Kau kekasih hingga ke akhirnya...

Monday, January 30, 2012

eh,kau kawan aku dulu kan?

assalamualaikum. today nak story pasal SAHABAT. i should be thankful to FACEBOOK sebab temukan balik aku dgn kawan2 lama. dulu masa darjah 4 aku ada seorang kawan karib, mmg pergi ke mana je berdua la. sampai abg2 kantin and cikgu2 kata kami ni kembar. maklum lah due2 kecik comel. dua2 pengawas lak tu,baju kuning sama. aku mmg rapat ngan dia ni dulu. rehat sesame,belajar sesame. aku ingat lagi dulu dia pakai spec punye tebal,die mmg rabun,salu tak nampak apa yang cikgu tulis kat papan hitam. sbb tu kitorg dok barisan depan sekali.

lepas tu masa darjah 5 aku pindah. aku ada gak try cari number die sampai aku cari nama ayah dia dalam buku telefon TELEKOM yang tebal tuh. tapi tak jumpa2. mmg hampa la. dah la rindu sangat2 kat dia. maklum lah dulu rapat. after that,bertahun2 mmg aku lost contact ngan dia.

sampai la tahun lepas masa aku kat matrik,aku jumpa FB dia. aku tengok gambar dia. wahh,dah berubah dia skrg,comel and ayu gitu. aku ada try chat dia. tanya dia ingat aku lagi tak. tapi dia ckp sorry la xberapa ingat. waaa sedih rasa hati aku. punya lah aku rindu kat dia dulu. tapi dia dah tak ingat kat aku. huhu. then aku biar je la. takde la aku chat2 dia lagi ke apa. yelah dah bertahun2 berlalu mungkin dia dah lupe kot. lagi pun aku bestfriend dgn dia kejap je,masa darjah 4 ngan darjah 5 je.

sampai la hari ni. tetibe je dia chat aku tanya ingat dia lagi ke x? waaa finally bestfriend lama aku ingat kat aku balik. serious rindu kot. alhamdulillah dia pun berjaya jugak skrg. masuk matrik gak dlu,skrg belajar kat UiTM Puncak Alam. baru la aku tau rupa2nya die dok dekat je ngan  aku selama ni. dia dok kat Behrang 2020 je,sebelah TF pulak tuh. padahal tiap2 tahun mmg aku selalu pergi TF tuh. cuma tak tahu je yg dia ni dok situ,lau tak dah lama aku jumpa dia. T_T

okey tu cerita pasal kawan lama aku. and tahun ni jugak,i made new friends. dia ni aku tak pernah jumpa pun. dia ni kawan kepada cik abg aku. same2 belajar dgn topek kat SEMAIAN dulu. hurm dia ni dulu aku dah pernah friend kat FB,tapi ada masalah sikit dia,so dia block aku. waaa time tu sedih ase,ade org block aku kot. tapi takpe la aku pun tak amek peduli sangat la sebab aku pun agak bengang gak la dgn dia dulu. tapi aku ni cepat maafkan orang. kejap je aku marah dia,then aku maafkan je. biar la dia dgn dunia dia kan. malas nak amek peduli pun.

tapi rupa2nya aku tak tahu yang dia selalu baca blog aku ni. sampai satu hari dia follow blog aku. aku rasa mcm terkejut la jugak. aiikk,dak ni follow blog aku?? aku ingat dia benci gila ngan aku,tp benci2 ngan aku pun selalu ikut perkembangan aku. aku kata takpe la,dia nak baca biarlah,aku takde pun kutuk2 dia ke apa dlm blog ni. and aku hargai kot dia baca blog aku,itu tandanya dia prihatin gak kat aku and topek.

then one day masa birthday aku rasanya,dia wish birthday aku melalui facebook. kira die dah unblock aku ler tu. aku terharu gak la actually. siess aku mmg terharu walaupun dia ucap biasa2 je tapi as someone yang dlu pernah bertegang urat dan bermasam muka,kira mcm dah boleh let go semua masalah2 dulu. aku dah lama maafkan dia pe semua, dah lama rasa nak berkawan dgn dia. tapi aku biar je la,sbb tengok gaya dia macam benci je kat aku. sedih ase. T_T

pastu dia add aku kat FB. aku dgn besar hati lah approve. bak kata orang,buang yang keruh,ambil yang jernih kan. hal dulu2 dah lama aku lupakan. skrg aku x dendam or ape2 ngan dia. bagi aku dah jd friend kat FB cukup la. tapi aku tengok,dia ni prihatin. dia salu chat aku tanya ada masalah ke dgn topek. atau dia chat tanya aku ok ke tak. dia rajin ambil berat sal aku. kalau aku lain macam sikit,dia chat la tanya. bayangkan,dlu kami ni pernah bertegang urat,then dia jugak pernah block aku,.now sampai boleh jadi mcm kawan. and semalam aku ckp kat dia,thanks sebab amik berat and bg nasihat2 mcm2 kat aku. then dia ckp takpe,dia dah anggap aku mcm adik beradik sendiri.

aku rasa terharu gak la dgn dia. tak sangka dia begitu ambil berat and boleh anggap aku mcm adik beradik sendiri walaupun tak pernah jumpa aku face to face. so i learn something new,walaupun kita tak pernah jumpa seseorang tu,tapi tak mustahil kita boleh bersahabat dgn dia and jadi sahabat yang mengambil berat pe semua. and tak mustahil walaupun pernah bermusuhan,kita boleh bina ukhwah persaudaraan kembali. dan walaupun kadang2 kita banyak kawan depan mata,tapi tak semua yang ambil berat pasal kita kan. segelintir saja yang benar2 prihatin. buat orang tu,thanks a lot. semoga satu hari kita dapat jumpa and bersahabat sampai akhir hayat. ^_^

and ade seorang lagi. salsabila shafie. dia ni pun dulu bukan kawan aku pun. kawan ex aku. aku pernah bengang ngan ex aku sebab pergi raya umah Sal ni dulu before raya rumah aku. dah la ajak Sal ni sekali datang rumah aku. mmg aku panas gak la dgn dia ni dulu. padahal dia tak salah apa pun, dia cuma kawan ex aku je. then tiba2 kitorang ley jadi kawan lepas dia mintak tolong aku ajar Math before SPM. dia datang rumah aku petang2 study dgn aku. tetibe je padahal sebelum ni tak kenal pun. then kitorang boleh jadi rapat. jadi bestfriend. kitorang selalu mesej,dia la yang selalu bg kata2 perangsang kat aku time aku putus ngan ex aku masa nak SPM dlu.

sampai skrg dia masih lagi dtg jumpa aku walaupun dah tak selalu. aku baru jumpa dia dua hari lepas. 27 Januari hari tu birthday dia. aku belikan dia hadiah. harap lepas ni kitorang tetap bersahabat baik sampai bila2.

KAWAN ni ada mcm2 jenis. yang kita tak pernah jumpa,yang pernah jadi kawan baik kita dulu,yang hanya kawan dlm FB,yang pernah jadi musuh kita,yang pernah tikam kita dari belakang,yang sentiasa ambil berat pasal kita,MACAM2 la. tapi kawan ni la yang mewarnai hidup kita sebenarnya. bayangkan la hidup tanpa KAWAN dan SAHABAT,pasti suram dan sunyi.

Sunday, January 29, 2012

hargailah siapa yang kita ada..

cuba baca nie..luahan hati seorang lelaki..


Assalamualaikum….
Kehadapan ustaz yg saya hormati…saya tidak tahu..di mana ingin saya mulakan bicara ini… tetapi saya mesti menceritakn kisah ini pada ustaz supaya hati saya tenang dan mungkin dapat meredakan rasa berdosa saya selama ini…ustaz mungkin tidak kenal saya namun saya mengenali ustaz..tak mengapalah kalau ustaz tak kenal saya pun….

Ustaz saya merupakan seorang lelaki yang mempunyai memori kehidupan lampau yg cukup menyedihkan.harap ustaz tidak bosan mendengarnya..Saya merupakan seorang suami kepada seorang isteri yg amat baik dan setia.namun ustaz..,saya tidak pernah menghargai kasih dan sayangnya yang dicurahkan kepada saya kerana pada waktu itu mata hati saya terlalu buta untuk membezakan yang mana kaca dan permata.


