Kau kekasih hingga ke akhirnya...

Saturday, April 30, 2011

Ego..

Okey,entry kali ni wani pilih tajuk ego. Nak tau pasaipa? Sbb tu la wani. Seorang yg sangat2 ego. Mengalahkan laki. Ntahla. Faktor genetik ke or persekitaran wani pon tak pasti. Asenye dua2 ade. Kalau genetik,kompem,dapat dari ayah. Huhu. Kalau persekitaran pulak,sbb terlalu dimanjakan kot? Apa nak mostly dapat. So lau tak dapat,by hook or by crook i must get it jugak. Tak kira la nak mogok ke ape ke,janji dapat., Huh,teruk kan? Tambah2 wani ni anak sulung. Orang kata anak sulung ni mmg ego lebih. Ea ke? yg tu aku tak sure kesahihannya. tapi yg sakitnya,sape2 yg rapat ngan wani la. Terpakse tahan ngan perangai wani yg ego terlebey nie. Tapi kan tapi kan,.even wani ni ego lebey,tp wani mudah memaafkan orang. Cume wani tak mudah melupakan. Mmg sangat2 payah. Tambah2 kalau bnde yg berlaku tu hurt my feelings a lot. Surely i can't forget it no matter how much time i take.. But,sekali wani dah sayang orang,tak mudah wani nak membenci.

Thursday, April 28, 2011

Bila kebahagiaan tak menjadi milik kita..

I feel like..nobody cares!! Urggh. I hate this feeling damn much. Adoi dah takde mood la nak update blog.

Ok. Sumpah rase macam tensen gile skrg ni. Rase mcm nak hempuk sume bnde. Tapi masih waras,takkan nak hempuk laptop kan? Hee.

Apasal ha rase mcm tak seronok. Bosan tawuk. Dok rumah ni BOSAN rupenye. Bosan GILE. Keje wani,tengok tv,makan,tengok tv,makan,tdo. Tu aje. Pehh wa cakap sama lu,.sumpah BOSAN. Orang nak ambik lesen tp tak dapat. Nak keje tapi taktau nak keje ape. Nak buat apa lagi?  Dok melangut ja cam orang bodoh kat umah. Dah la ade 'kawan baik' tp macam takde. Busy memanjang. Kau ingat kau sorang je la ada final exam? Huh. Menyampah i.

Kadang2 rasa macam lonely. Siyez cakap. Lonely.

Sunday, April 24, 2011

Kerana dia seorang perempuan..

Kerana dia seorang perempuan,,
Dia mudah menitiskan airmata tatkala dia sedih mahupun gembira..
Kerna baginya itu menenangkan,,
Dia mampu menyembunyikan seribu duka dalam riak wajah tenang..
Dia mampu ketawa saat dia kecewa..
Dia mampu tersenyum saat dia berduka..
Dia mampu membuat orang gembira meskipun dia yg terluka..
Kerana dia seorang perempuan..
Dia melihat kasih sayang dari sudut berbeza..
Dia melihat cinta dari hati yg murni..
Dia rela kesakitan demi kasih sayang..
Dia sanggup menahan seksaan demi cinta..
Kerana dia seorang perempuan..
Zahirnya bukan cerminan batinnya..
Wajah bukan jaminan hatinya..
Tuturnya bukan lambang hatinya..
Sukar baginya membenci sesuatu yg dia sayang..
Kerana baginya benci itu perosak kasih sayang..
Dan dialah sebutir permata di dalam ribuan kaca..
Setiap perempuan itu istimewa..
Kerna merekalah yg mampu menggoncang dunia..
Biarpun linangan airmata menjadi peneman setia,
Namun kelembutan mereka bukanlah kelemahan,.
Bahkan merupakan hiasan sebuah kecantikan..
Kerana dia seorang perempuan...


Saturday, April 23, 2011

Sedih dan terharu..

Malam ni,hati jd sangat2 tak keruan. Mane taknye,td BENGANG gile2 dengan dia. Gaduh teruk sangat sampai rase mcm due2 dah putus asa. Wani pon tadi rase mcm dah give up nak teruskan sume ni. Cam dah takde harapan nak berbaik. Rase mcm kalau contact je mesti gaduh. So ape gune teruskan kan? Sumpah rase blurr n keliru sangat2 td. Nak let go all this,sayang,too many memories,too many things we've done together. Nearly a year. So should i let go of all that? N take the things for granted? sigh. Taktau taktau taktau. Buntu gila. Jiwa kacau.

Then tibe2,something make me completely change my mind. Something that make me hold into one choice only. Something that change my view towards him. Apa dia? Hum dia tibe2 bg wani link ke blog die. Apa? He has a blog n he never told me before? Mula2 rase nak marah ( bese la org kuat marah ) huhu,then bile bace sume ape yg dia tulis selama ni. Waduh2,terharu banget sehh. Terus terang wani ckp wani bukan lah pompan yg mudah dipujuk or cepat termakan pujuk rayu,tp sumpah ckp,ape yg die tulis tu sangat2 menyentuh hati wani yg keras bak konkrit nie. Die tulis mcm ikhlas dari hati. N most of his entry is about ME. Nampak sangat lah yg dalam hidup die mmg wani ni penting. Cume wani je yg tak reti menilai sume tuh. Sbb die tak tunjuk. So mmg wani tak nampak n sbb tu wani salu sangat kondem die,marah die n so on. Kesian die. Die dah lah tengah final. Sampai tak tdo malam kawan tu due hari,yg wani pulak dok wat hal,langsung tak contact n tak peduli pasal die due hari ni. Kes merajuk sbb die dah takde mase utk wani. Sedangkan wani yg tak paham betapa busynye die. Huhu. I'm sorry. Siyez rase sangat bersalah. Punye la banyak maki hamun dia selama seminggu yg kritikal ni,bahase pon mmg kasar gile la. Tp die tetap maintain. Langsung tak melawan gune bahase kasar jugak. He is a nice person actually. Wani yg susah nak paham die.Uhh sorry. Wani ni mmg teruk betol la.

Wani tau dia buat sume ni sbb dia nak final. Dia mmg takda masa sbb dia nak final. Sume sbb dia nak final. Bukannya sbb dia sengaja. Hati,tolonglah paham. Hati,tolonglah baik dgn dia. Hati,tolonglah jangan buruk sangka kat dia.Apesal ye kitorang ni asik gaduh je? Boleh kate tiap2 mase la gaduh. Kitorang ni tak serasi ker? Haih ntahler. Susah betol la. Ni skrg dok berbaik,tak lame g gaduh la tuh. Ntah la. Huhu. But tak dapat dinafikan,rase sayang tu masih ade. Gaduh la mcm mane pun,wani tak boleh nak hilangkan terus rase sayang ni. Yela bukan sekejap2 dgn dia.

Buat awak,saya mintak maaf sangat2. Saya tanya dia semalam. "Saya ni menyusahkan hidup awak je kan?"
"saya ni tak pernah buat awak happy kan?" tapi dia jawab. "kamu tak pernah menyusahkan saya" n "kamu selalu buat saya happy,cume kamu yg menyusahkan diri kamu sendiri." Ya mmg betul pon. Saya yg mengada2 sangat. Saya yg suka sangat ikut emosi. Marah awak tanpa bertanya apa sbb dan punca. Dan saya menyesali itu sume. Hope awak tetap sabar dgn karenah saya yg mcm ni. Saya ni mmg pelik sikit. But don't worry,saya tak pernah benci awak dan saya tak mungkin dapat membenci awak. Sbb awak ada dalam hati saya. Saya pernah cakap kan. Sekali dia dihati,biarlah selamanya dia dihati.

