
yang akan senyum dan menangis bersama aku
yg akan sentiasa ada dgn aku
kalau boleh biarlah untuk seumur hidup aku

aku terasa lain bila dia membahasakan diri dia abg 
rasa perasaan tu lain
abg tu mengandungi banyak erti buatku
dan rasa syg ini,bukanlah dibuat2
benar aku mmg sygkan dia
dan erti abg itu buatku
as seorang insan yg bakal menjadi suamiku insyaallah

"abg bukanlah baik sangat,dan abg bukanlah jahat sgt"
dah berapa kali dia ulang kata2 itu
yes i know,u not perfect
abg x baik pun
sapa cakap abg baik
dan abg bukanlah jahat 
aku terima kamu seadanya
dan aku harap
saat kamu memikul tanggungjawab nanti
kamu ubah diri kamu 360 darjah
u can do it bro
i know
biarlah segala yg terjadi memuhasabahkan diri kita masing2
kita masing dah besar
dah nak masuk 20 tahun pun
bukan lagi zaman kita untuk bermain2 cinta
lagipun kita dah terlanjur menyintai
dah terlanjur menyayangi
dah berkongsi segala2nya
everything.....

pape jd lepas ni,aku berserah pd Allah
kami dah merancang apa yg patut
tapi tetap juga Allah penentunya

doakan kami


walaupun hati manusia itu tetap dalam keadaan begitu setelah dikhianati,dicurangi,dibohongi dan sebagainya,percayalah,sehingga ia sembuh sekalipun,ia tetap tidak akan jadi keadaan yang sama suatu ketika dulu. - credit to,Dunia Sebelah Zara.


Saturday, December 17, 2011

Awak buat hidup dia lebih bermakna

Awak.
Dia tersenyum bahagia.
Kehadiran awak buatkan dia gembira.
Kematangan awak buatkan dia rasa suka.
Kehidupan sekarang mampu buat dia tepis duka.

Awak.
Awak cukup istimewa.
Dalam diam awak, awak sembunyikan rasa kasih pada dia.
Dia hadir sentiasa untuk awak.
Awak lupakan dia tatkala kesibukan melanda.
Tapi bila tenang, awak raih perhatian dan ajak bermanja.

Awak.
Dia sudah cukup sengsara.
Kepayahan pernah jadi permainan waktu senggang pukul lima.
Senyuman dia sudah lama palsu semata.
Lakonan hidup dia lebih banyak berpura.
Tapi dengan awak dia mampu jadi diri sendiri di alam nyata.
Dengan awak dia bebas biarkan minda berirama.

http://farm7.staticflickr.com/6208/6145748003_60eaa236ce.jpg

Awak.
Senyuman awak membawa pelbagai erti.
Dia cuma mampu lega hati.
Jalinan kasih bukan atas dasar simpati.
Bukan juga atas rasa dendam dengki.
Semuanya kerana dia perlukan awak sampai mati.

Awak.
Dia pernah menunggu hingga abaikan nyawa.
Dia pernah berlari sekuat hati hanya kerana benci air mata.
Dia pernah tidur bertemankan sekeping nota..
Dia pernah lepaskan awak demi melihat awak ketawa.
Dia pernah korbankan perasaan sendiri demi lihat awak bahagia.

Awak.
Bila awak datang kembali, dia hanya mahu gembira.
Dalam redha, dia sebenarnya sudah banyak menderita.
Dia hadam erti sengsara.
Dia kunyah pahit maung pelbagai rasa.
Hanya kerana dia mahu awak sedar dia wujud berlandaskan cinta.
Bukan nafsu jahat menggila.

Awak.
Pernahkah awak berhenti seketika?
Menoleh pada dia sewaktu dia sedang lena?
Melihat wajah tenang penyimpan sejuta rahsia?
Membelai jauh hati seorang manusia?
Yang pada dia awak adalah dunia?
Yang pada dia awak adalah nyawa?

http://farm7.staticflickr.com/6163/6240661586_fa135bbc17.jpg

Awak.
Ada orang kata dia bodoh.
Dia terima dengan senyuman paling hodoh.
Bukan dia tidak tahu apa yang orang lain mahu canai jadi doh.

Awak.
Sudah terlampau banyak dia tanggung seorang diri.
Meluahkan bukan sebab dia mahukan simpati.
Dia cuma dambakan seseorang yang mampu jadi pendengar di sisi.
Walaupun dia hanya menghitung saat menuju mati.
Hanya awak yang dia mahukan kini.

Awak.
Senyuman awak adalah kenapa dia mampu terus ketawa.
Kata-kata awak adalah kenapa dia mampu telan segala derita.
Dia tidak perlukan ayat lebih manis dari gula.
Dia tidak perlukan ayat lebih masam dari cuka.
Dia tidak perlukan terlampau banyak cerita.
Dia hanya mahukan awak wujud depan dia.
Mendengar penuh setia.
Memerhati dengan tekun guna mata.
Bukan bagaikan tugu tiada roh dan nyawa.

http://farm6.staticflickr.com/5300/5446488485_d5d447f1a1.jpg

Awak.
Awak jadikan hidup dia bermakna.
Walaupun dalam dia menderita.
Tapi dia tetap akan setia.
Sebab dia mahu hargai cinta.

