Kau kekasih hingga ke akhirnya...

Thursday, December 22, 2011

masa aku kecik2 dulu sampai aku dah 19 tahun skrg

entry yg panjang. kalau x larat jangan baca. =)

assalamualaikum. sume org ade zaman kanak2 kan. aku tetibe rase nak mengimbau kembali zaman kanak2 aku. serious rindu dowh. time tu x de nak semak2 otak fikir pasal masalah hati,masalah perasaan,masalah duit ke hape ke. time tu enjoy je. belajar pun cam nak x nak je. tp nak xnak pun,aku tetap gak dpt nombor 1 hingga 3 je. x pernah pun lebih dari tiga. cume pernah sekali je time darjah 3 aku dapat nombor 8. tu pun sbb aku dpt markah sume A kurus. selalunya aku dapat A gemuk. then ayah aku punye x nak nye sign report card aku sbb aku dapat nombor 8. kecewa gila la hati aku. sampai hati ayah. padahal aku dapat semua A. cuma A kurus je.

aku dulu adik beradik semua lelaki. kitorang 4 orang je time tu. family kami tinggal kat rumah guru SMK Slim. punye rapat gila aku dgn adik2 aku sampai mandi pun same2. kitorang suka main rumah2. means sume mainan kitorang,cam kereta,patung pe semua,kitorang jadikan mcm main satu keluarga. dulu mak ngan ayah salu belikan mainan kereta control,bas,bot,and etc.  aku pun same main menatang2 cm tu. aku mane ade main baby doll ke hape. mak cakap dlu pernah mak belikan aku baby doll sekali then aku buang je. aku tak main pun. aku lg suka main kereta pe sume. sampai darjah 4 la jugak aku main bnd2 cmtu. then kitorang masuk zaman game pulak. ayah dulu gila game. termasuk la kitorang. komputer sampai dua tiga kat rumah. main semua beradik kat bilik ayah. then ayah ade letak satu komputer kat bilik kitorang. aku dulu tidur sebilik je dgn adik2 aku. even rumah tu ade banyak bilik. tp kitorang tidur sesame. katil dua tingkat ade dua dalam bilik tu. kan kitorang empat org kan. terbaik la malam sebelum tidor je mesti main panjat2 katil,baling2 bantal,tutup  lampu then main selimut2 dalam gelap. indah weh zaman kanak2 ngan adik2. rase mcm diorang la dunia kita. bile mak dgn ayah pergi kedai je,masing2 tunggu mak belikan coklat ke,air kotak ke,kopok ke. pendek kata tak sah kalau depa balik dr kedai x belikan pape.

then bila pindah sungkai,aku dah darjah 6. still lg mandi sesame ngan adik2. tp pakai baju la. mmg stil rapat gila dgn dorang. masih lg main mainan,main belon dlm rumah,main basikal kejar kat luar. main polis2. lumba basikal. padahal nak UPSR dah tu,. masih lg perangai cam bebudak. belajar pun nak x nak je. tp alhamdulillah otak aku ni kuat jugak mengingat and cepat tangkap dlm kelas. malas2 aku pun,still top 3 student dlm kelas. and aku dapat 5A utk UPSR. punye la happy family aku time tu. yela anak sulung kan,first anak yg amek exam,tup2 terus dpt cemerlang cmtu. peh antara moment paling indah dlm hidup aku bila aku nampak senyuman mak yg ade kat sekolah aku untuk tahu result aku. terus mak tepon ayah yg masa tu tgh keje bgtau result aku. aku nampak semangat gila mak bgtahu ayah yg aku dapat 5A. balik je rumah,opah tepon. "kaklong.mcm mane result?" bangge nye nak bgtahu opah. akak dpt 5A!!!!