* don't treasures WHAT you have in your life,but treasures WHO you have in your life. That's how life turn to be colourful. The way we treat peoples,the way peoples treat us,all that bring colours to our life. No matter how hard life would be,try not to give up easily. Coz give up means you've FAILED. While go on means you're TOUGH. 

No matter how much we fight,no matter how much tears i've wasted,i'm not regret the presence of you in my life. Cause you COLOURED my life.With different colours. With different patterns. Just don't try to crumpled it.

P/s : I LOVE YOU. :-)

Friday, April 22, 2011

Tolong respek sikit boleh tak?

Aduii. Si lelaki ini betul2 buat wani rase mcm nak baling handphone. Kamu ingat kamu lelaki kamu boleh suka2 hati nak wat ape ikut kamu suka? Dey, jagalah hati orang ckit. Where's ur sense of respect? You're pathetic. Sumpah cakap wani bengang gila lah kamu buat mcm nie. You really think urself are so good huh? Boleh suka2 hati nak buat org mcm nie. Ingat wani apa? Tak main la bro. Kamu taknak? Taknak sudah. Boleh pegi berambus okey. ( sumpah bengang ). Sape2 yg bace tolong jangan memandai nak buat spekulasi bukan2. Dah tulis kan kat header atas tu,every girl has a story to tell. Ini blog wani kan. So suka hati wani nak tulis mcm mane pun asalkan tak melampau. Taknak lah dok mencarut2 pe suma. Just nak meluahkan pe yg terbuku di hati.

Haish. Ke hadapan awak yg sangat3 'disayangi',awak jangan la ingat diri awak tu bagus sangat ye. Saya pun takde la perasan diri saya bagus tapi melihat pada cara awak, saya rasa awak macam rase sume awak yg control. Konon awak boss lah ? Boleh suka2 nak blah,nak datang cmtu je. Aiyo. Awak ni jangan la perasan sangat mcm la saya ni dok tergila2kan awak sangat. Mcm la kalu awak buat mcm tuh,saya akan rase "awak,tolong jangan buat saya mcm ni wak,saya mintak maaf sangat2,saya janji tak buat lagi ok,tp awak janganlah sakitkan hati saya" Bengong. Haha. Jangan harap la wey. Awak buat perangai,awak punya suka tapi jangan harap saya nak mengalah dengan perangai MENJENGKELKAN awk tuh.

Awk,saya mintak maaf la dok tulih pasai awak dalam nie. Bukan niat nak mengata pe sume. Tapi saya nak awak tolong la sedar,saya ni bukannye barang permainan. Dan saya ni tak selemah pompan2 lain yg mengada sangat dgn lelaki tuh. Jangan harap la k saya nak pujuk rayu ka apa ka. Sorry,not me. Awak jangan bajet good sangat dgn saya sbb awak tak good pon lah. Kita dua2 tak good. So tak payah la awak nak dok sakitkan hati saya segala bagai dgn perangai awak yg saya BENCI gila tuh. Takde maknenye awk. Buat saya benci adalah. Awak tau tak ape erti menghargai? Kalau tau,tolong la ye hargai apa awak ada. Jangan treat macam surat khabar atas meja yg orang tak bace okey. ( ape punye perumpamaan daa ) Janganlah lepas awak baca awak buang.

Benci gila bila orang taktau nak menghargai nie. Annoying.

Ayah oh ayah

Sumpah wani tgh risau skg nie. Ayah ni buat wani cuak tau. Kenapa dia tak jage makan,kenapa die tak jage badan. Kan dah kne tahan kat wad. Ni kali pertama tau ayah bermalam kat hospital. Tapi nape ayah tak bagitau wani langsung?? Sbb wani tgh final? Ayah risau wani tak bole jawab sbb tensen? Wani lagi risau kalau something bad happen to you suddenly but i know nothing. Exam tu lantak la tolak tepi sat. Yg penting wani tau ayah camane. Sihat ke sakit ke. Ya Allah..janganlah kau beri ujian yg berat pd ayahku. Sembuhkanlah dia ya Allah. Wani tak sanggup tengok ayah makin lame makin lemah. Balik keje sampai tertidor dalam kete lepas sampai umah. Naik atas terus tdor. Dgn sakit kepalanye. Wani kesian tengok ayah makan nasik sikit je,macam bg baby makan.Makan sume kne jage. Tak bole dah nak makan manis2,masin pun kne kawal. Td wani rase sup oat ayah,yucks,sangat2 tak sedap. Tapi tu la yg ayah terpaksa makan. Mak terpaksa halang ayah makan makanan yg kitorang makan. Sampai kdg2 kne sorok2 makan. Takut ayah teringin. Kesian ayah. He loose all the kind of food he likes before and now have to get use to new kind of food which i'm definitely sure doesn't suit his taste.

Wani tau ayah makin lame makin tua. Sikit je lagi nak jejak angka 50. Wani tau,makin lame tubuh ayah makin lemah. Wani tau makin hari ayah makin tak berdaya. Wani sedar sume tuh. Tapi kalau boleh Ya Allah,biarlah wani sempat banggekan ayah. Biarlah ayah sempat tengok wani genggam segulung ijazah sbb wani tau,itulah harapan ayah dari mula2 dia hantar wani masuk sekolah dulu. Biarlah die sempat ada cucu. Biarlah die sempat hidup berehat bersenang-lenang tanpa perlu pergi ke sekolah tiap2 hari mengajar dan bermesyuarat sana sini. Biar wani yg tanggung ayah nanti,biar wani penuhi setiap keinginan dia. Sbb selama ni die da penuhi setiap keinginan wani.

Guys,even ayah garang,even ayah tak mesra mcm mak kita,even ayah jarang bermanje dgn kita,tp sebenarnye,die paling sayang kita. I can see all that in my father. Eventhough he never says that to me,but his body language and gasteur prove it all. Dad never say NO each time i ask something from him. He always try to help no matter what. And for that,I LOVE YOU so much that. Even i always make trouble,the one who always fight your word,make u worried,and so on,but deep inside my heart,i can't live without u. My life will be so dull without u. You give me a life. You give me strength. You always there for me. N most of all,you give me LOVE. No man can ever replace your place in my heart. Even you are not the most loving father in the world,but you are the best father in my heart.

Ayah,akak harap ayah boleh terus sihat utk kami. Akak harap ayah boleh tolong jaga badan ayah,jaga makan minum ayah,utk kami terus menumpang kasih sayang ayah. Tak perlu ayah belikan kami barang mahal2,cukup sekadar ayah ada di samping kami utk mengisi hari2 kami,utk melindung kami,utk mendidik kami. Ayah kne kuat utk kami. Sbb kami tak kuat tanpa ayah. Kami sume risaukan ayah. N kami sume sayangkan ayah.

* tears rolling down my cheek sometimes when i'm typing this. he is such a great man to me.n i can't loose him. the last thing i want in this world is to see my parents walk away from my life,forever.

Thursday, April 21, 2011

Berakhir sudah life di matrik..

