Kau kekasih hingga ke akhirnya...

Sunday, December 30, 2012

Aidil's 6th Birthday

minggu lepas, 21 Disember birthday aku, now, 28 Disember, birthday my little adik pulak. Muhammad Aidil Hakim. well takmo tulis panjang2, just nak share pic dlm blog.

this is birthday boy and me. 

 the cake. beli dgn 'dia'.

happy family. :)

muahhh. sayang aidil. 

tiup same2 ekk

peace yaww!

  
last2 tayang gmbr sendiri. :p

happy birthday Aidil.
semoga jadi anak yg baik dan berguna bila besar nanti.
:)

Saturday, December 29, 2012

buat mak and ayah.

mak, ayah, akak jarang sangat tulis pasal mak and ayah dalam ni, bukan sbb akak tak sayangkan mak and ayah, akak sayang, terlalu sayang, sayang tu, melebihi segala2nya dalam dunia ni. cuma akak tak mampu nak luahkan segalanya, akak akan nangis setiap kali bercerita tentang mak and ayah. sebab mak dan ayah adalah anugerah terindah buat akak dalam hidup ni.

mak, ayah, bila akak dah masuk universiti, akak mula sedar, hidup tak semudah yang disangka. nak berjaya tu bukan macam nak ambik PMR and SPM suatu masa dahulu. di saat akak mula hidup jauh dr mak ayah, pelbagai halangan dan cabaran akak terpaksa tempuh. takde lagi mak dan ayah untuk nasihatkan akak yang mana baik, yang mana buruk. senang sangat untuk akak sesat dan tersasar dr landasan kehidupan.

akak takkan boleh lupa apa yang mak dan ayah dah lakukan untuk akak. tambah2 masa akak kat universiti ni. makan, pakai, belanja, semuanya mak dan ayah yang tanggung.

Ayah, walaupun jarang sgt tunjuk kasih syg dia kat anak2. Tp bila tiba saat2 pntg dlm hdup aku,ayah akan bg msg and said, "i love u so much,u r always my feveret daughter." Ayah jrg tanya khabar, tp aku tau ayah selalu baca blog aku senyap2. Even makin besar aku lg rapat dgn mak,tp aku tau,ayah tak pernah sanggup tgk aku susah. Makan pakai aku kat u ni,sume duit ayah n mak,bukan ptptn. Parents are the greatest gift ever. Kalau la kita tak buat yg terbaik for them,alangkah kejamnya kita sbg anak. 

mak, masa aku tengah study kat atas pukul 3 pagi, aku haus, nak pergi minum air kat bawah, then tgh turun tangga, langkah aku terhenti bila nampak mak tgh uli tepung. mengalir air mata aku saat tu. aku naik balik, aku nangis puas2. mak buat kuih tu sebab nak bagi aku duit belanja sepanjang kat universiti. duit yang dpt dari hasil jual kuih tu, semua mak bg kat aku. yang tinggal kat mak cuma duit modal je. sampai mati aku takkan lupa apa yang mak korbankan utk tengok anak dia berjaya. mak cuma nak aku berjaya je. jd peguam. untuk hidup aku jugak suatu hari nanti. bukan utk dia pun. :'(

apa aku nak panggil diri aku sendiri kalau aku hancurkan harapan dan impian mereka? anak kah aku? mereka berkorban segalanya untuk aku, tp aku? tergamak ke aku nak tgk dorang menangis sebab aku? 

:'(

nampak tak permainan Dia kat sini?

nampak tak permainan Dia kat sini? kau pusing ikut mana pun last2 kau jumpa jalan yg sama jugak. kau lari jauh mana pun last2 kau jumpa orang yg sama jugak. kau buat la mcm mana sekalipun nak lupakan orang tu, last2 dia datang cari kau jugak.

last2 jodoh kau dgn dia jugak. cinta? sayang? entah lah. Tuhan saja yg tahu ada lagi ke tak semua tu.

sepatutnya segalanya berakhir 15 September lalu. sepatutnya masa tu kita lepaskan segala2nya. lupakan segala2nya tentang kita. tp entah kat mana silapnya, 26 Oktober kau cari aku balik, jumpa aku balik. then kau janji 5 tahun lagi kau akan laksanakan janji kau. aku hanya perlu menunggu.

tapi mmg takdir Allah kita tak boleh jangka, sebulan lepas tu kau cari aku balik. dan kononnya kita nak 'date' buat kali terakhir. takdir Allah juga, masa dlm date tu aku jumpa cinta yg hilang. lalu aku jatuh cinta pada kau sekali lagi. tp aku diamkan, biarlah 5 tahun lagi kita bersama, bukan sekarang.

then after the precious date, kau pulak buat surprise for my birthday. 30 November kita jumpa balik. dgn sebentuk cincin yg menjadi saksi dua hati yg sepatutnya dah terpisah. aku dah mula2 tertanya2, apa semua ni. setiap kali kami merancang utk jadikan pertemuan itu pertemuan terakhir, setiap kali itu jugaklah ia tak menjadi kenyataan. dan kita terus bertemu, bertemu dan bertemu.

hingga hari ini.. kita masih tetap bertemu. dan satu kata2 kau yg sentiasa bermain dlm fikiran.. "I mmg x leh hidup tnpa u".

kalau kita mmg tak ditakdirkan bersama, sepatutnya 15 September itulah akhirnya segala2nya.

Ya Allah, kalau mmg jodoh kami, tolong jgn biarkan kami buat kesilapan lagi. :(

Friday, December 28, 2012

forgive me,kawan.

kawan, mungkin akan ada banyak kali sepanjang perkenalan kita aku akan buat kau terasa hati dgn sikap mahupun perangai aku, maafkan aku kawan. mungkin makin lama kau kenal aku, kau akan makin nampak setiap kelemahan dan kekurangan aku, untuk itu, maafkan aku kawan. mungkin ada ketika aku tidak pandai untuk adapt dgn persekitaran, maafkan aku kawan. mungkin ada masanya aku terlalu cuai dan mengikut kata hati, maafkan aku kawan.

kawan, izinkan aku nyatakan di sini, aku terlalu menyayangi setiap kawan2 yang hadir dlm hidup aku. tapi maafkan aku kerana aku bukan kawan yg baik. aku tak pandai nak tunjuk aku sayang kawan2 aku. aku tak pandai nak masuk dalam persekitaran. aku tak pandai nak berkomunikasi, nak berkongsi apa aku ada, walau aku sangat ingin berbuat begitu. aku tak pandai kawan. :(

kawan, ketahuilah, bila kau susah, tolonglah mintak tolong kat aku. aku sanggup buat apa saja utk membantu. cuma satu aku nak kau faham, aku tak pandai nak memulakan komunikasi, nak memulakan sesuatu. aku mmg x pandai. tolonglah kawan, jangan pandang enteng aku, jangan menganggap aku bukan kawan yg baik hanya kerana aku gagal 'life lesson'. aku tak pandai nak hidup kawan. aku tak pandai berdiri atas kaki sendiri. aku perlukan kalian. perlukan tunjuk ajar kalian, perlukan bimbingan kalian. bukan sindiran dan perlian kalian. :'(

kawan, aku tahu aku salah kawan, aku tahu. sikap dan perangai aku selalu tak menyenangkan hati kalian. maafkanlah aku kawan. andai aku salah, andai aku silap, tegurlah aku, tp jangan di belakangku, di luar pengetahuanku. demi Allah, tak terniat nak menyakiti walau secebis pun perasaan kalian. kalau aku mampu buat anything utk kalian, aku akan buat, sedaya upaya aku. tolong beri aku ruang dan peluang untuk belajar menjadi dewasa, untuk belajar tentang kehidupan. kalian tak mengerti, hidup aku tak sama macam kalian. ada yang tersirat di balik yg tersurat.

andai kalian mengerti itu, cukuplah sekadar cuba mengerti itu, aku sudah cukup bersyukur kawan.