tapi aku tak pergi boarding school. di sini mengubah perjalanan hidup aku. aku taknak duduk asrama. sbb aku ni manje sungguh. aku tak pergi MRSM,xpergi SBP. tapi ayah pakse jugak aku masuk RK Slim. tempat ayah ngajar. tapi aku kena duduk asrama. hari first sekolah aku dah kena duk asrama walaupun time tu pelajar RK x daftar lg. aku masuk kelas sesi petang dlu. 1 Kenanga. aku ingat lg. then RK masuk 12 Januari. ni pun aku ingat lg tarikhnya. kitorang kena pakai baju warna kuning,kain hitam. yg lelaki pun baju kuning,seluar hitam,wajib pakai songkok. and yg paling haru nye,aku dapat kelas 1 RK 1 yg mana guru kelasnya ialah Cikgu Kamarudzaman or well known as Cikgu Kz. ayah aku ajar BM. hah,kat sini la aku kenal
pakwe aku skrg. Ahmad Taufiq. aku ingat g dia ni. ketua kelas aku dlu. skema je aku nengok. pakai spec. cam dak baik la gak. dia okey je. x de wat masalah sgt dgn aku. cuma pernah la sekali tu aku nak duduk,kerusi aku takde. so aku amek je la kerusi dia. then berebut. dia ckp tu kerusi dia. mmg aku tahu pun tu kerusi dia. tp aku malas nak amek kerusi kat kelas lain,so aku cakap la tu kerusi aku. last2 die mengalah gak. dia yg kena amek kerusi lain. well,jangan lawan anak cikgu sendiri k. =)

pastu aku kena pindah. sbb ayah aku kena transfer kat SMK Trolak or SEMETRO. time ni mmg antara moment paling aku menyampah dlm hidup aku. aku tgh bahagia gila sekolah kat SMK Slim dgn bestfriends aku,Laily,Qalilah n Imurni. tetibe lak kne pindah. dah la ayah bg pilihan,kalau nak stay Slim,dok asrama. aku mmg anti dok hostel nih. benci sangat dok hostel. so nak xnak aku terpaksa la pindah ke SMK Sungkai. time ni la jiwa aku betul2 memberontak. first day at SMK Sungkai,peh. sumpah x best. aku dapat kelas first,aduh dah la x de kawan2 aku dlm tu. yg ade pun mmg x leh dibuat kawan. mmg aku x serasi dgn depa. so balik je umah aku cakap kat mak "mak,akak nak tukar kelas kedua.xnak masuk kelas first" time ni la aku berbalah dgn ayah aku. dua tiga hari aku mogok x nak pegi sekolah selagi parents aku tak tukarkan aku masuk kelas kedua. last2,depa akur. aku dpt masuk kelas kedua pas mak aku bincang ngan penyelia petang. kelas ni okey. even students dia kurang pandai,tp at least perangai ok la lg dr students kelas first. kain pun x singkat cam student kelas first. kat sini antara zaman perubahan aku. aku mula kenal lelaki. means kat sini aku mmg popular la. dah la masuk2 sekolah ni je,terus jd top student. even aku kelas second,tp aku nombor satu dlm tingkatan. cikgu2 sume terkejut. always nombor satu. aku pernah dpt markah seratus for BI,agama. seratus babe. cume math je aku agak lemah. cikgu2 sume kenal aku. tapi kat sekolah ni jugaklah aku mula bercinta. mula bawak hp pegi sekolah. curi2 main mesej bawah meja. bygkan la top student wat cmtu. tudung pun makin lama makin pendek. ade jugak pernah try pakai kain singkat2 tp aku x suka. poteng kelas KH sebab cikgu dia x best. satu apah aku x paham pe cikgu india tu ajar. dah la drpd amek ERT kat skolah slim,masuk sungkai kena amek Perdagangan. mmg basic aku taktau tetibe kena blajar. mmg kantoi r KH aku. last2 PMR aku dapat 7A je. KH aku B. nak buat mcm mane,takdir.