Ustaz saya telah berkahwin dengan seorang wanita yang pada asalnya tidak saya cintai.dia seorang yang sederhana pada segi paras rupanya.,seorang yang tidak pandai bergaya.,tetapi kuat pegangan agamanya..,bertudung labuh,bersopan santun..,baik budi bahasanya.,Untuk pengetahuan ustaz perkahwinan kami ini segala-galanya diaturkan oleh keluarga dalam keadaan saya masih belum bersedia.

Ustaz terus terang saya katakan yang saya sudahpun mempunyai teman wanita yg jauh lebih cantik daripada isteri saya dan kami amat menyintai antara satu sama lain..cumanya saya akui teman wanita saya ini agak sosial sedikit dan tidak menutup aurat.Ustaz, selepas berkahwin dengan isteri saya itu jiwa saya menjadi kacau dan keliru.saya amat marah kepada isteri saya.kerana pada anggapan saya kerana dialah saya tidak dapat bersama kekasih saya yg amat saya cintai itu.

Ustaz sepanjang kehidupan kami.,saya selalu sahaja mencari jalan untuk menyakitkan hatinya.dengan harapan kami akan bercerai setelah dia tak tahan dengan kerenah saya.,namun rupanya ustaz…isteri saya ini adalah wanita yang penyabar.pernah saya tidak balik ke rumah..dengan tujuan isteri saya akan membenci saya.tetapi selama mana lambat sekalipun saya balik.,dia akan tunggu saya dan bila saya masuk ke dalam rumah.dia menyambutnya dengan mesra dan bertanya:“Abang dah makan…?Nak saya panaskan lauk dan hidangkan makanan?”

Ustaz…pernah suatu hari saya menampar mukanya.apabila dia bertanya pada saya…”Abang dah solat?...abang tak pernah solat ke?Paannggg..!!satu tamparan kuat saya berikan di pipinya.perasaan geram.,marah., dan rasa terhina bercampur ego yg menggila…Bengkak pipinya.,dia menangis terisak-isak.saya ingatkan mungkin dia akan membenci saya..tetapi rupa-rupanya…..dia bersabar dan melayan saya sebagai suaminya.

Ustaz pernah suatu hari.,dia ingin bermanja dengan saya,membawa sepinggan nasi goreng yang digoreng untuk saya.pada masa itu saya sedang berbual mesra dengan kekasih saya di dalam handphone..ketika dia ingin menyuapkan nasi kemulut saya,saya tolak pinggan sehingga jatuh berkecai bersama nasi goreng yang digoreng khas untuk saya.,dengan linangan air mata dia mengutip setiap butiran nasi goreng yang berhamburan ke lantai…

Ustaz saya bertambah lupa daratan…saya habiskan masa berhibur dan berlibur dengan kawan-kawan di luar dengan harapan isteri saya akan lebih sakit hati dan meninggalkan saya rupanya dia tetap tabah dan bersabar..pernah juga saya menendang badannya kerana dia menasihati saya supaya tidak mencari hiburan dengan jalan yang dimurkai Allah.

Ustaz….pernah suatu ketika apabila keluarganya datang bertanyakan khabar dia kata dia amat bahagia bersama saya…tapi sebenarnya hanya saya yang tahu dia berbohong.

Ustaz suatu hari saya telah diberikan balasan oleh Allah.dan saya kira itu adalah balasan apabila saya terlibat dengan kemalangan…tulang paha saya patah dan dan sememangnya saya tidak berdaya utk bangun.hampir lima bulan saya terbaring tidak berdaya..,ketika itulah isteri saya menjaga saya dengan setia sekali.berak kencing saya dia tadahkan dia basuhkan tanpa ada rungutan atau perasaan genyi mahupun geli.dialah yang memandikan saya…menggosok badan saya dan memakaikan pakaian utk saya..bila saya mengerang sakit kerana kaki yang bengkak di tengah malam berdenyut-denyut sakitnya dialah yang bangun dalam keadaan mengantuk dan terhoyong hayang kerana tidak cukup tidur..dia datang kepada saya dan menyapukan ubat krim dan memberi saya ubat penahan sakit sehingga saya rasa lega dan tertidur..tetapi isteri saya tidak tidur hingga ke pagi..,risau saya mengerang kesakitan lagi.

Ustaz isteri sayalah yang menyuapkan saya makan.,dia sendiri tidak akan makan melainkan setelah saya kenyang.dia akan membuatkan makanan dan minuman mengikut kehendak dan selera saya.Bila saya kenangkan kembali.,sewaktu saya terlantar sakit tiada siapa pun dari teman-teman yang setia berjoli dengan saya dahulu datang menghulurkan bantuan apatah lagi melawat.kekasih saya..lagi lah..apabila dapat tahu saya kemalangan dan tidak boleh bangun dia tidak mahu lagi menghubungi saya malah meminta hubungan kami diputuskan..kononnya saya suami orang..huh..sekarang baru dia kata saya suami orang.dulu.,dialah yang menghasut dan memberikan harapan pada saya untuk membenci isteri saya..ketika itu barulah saya sedar betapa besarnya kesilapan dan dosa yang telah saya lakukan.Ustaz…..saya…kasar..kejam dan zalim kepada isteri yg menyayangi saya.besarnya dosa saya.,amat menyesal rasanya.

Ustaz….ketika saya boleh berjalan sedikit demi sedikit dan saya beransur pulih.,isteri saya jatuh sakit.badannya menjadi kurus kering.,tiada selera makan..,terbaring..tak bermaya..kata doktor yang merawatnya isteri saya jadi begitu kerana terlalu letih dan susah hati….hati saya menjadi sebak kerana saya tahu sayalah puncanya.

Ustaz kesihatan isteri saya makin teruk..mukanya makin pucat…tetapi dia tetap senyum.saya menangis sepuas-puasnya memohon ampun dan maaf di atas kejahatan yg pernah saya lakukan terhadapnya.dia hanya tenang dan menjawab dia telah lama maafkan saya….”Abang saya dah lama maafkan abang…saya sayangkan abang”.berderai airmata saya hancur hati saya.,pilu bercampur sebak yang amat sangat diikuti dengan perasaan menyesal.

Ustaz selepas itu isteri saya di masukkan ke dalam wad kecemasan.,saya menjaganya setiap hari.saya belai rambutnya saya kucup dahinya…sambil airmata ini tidak berhenti—henti mengalir.”Jangan menangis bang….bukan salah abang…..mungkin saya ni yang tidak pandai mengambil hati abang…”Berdentum….seolah-olah hati saya disambar halilintar…saya menangis lagi sehingga keluarga yang datang melawat terpaksa menenangkan saya..malah ada yang memuji saya kerana beranggapan saya suami yang amat menyayangi isteri…ternyata pujian itu bagaikan sumpahan utk saya.

Ustaz…..isteri saya ada berkata.,dia meminta maaf kerana tidak dapat melahirkan zuriat untuk saya kerana masanya utk menghadap ilahi semakin hampir.saya meraung..merayu kepadanya agar tidak meninggalkan saya.tapi katanya.,setiap yang hidup pasti akan mati dan dia meminta saya menjaga diri baik-baik kerana dia tidak boleh lagi menjaga saya.ustaz..saya menangis …sehingga saya menjadi lemah apabila dia mengucapkan kata kata terakhir itu.

Ustaz…tepat jam 3.00 ptg setelah dua minggu berada di hospital…isteri saya telah pergi meninggalkan saya selama-lamanya..dengan bebanan dosa dan jutaan kesalan yang menerjah hati ini saya meraung semahu-mahunya….menyesal di atas kekasaran yg pernah saya lakukan.