:(  please kawan.

Thursday, December 27, 2012

takdir

while sitting next to him and eating "nasik bungkus" together, I told him, "ni kalau kita kahwin makan camni je takpe kan?" #sambil buat muke comel.
then he replied, "haa buat buat, bakor dapor tu baru tau. camtu baik I kawen ngan tukang masak kedai ni je." dan dua2 ketawa.

"u percaya takdir?" he asked. and I replied, "caye la. dulu pas kita putus, I janji ngan diri I sendiri, sampai mati I x kan jumpa u dah sampai bila2, tp tengok, takdir Allah lg hebat. kita jumpa jugak. bukan sekali, bukan dua kali, tp berkali2."

 " I rasa I mmg x boleh hidup tanpa u. "
 " What?? #Laughing. Cam pelik plak u yg cakap camtu. "
 " Dah mmg betul. "

satu kesilapan meleraikan apa yg terikat, tp dengan satu kesilapan juga apa yg terlerai kembali bertaut. hebat permainan takdir.
now, berserah pd Allah.
Dia Maha Mengetahui.
Dia yg menentukan segalanya.
Perancangan itu atas kami, penentuan itu atas Dia.
Moga2 kali ini ada pengakhiran yg baik buat kami.

# Ya Allah, jadikan ini satu pengajaran buat Kami. Izinkan kami membetulkan segalanya. aku sangat takut kali ini. :(

Monday, December 24, 2012

kenangan bus stand

hari ni, 24 November, mungkin Allah nak bg petunjuk kat aku. bahawa ada ramai lagi lelaki dlm dunia ni yg lebih baik. semalam, i send a msg to him, I said "aku nak mintak izin kau, utk buang segala milik kau". then he replied "kerna apa?" dan aku jawab, "untuk aku berpijak di bumi yg nyata." lalu dia membalas " drpd u buang, baik u bg i balik, biar i yg simpan."

dan sejujurnya, aku tak akan pernah mampu nak buang segala kenangan kita. segala benda yg kau bg kat aku, aku akan simpan sampai hujung nyawa aku. then semalam aku mintak kita akhirkan segalanya di sini. aku mintak kita berhubung buat kali yg terakhir. tp ternyata aku yg menangis sepanjang malam, aku yg terasa sakitnya. :'(

dan hari ni, something happened to me.

today aku nak pergi salun, nak gunting rambut. aku tunggu bas kat bus stand sorang2 depan rumah aku. lama gila aku tunggu bas x datang2. sume driver yg lalu kat jalan tu sume toleh pandang aku. pelik, aku ni comel sgt ke. muahaha. sambil dgr lagu kat headphone masa tu. then aku noticed ada satu kereta ni berhenti dekat dgn bus stand tu. aku pun buat endah x endah je la. tp cam ada satu perasaan dlm hati aku yg dia berhenti sbb aku. eh perasan pulak aku ni. tp aku biarkan je. tgk2 dia tanye jalan kat org yg masa tu tgh drive nak kuar simpang. then aku biar je la lg. sambung dgr lagu. then tetibe dia dtg dekat aku. dia ckp something. tp aku tak dgr sbb tgh dgr lagu kat headphone mase tu. aku pun bkk la headphone. rupe2nye dia tanye jalan pintas nak ke Teluk Intan ikut mane. aku pun bgtau la, sebelum sampai Bidor akan ada satu simpang, masuk situ. aku pelik gak la sbb rasenye dia dah tanya kat pakcik td sebelum tu, nape lak nak tanye aku lg kan.

then aku pun dok balik la kat bus stand tu. tetibe dia tanye aku lg, nak g mane? aku pun jwb la nak g Bidor. dia ckp nak naik skali x? maybe sbb dia kesian tgk aku tunggu sorang2 kat situ. aku pun jwb la "eh takkan la, nyusahkan awak je, awak kan bukan nak pergi Bidor". sbb simpang ke Teluk Intan tu sebelum pekan Bidor. tp dia kate takpe. so aku pun setuju la sbb bas x datang2 pun. lgpun tgk muke dia cam dak baik. rupe2nye.. dia budak Uitm gak. UiTM Selayang. ambik kos dentistry kauuuu. terkejut aku. then dia tanye aku amik kos ape, dia pun agak terkejut bila dgr aku amik Law. then kitorang sembang2 dlm kereta.

soalan first dia tanye, ni dah kawin ke dah tunang ke? aku pun ckp dak aih, mude lg. umur dia 22 tahun, final year. kagum gak la ngan dia, amik dentistry kot. mesti dak pandai. rupa2nya dia bdk SMKA Slim. mmg dekat je la kan ngan tempat aku. kelakar sgt dia tu, nampak sgt dia kekok and agak kalut bila ckp ngan aku. tp sies, aku senang dgn perwatakan dia. rasa mcm best sembang ngan dia, padahal baru je kenal.dia citer la dia tgh serabut sbb mak dia tgh sakit, dah la skg ni musim final exam kitorg. kesian sgt aku dgr.

then, bila dah sampai Bidor, aku suh turunkan aku kat bus stand, dia insist nak turunkan aku betul2 depan salun tu, sbb dia risau aku jalan sorg2. tp aku ckp takpe la. bila aku dah kuar and tutup pintu kereta, tetibe dia panggil aku balik, katanya nak sembang lg. mcm2 dia tanye. kekok sgt sebenarnye mase tu. dua2 cam segan2. berapa kali jgk sebenarnya dia panggil aku balik lepas aku tutup pintu, aku tau sebenarnya dia nak mintak something dr aku, tp dia segan and malu. then we separated, he went to his way, i went to my way. awkward gila rasa. then I finally realise that, we don't even exchange name!

menyesal sangat sangat sangat tak tanye name dia. at least boleh jgk cari kat fb ke ape kan. aku cuma igt pesanan terakhir dia kat aku, "jalan nanti tgk kiri kanan depan belakang, takut pape jd, dunia skrg bukan blh percaya." and hati aku tersentuh masa tu. dia sanggup kot patah balik semata2 utk hantar aku. ada jugak rupanya lelaki yg baik dlm dunia ni.

dan kemudian sepanjang perjalanan ke Tapah aku asyik tersenyum dlm bas, asyik teringat pd dia dgn seribu penyesalan di hati sbb terlupa nak tanye nama dia! skrg yg aku tahu cuma, dia budak UiTM Selayang, amik kos Dentistry, bekas dak SMKA Slim, and tinggal kat Teluk Intan area SEMESTI. adehh, jenuh aku nak cari orang klu x tahu nama. =,="

aku berdoa and harap sangat sangat Allah akan pertemukan kami sekali lagi. sebab aku belum mengucapkan terima kasih pd dia. mohon Ya Allah, pertemukanlah kami sekali lagi. :)

# kerana hati masih pada dia yg dulu, aku tolak ajakannya utk pergi makan and berkenalan lebih dlm. tanpa sedar, hati ini masih milik si dia, yg sampai bila2 mungkin masih milik dia. :(


21 Disember

tahu x apa yg special pada tarikh 21 Disember? Its my burfday uolls. genap dah umur aku 20 tahun. Alhamdulillah Allah masih panjangkan umur aku. semoga Allah terus panjang usiaku utk bg aku peluang berbakti pd kedua ibu bapaku lepas ni. Insyaallah.

