Kau kekasih hingga ke akhirnya...

Saturday, December 17, 2011

Awak buat hidup dia lebih bermakna

Awak.
Dia tersenyum bahagia.
Kehadiran awak buatkan dia gembira.
Kematangan awak buatkan dia rasa suka.
Kehidupan sekarang mampu buat dia tepis duka.

Awak.
Awak cukup istimewa.
Dalam diam awak, awak sembunyikan rasa kasih pada dia.
Dia hadir sentiasa untuk awak.
Awak lupakan dia tatkala kesibukan melanda.
Tapi bila tenang, awak raih perhatian dan ajak bermanja.

Awak.
Dia sudah cukup sengsara.
Kepayahan pernah jadi permainan waktu senggang pukul lima.
Senyuman dia sudah lama palsu semata.
Lakonan hidup dia lebih banyak berpura.
Tapi dengan awak dia mampu jadi diri sendiri di alam nyata.
Dengan awak dia bebas biarkan minda berirama.

http://farm7.staticflickr.com/6208/6145748003_60eaa236ce.jpg

Awak.
Senyuman awak membawa pelbagai erti.
Dia cuma mampu lega hati.
Jalinan kasih bukan atas dasar simpati.
Bukan juga atas rasa dendam dengki.
Semuanya kerana dia perlukan awak sampai mati.

Awak.
Dia pernah menunggu hingga abaikan nyawa.
Dia pernah berlari sekuat hati hanya kerana benci air mata.
Dia pernah tidur bertemankan sekeping nota..
Dia pernah lepaskan awak demi melihat awak ketawa.
Dia pernah korbankan perasaan sendiri demi lihat awak bahagia.

Awak.
Bila awak datang kembali, dia hanya mahu gembira.
Dalam redha, dia sebenarnya sudah banyak menderita.
Dia hadam erti sengsara.
Dia kunyah pahit maung pelbagai rasa.
Hanya kerana dia mahu awak sedar dia wujud berlandaskan cinta.
Bukan nafsu jahat menggila.

Awak.
Pernahkah awak berhenti seketika?
Menoleh pada dia sewaktu dia sedang lena?
Melihat wajah tenang penyimpan sejuta rahsia?
Membelai jauh hati seorang manusia?
Yang pada dia awak adalah dunia?
Yang pada dia awak adalah nyawa?

http://farm7.staticflickr.com/6163/6240661586_fa135bbc17.jpg

Awak.
Ada orang kata dia bodoh.
Dia terima dengan senyuman paling hodoh.
Bukan dia tidak tahu apa yang orang lain mahu canai jadi doh.

Awak.
Sudah terlampau banyak dia tanggung seorang diri.
Meluahkan bukan sebab dia mahukan simpati.
Dia cuma dambakan seseorang yang mampu jadi pendengar di sisi.
Walaupun dia hanya menghitung saat menuju mati.
Hanya awak yang dia mahukan kini.

Awak.
Senyuman awak adalah kenapa dia mampu terus ketawa.
Kata-kata awak adalah kenapa dia mampu telan segala derita.
Dia tidak perlukan ayat lebih manis dari gula.
Dia tidak perlukan ayat lebih masam dari cuka.
Dia tidak perlukan terlampau banyak cerita.
Dia hanya mahukan awak wujud depan dia.
Mendengar penuh setia.
Memerhati dengan tekun guna mata.
Bukan bagaikan tugu tiada roh dan nyawa.

http://farm6.staticflickr.com/5300/5446488485_d5d447f1a1.jpg

Awak.
Awak jadikan hidup dia bermakna.
Walaupun dalam dia menderita.
Tapi dia tetap akan setia.
Sebab dia mahu hargai cinta.

Awak.
Mampukah awak jadi seperti dia?
Hanya awak yang mampu jawab soalan yang ditanya.

No comments:

Post a Comment