Kau kekasih hingga ke akhirnya...

Saturday, December 24, 2011

terlukakah aku? maaf ini entry jiwa-jiwa

waaaa..nak nangis!! eh tak,nak marah!! kecewa weh. kecewa gila bila beli headphone takmau masuk kat laptop. kecewa siottt!! haha. abang kat kedai komputer tu kata "ni kamu kena download software lagi ni". aiyokk. malasnyer. asal lappy aku takmau. geram2. *eh wani,ko type ni ade kena mengena dgn tajuk kat atas ke? xkan terluka sbb ni kot?

actually,not at all. aku terluka sbb lain. terluka,terkoyak,terhiris hati aku ni weh. sentap tahap gaban lah. aku frust gila sebenarnya. knp bahagia tu sekejap ada sekejap takde? knp bila tgh bahagia sangat2,ada je bnd yg nak sekat kebahagiaan tuh? knp?? why? aku ni x berhak bahagia ke? aku ni semua salah ke? why??????*eh melampau la ko ni wani.

serious weh,penat la mcm ni. penat la nak jaga hati sendiri. sekuat mana aku bertahan,pasti aku akan menangis. pasti. boleh x jangan buat aku menangis dah? aku terluka dalam diam. ingat tak sentap ke dgn semua ni? aku maafkan tapi, tapi aku tak kuat. tak boleh ke kau mengerti? tolonglah fahami hati dan perasaan aku. tolonglah bahagiakan hidup aku. dah banyak kali aku menangis. jangan sampai dah takde air mata lagi untuk kau syg.

dah la,kau org bukan tahu apa pun. aku suka mengarut dlm entry sorang2. biarlah blog ni tenangkan aku kan. sape lg nak dengar cerita aku. sape lg yg kisah hati aku. aku je la yg kisah sorang2. *sentap. bukannya aku tak bahagia,aku bersyukur dgn hidup aku. dgn family aku. dgn kehidupan aku. cuma bila tiba bab hati dan perasaan,aduhhh. aku kalah weh. lemah sebenarnya jiwa aku ni. mudah benar terluka. nak luahkan boleh tak?  jangan baca tau. mak dan ayah jangan baca tau. cikgu2 jangan baca tau. hurm.

kalau ikut lagu yg tengah berkumandang kat blog aku ni. katanya "cinta itu tak semestinya memiliki". well if cinta itu bukan utk memiliki,then utk apa bercinta? saje memain habiskan masa then u dump her just like that? gila. cinta itu jika kau benar2 mahu jadikan perempuan itu isteri. cintailah dia sepenuh jiwa,sepenuh hati. sbb dia yg bakal melahirkan anak2mu kelak. sayangi dia,jangan buat dia terluka. jangan rosakkan dia. sbb dia bakal kamu miliki. cintai dia dgn ikhlas. bukan utk dimarah,bukan utk ditengking,bukan untuk dicari bila perlu,dibuang bila senang. bukan untuk kau abaikan. kerna dia untuk kau miliki.

tenanglah wahai jiwa. janganlah terluka lagi. aku dah cukup besar utk tahu mana yg baik dan mana yg buruk untukku. tp still aku nafikan yg buruk itu,sbb hatiku menguasai seluruh hidupku. hati yg menyintai seorang lelaki yg bukan terbaik untukku. salahkah aku? salahkah pilihanku? aku tak boleh berpatah balik setelah aku serahkan hatiku pada seorang lelaki itu. dan ku serahkan juga segala kepercayaan,kasih sayang yg tak berbelah bahagi,kenangan yg tak mungkin dapat dilupakan,dan kejujuran yg ikhlas buat dia. 'telah ku jaga kejujuran dlm setiap nafasku' dan telah kurelakan kecewaku atas ingkarmu...

menyedari bahawa cinta itu x semestinya memiliki. menyedari bahawa cinta itu x semestinya selalu bahagia. membuat kau bahagia sepenuhnya,sesuatu yg tidak bisa aku lakukan. bukan tak mampu,kerna diri ini jua x selalunya bahagia. sering mencari apa salah diri,mencuba perbaiki,namun tak tau sbb apa selalu saja salah di mata dia. yang tak sempurna itu memang aku. tp x perlu sampai melukai hati aku! aku manusia yg punya perasaan,punya jiwa. janganlah begitu mudah kau sakiti hati ini. ahh bukan nak jiwang segala bagai,tapi aku memang sedang terluka sendiri!!! marah tp x terluah. moga kata2 menjadi penawar hati aku sendiri. 

hati ni bukan utk kau sakiti. seronok tgk kau senyum. seronok tgk kau ketawa bahagia. tp sekelip mata kau mampu hancurkan kegembiraan. apa dah hilang sifat sabar dari diri kau? aku mengaku mmg aku kurang sabar,tp kau? kau dulu kekuatan aku. aku api,kau air. dan sbb tu la aku jatuh cinta pada kau wahai lelaki. dgn aku kau selalu sabar. kau pernah ckp kau sbnrnya panas baran tp dgn aku kau tahan. skrg apa dah jadi? dua2 api siapa yg nak jd air? both are egomaniac. sorang kepala batu,sorang kepala ferum. padanlah dua2. mcm tuh? mcm benz dgn addin? tp at least mereka tak emosi keterlaluan. kau? aku? 

aku sayang kau. aku nak kau bahagia. tp bukan dgn cara membiarkan jiwa aku terluka. aku taklah dapat markah 100% utk subjek CINTA sampai sanggup membiarkan diri terkorban demi melihat orang yg aku sayang bahagia. aku juga nak selalu tersenyum. nak merasa nikmat bahagia itu. biarlah kita sama2 merasa. jangan sampai ada yg terluka. peritnya menangis kerana cinta. kerna sepatutnya aku menangis utk Yang Maha Esa. bukan utk seorang lelaki yg hanya membuat aku kecewa. mengertilah sayang.. aku sayang kau.tapi seharusnya kau tahu,bahagia itu dicipta bersama. bukan dgn sebelah pihak terluka dalam diam.

setelah kita memberi peluang,sepatutnya kita lebih menghargai jalan yg Allah masih beri buat kita. hargailah sebelum kita kehilangan sebuah rasa ini. sebab tak senang nak membina sebuah perhubungan. tak senang nak bertahan. tak senang nak hidup bersama. tak senang nak menangani jiwa yg terluka. tak senang nak memaafkan salah masing2. tak senang melepaskan rasa kecewa demi sebuah bahagia. sebuah kepercayaan itu pernah dikhianati,sebuah rasa itu pernah goyah. namun sebuah hubungan ini tak pernah lagi terlerai. hargailah sebelum kita tak mampu lagi nak bergurau senda bersama. sebelum kita tak mampu lagi bersandar di bahu masing2 dan sebelum kita tak mampu lagi mencipta kenangan yg selama ni menahan kita daripada terus pergi.

ego seorang wanita akan tunduk pada kelembutan hatinya
*sumpah aku rasa mcm nak nangis tp x de sebab utk aku nangis! arghhh,headphone!! kenapa kau buat aku frust? padahal bnd lain yg buat frust. =,= wani dah x betul!

No comments:

Post a Comment