nak cerita, tahun ni burfday special sikit. sbb ia disambut dua kali. dua kali uolls. and dua2 surprise. aku rasa terharu sangat. first, my burfday disambut pd 1 Disember, oleh insan yg sepatutnya bergelar 'ex' tp bg aku, he's not my ex. he is still my love. dia lah Ahmad Taufiq bin Baharuddin. dia yg buat surprise utk burfday aku. mula2 dia ajak aku balik, aku ingat saje2 je nak jumpa. then x sangka sangat2, he close my eyes, and there it is, a cake in front of my eyes with a writing stated "Surprise 20 Wanie". masa tu perasaan aku sies macam nak nangis. tak sangka, org yg dah berpisah ngan aku, yg tingalkan aku satu masa dulu, sanggup susah payah sambut burfday aku.

and yg paling aku tak sangka, he gives me the most precious present in my life. dia ckp " I x tau nak bg apa, ni je I dpt bg." It was a small box. And when I opened it, it is a ring. masa ni air mata dah bergenang dah actually. tp tahan je. then he said "tgk la apa ada dekat cincin tu, tgk betul2". then aku tgk bhgian dlm cincin tu, ada huruf F&W. means Fiq & Wanie. sumpah, ni first time aku rasa sgt hargai pemberian dia yg bg aku, sangat ikhlas. sbb dia tempah sendiri, dia cari sendiri cincin tu. bukan aku mintak. bukan aku yg nak. :')

and this is the most special burfday in my life ever.


the most unforgettable moment.  :')
picture taken by our friend, shima.

me and abg.

and the most precious thing he gave me..

 the ring. 

and then, 21 Disember lepas, masa aku nak balik utk study week, tgk2 my mum pulak sambut my burfday. belikan kek for me. that was so sweet. sambut dgn adik2 semua. sayang mak sangat2!! burfday adik2 lain mak x sambut pun, tp burfday akak mak x pernah lupa nak sambut tiap2 tahun. :)

this is my mum's cake for me.

this is me and my mum. love u mum!

 me with my only sister, Irah.

my love.

 
kesimpulannya, my 20th burfday is so unforgettable. :)
thanks semua yg wish.
 
 


 


Thursday, December 20, 2012

lelaki.

Perempuan kaum yg lemah. Lelaki kaum yg kuat. Sebab tu mereka memerlukan kaum lelaki untuk melindungi mereka. Bukan mempermainkan mereka -Ustaz Don.

tapi klu lelaki yg x solat? x jejak masjid kecuali ari jumaat? x hafal doa qunut? hanya tau hidup utk enjoy? hanya main game n fb 24 jam? x jaga hubungan lelaki perempuan? mempermainkan maruah dan perasaan perempuan?  hidup tak pernah fikir tanggungjawab. tu lelaki ke? lelaki sejati ke? boleh buat suami ke? boleh jaga kita dunia akhirat ke? boleh?

Wednesday, December 19, 2012

tahniah adik!

nak share, adik aku dpt straight A PMR. alhamdulillah. x sia2 aku ajar dia dlu, x sia2 usaha dia. moga2 SPM nanti pun straight A. happy sangat bila adik sendiri berjaya. adik sendiri, bukan adik angkat, bukan adik anak org lain, bukan adik kenal dlm fb, tp ADIK KANDUNG.

well, benarlah, sesiapa yg berusaha itu pasti akan berjaya. sesiapa yg hidup 24 jam enjoy, bercinta, main fb, main game, akan ketinggalan. kejayaan adik akan aku jadikan batu loncatan utk aku genggam anugerah dekan sem ni. Insyaallah!

benci!

tau tak apa aku rasa skrg? sumpah aku rasa nak kill someone. sumpah aku rasa nak lepaskan semua beban kat dada aku ni. sumpah aku rasa nak lenyap dari muka bumi ni. sumpah hati aku sakit sangat.

penat. sakit. kecewa. lemah. lelah. semua bermain dalam minda aku ni. i wish i could disappear...

someone please take me away. please. for God sake, please.  i can't take it anymore.  :(

Ya Allah. Rabbighfirli, warhamni, wajburni, warfa'ni, warzu'ni, wahdini, wa'afini, wa'fuanni. 

Tuesday, December 18, 2012

satu kesilapan.

to my dearest _ _ _ _ _ _ ,

forgive me for all my mistakes to you.
all i'm trying to do, is to make you happy, but if you don't, please, forgive me.
I spent almost three years with you, we have gone through a lot of things together. we share everything together. we laugh, we joke, we were happy back then. but for just a little mistakes I'd done, you left.

and that what hurt me the most. with all your mistakes all this while, not even once I'm trying to leave you. not even once my dear. kadang-kadang aku rasa hidup ni sangat tak adil. penat kot bertahan bertahun2. tapi hasilnya? i got nothing after i give everything. everything. haha. it's funny isn't it? orang yang kita sangka, boleh jaga kita sampai akhir hayat kita, boleh tinggalkan kita tanpa sikit pun rasa bersalah. pergi macam tu je. tak toleh langsung kat kita. langsung. walau puas kita meratap, merayu, menagih kasih yang tak kesampaian, dia pergi, tak sikit pun ada rasa simpati, pada orang yang pernah dia cinta separuh mati.

kelakar kan? kelakar sangat bila kau hidup tak ubah macam orang mati lepas dia pergi, jasad je berlegar sana sini, tapi hati kau, jiwa kau, mati. sebulan kau nangis sorang2 tiap2 malam, mimpi benda yang sama tiap2 malam, tiap pagi bangun tidur dgn kenyataan yg amat perit, dia dah tiada di sisi kau. takde lagi msg sebelum tidur dan bila kau bangun tidur, takde lagi telefon tgh2 malam sembang kosong, takde lagi marah dia sebab lambat balas msg, takde lg ajak skype and YM tgh2 malam, takde lagi jeles dia komen gambar org lain, takde lagi wish "happy anniversary" tiap2 bulan, takde lagi mintak novel bila nak, takde lg org yang nak dengar kau dpt berapa utk test, utk kuiz, utk dgr semua cerita2 kau. kelakar kan bila orang yang dah sebati dgn hidup kau, sanggup tinggalkan kau atas alasan yang langsung tak munasabah.

nampak macam senang kan? takde sape tau apa aku rasa. sorang2 aku simpan benda ni semua. sorang2 aku lalui sem baru tanpa orang yang paling aku percaya, orang yang paling aku harapkan utk bantu aku jadi kuat. dia kekuatan aku satu masa dulu. dia temankan aku bila aku memerlukan. dia ada bila aku dalam keadaan paling sulit. tapi dia jugak yang pergi, di saat aku masih menyintai. untuk itu, takda kata2 yang mampu aku ungkapkan, betapa kejamnya seorang manusia yang aku percaya punya sikap tanggungjawab yg cukup tinggi. hancur segala kepercayaan aku. menangis air mata darah sekalipun, masa tu, cukup aku katakan, aku sangat kecewa.

tapi macam mana aku nak membenci orang yang pernah sangat aku cintai? macam mana aku nak benci dia, bila setiap masa dia ada di hati aku? yang paling aku benci tu adalah diri aku sendiri, sebab aku tak mampu nak benci orang yang paling aku nak benci. sakit tau tak?

untuk berdiri balik lepas semua ni jadi, I have cried, at least, 1 litre of tears.

tapi utk memaafkan setelah dilukai berkali2, aku rasa, aku belum mampu. aku belum mampu nak bukak ruang kemaafan dalam hati ini. di sebalik senyuman yang aku ukirkan tiap kali aku pandang kau, di sebalik gelak tawa, di sebalik setiap gurauan, ada rasa terluka dan terkilan yang amat sangat. melihat kau, satu je yang aku mampu buat, aku cuba tersenyum, sebab aku cuma nak satu je, aku nak kau rasa bahagia, walau aku terpaksa buat benda paling bodoh dalam dunia.