Awak.
Mampukah awak jadi seperti dia?
Hanya awak yang mampu jawab soalan yang ditanya.

Monday, December 12, 2011

10 Disember 2011-nice holiday+anniversary

assalamualaikum..
setelah bape hari tak update blog,hari ni nak update..
aku tak update sbb bape hari ni g bercuti..huhu
hari jumaat tu patutnya train aku pukul 10.51 pagi,tp delayed sampai kol 2 petang..
gile lambat ahh..potong stim betul..
patutnya my bf nak jemput aku pukul 4 lebih..
tp dh train delayed mesti lambat punye sampai Butterworth..
kompem malam..ingatkan dia x nak dtg..
but he come jugak.. =) 

dr kol 5.30 ptg die dh gerak dr tempat dia sbb aku suh gerak awal takut ujan..
so dlm kol 6 lebih dia dah sampai..
lame kot die tunggu train aku..
lam kol 8 aku sampai..
sweet gile depan pintu coach aku dia tunggu..
turun2 terus nampak dia..huhu
rindu tak yah cakap la..mmg lepas rindu bila nampak dia..
then ain and her bf pun sbnrnya mmg dh ade kat KTM Butterworth tu..
so kitorg cari dorang then g makan..
pas makan my bf balik and aku g kolej ain kat UiTM Penang..
malam tu sembang2 ngan ain smpai kol 3 pagi baru tidor..

esoknya..10 Disember 2011..sementara tunggu abg abis LDK..
aku and ain g breakfast and jalan2 dlu dlm UiTM Penang..

UiTM Penang


ni Ain (kanan)..my bestfren..dia la yg rancang our holiday..

okey lepas tu around pukul 12 abg tepon cakap LDK dh abis..
kitorg pun ciap2 sementara tunggu abg dtg dr Merbok ke UiTM Penang..
kitorg nak pergi Bukit Merah then overnite kat pulau..(Penang)

while waiting for my bf and ain's bf

dh la panas,panas dan mmg panas. haha. bosan so snap pic

ok then they arrived..
dlm kol 1 lebih kitorg gerak g Bukit Merah..
then mandi2 pe sume..
mmg terbaik la.. =)

tu dia bukit merah..fes time kami mai..

me and abg..
nampak mcm baru dtg..pdhal time ni dh nak balik sbnrnye..

then lam kol 6 lebih gerak balik..
aku x bg lg abg bukak benda yg kne pakai kat tgn tuh..
lawak tgk dia pakai ke mane2..

g memane pakai je 

then malam tu g lepak kat pulau..
tgk wayang midnight cite Ombak Rindu..
aku mmg teringin nak tgk..
tu ajak abg tgk cite tu..
ain ngan pakwe die pun tgk cite tu gak even dorang dh tgk..
tiket wyg kol 12.10mlm..
kitorg sampai tu dalam kol 9 lebih..
so kne tggu lame r..
last2 g lepak kat tepi laut betul2 depan plaza Gurney tu..

sementara tunggu wayang start..

dalam feri..see,still xbukak bnd pakai kat tgn tuh..hee

pas tgk wayang..lepak2 kat tepi laut..
best,sejuk je dok tepi laut..
tmbh2 dgn org tersayang..

with him..

bangunan tu plaza gurney..

then dlm pukul 6.30 pagi,abg anta aku kat KTM Butterworth..
ain ngan pakwe die terus balik..
tiket balik aku pukul 8.00pagi..
ase sedih sangat nak berpisah dgn abg..
seriously,kali ni sedih gile ase..dlu xpernah ase cmni..
ternangis kot masa tgk abg lambai dr luar train..
abg tunggu sampai train aku jalan..
siess satu perasaan aneh hadir dlm diri aku..
i love him..with all my heart..
kitorang dh kongsi banyak bnd bersama..
we shared a lot..
walaupun banyak sangat gaduh,kerap sangat..
10 Disember 2011-genap setahun 7 bulan kitorang bersama..
and this is the best gift ever..
terima kasih utk setiap kenangan..
even abg banyak kerja,abg sanggup spend masa for me..
sgup dtg memalam dr kedah ke penang tok jemput wani..
bawak moto dr kedah ke penang..
ke perak..
balik penang lek,balik kedah lek..
spend duit,jimat makan utk simpan for holiday ni..
terima kasih abg..
wani hargai semua tu..

good bye Penang..
banyak sgt memori kat Penang sbnrnye..
bile lalu balik kat Padang Kota...
teringat time dulu..with him..

thanks for everything..
kenangan yg x kan dapat lupa sampai bila2..

"syg,knp syg curi hati abg?" 
"sbb abg yg bg"
-----------------------------

Tuhan tolong lembutkan hati dia..
untuk terimaku seadanya..
kerna ku x sanggup..
kerna ku x mampu..
hidup tanpa dia disisiku..