First skali nak jerit kuat2. Hooorraaaay!!! Wani berjaya menamatkan pengajian selama 10 bulan lebih di matrikulasi yg orang kata payah gila tuh. Yeke payah? Emm bg sape2 yg otak die tak dapat pikap cepat mungkin akan menghadapi sedikit masalah sbb pembelajaran kat matrik ni laju sangat2. Kadang2 lecturer habiskan satu bab biology tu dalam mase sejam kuliah je. Bayangkan betapa lajunye kuliah kitorang. Kita kene bergantung kat usaha sendiri kat cni. Terus terang cakap,mmg tak boleh nak mengharapkan pd lecturer semata2. Kite kne cari sendiri maklumat,bahan n mcm2 lg utk tolong diri sendiri. Kalau kita malas,terus terang ckp,jangan masuk matrik. Bukan ape,takot korang jenis yg lambat pikap + malas,itu mmg akan menghadapi masalah besar kat matrik ni. Wani pun malas jugak. Siyes cakap.Tutorial math x buat. Lab report buat cincai2 jer. Tp last2 minute wani mmg pulun la. Bukan nak kate wani pandai. Tak. Tp alhamdulillah la pointer sem 1 lebih 3.5 jugak even malas sesangat. Sume kne depend kat otak n usaha kita. Kalau kita ni budak SAINS HAYAT,lagi2 la. Kena yg otak kuat mengingat sbb banyak GILA benda kne hafal tau tak. Sumpah cakap,BANYAK GILA. Dalam mase just tak sampai 6 bulan utk satu sem,kena hafal beribu2 keywords n proses. Tu belum campur kimia lagi. Tambah2 organic chemistry. Pehh bapak la banyak mechanism n reactions nak kena hafal. Kalau tak hafal benda2 tuh,sure GILE la tak boleh jawab exam final sem due tok subjek Kimia. Math toksah citer la. Killer subjek wani. Math la subjek yg buat wani tak dapat nak skor 4 flat. Taktau la nape. Bg wani,agak payah la Math tu. Dulu add math time SPM leh buat lg,leh lagi dapat A tp math kat matrik ni payah lagi. Hum sedih la jugak sbb ta dapat nak skor math.

Btw,best ape life kat matrik. Tak banyak assignment. Keje rumah pun lecturer bg ckit2 je. ( tu lecturer wani la,lain lecturer lain cara ). Sumpah wani mmg rilex giler kat cni. Boleh on9 je time lepas kuliah. (jgn tiru gaya hidup wani k kalau taknak kantoi matrik). Roommate dok study pe sume,wani dok tdoq n on9. Entah hape2 betul kan. Ni la budak malas. Study mmg last minit gile la. Setiap kali final,seminggu sebelum final baru study. Tu pun tak konsisten. Sehari sebelum exam baru la dok nak menghafal itu la ini la. Formula2 sume dok hafal last minit. Mmg cari nahas betul wani ni. Entahlah nanti dapat brape final sem due. Mintak2 lebih dari pointer sem 1.

Wani nak nasihatkan,sape2 yg dapat tawaran masuk matrik tu,please don't keep in your mind that "matrik susa gile la","orang kate matrik ni tempah maut","ramai kata susah nak skor kat matrik". Please don't ok. Matrik tak susa mane pon kalau kita boleh adapt dgn cara pengajaran dan pembelajaran kat sana. Yg penting kat sini,usaha. Tanpa usaha,mmg tak boleh buat kecuali otak korang mmg jenis pandai gila. Kalau korang rasa korang mampu bawak,go on. Ok je life kat cni. Tambah2 kalau dapat kolej MARA. Makan free tau. Tak payah nak susah2 pkir pasal duit ape sume. Keje korang,belajar je. Sape2 budak sains tulen yg berhasrat nak jd DOKTOR tp tak dapat sbb result SPM tak straight A's,boleh teruskan cita2 dgn sambung matrik,ambik Sains Hayat,skor 4 flat,then boleh sambung medic. ( tp xsume akan dapat la,ikut nasib la ). Tapi ingat,bukan SENANG nak skor 4 flat. Kerajinan kunci utama.

time lab bio. cube cari aku yg mane? hak2


Well,we need to climb the stairs to get upstairs. If we don't,we'll be at the bottom forever,without even trying to get to the top. Eventhough it's not easy,but at least we try. Allah loves those people who are willing to try instead of saying NO before trying. Saying NO is an optional,but TRYING is a MUST if u wanna SUCCEED in life.Kejayaan tak datang bergolek kan. Dan jangan lupe,dalam kita susah payah study pun,ALLAH yg paling utama. If hubungan dengan ALLAH tak jaga,no point korang usaha gila2. Keberkatan tu penting.

sijil matrik aku. *but sijil matrik tak laku utk cari keje tau.

Banyak pulak wani merepek. Saje je boring2 dok umah ni. Skrg ni dok umah je la dah abis matrik. Tunggu kemasukan ke u bulan 9 nanti. Lame gile cuti. Taktau nak buat ape. Tp best sbb bersama family.

* I'm losing someone right now. and dude,it's hurt so much even i've tried to heal it. :-(

Monday, April 18, 2011

Dunia oh dunia !

Hari ni ade exam kimia paper 2 pagi td..habis je exam kol 11.40 td,wah kau,senyum lebar kot. ngee. almaklumlah,tinggal satu paper je lgi pasni. tu pun kimia paper 1 je. mmg dah tak study kot. haha. then balik tu terus mengadap laptop dannn,ape lg,bukak FB lah. haha. pastu ade jugak wani lipat baju cket2,sbb dah takde keje kan. hehe. cian gak takkan nak suruh mak je kemas sume t. emm taktau nape rase hepi sangat2 pas abis exam kimia td. mungkin sbb boleh jawab kot? haha berlagak betol,padahal entah betol entah salah jawapan tu. tp kan,sebenarnye even la organic chemistry tu agak susah sbb banyak bnde kne hafal,tp wani minat blajar bnde tu. taktau nape. yg kgkwan dok tak suke tu la yg wani minat.cam tajuk biodiversity dalam biology,wani suke dowh belajar tajuk tuh even kawan2 lain kate leceh la banyak bnde kne hafal la ape la. agaknye otak wani ni lebih menjurus kepada bnde yg menghafal2 kot. kire2 wani suke gak tp cam payah nak skor. siyez paling takot paper math. huhu.

btw,td petang dok lepak2 ngan ayu n ain kat math department. saje nak isi saat2 terakhir kat cni. kitorang dok tengok bnde2 lawak kat youtube. tp mmg siyes lawak sampai gelak terbahak2 pecah perut kot tengok benda ni best!sumpah tergelak kaw2 dan ini sumpah lawak sila click di sini . haha dgn bnde ni kitorang dok tergelak2 kat math department td. but okey la,dapat lepaskan stress after exam kan. tapi kan tapi kan,jeng3..ade SOMETHING MENARIK wani nak share kat sini.tengok betul2 ye..

