Kau kekasih hingga ke akhirnya...

Friday, December 30, 2011

dia mungkin mengerti

entry kali ni hanya aku tujukan buat seseorang yg mungkin mengerti. atau mungkin juga tidak. aku tidak bermaksud apa2. cuma ingin meluahkan rasa hati. terlalu banyak kekuranganku hingga aku jadi takut untuk disayangi. takut aku akan kecewa..LAGI..lagi dan lagi.. ya aku bukan yg terbaik.


maafkan perempuan ini,yang selalu ganggu hidup awak setiap masa kerana inginkan perhatian. saya mungkin terlalu memaksa. setiap masa,tengah main game pun awak msg saya,tengah tgk tv pun awak msg,tengah g berjalan pun awak msg saya,tgh buat kerja pun awak terpaksa msg saya. maafkan saya,awak. saya memang selalu kacau hidup awak. sbb saya taknak biasakan hidup saya tanpa awak. saya nak awak di samping saya setiap masa. sebab kita jauh awak. saya selalu rindukan awak. saya rindu gurauan awak. rindu segala2nya tentang awak.

maafkan perempuan ini,yang terlalu mengawal hidup awak. setiap masa bertanya awak pergi mana. buat apa. dengan siapa. malah sentiasa berprasangka terhadap awak. walau awak jawab jujur,tp tetap saya bertanya lagi. tetap bertanya hingga pada akhirnya awak bosan dan tinggalkan saya. tak mengapa awak,hati saya walaupun sakit tetap memaafkan perbuatan awak. mungkin cara saya salah. tapi inilah saya.
maafkan perbuatan saya.

maafkan perempuan ini,yang selalu mendesak awak utk memenuhi keinginan saya. saya selalu minta nak itu,nak ini. dan awak selalu beri apa saya minta. nak novel,nak pergi situ,nak pergi sini. awak buat saya rasa bahagia. ada yang menyayangi saya,yang memenuhi keinginan saya,yang saya x berani minta pada ayah saya. awak memenuhi impian saya. awak menggantikan kemesraan ayah pada saya yg telah hilang. makin saya besar,makin saya jauh dgn ayah. makin saya mendambakan kasih syg seorang ayah. dan awak sedikit sebanyak persis dia. terima kasih awak. awak menggantikan apa yg telah hilang,walau cuma sedikit bandinganya drpd kasih ayah. tp awak buat saya gembira. maafkan saya kerna kadang2 menjadi terlalu mendesak.

maafkan perempuan ini,kerna terlanjur menyayangi awak. saat awak buktikan pd saya yg awak akan menjadi 'babysitter' terbaik saya,saat awak rela melepaskan ego demi cinta,saat awak sanggup buat perkara2 yg di luar jangkaan utk saya,dan saat awak katakan awak akan sentiasa jaga saya sampai akhir hayat awak,saya akui,saya jatuh cinta. saya jatuh cinta pd cinta yg telah awak beri. tapi kalau itu satu kesilapan,ya saya menyesal. menyesal kerna menabur janji pada yg bukan milik saya. menyesal kerna menghabiskan air mata kerna seorang lelaki yg blum pasti pemilik tulang rusuk saya. dan menyesal kerna,menyintai org yg tak menghargai diri saya yg sebelum ni awak minta hati saya.

maafkan perempuan ini awak. saya bukan yg terbaik tp percayalah,saya dah cuba utk jadi yg terbaik. mungkin saya tetap belum sempurna di mata awak.

td saya hilang arah. berdoa moga Allah beri jalan utk saya kembalikan milik awak yang ada pada saya. dan alhamdulillah saya masih berkesempatan utk memulangkannya. walaupun berliku jalannya tadi. awak cari saya,saya cari awak. dan kita bertemu buat kali terakhir. walaupun ia cuma pertemuan yang cukup singkat,tapi syukur,awak x pergi sebelum sempat saya melihat awak.

saya dah tak ada air mata utk ditangiskan lagi. hanya doakan moga saya kuat. kita hanya memerlukan sesaat utk mengenali seorang,seminit utk menyukai seseorang,sejam utk menyintainya..tapi seumur hidup utk melupakan. kata-kata yg awak beri pd saya di saat saya kehilangan seseorang dulu,masih segar dalam ingatan saya. dan semoga ianya bermakna buat awak dan saya.


hanya Tuhan yg lebih mengerti segalanya..

*nanti kalau awak jalan dan awak terlihat setiap benda yg pernah menjadi kenangan kita,teruskan tersenyum sebab kenangan itu akan sentiasa hidup dalam diri kita.

No comments:

Post a Comment