Kau kekasih hingga ke akhirnya...

Monday, January 31, 2011

Puteriku Sayang.....

Okey pasaipa aku letak tajuk tuh kat post aku..sebab ni la lagu yg tengah berkumandang kat blog aku skrg..Puteriku Sayang nyanyian kumpulan nasyid favourite aku,Hijjaz..sebab musababnye kenape aku letak lagu ni..sebab aku terpikat sangat2 ngan senikata lagu nie..betul2 menyentuh hati aku sbg seorang perempuan..aku bayangkan akulah puteri tu dan yg nyanyikan aku lagu ni ialah org yg bakal menjadi suamiku kelak..menjadi seorang wanita solehah adalah idaman setiap muslimah..begitu juga aku..even skrg ni aku tak la bertudung labuh,tidak juga memakai pakaian yg labuh2,sekadar menutup aurat dan tak ketat je..tp aku mmg mempunyai impian utk ke arah tuh..mungkin satu hari aku akan cube,atas izin Allah dengan hadirnya hidayah drpdNya..Insyaallah..Buat masa ini,aku cuba mendekatkan diri aku pada Allah,dengan melambatkan lg masa aku di atas sejadah dan cuba melapangkan masa dengan Al-Mathurat dan kalam2 Allah..Insyaallah..

Di sini aku selitkan senikata lagu Puteriku Sayang itu..
Semoga rakan2 muslimin dan muslimah dapat mengambil sedikit sebanyak apa yg ingin disampaikan oleh Hijjaz dalam lagu tersebut..

Lembut mu tak bererti kau mudah dijual beli 
Kau mampu menyaingi lelaki dalam berbakti
Lembut bukan hiasan bukan jua kebanggaan
Tapi kau sayap kiri pada suami yang sejati

Disebalik bersih wajah mu disebalik tabir diri mu
Ada rahsia agung tersembunyi dalam diri
Itulah sekeping hati yang takut pada ilahi
Berpegang pada janji mengabdikan diri

Malu mu mahkota yang tidak perlukan singgahsana
Tapi ia berkuasa menjaga diri dan nama
Tiada siapa yang akan boleh merampasnya
Melainkan kau sendiri yang pergi menyerah diri

Ketegasan mu umpama benteng negara dan agama
Dari dirobohkan dan jua dari dibinasakannya
Wahai puteriku sayang kau bunga terpelihara
Mahligai syurga itulah tempatnya



Itulah dia senikata yg terkandung dalam lagu yg menyentuh perasaan ini..
Apa yg dapat aku simpulkan di cni..
Malu itu sangatlah penting bg kita kaum wanita..
Malu lah yg akan menjadi benteng diri kita..
Penjaga maruah dan harga diri kita..
Insyaallah..



No comments:

Post a Comment