JENG JENG JENG..




korang nampak tak ape yg wani nak tunjuk? ha tu lah yg kitorang dok skodeng td. sambil2 dok layan youtube kan. em ade lagi ade lagi.


maaf sangat2 kat empunya diri yg tengah bermesra tu,kitorang tangkap gambar korang curi2. huhu. bukan ape,entahlah. mmg camni ke kalau couple? first step,dok rapat2. kemudian,start pegang2. then..lain yg akan dipegang. ALLAH.. jahilnya kita kan? 

ok. enough sal tu. taknak komen banyak2 sbb diri sendiri pun tak betol sangat. esok takde paper. BORING.
nak kua jejalan tp taktau nak kua ngan sape. sume takde duit jer. wehh kepada mamat yg rase diri dah bagus sangat tuh,lau taknak contact wani pon tolong pulangkan pendrive wani !!!! grrr. nak buat pasal ngan wani pulak. tak peduli la weii lau tak nak care bout me anymore,but I DO HAVE FEELINGS.

if u want to get rid from my life,u r PLEASED to do so. 
do i care? 
( yes i care )
ouh please lah. u r dealing with the wrong person ok?

you are messing with..


me !!! argghh muke baik ini sila jangan buat saya marah..huhu


Dunia oh dunia. penuh dengan permainan. seperti mudahnya hati manusia dipermainkan. seperti mudahnya maruah tergadai.

Sunday, April 17, 2011

Don't break my heart please,ok?

Before anda membace entry ini,maaf ia mengandungi unsur cinta.
Jika anda tidak suka,PLEASE get urself out of this page ok?

Kawan2,kakak2,adik2,abang2,wani ni tak baik pun.
Bukan la jahat. Cume wani taklah jenis budak baik gile stok tak bercinta pe sume tu.
Kdg2 wani nyesal gak bile terlibat dlm alam cinta nie.
Best je tengok kawan2 yg single,bahagia je hidup dorang.
Bukanlah nak kata kalau couple tak bahagia,tp banyak kot bnde kne berkorban.
Paling tak best,kne berkorban perasaan.

Emm wani pernah kena tipu.Sedih sangat time tuh.
Paling wani tak boleh lupe,mase nak SPM.
SOMEBODY broke my heart. 
Mase tu lg seminggu je lg nak SPM. Gile kan?
Wani nangis gile2. Wani baling2 bantal,tarik2 cadar. BODOH kan?
Sbb seorang laki wani jd cmtu.
Hebat tak hebat penangan bercinta.
Yela mane taknye da nak dekat dua tahun kitorang together,then tetibe je,whoop,sume tu berakhir.
Mau tak frust tahap orang constipate. Huhu.
Wani rase down sangat2. Dulu die ambik hati wani dgn elok,
then suddenly die bg balik dgn keadaan retak seribu.
Macam nie...


Kejamnye seorang lelaki kan?
Ape la salah wani. Selama wani ngan die wani setia. ( tipu je kot )..huhu
Tp janganlah sampai hancurkan hati wani bile wani nak exam.
SPM tu the most important exam dalam hidup tau.
Sampai hati dia buat wani cmni,kalau dia takpe la,bukan belajar sangat pun. 
Ayah die tak suruh die skor tinggi2 dalam SPM. Takde orang nak push die suh belajar gile2 sampai jd doktor ke lawyer ke ape ke.
Takde tersenarai dalam top ten target straight A SPM.
Tp wani ni lain. wani anak cikgu tau tak. ( die pun anak cikgu jugak ) huhu.
Tapi wani ni sume orang suh buat betul2. Sume orang nak wani skor straight A dalam SPM.
Tengok2 jd cmni. Siyez wani dah rase mcm taknak jawab SPM. BODOH kan?
Oh sebelum tu lupe nak cer,die tinggalkan wani sbb die ade perempuan lain kat sekolah die.
DUMB rite?
Wani yg bodoh ke die yg bodoh ke entahlah. Dua2 kot.

Then agak2 dalam dua tiga minggu kot frust. Ceh bajet je bertekad dalam hati
"pasni aku taknak bercinta dah"
Tapi,apakan daya.
Huhu.
Tapi yg paling wani tak boleh lupa,EX wani yg dumb sangat tinggalkan wani tu,
MENYESAL tinggalkan wani.
Wani ingat lagi,time ambik result SPM,die bagi msj.
Tahniah wani,banyak A dapat ye.X macam ____.( name die lah )
Die yg bgtau wani result wani sebelum wani sempat jejak ke SEMETRO lg.
Maklumlah sbb dah kecoh satu sekolah.Tambah2 ayah dia cikgu yg uruskan bab periksa ni.
Well time tu wani senyum lebar2. Wani rase sangat2 puas hati.
Sbb wani dah buat dia rase MENYESAL.
Ha camtu la laki kan??
Bila dah kehilangan baru pandai nak menghargai.
Chaitt,podahh.
Once u've broke my heart,u'll never ever able to replace it with the new one.
Done. Setakat itu saja hubungan kami.
The rest is history.

Well,skrg,i'm with someone else.
Tak perlu nak cerita sape die sbb dah pernah pun citer dlm post sebelum2 nie.
I'm not asking him to be perfect for me,but i do hope that,
PLEASE DON'T BREAK MY HEART.
Cause wani tak nak lg alami benda sama yg pernah wani alami dulu.
Wani taknak lg menangisi,menyeksa diri just because of a stupid MONKEY LOVE
Well for sure u are not a monkey rite?

I may not be the most perfect girl for you.
Not the prettiest one.
Not the loving one.
But i DO have feelings.
I have a heart that i don't want it to be broken,again.
Just let me know by the time my heart isn't yours anymore.
So that i can take it before u brake it into pieces.

I don't regret my past,i just regret the time i've wasted with the wrong people.
Please,don't waste my time.



Kejadian aneh pagi tadi...

Ok kat cni aku nak citer pasal pe jd kat aku around pukul 7 lebih pagi td. Actually pg tuh lepas bangun solat subuh kol 6 aku tido balik. Then around pukul 7 roommate aku si Farhana tanye aku nak die tolong antarkan baju dobi ke sbb tengok aku tengah sedap tdo kan.Aku pun dgn mate yg masih stim kate takpela. Sbb aku taknak nyusahkan die actually. Tp tibe2 lak time tu aku rase lapa. So aku pun buat keputusan nak turun ikut farhana sbb nak g bekpes. Then time tu ok lagi. Dah kemas2 beg dobi pe sume,turun la bawah ngan die. Sampai je kat depan bilik dobi,aku dah terasa semacam. Tibe2 perut aku wat hal. Sakit giler tau tak. Memulas2. Tp kalau sekadar sakit perut je aku boleh tahan lg,ni tibe2 satu badan aku rase mereng. Macam nak tumbang. Sumpah,seumur hidup aku tak pernah aku alami bnde cmni. Td mmg kritikal gile bg aku. Sbb aku rase badan aku sangat2 tak seimbang. Aku cube buat bodo je. Farhana die jalan depan aku. Aku jalan kat belakang. Tp siyez,aku tengah menahan sakit yg amat sangat time tu. Badan aku sangat2 tak stabil. Aku nak jalan pun aku kena pegang kat dinding tepi2. Kalau tak pegang,kompem aku rebah dowh. Dgn perutnye memulas2 lg. Pehh sakit siot. Sampai kat tangga nak turun,aku hampir jatuh. Tp nasib baik Allah still save aku,aku sempat pegang pemegang tangge. Aku rase badan aku ringan sangat. Cam tak pijak lantai tau. Huhu kenapa jd cmni?? Sebelum ni tak pernah aku alami sakit mcm ni. Takkan sakit perut effect sampai satu badan? Sampai je kat DS,terus aku kate kat farhana,"farhana,ko tolong ambikkan aku makanan,aku nak p tandas" aku sempat ckp perkataan tu je sbb aku mmg tak mampu nak cakap byk2,muke aku takyah ckp lah,mmg dah pucat tahap tak ingat time tuh. Aku jalan sepantas yg boleh menuju ke tandas walaupun mmg tak pantas sbb badan aku rase melayang. Sampai je kat tandas, ( erk tau2 je la pe org wat kat tandas kan )..then baru rase badan aku dah start nak kembali normal. Aku basuh muke dgn air. Sambil tuh aku istighfar banyak2. Well even xelok dalam tandas tp aku terpakse sbb aku mmg tgh rase lain mcm time tuh. Slowly badan aku mule act like normal. Aku dah rase berpijak di bumi nyata. Cewah haha. Then aku kembali ke DS n makan roti canai yg disediakan pg tuh,. Perggh wa cakap sama lu ni pengalaman pertama wa tau jd cmtuh. Sumpah ngeri dowh. Nasib baik aku tak pengsan td. Hope tak jd cmtu lg pasni. Buat cuak medulla oblongata aku jerh. Huhu.

