Kau kekasih hingga ke akhirnya...

Friday, January 27, 2012

bercinta semasa masih belajar..

zaman skrg ni mmg ramai yang bercinta masa still study lagi. nak kongsikan tips untuk mengelakkan fitnah dan maksiat berleluasa di akhir zaman ini. sama2 kita renungkan. sebahagian diambil dari laman web i luv islam. ^_^

Nak kahwin,nak halalkan apa yang haram tapi takut parents tak bagi kahwin sebab awal lagi,muda lagi.

memang berat bagi sesetengah individu untuk menyuarakan hasrat untuk berkahwin ketika belajar tambah-tambah lagi pelajar berkenaan masih cetek dari segi ilmu-ilmu spiritual, intelektual dan material dan masih terlalu ramai ibu bapa yang tidak berkeyakinan untuk membenarkan anak-anak mereka berkahwin seusia muda kerana bimbang pelajaran, kewangan dan sebagainya akan terjejas.
Dengan fikiran yang sebegitu, ibu bapa lebih rela melihat anak-anak mereka di bawa kehulu dan kehilir tanpa ada apa-apa ikatan yang sah. Maka, budaya couple semakin  berluas-luasa, bagaikan cendawan yang tumbuh selepas hujan. Kita kena ingat, wanita yang masih belum berkahwin, setiap tindak-tanduknya ibu bapalah yang akan mendapat dosanya. Tidakkah kita kesiankan ibu bapa kita. Kerana kita mereka terhalang dari masuk syurga Allah S.W.T. Fikirkanlah.

Sekiranya mahukan ikatan yang sah, pilih nikah Khitbah.
 
Altenatif yang kita boleh ambil adalah melalui nikah khitbah. Nikah khitbah ini adalah menarik sebenarnya. Kahwin jenis ini adalah pasangan tersebut bernikah tetapi dibolehkan tinggal secara berasingan (sepanjang tempoh pengajian). Istilah dalam bahasa melayu dikenali sebagai 'nikah gantung'.
Yang manisnya atau kelebihan kahwin macam ini banyak manfaatnya terutama mendapat redai Allah S.W.T. Pasangan boleh belajar bersama-sama, keluar bersama-sama tanpa ada rasa segan silu dan bersalah kepada Allah S.W.T, ibu bapa dan rakan-rakan.
Bebas untuk berpegangan tangan dan sebagainya malah setiap apa yang dilakukan mendapat pahala di sisi Allah dan malaikat sentiasa mendoakan kesejahteraan pasangan tersebut. Menarik lagi, dapat jalani kehidupan yang sah dan diberkati dalam "couple" dan sentiasa komited bagi berjaya dalam pelajaran.
Nikah khitbah ini ada terjadi kepada salah sorang rakan penulis. Memang penulis akui sangat cemburui akan mereka. Kenapa tidaknya, mereka bebas untuk berjalan bersama-sama, bermesra dan sebagainya. Masa tempoh belajar memang mereka tinggal berasingan. Yang menarik bagi penulis, tamat saja tempoh pengajian diploma lebih kurang tiga bulan, penulis dapat berita zaujah (isteri) dia sudah mengandung anak sulung mereka. Alhamdulllah. Mungkin sekarang sedang menunggu kehadiran insan baru dalam hidup rumah tangga mereka. Maniskan, insyaAllah.


sekadar berkongsi pengetahuan. ramai yang takut lg sbnrnya nak ambil komitmen. tambah2 kalau hubungan tu sekadar mengisi masa lapang,bukan niat nak jadikan isteri atau suami. kalau dah memang serius,why not terus bernikah,kan halal tu. ^_^

lagipun,kata Ustaz Azhar Idrus. Haram hukumnya bercouple jika x berniat untuk menjadikan perempuan itu isteri.

No comments:

Post a Comment