Kau kekasih hingga ke akhirnya...

Sunday, April 24, 2011

Kerana dia seorang perempuan..

Kerana dia seorang perempuan,,
Dia mudah menitiskan airmata tatkala dia sedih mahupun gembira..
Kerna baginya itu menenangkan,,
Dia mampu menyembunyikan seribu duka dalam riak wajah tenang..
Dia mampu ketawa saat dia kecewa..
Dia mampu tersenyum saat dia berduka..
Dia mampu membuat orang gembira meskipun dia yg terluka..
Kerana dia seorang perempuan..
Dia melihat kasih sayang dari sudut berbeza..
Dia melihat cinta dari hati yg murni..
Dia rela kesakitan demi kasih sayang..
Dia sanggup menahan seksaan demi cinta..
Kerana dia seorang perempuan..
Zahirnya bukan cerminan batinnya..
Wajah bukan jaminan hatinya..
Tuturnya bukan lambang hatinya..
Sukar baginya membenci sesuatu yg dia sayang..
Kerana baginya benci itu perosak kasih sayang..
Dan dialah sebutir permata di dalam ribuan kaca..
Setiap perempuan itu istimewa..
Kerna merekalah yg mampu menggoncang dunia..
Biarpun linangan airmata menjadi peneman setia,
Namun kelembutan mereka bukanlah kelemahan,.
Bahkan merupakan hiasan sebuah kecantikan..
Kerana dia seorang perempuan...


No comments:

Post a Comment