Kau kekasih hingga ke akhirnya...

Sunday, March 13, 2011

Janji dengan ayah...

Semalam..tgh2 aku down sangat2..aku bertekad..aku capai nset aku..aku bukak write new message..then aku start menaip..

'Ayah,akak janji,mulai hari ni akak akan belajar sungguh2..ayah tlg doakan akak..akak nak berjaya tp akak selalu lalai.. :-( '

Then aku tekan send to..
Ayah Celcom..



Dgn tersendnye msj bersama janji itu..maka termeterailah satu perjanjian yg harus aku tunaikan bersama ayah aku..iaitu belajar bersungguh2..ayah,maafkan akak selama ini akak mempersia2kan harapan mak n ayah dgn bertindak mengikut hati,bukan mengikut akal..akak mmg bersalah..akak bukan anak yg baik..harapan mak,ayah,opah,pakngah,paksu mase mule2 kalian hantar akak ke matrik dulu,10 Mei 2010,akak cemari dgn satu perkara yg sampai kini akak menyesalinya..kenapa anak ayah ini begitu naif sekali...

Dan ayah membalas...

'Ayah tahu tp belum terlambat.Ayah doakan semoga berjaya dalam apa jua bidang yg ingin diceburi.Hidup mmg penuh cabaran kalau gagal menanganinya dgn betul kita akan sentiasa kesedihan for the rest of our life.'

Dan serentak itu aku menangis..air mata yg kutahan sejak tadi gugur satu persatu..kata-kata ikhlas dari seorang ayah..membuat aku rasa jijik dgn diri sendiri..kenapa aku tergamak merosakkan setiap harapan ayah..kenapa aku tewas dek nafsu dunia..kenapa aku biarkan diri aku hanyut dalam sume bnde yg tak bermakna ni..

Ya Allah,..
Izinkan aku kembali padaMu..
Aku bukan insan yg jahat Ya Allah..
Khilafnya aku adalah kerana aku tewas dlm nafsu..
Nafsu mengejar nikmat dunia..

Bagaimana lagi utk aku bertaubat pdMu..
Jika diri ini masih tercari-cari bahagian diri yg hilang..
Aku rindu diri aku 5 tahun dahulu..
Kembalikan aku ke jalanMu ya Allah..

Then aku msj member lame aku..
Nur Salam Uswan..
Pd dia lah tempat aku luahkan masalah aku kdg2..
Aku tanya dia..

'Salam,kalau kita ada buat salah,Allah terima lg tak taubat kita?'

Dan dia jawab..

'Allah tu Maha Pengampun lg Maha Penyayang wani..dia pasti akan ampunkan andai kita betul2 bertaubat..'

Semalam,pukul 1 pagi aku bangun..
Bertahajud pdMu di dinihari yg hening..
Memohon ampun atas segala salah silapku..
PdMu dan juga pd ibu bapaku..

Dan kini..aku sedang berjuang melawan diri sendiri..
Aku ketawa,aku senyum..namun dlm hati aku menangis..
Malah kdg2 tiba2 tanpa sedar air mata aku mengalir..
Dalam kelas,dalam kuliah..
Aku lemah tika ini..
Sangat2 lemah..
Ya Allah.....


No comments:

Post a Comment