Kau kekasih hingga ke akhirnya...

Sunday, July 17, 2011

'Malaikat' itu bernama Taufiq

Innahu min Sulaiman, wa innahu bismillahirRahmanir Rahim..

Selawat dan salam atas junjungan Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga,para sahabat baginda semuanya,para tabi'in dan org2 yg mengikut jejak langkah mereka sampai haru pembalasan. Semoga saat ini kita masih berada di bawah lembayung rahmatNya dan disimbah taufik hidayah serta maghfirahNya Yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.

Assalamualaikum ya ukhti . . .

Afwan andai pemberian saya ini membuat ukhti rasa tidak selesa. Jujur,ketika melihat ukhti menangis di bilik Dr. Ikram itu..saya juga rasa sedih sekali. Kerana saya mengerti apa yang dirasakan ukhti ketika itu.

Saya dapat mengerti seperti apa rasa sakit dan sedihnya. Tetapi saya ingin ukhti sedar,supaya nafsu ini jangan terlalu dimanjakan. Jangan biarkannya larut dalam kesedihan yg berpanjangan. Kerana keadaan itu seolah2 menjauhkan diri kita daripada Allah. Kita seolah-olah begitu berkecil hati dgn 'hadiah' drpdNya. Kita seolah-olah menggambarkan kepada semua tentang 'kezaliman' yg Allah lakukan pada kita.

Jika kita mengeluh dan memarahi takdir,sebenarnya kita juga tanpa sedar memarahi pengatur alam ini iaitu Allah! Kerana siapa yg menurunkan semua ujian dan kesusahan ini jika bukan Allah. Jika kita benci dan marah sekali dgn ujian ini..bererti kita juga benci dan marah sekali kepadaNya. Mengapa tidak dicontohi teladan terbaik drpd Rabiatul Adawiyah yg ketika ditanya "Kenapa kamu tidak memohon kpd Allah utk menyembuhkan kamu?"
Lalu Rabiatul Adawiyah menjawab: "Kenapa aku merungut pula kerana itu hadiah Allah bagiku.Bukankah salah jika kita tidak mahu menerima hadiah Tuhan?Adakah sahabat namanya jika kehendak sahabat itu tidak kita turuti?"

Subhanallah! Begitu tinggi sekali cinta yang digambarkan wanita sufi penghuni syurga itu buat KekasihNya. Alangkah indahnya jika kita juga dapat mencintai Allah sehebat cinta Rabiatul Adawiyah kepadaNya.

Adakah ukhti tahu kenapa Allah menghadiahkan ujian kpd hambaNya? Itu kerana org2 yg mendapat ujian adalah org yg paling tinggi darjatnya kerana ketika mereka diuji pada awal perjalanan hidupnya,mereka bersabar dan mengharap pahala drpd ujian Allah itu. 

Andai semua orang yg ukhti sayangi di dunia fana ini meninggalkan ukhti suatu hari nanti, Dia tidak akan meninggalkan ukhti. Kerana cinta sesama makhluk itu bersifat fana,manakala cinta kepada Khaliq itulah cinta baqa' yg kekal abadi hingga ke hari bumi ini hancur menjadi debu,hingga ke hari manusia dibangkitkan lagi di pdg Mahsyar kelak .

Saya menasihati ukhti kerana berasa bertanggungjawab utk meyatakan hal ini. Saya tidak mahu melihat ukhti terus-terusan berduka cita. Hati dan cinta yg ada tautkanlah seluruhnya untuk Allah,nescaya di situ ukhti akan menemukan jalan kebahagiaan daripadanya. Carilah cintaNya dan peluk selalu cinta itu jangan dilepaskan.

Sesuatu yang diamanahkan oleh Allah tidak akan hilang pada waktu hilangnya di sisi manusia. Orang yang berhubung dgn Allah tidak akan rugi tetapi beruntung. Orang yg ditolong Allah tidak akan kalah tetapi akan terus menang!

Akhirul kalam, semoga bicara ini dapat menyapu duka yg meliputi ruang hati ukhti. Afwan andai ada bicara saya di sini yang kurang menyenangkan ukhti. Kerana saya akan dituntut di padang Mahsyar kelak jika ada kata-kata saya yang menyakiti hati ukhti. Saya pohon maaf yg sebesar2nya.

"Ingatlah, yang menulis ujian atasmu adalah yang menulis nikmat untukmu."

Salam Perjuangan,
Akhuki fillah
Taufiq Imran
Bandung, Indonesia.

Ya Allah,pertemukanlah aku lagi dgn 'malaikat' yang bernama Taufiq Imran ini. Jika Kau hadirkan dia dgn tiba2 sambil menyentuh hatiku melalui ayat2 cintaMu, izinkan aku bertemunya lagi dalam redha dan cintaMu. Seorang lelaki yang dapat menyentuh ruang hatiku yg paling dalam. Seorang lelaki yg akhirnya berjaya mengetuk dan membuka pintu hatiku ini dgn cintaMu.

Untuk pertama kalinya dalam hidup, aku begitu mengagumi seorang insan bergelar Adam. Dan utk pertama kalinya,hatiku mula berdetak hebat!

Oh Tuhan,selamatkan hati, jiwa dan imanku ini. Bantu daku memelihara kesucian hatiku, jangan sampai ternoda dicalari dosa. Teguhkan hati ini dgn cintaMu Ya Allah. Aku bimbang andai aku derhaka dalam ketaatanku pdMu.

"Jika aku menyembahMu kerana takut pada api nerakaMu..
maka bakarlah aku di dalamnya.
Dan jika aku menyembahMu kerana tamak pd syurgaMu..
maka haramlah aku daripadanya.
Tetapi jika aku menyembahMu kerana kecintaanku kpdMu..
maka berikanlah aku balasan yg besar.
Berilah aku melihat wajahMu yg maha besar dan maha mulia itu."
(Rabiatul Adawiyah)

No comments:

Post a Comment