Kau kekasih hingga ke akhirnya...

Tuesday, November 8, 2011

bukan niat aku

usia remaja melalaikanku..
usia remaja merosakkanku..
aku bukanlah anak yg 100% mendengar kata..
aku seorang yg sangat tinggi egonya..
dari kecil aku sering membangkang kata2 ayah..
bukan apa,kadang2 ayah tak mengerti jiwaku..
tapi aku tahu,itu semua kerna dia ingin yg terbaik buatku..

ayahku cikgu,dan dia garang..
dan rasanya hanya aku anak yg mampu melawan kata2nya..
ayah susah nak mengalah walaupun kadang2 dia salah..
dan bila ego bertemu ego
sering anak dan ayah bertelagah pendapat..
sumpah ckp hanya aku anak yg sering membangkang kata2nya..
bukan aku ingin melawan,cuma aku ingin tegakkan pendapatku
pendapat aku sering berlainan dgn ayah

aku tak tau cmne nak jd anak yg baik
aku tak tau cmne nak buat lg nak bg ayah happy..
aku x suruh ayah baca blog aku
aku xnak pun kalian semua cikgu2 aku kawan2 ayah baca
ini diari aku
knapa nak pertikaikan hidupku
arggh rasa hidup sangat dikongkong
even aku tahu ini untuk kebaikanku
tapi tolong beri aku ruang untuk diri aku
biarlah aku menulis apa yg aku rasa
kerna ini medium aku mengekspresikan perasaan dan emosi diri
maaf andai perangai dan tingkahku menyinggung ayah
tapi ini jiwa remaja
ayah juga pernah remaja
seharusnya ayah memahami
dan aku tahu mmg aku salah
aku sering tewas dalam keadaan
aku sering tewas menghadapi cabaran hidup
dan aku sering terleka
sumpah cakap dunia remaja melalaikan
menjauhkan aku dari kebaikan
dan mendekatkan aku dgn segala anasir negatif

Ya Allah..andai telah aku lukakan hati bapaku..
maafkan aku Ya Allah..
mmg dia x salah
mmg tegurannya benar
mmg dia ikhlas menegur kerna menyayangi
cuma hatiku masih x mampu menerima 
kerna jiwaku masih remaja
mungkin setelah aku dewasa aku akan berterima kasih pd ayah
kerna menegur saat aku terleka
dan mungkin sekarang aku sedang belajar menjadi dewasa
kerna kata2 ayah sering sahaja bermain di fikiran
ahh payah untuk aku tafsir diri sendiri
tp please dad,ini medium ku utk bersuara
ini cara aku
tolonglah fahami..
give me my space..
beri aku ruang untuk diri aku

dan akan aku perbaiki diri sedikit demi sedikit..
seiring masa yg berlalu..
insyaallah..



No comments:

Post a Comment