Kau kekasih hingga ke akhirnya...

Monday, December 26, 2011

yang dikatakan redha itu ihklas

korang semua dah tengok ombak rindu? mesti dah kan. even dah lame aku tengok,saje je aku tanye korang. aku tengok cite ni kat panggung,kat Penang,with Ain,boy Ain,and dia. mase tengok cite ni,aku je laa yg khusyuk sorang2. dia dok tanye aku mcm2. sejuk la,nak tido la. asyik mintak nak tido je tp aku x bagi. dok pinjam cardigen aku katenye sejuk. dok berdua pun tp dia bukan tengok sangat citenye. asyik tanye aku memacam je. bosan lah tuh. haih. dalam cerita tu,ade satu dialog,yg diucapkan Lisa Surihani masa Maya Karin (Izzah) cakap,dia redha if Lisa jd madu dia pun sbb time tuh Lisa nak undur diri. Then Lisa ckp jangan. Tu bukan redha,tu pasrah. Redha itu ikhlas menerima,pasrah itu menyerah.


well,terus terang. aku pasrah. aku pasrah dgn apa yg berlaku. mungkin mmg salah aku. atau mungkin mmg salah kita. atau mungkin mmg kita sengaja mencari salah masing2. kebahagiaan tu mmg dah makin jauh. mungkin sampai satu masa ia akan terus lenyap atau mungkin jua tiba2 ia akan menyinar semula. let times decide it. biarlah masa menentukan. aku pasrah. aku berserah segalanya.

kadang2 bila aku rindukan kenangan,cepat2 aku ingat segala yg buruk pasal kau. takut lemas dalam kenangan. dan bila aku cuba melupakan kau,kenangan tu lah yg paling sakit tau x. bukan janji,bukan jua tanggungjawab. tapi kenangan. it take years to forget,or maybe for the rest of our life. tapi yelah,selagi ada cinta,teruskan saja segalanya. redha,ikhlas menjalani. selagi masih belum membenci. lagipun,kita masih mampu utk teruskan. kecuali memang Allah tak izinkan kita bersama.

ikhlas dr sudut paling dalam hati aku..masih mengharapkan kau kembali pada yg mula2 aku cintai dulu. well,anyway,life must go on kan. chill wani chill. kau senyum je even apa terjadi. sbb bak kata kawan2 aku,ramai lg yg terbaik untuk aku. cuma aku yg masih setia dan menunggu. sbb apa? sbb kita dah terikat kan. ada benda yg menghalang. tapi kalau kau dah x nak pun aku akan pasrah menerima. bak kata Lisa,redha itu ikhlas,pasrah itu berserah. aku x ikhlas,tp aku akan pasrah. semoga dijauhkan apa yg x baik.

Pesan pada hati, usah terlalu membenci akan satu wajah, kerana rindu pasti bertandang.. Pesan pada hati, jangan merindu pada kenangan, kerana pasti akan mengalir air mata kesedihan.. Pesan pada hati, jangan di kenang kenang akan kenangan lalu, kerana akan ada kecewa yang hadir.




No comments:

Post a Comment