sekali aku dah berjanji, takkan mudah aku mungkir. kita bermula sbg kawan satu masa dahulu, tapi kau pilih sebuah perhubungan ketika kita mula belajar erti hidup, ketika kita mula belajar menjadi dewasa. layakkah hubungan ini kita panggil satu kesilapan? sekali kau tukar persahabatan kepada cinta, ia takkan mudah kembali menjadi persahabatan. kau korbankan cinta yang kau sendiri bina satu masa dulu hanya kerana satu kesilapan aku.

satu pengajaran yang aku dapat, hanya keluarga yang takkan tinggalkan kita walau bagaimana teruk pun kita buat silap. orang lain, akan lupakan seribu kebaikan kita, hanya kerana satu kesilapan kita.

terima kasih, sebab melukakan. luka ni, sampai bila-bila takkan berhenti berdarah selagi jasad dikandung badan. aku takkan percayakan sesiapa lagi lepas ni, aku takkan menyintai sesiapa lagi. sekali hati dilukai, sampai mati, takkan ada pengganti.

kalau boleh, itupun kalau boleh, aku nak sangat benci kau. aku nak sangat hidup seminit tanpa ingatkan kau. sebab aku tau, aku menyintai orang yang salah. yang aku simpan dalam hati itu kaca, bukan permata. orang bodoh je yang takkan sedar hakikat tu. orang bodoh je yang masih bertahan setelah berkali2 dilukai, dan akulah si bodoh tu.





hanya yang memahami akan mengerti.

Saturday, December 8, 2012

ada yang tersirat.

from the korean drama, Rooftop Prince.






 sometimes you really want the memories to go away
so that the most painful things about you and that person will fade away
but you often forget..
if you don't have the memories
you can't be together in your heart either
you will forget about that person
and nothing could remind you to him
as long as you have your memories
you and that person, can be together in the heart always.

# dear blog, sorry for all the writing.
Insyaallah, all of this will end soon..


Wednesday, December 5, 2012

mungkin buat kali yang terakhir.

i was once said to myself, "the day I stop writing about you in my blog, is the day I stop loving you". I wonder whether that day will comes or not. somehow, deep inside my heart, I feel so hurt. tonight, at 3 a.m, I'm doing my assignment. dunnow why, I keep thinking about him, all the time. susah nak padamkan memori yang dah terpahat dalam minda. susah, sangat susah bila segalanya dah sebati dalam jiwa.

ingat senang nak lupa bila orang tu yang tegur kau sidai kain tak betul? yang tegur bila kau tak potong kuku? yang suruh kau teman dia makan sampai habis? yang suka perli kau bila kau buat salah? yang tegur kau buat itu salah buat ini salah? ingat senang nak lupa orang yang bersama kau selama hampir 3 tahun? yang dah kenal kau hampir 100%? yang dah ajar kau macam2? memanglah, cakap senang, suruh let go bagai. yang rasanya tahu ke?? even dia yang lepaskan pun kata, bagai separuh nyawa dia dah pergi, aku yang dilepaskan ni, rasanya bagaimana?

aku memang cari nahas bila setuju jumpa dia balik lepas segalanya dah terlerai. memang aku cari nahas. betapa payah aku cuba melupakan dan let go suatu masa dahulu, senang2 cinta tu datang balik. tapi bila fikir2 balik, tu cinta ke atau aku ni sebenarnya payah nak lepaskan kenangan? entahlah, aku sampai demam2 lepas dia pergi sabtu lepas. sampai sekarang terasa kesan dia. rindu tak payah cakaplah. baru sejam dia pergi, hati dah teringat-ingat. risau kemain bila fikir dia nak travel jauh ke Kedah nun, berharap sangat agar dia selamat. tak boleh tidur bila ingat dia masih belum sampai. risau sangat, takut apa-apa jadi, nak bagi mesej tanya dah selamat sampai ke belum, takut menganggu, takut dia marah. last2, cuba buat-buat normal, tp sebab risau sangat, akhirnya aku send gak msg tanya. but the truth is, he never even care. entahlah, everything, remind me to him. padahal, dia bukanlah apa-apa. jauh sekali sempurna. banyak cacat cela semakin lama aku kenal dia. 

bila hati aku sakit, bila aku tiba-tiba teringat dia, bila segala-galanya bermain di mata, aku pejam mata, aku hold the ring that he gave me, aku pujuk diri sendiri, "sabarlah wani, Allah menguji." hati aku sakit sangat bila ingat, aku ni tak ubah macam mainan. dah taknak, buang. apa rendah sangat kau pijak2 maruah seorang perempuan? apa tak cukup ke kebahagiaan yang kita rasa selama ni? apa lagi yang mahu kau cari? kesempurnaan? maaf, aku tak mampu jadi sempurna. tapi yang aku tahu dan sangat pasti, aku tak pernah harap kau jadi seorang yang sempurna. 

bayangkan, selama beberapa tahun kita bersama, aku tak pernah kisah kau nak pakai apa time kita keluar. even kau keluar date pakai tracksuit je pun aku tak pernah kisah. even rambut kau tak pernah sesuai dgn taste aku pun, aku tak kisah langsung. even penampilan kau jauh beza dgn lelaki idaman aku pun, aku tak pernah peduli. bagi aku, aku terima kau sebab diri kau, bukan sebab lain. 

rasanya, aku ni tak pernah dihargai kot. mungkin, aku ni cuma satu persinggahan dalam hidup dia. mungkin, mencintai aku merupakan kesilapan terbesar dia. dan mungkin juga, semua yang kami lalui selama ni, tak pernah bermakna buat dia. kadang-kadang rasa nak gelak kat diri sendiri, bodoh sangat rasanya, jelas sangat terbentang di mata, betapa dia bukan yang terbaik, tapi still jugak mengharap, menunggu, memegang pada janji yang entah tertunai atau tidak.

entahlah, even aku takde facebook kau, even aku tak friend dgn kau, even kau jauh sangat dari aku, even aku tak dapat nak komen setiap status kau, tapi aku sentiasa perhati kau dari jauh. aku tahu setiap apa yang kau lakukan. sakit demam kau, aku tahu. dan aku juga nak kau tahu, when kau rasa alone, when kau rasa takde orang sayang kau, when kau rasa hidup kau takde tujuan, ingat satu je, ada seseorang yang sentiasa mendoakan kejayaan dan kebahagiaan kau, yang sentiasa bersama kau, yang sentiasa ada bila kau perlukan. you can turn to me anytime, I will always be there. melainkan dengan kehendak Allah, aku terpaksa pergi. 

Tuesday, December 4, 2012

new hairstyle

ingat nak ubah angin, nak ubah imej, nak ubah semua. rasa macam terpikat and tergoda pulak tgk fesyen rambut diorang ni. comel sangat. klu muka cute, plus rambut camni, mmg bertambah2 berkali2 ganda kiut la kan.

tak tahu nak pilih antara dua fesyen ni. dua2 comel.

any suggestions?

Monday, December 3, 2012

bodoh.

HAHAHAHAHAHAHAHAHHAHAHA.
nama je budak undang-undang, tau la konon pasal undang-undang kan.
SPM kemain mantap kan, budak matrik pulak tuh.
pointer mana pernah kurang drpd 3 ke atas kan.
 