* thanks to Farhana. Die roommate yg sangat2 baik. Die banyak tolong aku. Syg kau !

Saturday, April 16, 2011

Layak ke aku jd seorang isteri nanti??

Haha tajuk pun cam ntahape2. Tp tu la yg tgh ade dlm my mind skrg. Nak tau nape? Sbb td tgh2 msj,aku dapat msj nie...

'Ape la. Camni nak jd bini abg nnti? Abes la abg.'

Then aku terpikir,betul jugak kan. Camni ke aku nak jd bini org nanti? Dgn malasnye,xreti masaknye,huhu. Sume keje mak yg wat. Sampai nak kemas barang utk balik ni pun nanti aku nak mintak tolong mak aku. Sbb ape? Sbb aku tak reti nak kemas sendiri. Huhu. Kang kalau aku yg kemas kompem ade yg tertinggal la,beg tak muat la ape la. Teruk kan? Hee. Adoi,risau gak bile pkir camne aku nak berdikari nanti. Tak lame lg aku nak masuk U. Lg la banyak bnde kne urus sendiri. Kat matrik ni makan pun abg DS tolong serve,kat u nanti? Sume kne cari sendiri,paling tak best,kne kua duit sendiri. Huhu. Hum camne la aku nak adapt t kan. Would i be an excuse-me-please-show-me-how-to-do-this person? Cause i certainly don't know anything outside there. Huhu. Even i just know how to withdraw money from ATM this year,tu pun sbb masuk matrik. Haish,ni la akibat terlalu manje. Dok je umah jd anak dara pingitan. Langsung tak reti nak bayar bil ke,nak isi minyak ke,nak pegi pejabat sane sini. Mmg la aku ni manje. Haih.

So bercakap pasal nak jd bini orang ni,haha. Layak ke? Kalau setakat nak bg suami aku makan telur ngn megi hari2,mmg aku layak. Hehe. Erm,counting on years. Hm i got another 3 or 4 years to prepare myself to become a good an excellent wife. Haha cewah bajet je kau kan Wani. Ntah2 dalam tempoh 3 or 4 years tuh,busy study sampai dapur pun tak jejak. Oh my,bile tengok2 balik,berapa banyak je lg mase kita ade. Ok cube renung2kan. Skrg ni dah 19,dah nak abis matrik and in a few months i will further my study and take my degree at the selected U. Then pejam celik pejam celik,tup,abis dah degree. Then ape lg,find a job lah. Tu pun kalau dapat. Maklumlah skrg ni competition sengit.Ha bile dah keje lg la,mesti busy tahap tak ingat punye. So,bile aku nak belajar jd isteri yg baik n cukup pakej ni? haha.

Okey sebenarnye aku ade perancangan cuti after matrik nie. Hehe. Tp bese la aku ni,cakap je lebih kdg2,buatnye idak. Tp kali ni aku mcm bertekad gak la. Haha. Aku berazam nak :

-belajar masak. tambah2 makanan yg aku suka n dia suka,. Haha poyo !
-belajar jahit cket2
-0n9 24 jam. haha
-ubah style n penampilan diri. bg makin berseri2. so ramai la akan masuk minang t. hahaha bajet good je !
-tolong mak buat kuih utk dijual
-shopping baju n tdung
-ajar adik2. nak bg wan dapat 5A UPSR n angah skor SPM taun depan

Ok takat ni tu je in my list-to-do. Haha. Hope tercapai la sume objektif2 tu. Well awk nak memanfaatkan mase cuti la katekan. Hee.

Sebelum berundur,
Presenting u the most perfect wife-to-be..


haha tengok la betapa cantiknye bilik aku..


haha katil yg penuh dgn buku2..ok ni sume sbb exam k..


erk? no komen..haha


masih boleh dijadikan background..hehe


haha...itulah keadaan bilik apabila exam..amacam? perfect wife-to-be kan? haha bertuah tol sape dapat aku.

* bosan bosan bosan. na study chem tader mood lak. huhu. chow!

Apekah ??? Huhuhu..

BuAt AwK,
Sy x PerNah Ragu Kat Awk,
SbB Sy Tau Awk Syg SayE,
Sy X PerNah Tpu Awk,
SbB Sy RaSe x BaIk KalAu Sy TpU aWk..
Sy X De CkiT pOn PeRaSaAn CuRiGa Kat AwK,
SbB Sy YaKin 100% AwK sYg Sye,
Jd Awk MstI X kAn BuAT sUmtHing Yg Akn GuGat KeyaKinan Sy,
Tp.....
Sy Tau,
Sy x SempuRna,n Sy x BoleH nak mEngHarapKan KeSeMpuRnAan DaRi aWak,
AnDai AwK tPu & KhiAnaTi sy,
ApE sy BolEh buAT?
MaRaH Awak?
NangIs Kuat2 sMpaI meRah maTe?
TrIme KasIh sbb AwAK AjaR SaYe jd..
LeBih SaBar..
BiLe SaYe Tau AwK Tpu SayE,
SetItis Air mAta Pon x GugUr,
KalAu duLu,
dGn meReKa2 yG LaiN,
Gadoh CkeT sY dah NanGis,
MeRaH2 MatE..
Tp SkRg x..
Sye CuBe SaBar..
Sye Cube PasRaH..
Sye TaHu,n SyE Yakin,
ALLAH dah MenjaNjiKan Yg teRbaIk unTuk KitE..
SaYe Tau,AwK Syg SaYe,
Tp AwK kEnA Tau mEngHargAi APe Yg aWak ADe,
JgN awK LepAskAN aPe Yg AwAK SayaNg,
KeRna AwK x BolEh KutIp BaliK BenDa Yg AwK dah BuaNg,
HaRap Awk Tau,
JuJuR sYe cAKaP,
SaYe IkhLas SayAngKAn awAK,
KeRanA ALLAH..
MaAfkaN sAyE kaLAu sAye x sEmpuRna..





Friday, April 15, 2011

Can I Do it??

Wah rase cam dah lame sangat tak berblog. ( Padahal baru seminggu tak on9 ). Hum skrg ni tengah exam final. Paper Bio n Maths dah lepas. Tinggal kimia je lg minggu depan. About the exams, pehh bapak la susah beb. Tambah2 maths. Soalan mmg nak trap aku betul. Ade ke die bg soalan susah2 cmtu. Dalam pastyear punye soalan tak pernah kua pon jenis cmtu, ni tetibe taun aku kua. Hampeh betol. Huhu. Hancurlah harapan aku nak dapat A. Adehh. Siyez aku takut kalau result aku teruk nanti. Sbb aku taknak jd biase2 je. Aku taknak dapat biase2 je. Aku nak lebih dr orang lain dapat. Tp takpe la,kalau takde rezeki. Mungkin Allah nak aku gandakan usaha lepas nie. Tp harap2 tak dapat bawah 3.5. Huhu. Cuak tol nak tunggu result t.