masuk form 4,aku pindah SEMETRO. ayah ajak sekolah dgn dia. kalau nak tahu cerita pasal aku kat sekolah ni,klik sini SEMETRO. dekat sekolah ni la aku ambik SPM. result aku takde la gempak mane. tp boleh tahan la. aku best student sekolah. aku dapat 7A. semua aku A except Bio,Kimia and Fizik. Addmath aku A babe. subjek paling aku tak sangka aku dapat A. actually aku target dapat 4A je. x sangka lak dapat 7A. alhamdulillah rezeki Allah nak bg. cume aku terkilan Bio je la x dapat A. padahal trial SPM Bio dapat A. nak buat cmne, xde rezeki. lepas SPM,aku jadi penganggur terhormat. duk rumah 24 jam. keje idak,amek lesen idak. aku ingat lg. 10 Januari 2010 aku couple dgn Luqman Hafiz. Mamat ni mmg aku bahagia couple dgn dia. best. xpernah gaduh. mmg loving always. jumpe pun dia selalu blanje. tp jodoh x panjang. lepas aku dpt offer matrikulasi dlm bulan 4,kitorang clash. 10 Januari 2010 jugak aku start msg Taufiq. time tu just kawan je. dia mintak pic aku. kitorang tuka2 pic. aku pun x de hati pun kat dia. yela tgh bercinta dgn Luqman kan.
lepas aku clash dgn Luqman,aku mula layan Taufiq. mula selalu msg dgn dia. dia keje time tuh. Kat KL. dia keje shif malam pulak tu. kekdang tak tido msg dgn dia. then aku masuk matrik 10 Mei 2010. time tu aku kan first dok asrama lepas dah lima tahun last dok hostel. mmg aku rasa nak nangis. aku rasa sangat alone. aku cite kat Taufiq. time tu aku msg dia. then hari tu lah dia mintak couple dgn aku. cakap nak jaga aku. nak teman aku. lgpun dia bakal masuk Uitm merbok,kat kedah jugak. so aku akan rase ade org dekat dgn aku la. so aku terima. ni lah detik permulaan pd kehidupan aku skrg.

bersama dia,banyak bnd aku dah lalui. masa aku kat matrik,dia la babysitter aku. nak balik,dgn dia. nak beli barang,dgn dia. nak kua duit,ajak dia. padahal sungai petani ngan kulim dekat sejam gak la perjalanan. bukan aku xleh pergi sendiri,tp aku rase lebih selamat bila dgn dia. aku rasa mcm mane ada org jaga. dan aku bahagia. bila result kuiz math aku low,aku cerita dekat dia. bile aku dpt 100 kuiz kimia and bio,aku cerita dekat dia. bila aku menangis sbb rindu kan family,aku cerita dekat dia. bila aku nak buku rujukan,aku suruh dia beli. bile aku kena stay up late nak wat lab report kimia and bio,dia la peneman aku. dia msg aku smpai kol 2 3 pagi. he's my everything at that time. even selalu sangat gaduh. masa berlalu dgn sangat pantas. sedar x sedar tahun berlalu. 2010-2011.

ahh skrg dah 21 disember 2011. aku dah 19 tahun.cepat sungguh masa berlalu. cepat sungguh masa lalu pergi meninggalkan aku. aku teringin nak jadi kanak2 semula. sbb mereka hanya tahu bergembira. xkenal erti duka. x kenal erti cinta. aku ingin kembali ke zaman di mana adik2 merupakan teman paling rapat. aku sangat merindui zaman kanak2. kerna menjadi remaja dan belajar menjadi dewasa melenyapkan sesuatu yg ku panggil HAPPINESS. sebab pada waktu ini,segala yg indah boleh menjadi pahit in a blink of eyes. 

aku rindu!! rindu pd aku yg dahulu. rindu menjadi Nurul yg hanya tahu bergelak tawa dan bermain Need for SPeed bersama adik2. 
Ya Allah,kuatkan aku untuk menjadi Nurul yg tabah dan sabar menghadapi dugaan hidup.


No comments:

Post a Comment