TAPI..
 
aku still rasa diri aku sangat sangat sangat bodoh. 
BODOH dalam kehidupan.
especially, BODOH dlm menilai orang.
 
hati dgn minda selalu sangat tak seiring. 
minda tu dah cukup sempurna Allah bagi, tip top lagi.
tapi hati ni.. degil !! degil sangat!!
 
kenapa eh hati? kau tak kesian ke kat tuan kau ni?
penat dah menangis tau tak.
penat sangat.
berharap pada sesuatu yang tak pasti.

menyayangi insan yang salah.
mencintai pada yang tak berhak.
rasa diri terlalu hina.
teramat hina...
 
satu masa dahulu, aku lah insan paling bodoh.
merayu pada yang tak sudi,
menangis. meratap, kerna seseorang yang tak pernah menghargai.
pernah aku janji dengan diri aku sendiri, jangan sesekali mengalirkan air mata sebab dia lagi.
 
tapi, bila dia di sisi, air mata laju sangat mengalir.
kenapa wahai hati?????
 
arghhhh bodohnya aku!
SAYANGI orang yg MENYAYANGI kita!!!!!!
bukan yang dah BUANG kita!!!
 
I am so stupid.
I give everything.
at the end, I get nothing.
nothing.
:'(
 
Ya Allah, tunjukkan aku apa yang terbaik buatku.
 
 
 
 
 

Saturday, December 1, 2012

selamat jalan, awak !

awak, saya bahagia. kenangan terindah itu, akan saya simpan sampai akhir hayat saya. mungkin ini pertemuan terakhir untuk tahun ini, mungkin juga pertemuan terakhir utk beberapa tahun lg. tapi saya yakin dan pasti, awak tetap akan pegang pada janji.

melihat awak pergi, saat-saat terakhir bersama awak, adalah waktu paling sukar bagi saya. menangis dalam pelukan awak, dengan adanya awak di sisi, membuat keadaan jadi lebih sulit. Allah menguji kita sampai macam ni. sukar sangat untuk saya capai bahagia. tapi awak, masih kekal di sisi. walaupun satu masa dahulu awak yang pergi. untuk itu, terima kasih awak.


pergilah menuntut ilmu, capai diploma anda. gapai cita-cita anda, dan setelah anda berjaya, setelah anda punya segalanya, saya di sini, setia menanti hadirnya awak untuk mengisi ruang hidup, sekali lagi. walaupun pada mulanya, setelah awak pergi, amat sukar utk saya maafkan awak, tp awak dah buktikan, betapa setelah dua jiwa itu dah sebati, mmg sukar utk dileraikan.  

lalu saya maafkan awak, dan menanti cinta kita untuk bersemi, sekali lagi.
semoga, sekali lagi, cinta itu milik kita.
diari dan sebentuk cincin, menjadi saksi dua insan yang terpisah.

Allah itu Maha Mengetahui segalanya. 
segala sakit dan perit, segala tangisan, segala harapan, semoga semuanya terbalas.
penantian itu, walau sesuatu yg amat sukar utk dilakukan, tp saya yakin dgn hati saya, dgn hati awak. kita sama-sama dah tutup hati kita demi cinta. kita sama-sama dah sepakat, ini cinta terakhir sepanjang hidup kita. dan saya percaya, awak akan jaga ia sampai bila-bila.

i love this picture. it means a lot. :)





Wednesday, November 28, 2012

pergi.

Ya Allah, aku mohon, terlalu memohon,
jauhkan dia daripadaku..
buangkanlah rasa ini..
jangan didekatkan apa yg jauh..
jangan kembalikan apa yg dah berlalu..
dia bukan yg terbaik buatku..
biarkan dia pergi Ya Allah..
jangan dekatkan kami lagi.

#lukakan hati ini sekali lagi, agar bisa aku membenci kamu. tolonglah.. aku taknak hidup dgn rasa ini. dah cukup. ini yg terakhir. aku yg akan akhirkan segalanya.

Sunday, November 25, 2012

I just need a place to talk.

welcome to my blog, the best place for me to express all my feelings.
don't blame me for writing what I felt, coz I need some space to myself.
as a teenager, surely, we got a lot of problems.
and how lucky if a girl has a sister, or brother that she could talk to.
but not me. I had no sister, and no brother.
I can't talk to my parents, coz I know I will sound stupid.
and i feel like nobody will ever understand and listen if I talk.
they will just consider all my problems were such a waste, a teenagers things that someday will disappear and look ridiculous. 
 
but not for me.
I had my own problems.
my own life stories.
i had a colourful teens time. 
sometimes white, and some other time, black.

I smile, I cry, and all of that, I wrote in this.
These, all these things in this blog, were my memories.
With the person, I loved the most.
My parents, my family, and him.

Falling in love, was not a crime.
Don't blame me for being in love.
And don't blame me for expressing my feeling.
This is my place, my space, and my memories.
Don't ask me, to put it away.
And never ask me to stop writing, coz this is all I ever had.
I had no brother, no sister to talk to.
So let me throw all of it here.

At least, it will lighten my burden.
At least, I smiled when I read all my sweet memories in here.
At least, I know.. somebody will read what I felt.


 

Saturday, November 24, 2012

budak law berlagak?

the stereotype answer i would get if anyone asked me which faculty i am studying is "wah, budak law, budak pandai r ni". the most common words they shared were the "wahhhh". I wonder what's so special about LAW student.

last week, when I was in my co-curriculum class which is Human Mind Management, a student asked me the same question, and as usual, I answered I am from the law faculty. And she was saying that "WAHHH, budak pandai." and then she asked me my SPM result. I answered her, "7A". and she was like "pehh, 7A?? weh spm dia 7A kottt. kitorg ni 2A pun xlepas", she was saying that while telling her other friend. I was like, what the??

the same day, while I was reading the news feed in my facebook, I came across my friend status, which obviously referring to law student. She said the law student in her co-curricular class was too snobby, berlagak and whatsoever. I comment on her status "wehhh aku terasaaa. T_T". and then she called me, telling her story, tells me what happened in her class back then. I was shocked, did law student really did what she said? 

so i wanna jump into my conclusion, please don't regard all law students were the same. because not all of us were like that.

anyway, final exam is just around the corner. memang lah kan aku ni dah 'bersedia'. haih, banyak giler lagi nak kena baca. rasa macam nak pecah kepala bila fikir banyak gilerrrrrr kes nak kena hafal. tu belum masuk statute lagi. memang kena work all out lah lepas ni. no play-play, no movies, and obviously, no sleeping. T_T

but I promised to myself, I'm gonna work hard for this semester final exam. I would never allow myself to fail. Insyaallah. 
Guys, please pray for me. ^_^v

macam mimpi kan semua ni?


pagi ni aku bangun dari tidur, aku teringat kembali pertemuan semalam.
lalu aku senyum, satu perasaan hadir.
aku sangat gembira.
tapi lama-lama, senyuman aku makin pudar.
aku risau, risau andai satu hari nanti, aku dan dia tak ditakdirkan bersama.
risau andai satu hari nanti, dia akan menyintai yg lain.
semalam sebelum tidur, I send him a message, 
yg buat air mata aku mengalir tika menghantarnya.
 
"jaga diri baik2 k, don't stop loving me,
don't forget all things about us,
don't love other girl, i will be hurt,
maafkan salah silap wani selama kita kenal,
ingat, wani sayang sangat pada kamu dunia akhirat. :')"
 
 
 
dan teringat satu kata-kata dia semalam, "macam mimpi kan semua ni?"
Ya, macam mimpi, kita dah tiada apa-apa ikatan.
Macam mimpi juga, segala-galanya terlerai antara kita.
Tapi macam mimpi juga, kita tiba-tiba bertemu kembali.
Bergelak ketawa bersama, walaupun satu masa dulu, kita berpisah dgn cara yang paling kejam sekali. Dengan linangan air mata tanpa henti.
 
