Kau kekasih hingga ke akhirnya...

Wednesday, September 21, 2011

turn a new chapter

Cinta satu pengorbanan tanpa nama..
Tangisan..ketawa..
Ada di saat tiada..
Pergi di saat yg tak pasti..

Dengan mencintaimu aku sedar bahawa cinta itu mengubah pahit menjadi manis..debu menjadi emas,penyakit menjadi sembuh, derita itu nikmat..dan segala yang buruk itu baik..

Cuba menidakkan segala keburukkan..
Memandang kamu penuh kebaikan..
Tiada yg buruk pd diri kamu..
Kerna yg buruk itu aku abaikan..
Dan segala yg baik aku pertontonkan..
Aibmu ku jaga..
Biarpun kdg2 aku yg derita..


Dengan mencintaimu juga aku sedar bahawa cinta itu membuat aku yang sihat jadi sakit..gemuk menjadi kurus..normal menjadi gila..
membuat aku menangis saat aku ingin tertawa..
membuat aku buta menilai yg mana kaca yg mana permata..
membuat aku sanggup menipu,sanggup merendahkan maruah diri..
melempar jauh ego demi sebuah cinta yg aku xpasti di mana akhirnya..

dan bila aku marah..ingin rasanya aku membuang kau pergi..
seperti aku mahu mengusir kau jauh2..aku mahu tinggalkan kau berbatu batu..
aku membenci kau sehinggakan seperti sanggup meludah diatas muka kau..dan disaat kau pergi dan tidak kembali-kembali..aku seperti mahu mati..

dan pada akhirnya..aku sedar bahawa jika saja kehadiran cinta sekadar untuk mengecewakan aku..lebih baik cinta itu tidak pernah hadir..

dan x akan pernah aku membenci kerna aku pernah menyintai..
kau pernah menghadiahkan aku sebuah bahagia..
saat kita berdua..
bergelak tawa bersama..
dan di saat pertama kali kau menyentuh hatiku..
terdetik satu janji..yg mana hanya kau selamanya..
hadirlah seribu lelaki pun mengetuk pintu hatiku..
tak akan pernah aku biarkan mereka menyentuhnya..
kerna hanya kau pemiliknya..

tapi kenapa di saat cinta mekar..
akan ada pengakhiran..

kenapa setiap janji yg terbuat..
perlu dimungkiri?
kenapa?

manusia tak pernah menghargai apa yg dia ada..
tak pernah cuba menjaga permata di genggaman..
kerna mengejar ribuan permata..
yg kadang kala hanyalah serpihan kaca..

semoga setiap cerita cinta..
ada pengakhiran yg abadi..
dan tangisan yg pernah wujud..
biarkan ia bererti..
aku untuk kau..
dan kau untuk aku..

semoga cerita cinta ini..
menjanjikan kebahagiaan abadi..



words credit to NurulBadiah blog. 

No comments:

Post a Comment