Skrg ni rase tak sabar pulak nak balik rumah. Nak habis matrik dah. Hehe. 5 hari je lagi. Ase cam kejap tol mase berlalu. Well yeah,mmg lah sedih gak nak tinggalkan kawan2 kat cni,nak tinggalkan tempat yg penuh kenangan selama setahun menuntut kat cni. Tp nak buat camane kan. Lagipun aku ade misi nak buat balik umah nanti. Hehe. Tak sabar asenye. kehidupan macam mase lepas SPM dulu bakal berulang. hehe. best kot dulu. Tambah2 sbb time tu ngah sonok ehem2 kot. hehe. Teringat lak kenangan dulu. Erm taktau nak type pe dah. Cam xda idea sangat pulak bile tgh study kimia nie. hehe. k,pens off.

* organic chem is killing me !

Sunday, April 10, 2011

11 months - AwAk & SaYa

10 April 2011..today genap lah 11 bulan kitorang bersama as a couple ( sorry i didn't like to mention this word but that's the reality ). So entry kali ni sy nak dedicate buat dia. Dia,who's him? Ok let me introduce him first.Well sy tak la adore him sangat,dan tak la cinta mati or ape istilah budak2 skrg,'syg ketat2??' ieu so disgusting that words. Die cume seorang yg biasa je bg sy. Seorang kenalan lama,kitorang kenal mase form 1. Mase tuh kitorang sama2 dalam satu kelas,yg mane ayah sy ialah guru kelasnye dan die adalah ketua kelas ( tak silap sy la ). Ok his name is Ahmad Taufiq bin Baharuddin ( kot ). Sorry kalau sy eja salah. N this is him.

Die ni gile2 cket kadang2..huhu..


Kdg2 mcm budak2..


But dye ni la yg sy maksudkan..org yg ade dlm hati sy skrg..well kitorang kenal mmg dah lame,dah 6 tahun tp baru last year contact balik n ehem2..hehe..ntahla,sy pon tatau pe yg wat sy leh tersangkut ngan mamat niy..he's 19,studied industrial design at UiTM Merbok,Kedah..sejam je perjalanan dr Kolej Mara Kulim tempat sy menuntut skrg. Kdg2 kitorang ade gak jumpe. Beli barang same2 or g jejalan. Tp x la selalu sbb masing2 busy kan. Well kalau nak ikutkan kitorang ni salu je gaduh,boleh kate hari2 ade je bnde yg nak digaduhkan. Ade je yg tak kne n so on. Mmg susah nak paham sy nie. N begitu juge die. Sy pun susa nak paham die n terime care die mcm mane die terime care sy. Tp of course,sbb kitorang sabar undergo sume nie,still maintain smpai skrg. Tengok kawan2 kat fb,dah bersilih ganti pasangan,tp sy,masih in a relationship dgn orang yg same. Harap2 kekal sampai bile2. Malas nak tuka2 couple dah. Sekali dia di hati,biarlah selamanya dia di hati. Dalam berhubungan ni,yg penting kita jgn lihat ke belakang. Sejarah silam,benda2 yg dah lepas,jgn dikenang. Just semat dalam hati as kenangan. Tak perlu nak mengimbau kembali bnde yg dah lepas. Yg dihadapan kita adalah yg terbaik Allah hadirkan. Everything has its pros n cons.

Well,sepanjang kita bersama,dah macam2 kenangan kitorang lalui. Pahit manis,sume dah rase. Tipu la kalau takde ujian yg datang menguji kesetiaan kami. Pernah je sy rase nak tinggalkan sume nie. Pernah je sy rase dah fed-up dgn hubungan nie. Pernah je rase tak yakin atas kejujuran n kesetiaan dia. Dan pernah juga hati ni tak yakin akan kesetiaan diri. Tp bile pkir2 balik,ape la guna couple kalau sekadar nak putus. Mmg la kalau dah wat salah yg betul2 boleh menghancurkan hubungan,nak buat mcm mane kan. Tp setakat ni,alhamdulillah. Still going well. Ade la pernah hati sy terluka,tp sy maafkan sebab sume manusia buat salah. Bukan bermakna sy maafkan sbb sy lemah or terlalu menyayangi die. Tak. Biarlah hanya sy yg mengerti. Cume sy harap kesilapan lalu takkan berulang. Once we love that person,appreciate n don't take things for granted.

Kadang2 manusia ni bile dah kehilangan baru tau nak menghargai kan? Kadang2 janji bukan main,tp last2,tinggal cmtu je. Taktau la. Kita takleh nak teka hati orang. So,jangan terlalu berharap. Dalam hubungan nie,mmg sy harap akan kekal sampai bile2,tp sy taklah terlau berharap,takut nanti sy yg akan kecewa. Kalau dia benar2 sygkan sy,pasti die tak akan kecewakan sy right? So sy tak mintak banyak,tak harap banyak. Sempena dah nak dekat setahun kita bersama ni,hope awak paham sy,dapat menjadi yg terbaik utk sy,sentiasa menyokong sy,ada di saat sy jatuh dan bangun,be a shoulder for me to cry on,and paling penting,be a good muslimin so that u can be my future imam. Insyaallah.

Awk,I'm not a good lover. Sy tak reti nak ucap kasih sayang selalu. Sy bukan jenis perempuan gedik yg sentiasa nak ckp I love u,i need u,i can't live without u,'b cyg honey ketat' ( yucks! ),n so on..Nope. Sy tak reti nak bermanje2 n tak suke buat bnde tu sume. Sy tak reti nak pujuk awk in case awk tersinggung. I'm just a simple girl,yg garang,tak reti pujuk orang,suke mendesak,egois,n mcm2 lg. Maaf kalau sepanjang kita bersama sy tak dapat jd yg terbaik utk awk. Maaf andai ada di antara sikap dan perangai sy yg menyinggung perasaan awk. Maaf andai ada di antara teguran & nasihat sy tak dapat awk terima. Ni lah sy. Seorang Nurul Azawani,anak bekas cikgu awak dulu,budak matrik yg clumsy,tak pandai berdikari n salu wat hal.

* sorry time nak final ni sy kuat marah,sy tensen dgn kimia,math n bio n segala jenis bnde yg ade lam pale otak ni. but thanks sbb salu ada dgn sy. thanks ahmad taufiq. hope our relationship will last forever.

Though I haven’t told you how much I care, how much you mean to me, it's not a good to say that I don’t value you, if you only know how much fear losing you then, you'll understand how much I care..


haha npk chubby la lam pic nih. btw,nak tunjuk KATIE sebenornye..
tu katie,...yg comel tue..

Ok..pens off!





Grown up,girl !

Being a teenager is not as easy as being a kids. It's a lot more complicated than being a kids. We have to think outside the box. We have to make many decision. N once we choose the wrong way,there is no turning back. Yeah that's life. Far n far away ahead,we will go through certain conditions which may bring tears or joy in our life. No matter by what way,by hook or by crook,we have to climb the stairs of life. We can look down,but we must be careful,cause we don't wanna fall down n climb again,rite? In case we fall,we must not give up. Cause there will always be a way to climb back. Why? Because we have ALLAH. He will always there to help us. Even we had done so many mistakes in our life,but He will never left us alone.