Macam mimpi bila semalam, kita mengulang semua kenangan antara kita.
Macam mimpi bila kita begitu mesra, hingga tak terasa kita pernah berpisah.
Kita masih kita yang dulu, kita yang penuh gelak tawa, bergurau dan ketawa, dan sepanjang pertemuan semalam, hanya senyuman yang mengiringi setiap langkah kita.
Hingga ke saat kita mahu berpisah, saat yang paling mengharukan aku.
 
 
Ya Allah, apakah aku yang bodoh kerna melakukan semua ni? Kenapa mesti kami bertemu semula??
Aku sangat takut, teramat takut, andai semua ni hanya akan kekal sebagai mimpi.
Andai ianya terjadi, ia merupakan mimpi paling ngeri dalam hidupku.
 
Kerna aku teramat sayangkan dia. 
My love is only for a person named Ahmad Taufiq bin Baharuddin.
Walau begitu banyak kurangnya dia.
Siapa kata aku yang tak dapat let go?
Sedaya upaya aku, aku dah cuba lupakan dia.
Tapi bukan aku yang cari dia kembali.
Bukan aku, tapi sebaliknya. 
 
 

Friday, November 23, 2012

thank you, awak.

Tadi tgk cerita Istanbul Aku Datang, with him, terkesan sangat2 dengan satu ayat ni. 
"bila dua jiwa dah sebati, susah nak dileraikan".

Dengan dia yang berada di sisi tika itu, aku hampir mengalirkan air mata ketika mendengar dialog itu. Sumpah, ayat tu menikam hati aku, dan aku tahu, juga menikam hati dia. sebab lepas tu, dia sendiri sebut kembali ayat tu pada aku, bila kami berbicara tentang kenangan lalu. 

Ya Allah, aku jatuh cinta, pada insan yang pernah aku cintai. Kini aku sangat yakin, aku menyintai dia. Walaupun setelah berpisah, pertemuan tadi membuktikan, dua jiwa ni, mmg xdpt nak dipisahkan. Semuanya sama seperti dulu. Terlalu serupa, malah lebih membahagiakan. Sangat membahagiakan. 

Mengimbau kembali setiap kenangan lalu pabila menyusuri jalan yg kami pernah lalui, makanan yg pernah kami beli, malah segala2nya, masih segar di ingatan dia. Malah dia lebih mengingatinya drpd aku. Bergelak ketawa bersama, bersembang, beli barang sama2 di tempat yg sama kami pernah pergi dulu, sumpah, cukup utk aku katakan, kami terikat oleh satu hubungan, yang tiada siapa akan faham melainkan kami sendiri.

Dan demi Allah, tak pernah mana-mana lelaki yang berhubungan dgn aku sebelum ini, aku cintai lebih daripada dia. Kerna dia, melengkapkan hidupku, pertemuan tadi, mengembalikan senyuman aku yang dah lama hilang sejak berakhirnya segalanya. Kini aku boleh tersenyum, kerna ada yang menantiku suatu hari nanti.

Terima kasih atas segala-galanya hari ini. 23 November 2012, another precious memory for me. 

thanks sbb belikan beg comel ni.

thanks jugak utk kek indulgence yg marvellous nih

 and for marathon movie today. ^_^v

# paling berharga, thanks for the ring and the bracelet.  I will never put it out from me, coz u r the one who put it to me. thanks again. I'm happy now. :)


Dear whoever who read my blog, I'm sorry if u are not pleased with it.
It is not for others to see, it is for me, to express my feelings.
Only in my blog I could talk to anyone, and with this blog, 
I cried I smiled, and I hope. 
:')



Wednesday, November 21, 2012

will you marry me?

Dear you, you are not my ex. Coz we never stop loving each other.

But, when I keep a distance between us, why did u always find me back? Don’t you know how hard I’m trying to live without you?

I just hope, one day, after years by years, you will find me back, and said, “will you marry me?”

Because I will never stop waiting…

Monday, November 12, 2012

Saranghae!

Dear diary,

Tau tak macam mana rasa dia bila tengah2 kau fokus dalam kelas lepas tu suddenly kau teringat kat dia?? lepas tu kau bukak facebook, berharap nak tgk profile dia, nak tengok macam mana keadaan dia skrg, sihat ke tak, dekat mana skrg, tapi lepas tu cepat2 kau tersedar yang kau dah janji taknak ganggu hidup dia lagi, taknak sakitkan hati sendiri lagi, terus kau off facebook and konon2 nak sambung study balik, tapi lepas tu kau tetap teringat kat dia. do you even know how much it hurts?

Dear diary,

Tau tak macam mana rasa dia bila tiba-tiba tengah seronok2 tengok drama korea "playful kiss", tiba2 ada scene romantik yang sama pernah kau lalui dgn dia, lalu dgn tiba2 air mata kau mengalir, tanpa kau sedar. Bila tiba2 hati kau sakit sangat2 bila teringat segala kenangan pahit manis kau dan dia, tambah2 yang seumur hidup kau takkan dapat lupa. tau tak macam mana rasa sakit dia?

Dear diary,

Tau tak macam mana rasa dia bila kau dah tekad nak melupakan, kau dah tekad nak cuba hidup sekejap tanpa bayangan dia, tapi dalam masa yang sama, di satu sudut hati kecil kau, ada rindu yang teramat-amat sangat, hingga tengah2 kau study, kau bukak folder lama, tengok segala gambar dan video kenangan kau dan dia, lalu ketawa sendiri, tersenyum, menangis.. tau tak kau dah serupa macam orang yang dah tak betul?

Dear diary,

Tau tak macam mana rasa dia bila kau perhatikan hidup dia dari jauh? macam bayang-bayang, yang dia tak akan pernah perasan kewujudannya. tau tak macam mana rasa dia bila kau tengok gambar dia sekarang, lalu kau senyum melihat dia gembira, walau kau tahu hati kau terasa sakit di satu sudut. kau masih mengambil tahu tentang kehidupan dia walau kau tahu, dia tidak pernah peduli walau sedikit pasal kau lagi. :'(

Dear diary,

Walaupun dia dah jauh di mata, tapi kenapa dia mesti selalu dekat di hati? Kenapa walaupun dia tiada di sisi, hati ni tetap sakit dan merindui? Kenapa walaupun dia dah pergi, diri ni masih dibayangi dia? Dan kenapa, walaupun aku sendiri bertekad, tidak mahu percaya lagi pada janji, tapi kenapa diri ni degil sangat masih tetap pegang pada janji dia ???? Kenapa walau aku tahu aku akan kecewa andai dia tak benar2 tunggu aku utk beberapa tahun lagi, aku masih nak tunggu dia? Kenapa???? 

Kenapa cinta ni sesuatu yang sangat complicated? Walau dia dah buang kau, walau dia dah pergi jauh dari hidup kau, walau dia merendahkan maruah dan emosi kau, walau dia dah campak kau jauh2 dari hidup dia, kenapa kau tetap menunggu, dan masih percaya pada kata-kata dia bahawa dia akan tetap pegang pada janji?

Kenapa Nurul Azawani? What makes him so special in your life? 

Kerana dia yang pertama...... yang pertama mengenali aku sepenuhnya..
Dan untuk itu, aku tetap akan terus menunggu. Seperti janji dia, janji aku. aku pegang kata2 terakhirku sebelum kami berpisah kali kedua, "I will wait for you."   

Semoga Allah memberi aku kekuatan untuk terus sabar menunggu. Moga dia berubah menjadi yang lebih baik, seperti yang dijanjikan. 

Saranghae!!!!!!!!  