Ustaz jiwa saya tak tenteram…apakah Allah akan mengampunkan dosa saya ini...? apakah kekasaran dan kejahatan serta layanan buruk saya kepada isteri akan diampunkan Allah….tolonglah ustaz saya amat menderita…..jiwa saya terseksa…..mungkin ini hukuman yang patut saya terima.Masih terngiang di telinga saya pesanan akhir isteri saya..”abang…jagalah diri baik-baik….jangan lupa tunaikan solat..,berbuat baik..,takutlah kepada Allah….dan jika bertemu dengan insan bernama isteri….jangan berkasar dengannya sayangilah dirinya.”

Ustaz sebelum isteri saya menghembuskan nafas terakhir…dia ada meninggalkan satu nota dan sebuah lagu untuk saya dengar dan hayati.lagu itu adalah harapan yang dia impikan dari saya tetapi tidak sempat dia nikmati..kasih sayang yang terkandung dalam lagu itu dia harapakan dari saya….Di dalam nota itu dia menulis “Abang..dengarlah lagu ini dan ingatlah saya selalu…Dahulu...saya senantiasa menanti abang pulang ke rumah…Saya teringin sangat nak makan bersama abang…..mendengar cerita abang….menyambut abang pulang dari kerja….bergurau dan bermanja dengan abang…..memeluk abang ketika tidur…..tetapi semuanya mungkin tidak sempat bagi saya…jaga diri…sayang abang….selamanya."

Ustaz..saya harap ustaz tak marah saya meluahkan perasaan begini panjang pada ustaz….kerana inilah pesan isteri saya sekiranya saya merasa terlalu sedih…ceritakanlah pada ustaz dia tahulah apa nak buat utk tenangkan abang…Ustaz….saya harap cerita saya ini dijadikan teladan bagi mereka yg bergelar suami….sayangilah isteri anda….selama mana anda berpeluang utk berbuat begitu…janganlah terjerumus dengan kesilapan yg saya lakukan…pasti anda akan menyesal tak sudah….

Terima kasih ustaz….doakan saya…….


P/s dr saya: kita cuma akan menghargai sesuatu bila kita dah kehilangannya..hargailah ia sementara masih ada, semoga roh isterinya ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman, sungguh berbahagia penduduk langit menyambut kehadiran isteri solehah sepertinya..Semoga si suami itu mendapat ketenangan sakinah yang ia cari selepas ini..amiin ya Rabbi.. :)

bertekad nak jadi isteri yang solehah kelak,yang dapat bahagiakan suami. teringat bait2 lagu Permata Untuk Isteri dendangan Kopratasa..

"ku ingin kau jadi wanita mulia,yang tahu harga budi dan hati,seorang lelaki bernama suami..kerana kau isteri,ku ingin kau mengerti,bahwa hidup ini,tak semudah yang kita janjikan"

Saturday, January 28, 2012

teringat kenangan lalu

assalamualaikum..petang2 ni sambil tak ada watpe,aku tengok balik album dalam facebook aku..album raya tahun 2011 hari tu..and sesuatu menjelma kembali di ingatan..sehari sebelum aidilfitri..

first time pergi beli baju raya bersama cik abang. bukan baju raya aku la sebab aku mmg awal2 dah beli. beli baju raya abang. mula2 dia taknak beli baju raya pun,pelik la dia tu. macam tak kisah je nak raya. dia kata mmg dah lama dia tak beli baju raya. selalu pakai yang lepas2 je.  aku pun okey je la. takde la nak paksa dia beli ke apa. then petang tu tiba2 dia ajak pergi bidor nak cari baju raya.

kali pertama beb. kali pertama pilihkan baju untuk seorang lelaki. kali pertama ukur saiz baju dia. kali pertama aku rasa mcm beli baju raya dgn suami sendiri. kali pertama aku rasa aku mcm isteri orang,dok pilihkan baju,belikan songkok,cari barang sama2. raya tahun 2011 adalah raya pertama aku fully raya bersama dia. bukan hanya dia,kami pergi rumah2 kawan2 lama SMK Slim..dari besout,sungkai,trolak,slim..inilah pertama kali raya yang aku rasa agak bermakna setelah dah berapa tahun aku raya hanya duduk rumah je..

dan aku rasa aku takkan lupakan peristiwa beli baju raya bersama abg ni sampai bila2. dia pun ckap mcm tu,masa kami berjalan sama2 di Taman Tasik ritu, dia tiba2 teringat pasal beli baju raya sama2 tahun lepas. dia cakap itulah kali pertama dia beli baju raya dgn awek. aku hanya mampu tersenyum. biarlah kenangan itu terus subur dlm diri kami.

gambar header aku kat atas tu,gambar time kami pergi beraya. baju yang dia pakai tu la yang kami beli sama2 hari tu.

tiba2 teringat kenangan lalu,mmg sebak rasanya. hampir menitis air mata bila tengok balik gambar2 lama. dia sekarang masih dgn saya,dan InsyaAllah kalau ditakdirkan jodoh kami bersama,dialah bakal suami hingga akhir hayat.

"malas nak layan,bye"

assalamualaikum semua. pagi tadi masa aku tengah syok tido..ade la satu number unknown ni call aku. then dia bg satu msg. aku ngah tdo so aku malas nak baca.


dalam pukul 9.30 pagi,aku bukak msg.

dia bagi msg. "salam,haii boleh berkenalan?"
 
aku pun balas "ni sape ni??" sebab aku nak tau sape yg bagi msg kat aku.

then dia balas. "awak nama apa?umur brapa?dok mana?nama saya zainal"

aku cam like "huh pe kejadah mamat ni?????". dah la aku tak mandi lagi pe semua. terus aku balas.

"k,malas nak layan.bye"

dan aku terus pergi mandi... hello,tu zaman bebudak aku dulu boleh la nak ngorat pakai fon pe semua mcm tu. aku layan la jugak dlu. skrg ni sorry to say la. aku dah berpunya and aku really serious with him. takde maknenye aku nak layan laki lain.

Friday, January 27, 2012

bercinta semasa masih belajar..

zaman skrg ni mmg ramai yang bercinta masa still study lagi. nak kongsikan tips untuk mengelakkan fitnah dan maksiat berleluasa di akhir zaman ini. sama2 kita renungkan. sebahagian diambil dari laman web i luv islam. ^_^

Nak kahwin,nak halalkan apa yang haram tapi takut parents tak bagi kahwin sebab awal lagi,muda lagi.

memang berat bagi sesetengah individu untuk menyuarakan hasrat untuk berkahwin ketika belajar tambah-tambah lagi pelajar berkenaan masih cetek dari segi ilmu-ilmu spiritual, intelektual dan material dan masih terlalu ramai ibu bapa yang tidak berkeyakinan untuk membenarkan anak-anak mereka berkahwin seusia muda kerana bimbang pelajaran, kewangan dan sebagainya akan terjejas.
Dengan fikiran yang sebegitu, ibu bapa lebih rela melihat anak-anak mereka di bawa kehulu dan kehilir tanpa ada apa-apa ikatan yang sah. Maka, budaya couple semakin  berluas-luasa, bagaikan cendawan yang tumbuh selepas hujan. Kita kena ingat, wanita yang masih belum berkahwin, setiap tindak-tanduknya ibu bapalah yang akan mendapat dosanya. Tidakkah kita kesiankan ibu bapa kita. Kerana kita mereka terhalang dari masuk syurga Allah S.W.T. Fikirkanlah.

Sekiranya mahukan ikatan yang sah, pilih nikah Khitbah.
 
