Kau kekasih hingga ke akhirnya...

Monday, December 19, 2011

besarnya erti 'abg' buatku

hey guys..wassup..
ase cam dh lame je x update lam blog ni..
malas dah ase nak berblog
tp malas2 pun bile bosan nak bercerita juga

dear my online diary
lately aku mendapat berita yg sangat2 mengejutkan
sesungguhnya hebat sungguh rasa yg dialami bila org yg kita percaya mengkhianati kita
nak meraung,melalak,menangis pun tak guna
tapi basically,aku dah matang dlm handle bnd cmni
bukan nak membangga,air mata mengalir jua
cuma tiada kata2 maki,tiada menumbuk dinding,tiada membaling nset
omaigod wani sudah dewasa bukan?

aku berpegang pada kata2,setiap manusia pernah melakukan kesilapan
dan pasti akan melakukan kesilapan
aku juga tidak terkecuali
bagaimana dia mampu memaafkan khilafku dulu
begitu juga aku maafkan khilafnya kini
i said to him,the last word i said to him masa kami jumpa
"btw abang,lupa nak cakap. skrg kita seri satu sama"
besar sebenarnya makna kata2 itu
skrg kita dah seri satu sama
both of us pernah buat silap
dan both of us dah rela memaafkan satu sama lain
so apa lagi?
move to the next step
lupakan segala yg telah terjadi
mungkin itu semua adalah ujian dalam hubungan kita
now,we move on

dear diary,sebenarnya aku sangat kecewa
tapi mahu dicerita pada siapa?
mahu salahkan siapa?
aku sedar aku ni banyak kelemahan
tapi adakah itu sebagai alasan utk menipu aku?
jujurnya,aku benar2 kecewa
ingin rasanya meninggalkan segalanya
tapi logik akal,aku juga pernah buat silap
mengapa tidak aku memberi peluang?
lagipun,dia dgn rela hati ingin membuang yg lain
saat aku berbicara padanya melalui telefon
tap biarlah apa yg dia kata menjadi rahsia kami sahaja
yang pasti,katanya,kami x boleh terpisah

X BOLEH TERPISAH

mengapa? hanya kami yg mengerti
saat aku mengetahui tentang PERKARA itu
esoknya juga kami berjumpa
dia buang simcard celcom dia depan aku
dia tunjuk segala bukti yg dia benar2 sudah melakukan apa yg dia kata ingin lakukan
dan kami tetap gembira seperti biasa
bagai tiada apa yg terjadi
senyuman,gurauan,usik mengusik
masih seperti biasa
Tuhan,sampai bila kami mampu bertahan?
dah dekat dua tahun kami bersama
banyak kami dah lalui
izinkan kami melaluinya dengan ikatan yg sah
i wish my parents could understand apa yg kami bakal lakukan

lihat tajuk entry ku kali ni
besarnya erti 'abg' buatku
abg,mungkin bg kalian hanya satu panggilan
dia sebayaku,cuma dia lebih tua 6 bulan dariku
bila mesej,bila gaduh,
segala2nya keluar,aku kau,i u,mcm2
masa mula2 kenal time form 1 dlu
ciap gaduh lagi aku ngan dia 
berebut kerusi segala bagai
aku mane pernah suka dia,dia just ketua kelas aku
and aku just anggap dia mcm budak laki lain
xpernah lak aku admire kat dia ke apa ke
tapi tanpa sedar,aturan Tuhan
5 tahun terpisah dan whoop
bersatu sebagai kekasih
gila? tidak. Tuhan anugerahkan rasa cinta pada kami
x pernah terfikir akan memanggil dia abang
bukan abg like abg angkat
but abang as the person whom i love
the person yg akan lindungi aku
yg akan bantu aku bila aku susah
yg akan harungi suka duka bersama aku
yang akan senyum dan menangis bersama aku
yg akan sentiasa ada dgn aku
kalau boleh biarlah untuk seumur hidup aku

aku terasa lain bila dia membahasakan diri dia abg 
rasa perasaan tu lain
abg tu mengandungi banyak erti buatku
dan rasa syg ini,bukanlah dibuat2
benar aku mmg sygkan dia
dan erti abg itu buatku
as seorang insan yg bakal menjadi suamiku insyaallah

"abg bukanlah baik sangat,dan abg bukanlah jahat sgt"
dah berapa kali dia ulang kata2 itu
yes i know,u not perfect
abg x baik pun
sapa cakap abg baik
dan abg bukanlah jahat 
aku terima kamu seadanya
dan aku harap
saat kamu memikul tanggungjawab nanti
kamu ubah diri kamu 360 darjah
u can do it bro
i know
biarlah segala yg terjadi memuhasabahkan diri kita masing2
kita masing dah besar
dah nak masuk 20 tahun pun
bukan lagi zaman kita untuk bermain2 cinta
lagipun kita dah terlanjur menyintai
dah terlanjur menyayangi
dah berkongsi segala2nya
everything.....

pape jd lepas ni,aku berserah pd Allah
kami dah merancang apa yg patut
tapi tetap juga Allah penentunya

doakan kami


walaupun hati manusia itu tetap dalam keadaan begitu setelah dikhianati,dicurangi,dibohongi dan sebagainya,percayalah,sehingga ia sembuh sekalipun,ia tetap tidak akan jadi keadaan yang sama suatu ketika dulu. - credit to,Dunia Sebelah Zara.


No comments:

Post a Comment