When i look back throughout my life, oh my. So many mistakes i've done. But Allah never failed me. That's make me think. Is He love me or hate me coz i heard a hadis said that 'ALLAH test us coz He loves us'. Nevermind,let's put that things aside. Now i wanna write about how life turns colourful n all of a sudden,it can turns dark. Just because of a little mistake. Yeah i've experienced that. A lot. N i hate it when the devil in me controls me. Why i can't fight it well. Why i can't make the right decision each time i had to. N now i think i'm losing myself. I'm losing the 'baik' part in me. Slowly,i started to lose the control. I can't study well. I can't study consistently. Why,why n why?? Is it because of the mistakes I've done? Please God,help me. The final exam is just around the corner. No not around the corner anymore,but just in front of me. Tomorrow is my final exam. But,huh. Look at me. Messy. There's a lot more to study but i'm still playing the stupid FB n doing a lot of unbeneficial things.

Grown up Wani ! Wake up from ur sleep. This is the time. Which will determine ur future. Yeah this final exam. Ya Allah,how i wish i can turn back time n fix every mistakes i've done. :-(

Ok. Pens off.

Friday, April 8, 2011

Mak no due saye!

Td die kate tader post sal die tana bace en. Ha satu post nie aq khaskan utk hg je cik Dzuratul Ain. Ni la dye orangnyer. Chumel ta?  Hee.



Die ni besties aq merangkap mak aq kat cni. Err,ta leyh tulis lebeyh2 nty die prasan. Haha. Tp en tp en,aq sayang bangat la sama die niyh. Well,even ta smpy setahun kitorang kenal,but die niyh mmg seorang kawan yg baik. Die paham perangai aq,sikap aq. So aq mmg ngam ar ngan dye niyh. Dye banyak tolong aq sepanjang persahabatan kitowang. Well,aq ni jer yg kadang2 chenge. Hee. Na wat camner aq mmg semulajd cmniyh. But dye okey jer ngan aq. Means die ta cepat taching pown.Tuh yg aq suke kawan ngan die. Siyez aq anggap dye kawan baik,sbb tatau lah. Aq mmg susah nak aggp sumone kawan baik,but dye nie laen. Ade g sowang gak kawan baik aq kat cni. Ceksom. Kitorang bertige mmg rapat. But skrg agak kureng lah sbb busy na exam en. Aq ngan mama jew salu besame. Taper lah,pasni kan ta dapat na jumpe dah. Dah kua KMK. So ape salah spend time together en. Study sesame. Tolong masing2. Bia kite same2 berjaya. Kan mama en. Erm pape pon,thanks jd kwan aq n tahan segala pangai n sikap aq. Ku syg hang weyh. Kite sahabat sampai bile2 k. Dunia akhirat. Sampai bile2 aq ta kan lupe hang. Aq doakan semoga hang berjaya dalam hidup,n dapat husben yg baik. Hehe. Ingat,pompan yg baik utk laki yg baik. Jgn risau pasal jodoh. Yg penting kite berjaya dunia akhirat. K ar,tuh je na story pasal hang. Pasni jgn kate aq ta tulih pasal hang lak na. Hee. Gudluck my fwen ! 

* jgn salu nangis tau. ta baik membazir protein. ngee.

Thursday, April 7, 2011

Chumel Vs Hensem

Ahaha tajok ta bole blah en. Err post kali ni nak mengade2 cket. Eh ta,nak mengada banyak. Ngee. Tader lah busan jugak dowh jd orang yg skematik letronik (SKEMA). Hee. N aq ni pon semestinya bukan budak skema. Pasainya aq nie ta suke lorh ikot peraturan sangad,n aq rimas lorh kalo jd budak baik je semedang. Err,bukanlah nak kate aq ni budak jahat. Aq baik pe. Cume,kdg2 ade la gak langgar peraturan tuh. Tp actually aq ni takod jugak nak langgar peraturan or wat salah. Haha. Gempak je lebeyh. Well,anak ckgu kan. Giler ape anak cikgu na wat salah. Ahaha. Tp wat gak doe. Contohnye time form 5,haha. Aq bawak nset g skolah then kne rampas. Wuwuwu menangis kod aq tyme uh. Malu giler sehh. Nangis tahap tak ingat aq lam kelas. Wakaka lawak bile ingat balik. Dok merayu2 kat ckgu muzammil mintak balik nset. Ayah takyah citer ar,langsung ta tegor aq balik uh. Aq tau dye ngah bengang. huhu. Sory dad. Eh,panjangnyer mukadimah aq. Dah2 balik pada tajuk. Chumel Vs Ncem? Ngee. Ape kejadahnyer tuh? Tader lah,bile aq menjelaajah couple2 yg ader dalam facebook aq tuh,nahh. Ape yg kulihat,most of them,yg pompannye lawa,sweet n cute,tp yg laki agak kureng.. Hehehe. Ta ramai lorh laki yg ncem. Siez ckp. Tp kan tp kan,cemane depa dapat ngorat awek yg cute mute nih? Kepelikan berlaku d ctu. Adakah cinta perempuan ta memandang pd rupe? Abis tuh depa pndg pd ape ye? Duet? Or mereka suda dibutakan oleh cinta? Haha. Ngate orang. Aq pon same. Haha. Well,a'ah kan. Tp kan tp kan,ade jugak laki yg ncem,kacak lg bergaya,tp awek dye simple jer. Means tader la cantik,or cute,or cun,or lawa. Bese2 jer. Ha laki cmniy aq respek giler babeng,pasainya nampak la yg depa niy ta memandang pada rupe,mungkin la depa ni pandang pd kebaikan,keikhlasan or kecantikan dalaman pompuan tuh. Wa caya ar sama laki2 sebegini. ( n teringin gak sorang ) haha.Giler dowh,ramai laki yg memandang pd rupe. Mentally distrupted n corrupted betol. Ape nak pandang rupe? Asal pompan cun cket mule r nak ayat,nampak yg cute muler r dok berkenan,mule r nak mesej2. Eeeu. Jatuh la maruah diri u all lau cmtu. Terhegeh2. Yucks. Ta suke tau. Then,bile dah couple,wat perangai. Mule2 ok,lame2 cket mule r,mesej ngan pompan lain pulak,ade yg cute n lawa cket,mule try tackle. Pdhal ade awek doe. Weyy,belaja la menghargai pe korang ade. Korang na cute n cantik mane g?? Cam siti? (tp siti da montel cket lahh hee) err cam juliana evans?? cam jennifer lopez? Miley cyrus? tolonglahh,muke korang ta nsem mane pon,ade hati nak awek cun melecun. Ade yg ta boley blah,laki dok msj blue ngan pompan ntahsapesapentah. Bodo en? Bukan niat aq nak mengutuk tp mmg nak mengutuk. Sumpah cam bodo doe. Ta rety kawal nafsu langsung. Ade awek,tp wat pangai cenggitu. Gile? Sewel? sume bg kat kau lah laki2 yg cmtuh. Ingat korang bagus sangat ar? Weyy,korang ce pkir,pompan yg layan korang msj blue tuh baik tak? Kompem ar jenis sangap cam korang gak. ( maaf tercakap lepas ) huhu. Aq bukan pe,kes macam ni ade berlaku dowh. Mmg potassium cyanide plus bromine water betol lahh sape yg melakukan hal durjana ini. Nak ajer aq bunuh laki2 spesis tak sedar diri ini. Berubahlah anda sebelum anda dicampak ke neraka. Ha,berbalik pd tajuk,well,asal ek ta ramai laki yg ncem? huhu. artis2 for sure la ramai yg ncem. contohnyer...aq suke shahir,ashraf muslim,aaron aziz..waa ncem dan kacak giler. hee. Tapi yg dekat2 umah kiter n dalam kolej or u kite,ta ramai lorh yg ncem tahap cmtuh. leyh kire ngan jari je. eheh. Tader la niat aq bukan na manggatai. N bukanlah aq ni sorang yg demand tinggi. Tak. Sajer je nak mencoret. Huhu. Meluahkan rase hati yg sedang berduka lara nak menghadap exam final isnin nie. Ape2 pun,pegang la pada prinsip,hargailah orang yg anda sayang sebelum anda kehilangannya terutama mak ayah. Bg yg couple tuh,dah2 setia je la pd yg satu. Ta paya nak bertukar2 pasangan cam tukar baju. Takder maknenye. Ngabiskan duit,wat dosa jer. Ta paya nak curang2 lah. Hargai pe yg korang ade. Buat laki,korang bukan ncem mane pon. Kalau hati korang baik taper,muke ta berapew pon aq sanggup terima asalkan korang beriman,boleh mengimamkan solat jemaah,hafal quran,wahh..kalau la aq dapat laki cmtu,alangkah bertuahnyer. huhu. bg yg masih ta berapa baik,berubahlah ke arah yg lebih baik. Allah sentiasa ade utk kite. Pintu taubatNya sentiasa terbuka.