Altenatif yang kita boleh ambil adalah melalui nikah khitbah. Nikah khitbah ini adalah menarik sebenarnya. Kahwin jenis ini adalah pasangan tersebut bernikah tetapi dibolehkan tinggal secara berasingan (sepanjang tempoh pengajian). Istilah dalam bahasa melayu dikenali sebagai 'nikah gantung'.
Yang manisnya atau kelebihan kahwin macam ini banyak manfaatnya terutama mendapat redai Allah S.W.T. Pasangan boleh belajar bersama-sama, keluar bersama-sama tanpa ada rasa segan silu dan bersalah kepada Allah S.W.T, ibu bapa dan rakan-rakan.
Bebas untuk berpegangan tangan dan sebagainya malah setiap apa yang dilakukan mendapat pahala di sisi Allah dan malaikat sentiasa mendoakan kesejahteraan pasangan tersebut. Menarik lagi, dapat jalani kehidupan yang sah dan diberkati dalam "couple" dan sentiasa komited bagi berjaya dalam pelajaran.
Nikah khitbah ini ada terjadi kepada salah sorang rakan penulis. Memang penulis akui sangat cemburui akan mereka. Kenapa tidaknya, mereka bebas untuk berjalan bersama-sama, bermesra dan sebagainya. Masa tempoh belajar memang mereka tinggal berasingan. Yang menarik bagi penulis, tamat saja tempoh pengajian diploma lebih kurang tiga bulan, penulis dapat berita zaujah (isteri) dia sudah mengandung anak sulung mereka. Alhamdulllah. Mungkin sekarang sedang menunggu kehadiran insan baru dalam hidup rumah tangga mereka. Maniskan, insyaAllah.


sekadar berkongsi pengetahuan. ramai yang takut lg sbnrnya nak ambil komitmen. tambah2 kalau hubungan tu sekadar mengisi masa lapang,bukan niat nak jadikan isteri atau suami. kalau dah memang serius,why not terus bernikah,kan halal tu. ^_^

lagipun,kata Ustaz Azhar Idrus. Haram hukumnya bercouple jika x berniat untuk menjadikan perempuan itu isteri.

Thursday, January 26, 2012

random

klik pada gambar untuk tumbesaran

terserlah kesombongan aku =,=

100 truth about me. ^_^

WHAT WAS YOUR:
1. Last beverage: orange juice
2. Last phone call: mak
3. Last text message: "lau ad masa,abg dtg la" from Abg
4. Last song you listened to: adira-lara lagi
5. Last time you cried: yesterday

HAVE YOU EVER:
6. Got back with someone you’ve broken up with: yup,my future husband now 
7. Been cheated on: yup
8. Kissed someone & regretted it: yes 
9. Lost someone special: yes
10. Been depressed: yup
11. Been drunk and threw up: not even once

LIST THREE FAVORITE COLORS:
12. Pink
13. red
14. white

THIS YEAR HAVE YOU: (2012)
15. Made a new friend: yup
16. Fallen out of love: not yet
17. Laughed until you cried: yup
18. Met someone who changed you: nope
19. Found out who your true friends were: yup
20. Found out someone was talking about you: yeah had once
21. Kissed anyone on your Facebook friend’s list: yup. *blushing
22. How many people on your friends list do you know in real life: 50% i guess
23. How many kids do you want?: kalau boleh tak lebih 5 orang kot.
24. Do you have any pets?: never
25. Do you want to change your name: tak nak ah. nama dah sedap dah. WANI. hee
26. What did you do for your last birthday?: mum brought a cake for me. bergambar. 
27. What time did you wake up today?: 4a.m. lepas subuh tidur balik.
28. What were you doing at midnight last night?: berYM with my future husband
29. Name something you CANNOT wait for: menjadi sah dan halal buat bakal suami
30. Last time you saw your Mother: masa mak hantar makanan tadi
31. What is one thing you wish you could change about your life?: lepas UPSR,masuk asrama penuh.
32. What are you listening to right now: bunyi motor dari luar kedai
34. Who is getting on your nerves now?: aku tak paham ape soalan ni. @_@
35. Most visited webpage: Facebook,Blogger
36.What’s your real name: Nurul Azawani bt Kamarudzaman
37. Nicknames: wani(most of my friends) , aza (kengkawan SKAB and SKS) , akak(adik2) , along(ayah and mak) , Nurul (atuk and some friends) , syg (future husband)
39. Zodiac sign: sagittarius
40. Male or female?: Female
41. Primary School?: SK Aminuddin Baki,Slim River , SK Sungkai 
42. Secondary School?: SMK Slim , SMK Sungkai , SMK Trolak
43. High school/college?: Kolej MARA Kulim
44. Hair color: black
45. Long or short: secret
46. Height: secret
47. Do you have a crush on someone?: last crush time form 3. hope he's happy now. ^_^
48: What do you like about yourself?: selalu dapat lebih dari apa yang dijangkakan
49. Piercing: never,saya tak suka pakai subang
50: Tattoos: confirm lah NEVER
51. Righty or lefty: Righty

FIRST:
52. First surgery: nope
53. First piercing: tak pernah
54. First best friend: Fathi dan Shikah
55. First sport you joined: skipping (masa tadika)
56. First vacation: Melaka,dgn rombongan cikgu SMK Slim
57. First pair of trainers: x pernah pun

RIGHT NOW:
58. Eating: nope
59. Drinking: orange juice
60. I’m about to: blogwalking and tengok gambar 
61. Listening to: chammak challo-akon (tetibe ade lagu ni dlm playlist lagu) hehe
62. Waiting for: time abis keje,nak landing atas katil
63. I’m feeling: quite happy sbb dah berbaik dgn dia

YOUR FUTURE :
64. Want kids?: of course la ak
65. Get married?: confirm la. 
66. Career: don't know yet
67. Lips or eyes: both
68. Hugs or kisses: hugs. ^_^
69. Shorter or taller: taller
70. Older or Younger: same as me 
71. Romantic or spontaneous: romantic ^_^
72. Nice stomach or nice arms: both 
73. Sensitive or loud: sensitive
74. Hook-up or relationship: relationship 

HAVE YOU:
75. Kissed a stranger: no
76. Drank hard Liquor: never
77. Lost glasses/contacts: never
78. Sex on first date: ish,of course la no
79. Broken someone’s heart: hum. rase cam pernah. 
80. Been arrested: no
81. Turned someone down: pernah kot
82. Cried when someone died: yes
83. Fallen for a friend: yang skrg ni pernah jadi friend gak dlu. ^_^

DO YOU BELIEVE IN:
84. Yourself: of course
85. Love at first sight: no comment
86. Heaven: yup
87. Santa Claus: no
88. Kiss on the first date: ahahah. no lah.
89. Angels: yes,malaikat 
90. God: yes,Allah yang satu

ANSWER TRUTHFULLY: 
91. Had more than 1 girlfriend/boyfriend at a time: pernah gak dlu time tak matang lagi
92. Did you sing today?: nope
93. Did something illegal?:  nope
 94. If you could go back in time, how far would you go?:  when i was in SMK Slim,sies xpuas 
95. The moment you would choose to relive?: time nak dekat SPM,masa tu putus cinta
96. Are you afraid of falling in love?: i already did. tak boleh nak patah balik
97. When was the last time you lied?: last week
98. Are you usually late, early or right on time?: earlier or on time
99. Would you give your life to save someone else’s?: i will..if he/she worth to die for
100. Are you afraid of posting this as 100 truths?: tak takot pon. 

 
inilah saya! ^_^

Wednesday, January 25, 2012

sabar itu perlu

assalamualaikum. seringkali kita diuji dgn macam2 ujian. tak kira la sama ada kecik atau besar ujian tu. contohnya masa kita nak pergi kelas,kerja tak siap lagi,takut lecture marah,confirm mood kita akan down gila. asyik nak marah je. atau kerja kita tak siap lagi,tapi dan2 time tu la Allah bagi kita demam and sakit macam2. mesti kita rasa down kan. semangat pun low je. asyik nak marah je orang sekeliling. atau kita nak balik,tiket bas habis,tiket train habis,terpaksa beratur panjang masa nak bayar bile ke apa ke,mesti kita merungut and marah2 kan.


aku akui,aku juga bukan seorang yg sabar. kadang2 asyik kena marah je dgn org tu,dia selalu kata "boleh sabar x?". sedangkan dia pun aku tengok dua kali lima je. asal ade benda x kena mula la mood down la ape la. aku nak nasihat diri sendiri,dia dan rakan2 semua,pupuklah sikap sabar dlm diri. aku juga tengah try nak pupuk balik sikap sabar yang makin lama makin hilang dlm diri ni..

sebab Allah da berfirman "and give good news to people who are patient" taknak ke?