Sunday, November 11, 2012

UiTM Mock Trial 2012

to those who dont know what mock trial is, it is a 'perbicaraan olok-olok'.. macam dalam mahkamah, tp bukan yg real. mostly from law students. kali ni, sem ni Uitm buat mock trial versi muzikal. boleh la tahan. good job law society fakulti undang-undang Uitm. here's the official trailer.



sorry, ada lgu dlm blog ni n xley nak stop. so nak lg best tgk kat youtube k.

Saturday, November 10, 2012

sempurnakah solatmu?

Buat pertama kalinya, aku mengucapkan "Alhamdulillah" sebanyak2nya, setelah mendengar ustaz berkata , 
"kalau kamu mengahwini seorang lelaki yang tidak sempurna solatnya, malah tidak langsung endah untuk solat atau tidak, hidup kamu tak akan bahagia dunia akhirat."

dan kata2 ustaz yang paling terkesan dan bagiku, bakal aku pegang sampai akhir hayatku ialah, 
"kunci kepada sebuah rumahtangga dan perkahwinan hanya terletak pada dua benda, pada solatnya, dan pada redha ibubapanya, kalau kamu tak ada dua benda tu, nescaya perkahwinan kamu takkan ada makna dan takkan bahagia."

I was really2 grateful today, aku bersyukur sangat2 kerana terpilih antara insan2 yang wajib menghadiri program Smart Solat at Masjid UiTM Shah Alam pagi ni. Walau pada awalnya aku begitu berat sekali nak pergi sebab semalam sampai rumah jam 1 pagi lepas menonton mock trial muzikal UiTM, tp aku gagahkan diri jugak utk pergi sebab fikir ini program wajib and I might get marks for my koko for this. 
Tapi syukur alhamdulillah, there's a lot of input I got from this program, walaupun kehadiran utk program ini amat mengecewakan. Sepatutnya ada 150 orang daripada 5 kelas akan hadir, tapi yang hadir cuma lebih kurang tak sampai 30 orang. Mungkin kerna hari Sabtu dan sebab hari ni juga ada program Himpunan Felda bersama PM kat uitm ni jugak.
Straight to the point, I wanna share this.  

Antara kesalahan paling besar, yang boleh menyebabkan solat kita tidak sah tanpa kita sedari, ialah 
tidak toma'ninah dalam solat.

Thuma’ninah adalah diam beberapa saat setelah tenangnya anggota-anggota badan. Diam di sini bermakna berhentikan semua anggota badan, tanpa bergerak sedikitpun kecuali mata. Meninggalkan thuma’ninah, berarti tidak meluruskan dan mendiamkan punggung sesaat ketika ruku’ dan sujud, tidak tegak ketika bangkit dari ruku’ serta ketika duduk antara dua sujud, semuanya merupakan kebiasaan buruk yang sering dilakukan oleh sebagian besar kaum muslimin. Bahkan hampir bisa dikatakan, tak ada satu masjid pun kecuali di dalamnya terdapat orang-orang yang tidak thuma’ninah dalam solatnya.

Sebenarnya banyak lagi nak dikongsi, tp tak cukup masa nak tulis dalam ni. Insyaallah nanti aku update sikit2. 

By the way, 

Rasulullah SAW bersabda, "Beza antara seorang lelaki Muslim dan kafir adalah solatnya." ( HR Muslim)
Well, tanpa sedar, ramai antara kita yang dah mengkafirkan diri sendiri.
Wallahualam. Moga sama-sama kita ambil iktibar.

Friday, November 9, 2012

Forgive me.

Dear you,

If you forgive me for loving you so much, 
I'll forgive you for not loving me enough.

If you forgive me for missing you so much, 
I'll forgive you for leaving me behind. 

If you forgive me for the loud crying in my heart,
 I'll forgive you for not hearing it.

If you forgive me for always getting emo,
 I'll forgive you for toying with my emotions.

If you forgive me for finding you so attractive, 
I'll forgive you for not noticing.

If you forgive me for raising you up so high, 
I'll forgive you for bringing me down so low.

If you forgive me for wanting to be with you, 
I'll forgive you for avoiding me.

If you forgive me for being so pathetic, 
I'll forgive you for taking advantage of it.

If you forgive me for not being able to let go, 
I'll forgive you for never ever care anymore.

If you forgive me for having hopes and dreams, 
I'll forgive you for crushing them.

If you forgive me for not ever forgiving you, 
I'll forgive you for not let me forget all about you.

Do we have a deal?

:')


Sunday, November 4, 2012

doa dan harapan.


Ya Allah Ya Tuhanku,
Akan tiba saatnya di mana aku akan teramat rindukan dia..
Di mana aku sangat menginginkan dia, sangat mengharapkan dia,

Akan tiba saatnya di mana aku akan mencemburui dia, saat di mana aku tidak sanggup melihat orang lain berada di sampingnya..

Akan tiba juga saatnya air mata ini akan menitis kerana teramat merindukan kenangan bersamanya.
Dan akan tiba juga saat di mana dia akan mula mencintai orang lain..

Dan bila saat itu tiba, aku terlalu memohon, sungguh-sungguh memohon kepadaMu Ya Allah, kurniakanlah aku kekuatan untuk menghadapi saat-saat itu, utk aku meneruskan hidup tanpa dia di sisi. 

Kurniakan aku kekuatan Ya Allah, utk merelakan dia bahagia walaupun bukan dgn aku. 
Kerna hati ini terlalu rapuh dan lemah, ia masih menyintai di saat orang membenci,
 ia masih merindui di saat orang melupakan, 
dan ia tidak mampu memadam setiap memori di saat orang kian menjauhi .

Aku merayu padaMu, kurniakan aku secebis kesabaran dan ketabahan.
Sebelum mata tertutup, sebelum hati berhenti menyintai. 
Kerna selama-lamanya, hanya dia di hati.

andai saja aku bisa..

Monday, October 29, 2012

that feeling.

Tak pernah aku jangka dan aku duga, aku akan bertemu kembali dgn orang yang pernah menyakiti hatiku suatu masa dahulu. No one will ever understand that feeling. The feeling when you have been threw up, but then, being picked back, and then being threw up again. As you never have any pride. As you never have any heart. Any feeling.

And that was what exactly I felt. The moment you showed up again in my life, after you left me without any words. Is this the best you can do? Is this how you treat a girl who given up her life just for you? After a while, I’ve started to live without you, without thinking of you. I admit, it is hard, it was hard. Too hard for a girl whom love you so much, so much that you are her everything, while to you, she was just a part of your everything. Each time she looks at herself, she saw you, everywhere, everytime. Even when she felt alone, when she felt  fear, and even when she felt happy, because you are her life. And will always be.

After a while, she gained her strength. Trying to forget all those memories. Your face, your gesture, your words, your laugh, your everything. Dan setelah dia semakin mampu melupakan, kau hadir semula, mengembalikan segala yang dia cuba sedaya upaya untuk lupakan. Tidakkah itu sesuatu yang amat kejam utk dilakukan?? Membuang seseorang dari hidupmu, membiarkan dia mencari arah hidup sendiri, membiarkan dia sendirian membina kekuatan diri yang telah kau robek suatu masa dahulu, lalu dengan tiba-tiba, kau muncul kembali, merayu sesuatu yang kau sendiri tinggalkan, dan selepas itu, mencampakkannya kembali tak ubah seperti sampah, yang langsung tiada nilai di matamu. Tidakkah itu sesuatu yang terlalu kejam untuk dilakukan?

