Kau kekasih hingga ke akhirnya...

Wednesday, October 19, 2011

diari dulu2..part 1

17 Januari 2005,Isnin
Hari ni aku bangun jam 5.45 pagi,mandi dan solat subuh berjemaah. Lepas iron baju,terus pergi sekolah. Cikgu Halijah masuk ajar Matematik. Tak bawak pulak buku teks Math td. Nsb bek org lain pun sume x bawak. Lepas Math,cikgu Shaharuddin pulak masuk.dia ajar Sains. Cikgu tu kawan baik ayah. Nsb baik xgarang. Dah la time dia first masuk aku dengan Syafiqah pergi toilet. Lepas tu,ayah pulak masuk,tanya no IC murid sume and pilih ketua kelas. Aku xkenal sangat ketua kelas tuh. Nampak cam dak baik. Lepas tu ada budak baru masuk,nama dia Sayidah Qalilah,dari Tapah Road,kawan si Le'a. Balik sekolah makan aiskrim,jumpa ayah ambil baju,lepas tu cepat2 salin baju kurung nak pergi PREP,tido je sepanjang masa PREP tuh,ngantuk giler..pastu solat Asar,pergi kantin makan aiskrim and roti..malam ni tdo dgn Sue je,Any takde..k la,dh lewat ni,mau tdo..nytes diary..

13 Julai 2005,Rabu
Alhamdulillah kehidupan aku bahagia sekarang. Hasrat aku utk keluar asrama tercapai jugak. Walaupun mak n ayah sebenarnya xberape bg. Skrg aku berjanji akan belajar bersungguh2 utk dapat no 1 2 3 dlm exam. Aku nak buktikan kat mak ayah yang aku pun ley berjaya tanpa duk asrama. aku akan buktikan!!

8 April 2006,Sabtu
Aku rasa mcm tertekan pulak apabila aku terpaksa buat keputusan yg besar iaitu hendak bertukar ke sekolah mane. Aku just ada dua pilihan iaitu stay dekat SMK Slim tp kena duk asrama which is so like hell to me or sekolah kat SMK Sungkai yg bg aku sangat xbest and teruk. Aku rasa syg gile nak tinggalkan sekolah yg banyak bg kenangan kat aku termasuklah kawan2 yg xjemu2 pujuk aku supaya jgn pindah. Dan aku juga sayang nak tinggalkan seseorang kat SMK Slim ni. Td dia usha je aku. Malu siot. Aku buat tak layan je. Padahal hati berdebar2. Huhu. Aduhh susahnya nak buat keputusan. Aku harap aku sempat pergi Kem Bahasa Inggeris tuh and dapat tengok dia buat kali terakhir. Aku tau if aku tukar sekolah aku tak dapat jumpa dia lagi. Mungkin sampai bila2. Ahh taknak2. Huhu. Bencinyaa!! Nape la ayah kena tukar sekolah. Geram!!

2 Oktober 2006,Isnin
Hari ni exam PMR utk budak2 form 3 start. Ayah kena jaga periksa kat sekolah Besout. Mak pergi hospital Ipoh dgn opah and pakngah. Semalam aku kena kacau dgn **** and his geng. Benci gile dok tahan aku before g kelas. Kata aku comel r ape r. Ee menyampah gile dgn dorang. Rase mcm nak tuka sekolah je. Tension gila hari2 kena kacau. Tapi skrg ni aku rasa aku dh mula suka someone. Budak kelas lain. Kitorang ada msg. Tapi sygnye,die tu pakwe kawan aku. Takpe la,malas la nak bercinta2 ni. Belajar lg penting. Aku dah janji dgn mak and ayah kena dapatkan no satu dalam tingkatan sbb aku nak sangat tukar masuk kelas kedua ni,so aku kne work hard la. Akak janji,mak and ayah tak akan menyesal even akak mintak tukar masuk kelas kedua. (kelas pertama sucks!) Tapi skrg ni aku gaduh dgn ayah. Sebab aku buat bil telefon melambung sampai rm200. Ni sume sbb call dia la ni. Bodohnya aku. Maafkan akak ayah.

........................................

huhu kelakar bila baca balik
tapi bile imbau balik kenangan lama..
adess..menusuk..
mcm2 ada..
suka duka sedih tawa..
banyak g sebenarnya..
t aku sambung lg..
daa..

No comments:

Post a Comment