Monday, January 23, 2012

jangan berhenti berharap bila masih ada sinar


kadang2 benda tak jadi seperti yang kita harapkan,tapi tetap akan jadi cuma rancangannya saja yang lain. berdoa la supaya apa yang diharap tu menjadi. hurm. i wonder how perfect this words suits me. aku selalu ragu,selalu risau dan fikir macam2. have faith. itu yang paling penting. percaya pada apa yang bakal terjadi. jangan berhenti berharap. :')

Thursday, January 19, 2012

"well,kita pun sama gak nanti" :')

assalamualaikum. sorry sayang2ku aku dah lama x update blog. hehe. tak de idea nak update ape la. sampai ada yang inbox kat fb tanye nape dah jarang update blog. aku tahu korang sume stalk aku. bhahaha. memain je. okey back to the topic..tadi masa aku tengah online fb aku,godek2 apa yang ada. tetibe aku ternampak satu event ni. jemputan majlis perkahwinan bekas kakak and abang senior aku masa sekolah kat SMK Slim dulu.

aku macam agak surprise jugak laa. sampai aku stalk FB diorang berdua nak yakinkan mata aku bahawa diorang memang dah nak kawen. TAHNIAH sangat2 kat depa berdua tu. dulu depa mmg dah couple time kat SMK Slim dlu. tak sangka bertahan sampai ke jinjang pelamin..

then sambil texting dgn cik abg tadi,aku tanye la dia "betul ke abg tu dgn kakak tu dah nak kawen?" sbb diorang berdua senior kitorang dlu. then dia cakap "a'ah,dah nak kawin". aku pun reply "wahh,bertahan tuu sampai kawen.sweetnye dorang" pastu dia kata "well,kita pun sama gak nanti".

haha. betul jugak en. kitorang berdua pun both bekas pelajar SMK Slim gak. cume bertahan ke tak sampai kawen t wallahualam. harap bertahan la sebab ni pun dah nak bincang dgn family pasal ehem2. hehe. ehem2 tu apa? tau sendiri laa. nak menghalalkan apa yang haram seterusnya menjadikan cinta ini bukan satu dosa.
harap2 hubungan kami berkekalan hingga ke akhir hayat.

kepada kakak and abang senior kami tu,tahniah and semoga berbahagia sampai ke anak cucu dan cicit. tahniah sbb berjaya membuktikan bahawa hubungan sebaya dan cinta di zaman remaja masih mampu kekal sampai ke jinjang pelamin. cayalah sis and bro!!

Tuesday, January 17, 2012

jaga la hati perempuan,mereka mudah terluka


it's 180% true. sbb aku jugak mcm tu. bila hati dah betul2 terasa,tak ada apa2 perkataan aku mampu ungkap dah. just diam. menyepi. bagi ruang utk diri sendiri fikir dalam2. bagi ruang utk kemaafan. bg ruang utk muhasabah diri sendiri mana yg silap. dan akhirnya aku tetap akan memaafkan. walau sedalam mana hati tu sakit. sebab kemaafan adalah dendam yang terindah.

Thursday, January 12, 2012

sperma cinta dah sampai...

assalamualaikum. erk,sperma? mesti korang pelik kan. tetibe cakap pasal sperma ni. sensitif oo. hehe. takde la. SPERMA CINTA tu nama tajuk novel yang aku order. aku order je. tapi yg bayar nye cik abang sayang aku. huhu. terima kasih banyak2 ye kpd orang yg berkenaan. i lap u.

ni la dia..

ni bukunye..sperma cinta..

tengok,khas utk aku. hehe

yg comel depan tu aku,yg wat muke buruk belakang tu orang yg tolong bayarkan 
novel ni merangkap my cik abg yg suka sangat wat spoil bile tangkap gambar. =,=

actually ni first time beli novel online. salu cari sendiri kat kedai buku. dah abg susah sangat nak cari buku keluaran LEJEN PRESS kat kedai2 buku,so dia suh order online je. aku tukang order je. yg susah payah g bank bayar nye,cik abang aku ni. thanks dear. i appreciate. ni tak baca lg ni. pagi2 ni dapat je terus post pasal ni kat blog. eksited bak hang. hahaha. k chow...

Wednesday, January 11, 2012

remaja memang kuat memberontak

assalamualaikum. entry dedicated to all parents and teenagers outside. well,antara parents and teenagers,we have a condition call generation gap. aku belajar benda ni masa kat matrik. subjek bahasa inggeris. teacher aku salu terangkan pasal bnd ni. generation gap ni bg aku sesuatu yg normal la sbb jarak umur antara kita ngan parents kita sangat beza la kan. parents kita dah makan garam dlu dari kita. mesti dorang lg banyak pengalaman and tahu baik buruk. beza dgn kita teenagers ni,kita ni salu nak cuba semua benda,nak buat semua benda like we know everythings tanpa fikir baik buruk.

hum. it's a normal thing actually bila anak selalu tak sependapat dgn mak atau ayah. aku juga mcm tu. tambah2 time jiwa remaja paling memberontak,iaitu di usia 13-17 tahun. time ni remaja semua tak dapat fikir dgn matang lagi. diorang banyak dipengaruhi oleh kawan2 and masa diorang lebih banyak di spend with their friends. true right? makin kita besar,makin jauh kita dgn parents kita. makin kita besar,makin banyak kita melawan cakap mak ayah kita. makin kita besar,makin kita rasa kita dah x perlukan kongkongan dan leteran mak ayah kita.



susah sbnrnya nak bercakap dgn remaja. they always think they right. dlm apa keadaan sekalipun. cakap mak ayah semua nak tolak tepi. mak ayah tak sporting lah. mak ayah kolot lah,kuno lah. old-minded lah ape lah. dalam hal ni,parents perlu jugak sbnrnye memahami remaja. aku ni menulis dr sudut remaja la sbb aku ni still a teenagers lg. aku dulu pelajar sekolah. ok apa yang aku nak sampaikan,bukan sbb aku nak melawan parents pe semua. tp kadang2 parents kena hormati jugak hak anak2. masa aku sekolah dulu,aku paling tak suka if parents paksa aku belajar. paksa means wajib,bukan aku taknak belajar k. fahamkan betul2 di sini. parents boleh menegur,tak salah,like they said. "akak,tak belajar ke?" itu takpe. aku terima. tapi jangan mcm ni "ok ayah nak,balik je sekolah semua belajar,dr pukul 3 sampai pukul 5" (peringatan,semua ni sekadar contoh je,bukan mak ayah aku buat mcm ni kat aku adik2,ni semua contoh je) 


sebab apa aku tak suka kalau diorang mcm tu? ok aku bg sebab. semua org tak suka dipaksa kan? korang berpuas hati tak dgn hasil kerja korang if semua tu korang buat secara terpaksa? of course akan ada cacat cela dlm apa yg korang nak buat. sama dgn aku,kalau aku belajar dgn cara terpaksa,aku mmg x boleh hadam. tambah2 kalau diorang suruh belajar time aku sangat2 penat. bayangkan kalau lepas je balik sekolah,kena belajar. dah la penat dalam kelas belajar 6 atau 7 jam sehari,dgr cikgu ajar,kalau cikgu yg ajar slow takpe lagi,ni kalau cikgu tu ajar laju2.kita nak tangkap satu2 pun terhegeh2,otak penat woo nak menghadam. lagi2 time add math,fizik,kimia,,semua tu memerlukan fokus yang tinggi. satu jam setengah kelas boleh buat otak sangat penat. kalau dah otak penat,badan pun automatik makin lama makin lemah,makin lesu. sampai tgh hari,pelajar dah ngantuk pe semua. bila balik sekolah,confirm perlukan rehat. mak ayah patutnye faham,bagi la kami rehat dulu. waktu tgh hari and lepas balik sekolah adalah waktu paling tak kondusif nak belajar. serius aku cakap,tak guna belajar time otak dan badan penat, cukup lah kat sekolah tadi perah otak,bagi anak2 tu rehat dulu. ilmu cikgu bagi kat kelas td pun diorang tak habis hadam lg. dalam hal ni,parents perlu faham and jangan memaksa.

