Kau kekasih hingga ke akhirnya...

Sunday, July 24, 2011

Kenangan itu menyakitkan

Assalamualaikum..

Kita hidup dalam kenangan. Penuh warna warni. Namun kadang2 kenangan tu menyakitkan.

Pernah saya berjalan dengan seseorang di tepi jalan raya. Mulanya dia berjalan di kiri saya,saya di sebelah kanan tempat kereta lalu. Tiba2 dia menukar posisinye di sebelah kanan saya. Katanya " kalau kereta nak langgar biar dia langgar saya jangan dia langgar awak. " Kata2 tu saya masih ingat sampai skrg. Dan tiap kali seseorang berjalan di samping saya,pasti saya akan teringat peristiwa tu. Walaupun sesorang itu orang yg bergurau nak tolak saya ke tepi jalan. Mungkin itu hanya gurauan,tp bg saya,itu melambangkan apa awak rasa.

Pernah satu hari tika saya kekurangan wang, seseorang meng'offer' diri utk meminjamkan wangnya biarpun beratus. Dan tak pula dia menetapkan tarikh bila nak ganti, tapi katanya bila ada duit nanti gantilah. Dan setiap kali saya kekurangan wang saya akan ingat orang itu. 

Pernah di saat saya sakit,ada insan yg sudi ingin menjenguk biarpun jaraknya beratus2 kilometer. Biarpun saya halang tp dia tetap ingin datang. Dan menemani saya pulang. 

Pernah di saat saya menangis, ada insan yg memujuk di telefon hingga berjam2,x kisah kredit jatuh brapa. Asalkan saya kembali ceria. 

Pernah saat saya gagal membayar yuran kelas,ada insan yg sudi membayarkannya utk saya. Biarpun dia sendiri kekurangan wang. Dan katanya x perlu ganti,dia ikhlas.

Pernah saat saya terjatuh,ada yang merisaukan. Yang membeli ubat dan mencuci luka. Yang x pernah mengeluh atas kesilapan saya. Yang selalu ada....

Seseorang itu berbeza2. Dia yg pernah hadir,membawa seribu satu kenangan.

Dan dia juga pergi,meninggalkan kenangan itu.. 

Saat saya rela melepaskan seseorang pergi dari hati,maka saat itu jugalah perginya segala cinta.

Yang x akan pernah kembali......






No comments:

Post a Comment