Pernahkah kau berfikir sejenak, apa yang dia rasakan tatkala bertemu wajah itu kembali setelah beberapa lama dia cuba lupakan? Pernah tak kau rasa, betapa kelu lidahnya untuk berkata-kata? Betapa sukar matanya untuk menatap satu wajah yang pernah menjadi sebahagian dari hidupnya dahulu? Kau tak pernah rasa. Dan tak pernah cuba memahami apa yang tersirat dalam dirinya. Kau hadir dengan tiba-tiba, bertemu dengannya semula setelah hatinya kau robek. Dan dia hanya diam, memandangmu dengan hati, tidak berani menatap wajah yang sedaya upaya dia cuba lupakan. Dan tatkala dia melewatimu, dia kenal susuk tubuhmu, dia terlalu kenal bau badanmu.. dan terlalu kenal suara yang menemaninya saban hari, suatu waktu dahulu..

Dan bermulah sesi di mana dia dan kau menjadi tak ubah seperti dua orang yang saling tidak mengenali. Walau dia di hadapanmu, kau di hadapannya, namun hanya  hati menjadi pengantara. Sepatah tidak bertegur, sepatah tidak tersapa. Dia hanya mendengar setiap tutur katamu pada rakanmu, hanya melihat gelak tawamu, senyumanmu. Tidak berani menegurmu, tidak berani menyapamu. Kerna realitinya, kau dan dia telah menjadi dua orang yang berbeza, bukan lagi satu. Rasa hatinya, bagai terlalu ingin memelukmu tika itu, terlalu ingin memegang tanganmu seperti dulu, bergelak tawa denganmu seperti selalu, memukul badanmu tatkala kau bergurau, tapi dia sedar, kau bukan miliknya lagi. Malah dia teramat sedar, kita harus berpijak pada bumi yang nyata. Kau dan dia hanya tinggal kenangan.

Hatinya berdegup sangat kencang, hingga dia rasa ingin lari, ingin keluar dari tempat itu tika dan saat itu juga. Lalu dia berlalu, dengan harapan air matanya tak akan menitis di hadapanmu.. sekali lagi. Tapi kau masih belum puas menyiksa jiwa dan raganya. Kau mengekorinya. Kau lihat dia sedang mendengar muzik, entah irama apa, dan dia sedang membelakangimu. Kau pergi ke arah jendela. Memulakan sebuah bicara, kepada seorang insan yang pernah kau sakiti. Tika itu, saat itu, dia cuba untuk tidak mengendahkanmu. Cuba untuk tidak berinteraksi denganmu. Kerna tidak mahu peristiwa lama terulang kembali.

Tapi kau terlalu kejam. Kau mengingatkan kembali sebuah memori yang dia telah lama cuba lupakan. Kau membangkitkan kembali sebuah perasaan yang dia sedaya upaya cuba nafikan. Katamu, dia separuh dari nyawamu. Katamu, kau pegang pada janjinya. Katamu, dua tahun, tak mungkin kau akan dpt lupakannya,. Dan katamu lagi, dia perlu berubah, dia perlu sedar kesalahannya. Dan katamu yang paling terkesan di hatinya, katamu.. dia sebahagian nyawamu, mana mungkin kau dapat lupakan dia, dua tahun kenangan tercipta, tak mungkin terlerai segalanya sekelip mata….

Kau letakkan segala kesalahan di bahunya. Kau ungkit segala peristiwa yang menyakiti hatinya. Setelah kau biarkan dia terkapai-kapai mencari dirinya kembali, setelah dia korbankan segalanya buatmu. Lalu dengan begitu mudahnya, dengan hanya satu perkataan, dengan hanya satu pertemuan semula, kau titiskan kembali air matanya. Setelah dia berjanji untuk tidak lagi menangis keranamu. Setelah dia berhempas pulas cuba untuk bangkit dari kesedihan, bangkit dari putus asa untuk meneruskan hidup.

Tanpa kau sedari, air matanya menitis di balik cermin kacamata. Volume mp3 di tangan dikuatkan. Kata-katamu cuba tidak diendahkan. Dia berperang dengan perasaan sendiri. Kerna setiap bait katamu menghiris hatinya. Dan tika kau pinta untuk memeluknya, kerna kau begitu merinduinya, dia pejamkan mata. Mencari sedaya upaya secebis kekuatan untuk berlalu pergi meninggalkanmu. Tapi dia tiada daya.. dia tewas kerana di hati kecilnya, masih ada cinta buatmu, cinta yang sampai akhir hayat tak mungkin akan terpadam.

Dan seharian waktu bersamamu, tak terasa setiap saat yang berlalu. Merenung wajahmu, mengusap rambutmu. Membuat dia terkenang kembali, setiap memori kau dan dia. Melihat keletahmu, ketawamu, senyumanmu yang teramat dirindui, menghiris setiap sudut hati. Namun dia sedar, dia tahu, dia hanyalah sebuah persinggahan. Perjalanan hidup akan diteruskan. Dan bagai pelangi petang, kau tetap akan pergi, sekali lagi. Dia sedar akan hakikat itu, namun demi kasih, demi sayang yang masih tersemai, dia gagahkan hatinya, untuk terus bersamamu, walau hanya untuk sehari, walau hanya untuk sesaat cuma.

Sebuah diari dan sekeping warkah darimu menjadi saksi, sebuah janji yang abadi. Walau terlerai sudah ikatan zahir, namun antara kau dan dia, wujud satu ikatan batin, yang tiada siapa akan mengerti, dan tiada siapa mengetahui. Walau terpisah tujuh benua, walau terpisah tujuh langit sekalipun, terpisah jasad dan hati, kau dan dia berkongsi satu rasa, yang hanya Tuhan yang tahu.

Terima kasih kerna melukakan. Terima kasih juga kerna pernah membahagiakan. Sesuatu yang kita harus mengerti, walau sejauh mana kita mencuba, perancangan Allah itu lebih indah dan terbaik. Seperti aku, yang begitu sedaya upaya cuba melupakanmu, yang siang dan malamku berdoa. “Ya Allah, jangan didekatkan jarak yang jauh, jangan Kau temukan kami sekali lagi.”, dan ternyata doaku tidak dimakbulkan. Allah temukan kita sekali lagi. Mungkin, ada hikmahnya untuk kita selami.

Semoga perpisahan kali kedua ini, membawa erti yang lebih mendalam buat kita. Seperti yang aku janjikan, tak mungkin akan ada teman pengganti. Hanya lagu kini menjadi peneman siang malamku, ketika aku begitu merindukan kamu, kata-katamu menjadi penawar terindah. Dan kenangan bersamamu menjadi peneman setia, yang akan sentiasa terpahat dalam diri. Selama-lamanya.
Live well. Semoga kau bahagia dunia akhirat.

“For a person who has been left, 365 days afterwards are spent in the process of breaking up. But the thing that really hurts is the other person doesn’t seem to be thinking of you. It feels like it is just you that can’t let go. That person seems to have forgotten all about you and is just happy.”


Sunday, October 28, 2012

Being Left.

Not being able to sleep and to eat are just the basics. 
Falling asleep and wakes up with nothing are hell too. 
Because you can’t figure out how you and the person you love are to become strangers. 

You can’t even talk about this to other people, as they might speak bad about him. 
So, you cry alone.
 It is ended instead, you and him has been broke up, but only the memories of love come to your mind every single minutes. 
But the more you do that, the longer it takes to erase those memories. 



So, to a person who has been left, 365 days afterwards are spent in the process of breaking up. 
But the thing that really hurts is the other person doesn’t seem to be thinking of you. 
It feels like it is just you that can’t let go. 
That person seems to have forgotten all about you and is just happy.
 All you want to do is die,  but you can’t die either. 
Because if u die, you might never see that person again.
 It is hurt like hell, when the person you loves so much, turns out to be your greatest enemy.  



# this is, the feeling when you've been left. taken from a Korean drama, Secret Garden.