aku tau niat parents nak anak berjaya. diorang memang perlu digerakkan. perlu disuruh baru nak buat. memang. parents tak salah. cuma cara tu kena betul. jangan terlalu memaksa. jiwa remaja ni lain. bukan mcm kanak2 umur 7 8 tahun yg ikut je semua cakap. sebenarnya anak ni,dalam diri diorang mmg ada keinginan nak berjaya,ada keinginan nak banggakan mak ayah. bukan takde. tp bila parents jadi terlalu memaksa,diorang memberontak. aku dulu time sekolah,nak belajar aku belajar. taknak,aku buat benda lain. aku jenis tak suka disuruh dan ikut jadual. aku dlu mane pernah buat jadual belajar and ikut jadual tu. kalau buat pun sbb cikgu suruh,then balik umah,haram tak ikut. mmg tak suka belajar ikut time. parents kena hormat hak anak kalau dah dia mmg tak suka,jangan dipaksa. alhamdulillah parents aku mmg tak pernah paksa aku nak study ke apa ke. maybe diorang percaya pada aku.

kalau anak2 tu dah tahap malas nak belajar mcm mane? ok ni mmg kes biasa. tak semua anak tu boleh berdikari dlm pelajaran. means tak semua yg ada keinginan nak belajar bila kat rumah. tak semua mampu seimbangkan pelajaran dan kehidupan. tambah2 anak lelaki. diorang ni kalau ikutkan pandai tu pandai,tp malas sikit. tak sama mcm anak perempuan. dalam hal ni,parents boleh suruh diorang belajar,tapi jangan di tahap terlalu memaksa sampai diorang pun tak suka. perlu ada cara. misal kata,malam ayah nak tetapkan suruh study. ayah tu sendiri turun la padang tengok dan pantau keadaan anak. jangan just arah "anak2,semua kena study start pukul 8 sampai pukul 11" tapi si ayah lepas tangan. must have some attention la to them. apa yg ayah tu tahu,segala ilmu yg ayah tu ada,ajarlah pd anak2. sebenarnya anak2 lg suka dan rasa dihargai bila mak ayah turut skali ajar,bagi tips2 how to succeed,tolong anak2 buat homework. jangan kita suruh,paksa,then kita biar. tu salah.


walaupun ada generation gap antara teenagers and parents,tapi semua tu boleh diatasi dgn cara dan kaedah yang betul. anak dan parents tak boleh sama2 ego. tak semua yang parents harapkan tu sesuai dgn jiwa anak2. let them free. free di sini maksudnya,kalau anak tu tak suka,jangan la terlalu memaksa. slowly. parents jugak pernah muda kan,pernah melalui zaman sekolah kan,so try faham jiwa remaja ni. kalau anak tu mmg taknak buat apa yg kita suruh,try guna kaedah lain. just jangan tekan diorang sangat sampai diorang stress and tensen and memberontak. diorang masih bersekolah. jadi pelajar ni walaupun x banyak sangat kena fikir,tp diorang stress jugak nak pulun yg terbaik,tambah2 kalau tahun exam,mmg sometimes students akan jd sangat stress. parents should understand all this. jgn terlalu memaksa.

*love my parents a lot. well,x semua bnd yg kita buat betul kan. =))

Tuesday, January 10, 2012

masihkah kau ingat? :')

masihkah kau ingat..kita berlari2..di kaki langit..mencari pelangi..lalu hujan turun..kita basah bersama..masihkah kau ingat..masihkah kau ingat..... :')

tapi kita tak cari pelangi kan. hujan turun kita basah bersama pernah kan. atas moto same2 redah hujan juga pernah. ingat first time nak pergi tgk wayang? redah hujan kan sebentar. pastu kita seludup kentang goreng KFC kat dlm cinema kan. masihkah kau ingat? pertama kali dating. =))

tapi sebelum tu,masihkah kau ingat tarikh kita mula2 kenal? err kalau ikutkan,bulan 1 tahun 2005 la. but bukan kenal sbg classmate yg aku maksudkan,kenal dlm msg. ya. 10 Januari 2010. aku ingat lagi. sbb tarikh tu tarikh sama aku couple dgn Luqman Hafiz. kita kenal sbg kawan lama. kita terjumpa dekat Petronas Sungkai time amek result SPM sbg kawan lama. dan kita jumpa semula di stesen KTM Butterworth sebagai kekasih. =)) masihkah kau ingat?

dan masihkah kau ingat,hari2 yg berlalu tak semudah yg kita harapkan,tak seindah yg kita impikan. gaduh,marah,semua rasa ada. utk bertahan hingga ke saat ini,memerlukan pengorbanan dan kecekalan hati serta seribu kemaafan. kita harungi rasa itu,hingga saat ini. 10 Januari 2012. Alhamdulillah,dah genap setahun lapan bulan hubungan kita.  bahagia? sengsara? semua rasa ada. =)

dan aku rasa aku sudah bersedia. bersedia utk apa? utk menyintai dia buat seumur hidupku. dgn izin Allah.
aku ingin abadikan seluruh hidupku bersama dia. utk setiap waktu yg kita dah luangkan bersama,utk setiap detik kebahagiaan kita selama ni,aku taknak sia2kan waktu itu dgn menjadikan dia hanya sementara dlm hidupku. i wanna spend my whole life with him. and i will love him till the end of time. *ayat aku tiru dari citer main hoon na diwali apa ntah aku tak ingat nama tajuk dia. tapi aku ikhlas maksudkannya.

cite ni la. best. =)

ingat time kita lepak tepi laut bersama2? itu saat indah. menghabiskan sepanjang malam bersama kamu,buat aku rasa bahagia. tak fikir penat,tak fikir sakit kaki berjalan,tak fikir sejuk,entah kenapa yg aku fikir cuma kita. dan aku rasa susah nak lepaskan saat itu. we are just so romantic even we can't see it. we feel the love even we keep deny it when we fight. we spend the time together even we used to think that better we break-up. but we never did right? we survive in this romance. at least till now. =))

aku tak tahu apa yg aku rasakan. adakah ini cinta? atau amanah? atau tanggungjawab? atau janji? tapi yg aku tahu. aku selesa bersama dia. walau aku menangis setiap malam,walau aku marah tiap2 hari,tp aku tahu,lelaki ini menghuni hati aku. walau aku cuba menafikan cinta utk dia,cinta itu masih tetap ada. dan kekal ada. even dah dua tahun berlalu.. even dah berapa juta saat berlalu. i still love him. and i hope,sampai bila2 cinta ini utk dia saja. biarlah dia yg terakhir menghuni hati ini. biarlah dia yg menjaga aku kelak. sekali dia di hati,selamanya dia di hati..

nak mencari bahagia itu bukan satu perkara yg mudah. di dalam perkataan BAHAGIA itu bersemi rasa kemaafan,pengorbanan,pengertian,persefahaman dan cinta. dan tak semua insan merasa bahagia berpanjangan. dlm bahagia,pasti ada terselit duka. lumrah dlm perhubungan. sebab kalau kebahagiaan itu ibarat sinar matahari dan kesedihan itu ibarat rintik air hujan,sungguh kita memerlukan keduanya untuk melihat indahnya pelangi.


mungkin aku bukan yg paling memahami diri dia,mungkin aku tak selalu buat dia bahagia..tp aku harap,aku untuk dia,dan dia untuk aku..biarlah kekurangan itu menyempurnakan kami. aku takkan pandang segala kelemahan dia. aku cuma harap dia sanggup buat yg terbaik utk aku. jadi seperti yg aku impikan. tp kalau dia tak mampu sekalipun,aku akan tetap menerima dia apa adanya. i'll wait for you my dear future husband. insyaallah. semuanya dengan izin Allah.


*mungkin ada sebab Allah pertemukan kita semula. mungkin ada sebab segala yg terjadi antara kita. semoga kita hargai setiap masa yg ada. aku taknak lagi berjumpa org yg salah. biarlah kamu yg sebenar2nya untuk aku. 

