Kau kekasih hingga ke akhirnya...

Thursday, November 10, 2011

inilah yg dikatakan permainan hidup

wahai teman ini entry yg panjang dan sgt berperasaan..
wahai teman di sini adalah diri wani yg sebenar
wahai teman maafkan aku andai ada tersalah bicara dlm ruangan ini

bismillahirrahmanirrahim..
hari ini merupakan hari yg sangat rumit dan pedih bagiku
namun air mata x mengalir selalu
kerna aku tabahkan diri 
cuba untuk x menangis
cuba tahan..
namun tumpah jua saat satu persatu msg berbalas..



Ya Allah..mohon Kau kuatkan hati hambamu ini..
aku x menangis saat aku membuka sim dr handphone
aku x menangis saat handphone aku tinggalkan..
aku x menangis saat aku kata "aku xkan kacau hidup ko lg"
tp yg peliknya,aku menangis di saat aku menceritakan kenangan kpd seorang lelaki..

lelaki ini datang ke kedai ku..
sambil melihat cd2 aku perasan dia melihat aku
then dia tanya mcm2..
nama pe sume..
then soalan maut,ada pakwe tak?
when i said teka la.
dia jawab,"xkan xada pakwe kot,orang cantik mcm awk"
terkedu,terdiam.bukan nak membangga.
cuma mmg lah benar rupanya pandangan setiap org tu subjektif.
bg yg selalu melihat kita,mungkin kita hanya biasa.
yg pertama kali lihat,lain pula yg dikata,
biarlah,aku tak kesah pun.
then aku jwb "ya saya ada pakwe"
even time tu aku sedang cuba melupakan dia.
tp mmg jelas air wajahku keruh.
mmg jelas aku x senyum seperti selalu.
mmg jelas aku sedang berperang dgn perasaan.
dan lelaki itu bertanya,"awak ada masalah?awak gaduh dgn pakwe ye?"
aku geleng. 
Ya Allah sumpah aku sedang menahan tangis.
dan dia bertanya lg "pakwe awk org mana?sebaya awk ke?"
aku menjawab semuanya.
hinggalah ke saat dye tanya "awk pandai bawak moto?"
"pandai tu pandai la. tp pernah jatuh gak dulu."
"ye?jatuh kat mana?teruk ke?"
"jatuh kat _____. ade la luka gak. time tu dgn _____."
"ye? then dia watpe?"
"dia risaukan saya, dia x pikir pun pasal sakit dia. dia hanya pkir saya"
"dia balut luka saya. dia ckp xpa,abg yg salah,padahal mmg sy yg salah"
"dia buat semua untuk sy"
dan demi Allah airmata aku mengalir saat menceritakan detik itu
terus aku palingkan muka dan mengesat dgn hujung lengan baju.

hingga lah saat lelaki itu ingin pulang,dia kata
"awak kalau boleh saya nak jd teman hidup awak,gembirakan awak"
aku tanya " kenapa?"
dia jwb. "bg saya awak menarik,senyum awak comel,and awak sgt comel"
aku diam. x bersuara. dan biarkan dia.
saat dia ingin pulang dia hulurkan tgn utk bersalam
aku tolak. tangan aku bukan untuk dia sentuh.
dan hati aku bukan untuk kamu sentuh juga
kerna hati aku sudah dimiliki.

dan petangnya Siti Bashiro datang.
anak bos aku.,
darjah 5 budak tu. dan sangat2 comel.
maklumlah anak kacukan cina dan pakistan
selalu jugak dia datang main dgn aku
dia ckp kak wani baik and comel
yelah tu dikk
dan hadir dia membuat aku sedikit tersenyum
sedaya upaya cuba aku sembunyikan duka
dan bila aku x mesej dia tanya akak x mesej pakwe dah ke?
aku geleng. "akak dh xda pakwe"
dia pelik "aik,semalam ada?yg akak tunjuk gambar tu."
"tu semalam.hari ni xda"
"neh akak ni jgn main2. xkan semalam ada arini xda plak"
aku senyum pahit. "yelah akak main2 je"


dan menjelang malam segalanya menyakitkan
segalanya dah jd x betul
dan aku semakin tewas dlm perasaan
Ya Allah..kalau mmg dia untuk aku,kekalkan dia untukku
tapi kalau dia mmg bukan yg terbaik bgku..tarik dan bawalah dia pergi dr hidupku
dgn cara apa sekalipun
agar aku tidak sakit dek kenangan
tidak pedih dek segala janji yg pernah terukir..
kadang2 rasa menyesal,menyintai kamu seadanya
menyayangi kamu tanpa pernah menyintai yg lain
tapi sygnya,akhirnya aku yg kecewa
dan mudahnya kau menilai cinta aku dgn satu kata2..
kalau bukan kau yg aku syg,xdanya dlm blog ni penuh nama kamu..
penuh cerita kita..kenangan kita..
dan pada akhirnya kenangan ini menjerat diri aku sendiri..
membuat aku sukar melepaskan segalanya..



kadang2 bila melihat dia,aku terpikir apa yg istimewa pd dia
dia bukan ncem pown,bukan macho pown
comel pun tidak..
alim juga tidak..
aku menerima dia mmg seadanya..
keburukan dia sume aku cuba tolak tepi
bukan aku tak tahu apa salah dia
bukan aku buta nak menilai
dan bukan aku bodoh untuk x nampak
cuma cinta mmg x mengenal rupa..
x mengenal segalanya..
sekali hati aku jatuh cinta..
tetap hanya dia melainkan mmg kami dh berpisah..

malam ini anniversary kami..
10 November 2011
sepatutnya genap setahun setengah kami bersama
bukan x pernah putus sebelum ni
ase dah banyak jugak la
tapi still stick together
x tahu apa yg menghalang
kata dia sbb ada ikatan antara kami
x boleh dipisahkan


sesungguhnya selepas ini apa yg terjadi aku berserah pada takdir
jika takdir aku masih bersama dia
aku akan tetap bersama dia
tp jika takdir mahu kami berpisah
berpisahlah kami buat selamanya

x payah pandai2 buat spekulasi
kalau x kenal aku jangan tuduh aku mcm2..
dari mula2 aku couple dgn dia sampai saat aku masih bersama dia
cinta aku hanya utk dia
dan xpernah berubah
biarlah org nak mengata
biarlah semua nak menuduh
aku tahu apa aku rasa
dan aku sedar aku x mampu nak menyekat pandangan semua orang

dan kalau sampai sini saja semuanya
aku redha dan aku terima
tidaklah aku terlalu menyayangi hingga aku xleh hidup tanpa dia
Allah tahu segalanya
Kita merancang hebat mana pun,tp Allah saja yg mampu menentukan

di sini saya Nurul Azawani binti Kamarudzaman
memohon maaf andai saya ada membuat sesiapa terluka
sesungguhnya saya manusia yg x sempurna
banyak salah , harap maafkanlah
saya bukan org yg jahat
kadang2 saya lemah dan tewas dek perasaan
hingga x sedar ada insan yg terasa
maafkanlah..
selepas ini wani akan mengubah diri menjadi lebih baik
menjadi lebih muslimah
dan insyaallah menjadi anak yg membahagiakan ibu bapa
kawan yg disenangi semua
kakak yg disayangi adik2
dan insan yg sentiasa memaafkan

kenangan kami..
kenangan kita..
kenangan selamanya..
10 Mei 2010-hanya Tuhan yg tahu








1 comment:

  1. jemput join contest eyra :)

    http://eyrapuwplelixious.blogspot.com/2011/11/2-in-1-strange-contest-by-two-strange_08.html

    ReplyDelete