Kau kekasih hingga ke akhirnya...

Friday, July 1, 2011

Bila Bunga-bunga Berguguran..

Ditiup angin senja..
Satu-satu bunga berguguran..
Di dalam keindahan tiada lagi cahaya
Hilanglah seri penghias taman..

Kelopak bagai sutera..
Bumi tandus tiada bermaya..
Hilanglah keharuman tiada lagi berseri..
Bunga layu di pangkuan ini..

Di manakah jejari yang sering menanti..
Untuk menyuntingmu ketika kau mekar mewangi..
Dititis embun pagi kau tak mungkin mekar kembali..

Di ruang warna senja..
Dan bunga-bunga berguguran..
Hilanglah kemegahan cahaya penerang zaman..
Setelah bunga jatuh berserakan..

No comments:

Post a Comment