Thursday, January 5, 2012

kenapa masa berlalu begitu pantas?

assalamualaikum. pagi ni aku pergi kerja like usual,dlm pukul 10 cmtu. then aku lepak,makan,sambil online. tup2 dah pukul 12. mak aku singgah kedai dgn adik aku lepas ambil aidil. oh ya,baru aku teringat balik,aidil dah sekolah dowh! yayaya.. segalanya mcm berlaku dlm senggang masa yg amat pantas. baru je aku datang kedai,tengok2 dah pukul 12. then rasa mcm baru je dulu aku dukung aidil time baby,skrg dia dah prasekolah. pheww. gila tak gila. rasa mcm baru je aku melangkah masuk SEMETRO as form 4 student,now aku dah 20?? waaa time running so fast babeyh.

apasal aku rasa mcm x lama lagi aku dah nak kawen? eh mmg la pun. eh yeke? wakakaka. aku dah 20 tahun rupanya. dah nak masuk suku abad aku hidup. pheww. banyak benda aku tak accomplish lg dalam hidup ni. segulung ijazah? well not yet. but coming soon. cuma lambat sikit. biase la. aku. mane reti buat pilihan dalam hidup. subject hidup yg paling aku failed,MAKING DECISION or CHOOSING OPTIONS. hambek kau.
kawen? not my option either. tu lambat lagi. bertahun lagi. surely la aku nak kenduri grand2. besaq2. takde la besaq mane tp nak jugak la bersanding atas pelamin impian sambil disaksikan kengkawan lame. haha. but NIKAH is my option. nikah dulu,couple,bercinta la lame mane nak pun. then masing2 dah keje,dah ade stable income. baru kahwin. ikut adat org melayu kata. padahal tak perlu pun takpe. tp NAK gak. hehe.

haiya. cibai ari ni dowh. aku tgh sedap2 online baca blog Nami ngan awek dia,tetibe bos aku datang bawak seguni CD. tapi3..yang buat aku eksited terlebih,dia bawak cite HINDUSTAN dowh. banyak dowhhhhh! aku mcm gile sekejap. waaa ade banyak cite hero aku,Shah Rukh Khan. banyak gila cite lame2 dia yg aku mmg nak tengok tp malas nak download sbb kuota berukband aku sikit jaa. mane cukup nak download semua tu. mmg heaven. walaupun penat aku susun CD and bukak tanda harga pe semua,but that's worth babeyh. dah la lepas buat kerja tuh bos aku siap pegi belikan air kotak and bg roti pizza kat aku. awesome. boss aku mmg terbaik. padahal dia yg banyak nyusun CD. aku dok je kat atas kusi sambil bukak tanda harga CD tuh ganti harga baru. haha. nice worker i am. and what a nice boss i have even baru first time aku keje. ade ke boss aku kata. utk sweetie like you,yg comel like u,tak apa. wakaka.

hokey, mmg dah lari tajuk kan. tapi takpe la. btw have some picca tu share. my bantal ucukk. padahal bantal
wangi sbb spray perfume kat bantal tuh. and the pillow so cute coz it PINK. beli dgn abang kat lovely choice. duit abang. hehe.

i have one eye only.. :-p

i love my bantal ucukk so much..


towards a better tomorrow InsyaAllah

assalamualaikum kawan2 semua. kepada yg baca blog aku ni,thanks a lot. aku appreciate. sbb korg prihatin kat aku kan? aku tau laa. aku tau korang sume syg aku kan. suke stalk blog aku kan. hehe. *takde la gurau je.malam ni sambil aku duduk depan lappy online sambil makan kopok feberet aku..CHIPSTER..

*saje dok nempek gambar

aku baca blog awek kepada blogger yg agak femes,iaitu Nami,blogger blog Teh Tarik Gelas Besar. and from my observation and from what he and her gf writes,it's a fact that Nami was and is a schizo. mule2 aku agak terkejut jugak la. eh mmg betul2 ade ye org yg mempunyai split personality? means die ada banyak watak yg berbeza dalam satu badan je. yes,Nami proved it. aku taktau ar nak caye ke x but based on their writings,sume mmg real and x dibuat2. Nami exist in two main characters,Nami and Jack(his other side). and rasenye ade 8 watak dlm diri die based on ape yg aku baca dlm blog Erica(awek Nami). 

well bagi aku Erica ni mmg tabah la org nye sbb dia ada bf yg hadapi split personality (ade org ckp org mcm ni gila). but not for me. diorang normal je cume depa talk to themself,having inner conflict with themself,sbb depa wujud dlm pelbagai watak. sng ckp ada good side and bad side. bayangkan kalau bf korang sekejap2 jd org ni,kejap2 berubah jd lain,mcm korang couple dgn ramai org dlm satu tubuh. just imagine. mampu? erica mampu dowh. dia sayang Nami sangat2. she's willing to do anything for him. ok stop talking about their story.

aku nampak kasih syg seorang perempuan terhadap lelaki tuh sangat mendalam. i wish i can love someone like she did. i have one. my abg. he is the one and only. but aku masih tak mampu nak turunkan ego aku utk dia. sbb apa? entah. aku takut nanti dia pijak kepala aku. aku takut nanti i'll be weak. aku takut sume tuh. but then,aku terfikir la. Have you ever met somebody and you feel like you both are meant to be together?
Like you were made for each other?

yes i did. and the person is u abg. masa mula2 aku kenal dia aku dah rasa ada chemistry between us. sbb dia paham aku. tak semua lelaki dpt paham aku. aku ni mmg jenis perempuan yg lain dr yg lain. ego aku lain mcm. i wanna win in all things, and i will fight till i win. yeah that me. so mmg aku jarang jumpa org yg betul2 paham aku. bila aku kenal abg,well mule2 mmg semua indah kan? aku akui,he's different now and before. mmg lain. setelah dekat dua tahun together,i see something that i don't want to see at all. 

peoples change u got that? aku pun berubah sebenarnya. aku perasan aku dah banyak sangat berubah. kdg2 sampai aku stress fikir knape aku berubah sampai mcm ni skali. bukan salah ibu mengandung. salah aku yg silap membuat keputusan. silap memilih jalan. silap menilai yg terbaik buat aku. silap! everythings went wrong till i fed up ! aku dah rasa mcm, aku tak layak nak buat apa2 keputusan sebab semua yang aku buat mcm salah. 

tapi he said. "kita boleh betulkan apa yg silap". yeah baby u are right. kita boleh buat silap,kita boleh tersalah langkah,tapi kita juga boleh betulkan semula. Allah tu kan Maha Adil,maybe dia bagi kita buat silap utk kita sedar yg kita dah buat silap,and utk kita berusaha perbaiki diri kita. pernah dgr pasal istidraj?
istidraj means suatu kenikmatan yang Allah bagi untuk kasi manusia makin lalai. sebagai contoh,orang tu tak solat 5 waktu pun,tak baca Quran selalu pun,tapi dia selalu cemerlang dlm exam. beza dgn seorang lg yg solat 5 waktu plus solat sunat,selalu baca Quran pe semua,tapi result exam bese2 je. wonder why? yes,itu istidraj Allah pd orang tu. Allah bg dia nikmat banyak2,tok lalaikan dia. sampai satu masa dia akan sedar yg semua nikmat tu takde guna pun if dia sendiri dah jauh dr Allah. dia akan terasa hidup dia kosong tanpa makna. like something missing in their life. noted? jadi kat kita tak bnd tu? ade kan. kita lalai kan. main fb. online. main game. duit ade je. makan pakai cukup je. study pun okey je. takde sampai kena buang pe semua. apa nak pun still dapat. Allah is testing us. 

eh apasal aku suka tulis panjang2 eh skrg? back to the main point. my dear future husband,maafkan aku sebab aku ni not a perfectionist. banyak kan salah silap aku. kau pun sama kan? alah,same je kite ni kan. let's change ourselves. towards a better tomorrow. kau,aku,kita,mari kita cari erti kehidupan. think deeper. aku sebenarnya ada pasang niat. tapi niat ni tertanam jauh dlm sudut hati aku. sbb aku takut just sekadar pasang niat tapi tak mampu buat. but i promise to myself that sedaya upaya aku,aku akan cuba. niat aku,aku nak ubah diri aku. ke arah yg lebih baik. aku nak kikis some part of diri aku yg belum matang tu perlahan2. bagi aku masa. i will be a better person for you. utk mak ayah aku. utk adik2 aku. aku akan jadi yg lebih baik.

aku tak mengharapkan kau jd yg terbaik buat aku. cukup sekadar kau cuba utk sedaya-upaya jadi yg terbaik. even kau tak dapat buat aku rasa sangat2 bahagia,tapi at least kau mampu ukir senyuman di wajahku. at least kau mampu buat aku rasa aku bahagia ada kau. dan at least kau mampu buktikan yg kau mmg untuk aku. sebab aku dah pernah buat silap. aku taknak kau merupakan kesilapan aku. u got that dear? i miss you so much actually. takpe,aku tunggu kau buat apa yg patut. thanks sbb belikan aku novel yg aku nak tu. kau mmg superb. and i love you.

towards a better tomorrow,InsyaAllah.