* insyaallah,perempuan yg baik untuk lelaki yg baik,n vice versa.

Wednesday, April 6, 2011

I Don't Know What to Do.. Huhuhu

Oh my,seriously i'm so bored here.. What kind of study week this college held huh? Asking students to be at 'bangunan akademik' wihout any excuses and cannot be at dorm at all. Urrgghh.. I can't study here lahh. It's so hot,so uncondusive,and what i can do is just online online online..damn huh..i really need my room rite now..i wanna do maths..but i can't do it here..HOT lahh..grr..so bored..i look at my handset,and send a msg to him..( well,too bored maybe )..nahh,he was just wake up from his sleep at that time and not get shower yet..oo mentang2 kelas kol 10 ye..huhu..then msj 4 a while,and then stop coz he has class at that time. Ouh my,bored again. Bored,bored and bored. Then i look around,wow,peoples are studying. With a 'tensen' face,with a lots of books in front of them.. While me?? Sitting in front of the laptop,online fb,blogging,chatting..hah..what a boring day..huhu..haish,study lah wani study lah..but the devil inside me said that, xpyah study lah wani,kau dah pandai dah. haha.. berlagak giler. padahal bengong tahap tak ingat.. Grr. Messy messy messy. Kinda miss Aidil rite now. And kinda miss him too.

Wani,choose. Live well or live hell? Nahh,i choose to live well but things are easier to be said then to be done. Oh my,i miss my school time. Seriously. Huhu. Miss my old friends. Miss my teachers. Miss the school surroundings.

I wish i could turn back time and change what i should not done..sigh...
But its ok..let fate fares me well... :-)

Tuesday, April 5, 2011

Teruskan Usahamu..

Semalam aku baca ada satu petikan dari novel karya Fatimah Syahra..
And i really like it..

Temanku,
Kau tidak bodoh andai kau gagal setelah berusaha..
Kerana itu satu ujian dan dijanjikan pahala..
Bakal mengangkat darjatmu di sisiNya..
Jika kau reda,sabar dan terus berusaha..
Tapi,
Kau sememangnya bodoh,
Andai kau langsung tak berusaha..
Kerna pasti kau akan gagal dan menderita,
Tiada nilaian pahala dariNya..
Malah kau pula menanggung dosa..
Lantaran kau sia-siakan amanah berharga..

Temanku..
Bangkitlah dari lenamu yg panjang
dan tidak pernah berkesudahan..
Sekali kau terjatuh,
Jangan biarkan dirimu terjatuh selamanya..
Kau punya kekuatan utk bangkit semula..
Dan mara berlari kencang..
Mencipta taufan..
Berjuanglah temanku sayang..
Tanpa mengenal penat dan jemu..
Biar hidup kita derita dengan usaha..
Kelak kita akan dimulia..
Jika tidak di dunia..
Nun di syurga..

Ayat2 di atas benar2 menyentuh hatiku sebagai seorang anak dan pelajar..kawan2,kita telah diberi amanah oleh Allah S.W.T dan ibu bapa kita. Saat mereka menghabiskan wang dan tenaga utk menghantar kita belajar,dalam hati mereka tersemat harapan yg tinggi utk melihat satu hari kita akan berjaya. Tapi ape kite buat? Kita leka. Leka dgn nikmat yg AL:LAH kurniakan. Termasuk saya, Hati sy tersentuh bila mak telefon sy,ckp akak belajar rajin2 ye,buat sungguh2. Hati sy tersentuh bila ayah bukan main lagi cuba utk menjawab soalan yg saya tanya. Saya masih ingat beberapa hari yg lepas,sy tanya ayah,apa maksud capacitation dalam BI,sbb sy tengah bace Bio time tu,sy nak pahamkan istilah dia dalam BI,ayah ciap tolong cari dalam kamus,tp x jumpe,then ayah ciap google benda tu,ayah tanye ni pasal Bio ea? Proses fertilisation? N die ciap bace petikan kat wikipedia tu utk terangkan kat saya apa maksud sebenar proses capacitation in fertilisation tu. Tersentuh sungguh hati saya. Ayah seorang cikgu BM,bukan cikgu Bio. Dan bukan kerja dia utk belajar semua itu. Tapi dia baca gak utk menjawab soalan saya. Saya terfikir,'YA ALLAH,andai aku gagal skor kat matrik nie,pasti hancur harapan mak dan ayah utk melihat aku cemerlang.' Then saya menghitung hari,hanya ada lg kurang seminggu sebelum final. Mampukah aku? Saat saya hampir berputus asa,hampir rasa tak berdaya utk belajar lagi,wajah ibu,wajah ayah menyapa fikiran. Ayat di atas,'kau tak bodoh andai kau gagal SETELAH berusaha' membuat saya cuba yakin akan diri. Saya harus terus berusaha. Insyaallah. 

* Hargailah orang yg anda sayang sebelum anda kehilangannya. 

Sunday, April 3, 2011

Bile final lg seminggu...

Bile final lg seminggu...
Bilik aku dah tak upe bilik..
Buku bersepah giler atas katil..
Atas meja usah dikenang,.buku math,bio,kimia bergelimpangan...
Blog pun dah cam lama x update..( tp fb sentiasa bukak ) hee..
MAse tdor pun dah tak betol..
Kdg2 langsung tak tdo...
Kertas testpad laju je abis.. ( sbb wat latihan math n kimia )
Tapi sempat lg bace novel...
Sempat lg dok melagha...
Sempat lg menjengah fb..dok chatting..
Stil lg dok mesej dgn ehem2...
cume...
pakaian da makin selekeh...
baju dah malas nak gosok...
tdung pun just pakai tdung sarung je..
muke tak berapa nak jage..
penyudahnye.....


* kite tunggu bape pointer aku dapat t.. huhu

ni kes takde ape nak story sebenornye...