Tuesday, January 3, 2012

it's a big step wani

assalamualaikum..haih..ngeluh jap. bukan apa,terasa hidup ni kosong tanpa apa2 makna. buat benda sama tiap2 hari tanpa tahu apa yg bakal terjadi di masa depan. serius aku rasa ada benda yg kosong dlm hidup aku. aku tak buat apa2 lagi sebagai persediaan utk bertemuNya. Ya,siapa tahu,esok lusa Allah ambil nyawa aku. dan aku? masih berseronok dgn dunia. masih leka nak itu nak ini buat itu buat ini just for dunia. akhirat? aku lupa utk ambil berat kerna aku tergoda dgn indahnya dunia. aku betul2 rasa kekosongan ini. walau aku bahagia tapi tetap ada yg kosong. hidup aku mcm x lengkap.

kawan2,bila aku tengok perempuan berniqab,pakai tudung labuh,Ya Allah..hati aku bagai tersentap sangat2. mcm ada something yg ketuk2 pintu hati aku then said "wani,u should be like them too". kadang2 aku terbangun tgh2 malam dan rasa mcm "Ya Allah,dah lama aku tak bertahajud,last masa aku kat matrik dulu" aku dah tinggalkan Allah jauh dr hidupku. aku rasa sangat selfish sebab aku asyik fikir pasal dunia3. mana akhirat aku? mana bekalan aku utk aku bawak nanti? semua ni buat hidup aku seakan tak tenang. mungkin juga sbb itu Allah menguji aku macam2. Dia beri aku bahagia seketika then Dia tarik balik. Dia selalu buat aku berfikir,buat aku rasa takde guna aku hidup dgn cara sebegini. I need to change. but betullah,syaitan itu mmg tugasnya menghasut kita kaum yg lemah ini. bila ada terdetik di hati aku utk ubah diri,ada je yg menghasut aku supaya kekalkan dgn cara hidup sebegini. enjoy selagi dunia masih ada. enjoy!!!

ya enjoy. siapa tahu esok lusa Allah ambil nyawa aku,dgn keadaan sebegini? yg masih belum sempurna ibadahnya,yg masih belum sempurna tutup auratnya,yang masih belum sempurna ibadah sunatnya. yg masih jauh dari akhirat. kekadang aku menangis sendiri. menyesali khilaf diri. tapi tak mampu lagi nak paksa dan anjak diri suruh berubah. masih terlalu lemah imanku hingga syaitan memenangi permainan ini. aku terlalu leka dgn nikmat dunia. Ya Allah,berilah aku peluang utk ubah diri aku.

tau x antara satu bnda yg buat kita jauh dr Allah? ya,COUPLE. hubungan terlarang antara lelaki dan perempuan. bila bnd dah haram,then kita buat,kompem kan pintu hati kita makin lama makin tertutup. tapi nak buat mcm mana? dunia zaman sekarang mmg ini dah jadi trend. bukan mcm dulu,kalau suka,ckp kat mak ayah,diorang masuk minang,. then terus kahwin. settle. bahagia hidup sampai anak cucu. tapi zaman la ni,mak ayah bg ke nak kahwin awal? kompem2 la depa suruh belajar dulu kan. tapi kalau dah time belajar tu anak2 dok bercinta sana sini berdating keluar sesame buat maksiat,adakah itu bnda yg patut? mana lagi bagus,anak berdating dengan ikatan pernikahan atau nak anak tu belajar dulu tp dalam masa sama buat maksiat? haih. aku rasa NIKAH KHITBAH ni mmg patut dilaksanakan.

kalau seorang lelaki tu dah betul2 suka kat pasangan dia,and couple tu mmg dah hasrat nak kahwin,mmg couple secara serius bukan main2.why not just let them menikah? daripada nak tunggu 3 4 tahun and sepanjang tempoh tu dah macam2 maksiat dibuat,keluar sana sini tanpa ada ikatan,bukankah lebih baik nikahkan mereka? nikah khitbah bukan lah seperti pasangan suami isteri like mak ayah kita yg dok serumah pe semua.nikah khitbah ini mcm bertunang tp pasangan tu dah dinikahkan. mereka duduk asing2 namun bebas keluar dating pe semua dgn ada ikatan yg sah lg halal. dan kalau ikutkan mereka x dibenarkan lg bersetubuh sebab masih belajar dan duduk pun asing2 so just teruskan ikatan mcm couple2 lain,bercinta mcm biasa cuma mereka dah sah menikah. and kalau mereka terlanjur pun suatu hari,mereka buat bnd yg halal. xkan kena tangkap basah dan xberdosa zina.

yeah menikah is a big step. mmg a big step. masa aku kat matrik dulu,ada kuliah fardhu ain petang rabu,ustaz tu cakap,saat si lelaki melafazkan akad depan tok kadi sambil bersalam tu,saat tu jugak Allah turunkan rasa tanggungjawab,menyayangi,melindungi,mendidik dan mcm2 lagi dalam diri lelaki tu. saat tu lelaki itu akan terasa betapa beratnya amanah yg perlu dia pikul. sebab dia dah mengambil alih tugas menjaga seorang gadis drpd ayah si gadis,yakni dia skrg yg akan menangung segala dosa si gadis dan bertanggungjawab menjaga,mendidik,melindungi gadis tersebut. berat bukan? tp insyaallah,semua lelaki mampu melaksanakannya. walau berat mcm mana sekalipun,Allah ada utk membantu. just dekatkan diri dgn Allah,pasti segalanya akan menjadi lebih mudah.

kenapa aku tulis pasal ni semua? sebab aku rasa bersalah hidup dlm alam per'couple'an. korang takde rase bersalah ke? menyintai seseorang yg bukan halal bg kita,bersandar kasih pd dia. keluar bersama tanpa apa2 ikatan. dan pasti,lelaki dan perempuan ni mcm magnet. pasti tertarik dan di antara mereka,pasti ada syaitan yg sentiasa menghasut utk buat maksiat. hidup aku tak rase tenang. walaupun aku bahagia dgn dia tapi bahagia tu mcm x lengkap. mcm ada bnda yg kosong. aku dgn dia bukan baru dua tiga bulan. dah dekat dua tahun. aku terfikir,nak couple lama mane lg? nak dating lama mana lg tanpa apa2 ikatan? lg 3 4 tahun? lepas tu datang dugaan sikit,clash. punah janji sehidup semati. macam tu kah trend couple skrg? hmm aku kalau boleh,biarlah dia lelaki terakhir buatku. aku dah pernah buat segalanya dgn dia. kami dah macam x boleh nak pisah. melekat mcm magnet, takut nanti kami karam. itukah couple??

walaupun aku selalu gaduh dgn dia,walaupun kitorang ni kejap okey kejap x,tapi rasa cinta kami x pernah padam. nak putus tp x pernah terputus. kalau dah mcm ni,aku dan dia nekad,kalau nikah khitbah tu pilihan terbaik,kami akan cuba sedaya upaya kami utk yakinkan my parents,yang kami mampu. pandangan masyarakat sekeliling? biarlah mereka nak kata apa. asalkan kami dipandang mulia oleh Allah S.W.T kerna melalui satu perhubungan yg halal. it's a big step. i know. he know. tapi. entah lah. moga2 Allah mudahkan segala urusan kami. segala yg baik kami buat utk DIA.