Kau kekasih hingga ke akhirnya...

Monday, January 30, 2012

eh,kau kawan aku dulu kan?

assalamualaikum. today nak story pasal SAHABAT. i should be thankful to FACEBOOK sebab temukan balik aku dgn kawan2 lama. dulu masa darjah 4 aku ada seorang kawan karib, mmg pergi ke mana je berdua la. sampai abg2 kantin and cikgu2 kata kami ni kembar. maklum lah due2 kecik comel. dua2 pengawas lak tu,baju kuning sama. aku mmg rapat ngan dia ni dulu. rehat sesame,belajar sesame. aku ingat lagi dulu dia pakai spec punye tebal,die mmg rabun,salu tak nampak apa yang cikgu tulis kat papan hitam. sbb tu kitorg dok barisan depan sekali.

lepas tu masa darjah 5 aku pindah. aku ada gak try cari number die sampai aku cari nama ayah dia dalam buku telefon TELEKOM yang tebal tuh. tapi tak jumpa2. mmg hampa la. dah la rindu sangat2 kat dia. maklum lah dulu rapat. after that,bertahun2 mmg aku lost contact ngan dia.

sampai la tahun lepas masa aku kat matrik,aku jumpa FB dia. aku tengok gambar dia. wahh,dah berubah dia skrg,comel and ayu gitu. aku ada try chat dia. tanya dia ingat aku lagi tak. tapi dia ckp sorry la xberapa ingat. waaa sedih rasa hati aku. punya lah aku rindu kat dia dulu. tapi dia dah tak ingat kat aku. huhu. then aku biar je la. takde la aku chat2 dia lagi ke apa. yelah dah bertahun2 berlalu mungkin dia dah lupe kot. lagi pun aku bestfriend dgn dia kejap je,masa darjah 4 ngan darjah 5 je.

sampai la hari ni. tetibe je dia chat aku tanya ingat dia lagi ke x? waaa finally bestfriend lama aku ingat kat aku balik. serious rindu kot. alhamdulillah dia pun berjaya jugak skrg. masuk matrik gak dlu,skrg belajar kat UiTM Puncak Alam. baru la aku tau rupa2nya die dok dekat je ngan  aku selama ni. dia dok kat Behrang 2020 je,sebelah TF pulak tuh. padahal tiap2 tahun mmg aku selalu pergi TF tuh. cuma tak tahu je yg dia ni dok situ,lau tak dah lama aku jumpa dia. T_T

okey tu cerita pasal kawan lama aku. and tahun ni jugak,i made new friends. dia ni aku tak pernah jumpa pun. dia ni kawan kepada cik abg aku. same2 belajar dgn topek kat SEMAIAN dulu. hurm dia ni dulu aku dah pernah friend kat FB,tapi ada masalah sikit dia,so dia block aku. waaa time tu sedih ase,ade org block aku kot. tapi takpe la aku pun tak amek peduli sangat la sebab aku pun agak bengang gak la dgn dia dulu. tapi aku ni cepat maafkan orang. kejap je aku marah dia,then aku maafkan je. biar la dia dgn dunia dia kan. malas nak amek peduli pun.

tapi rupa2nya aku tak tahu yang dia selalu baca blog aku ni. sampai satu hari dia follow blog aku. aku rasa mcm terkejut la jugak. aiikk,dak ni follow blog aku?? aku ingat dia benci gila ngan aku,tp benci2 ngan aku pun selalu ikut perkembangan aku. aku kata takpe la,dia nak baca biarlah,aku takde pun kutuk2 dia ke apa dlm blog ni. and aku hargai kot dia baca blog aku,itu tandanya dia prihatin gak kat aku and topek.

then one day masa birthday aku rasanya,dia wish birthday aku melalui facebook. kira die dah unblock aku ler tu. aku terharu gak la actually. siess aku mmg terharu walaupun dia ucap biasa2 je tapi as someone yang dlu pernah bertegang urat dan bermasam muka,kira mcm dah boleh let go semua masalah2 dulu. aku dah lama maafkan dia pe semua, dah lama rasa nak berkawan dgn dia. tapi aku biar je la,sbb tengok gaya dia macam benci je kat aku. sedih ase. T_T

pastu dia add aku kat FB. aku dgn besar hati lah approve. bak kata orang,buang yang keruh,ambil yang jernih kan. hal dulu2 dah lama aku lupakan. skrg aku x dendam or ape2 ngan dia. bagi aku dah jd friend kat FB cukup la. tapi aku tengok,dia ni prihatin. dia salu chat aku tanya ada masalah ke dgn topek. atau dia chat tanya aku ok ke tak. dia rajin ambil berat sal aku. kalau aku lain macam sikit,dia chat la tanya. bayangkan,dlu kami ni pernah bertegang urat,then dia jugak pernah block aku,.now sampai boleh jadi mcm kawan. and semalam aku ckp kat dia,thanks sebab amik berat and bg nasihat2 mcm2 kat aku. then dia ckp takpe,dia dah anggap aku mcm adik beradik sendiri.

aku rasa terharu gak la dgn dia. tak sangka dia begitu ambil berat and boleh anggap aku mcm adik beradik sendiri walaupun tak pernah jumpa aku face to face. so i learn something new,walaupun kita tak pernah jumpa seseorang tu,tapi tak mustahil kita boleh bersahabat dgn dia and jadi sahabat yang mengambil berat pe semua. and tak mustahil walaupun pernah bermusuhan,kita boleh bina ukhwah persaudaraan kembali. dan walaupun kadang2 kita banyak kawan depan mata,tapi tak semua yang ambil berat pasal kita kan. segelintir saja yang benar2 prihatin. buat orang tu,thanks a lot. semoga satu hari kita dapat jumpa and bersahabat sampai akhir hayat. ^_^

and ade seorang lagi. salsabila shafie. dia ni pun dulu bukan kawan aku pun. kawan ex aku. aku pernah bengang ngan ex aku sebab pergi raya umah Sal ni dulu before raya rumah aku. dah la ajak Sal ni sekali datang rumah aku. mmg aku panas gak la dgn dia ni dulu. padahal dia tak salah apa pun, dia cuma kawan ex aku je. then tiba2 kitorang ley jadi kawan lepas dia mintak tolong aku ajar Math before SPM. dia datang rumah aku petang2 study dgn aku. tetibe je padahal sebelum ni tak kenal pun. then kitorang boleh jadi rapat. jadi bestfriend. kitorang selalu mesej,dia la yang selalu bg kata2 perangsang kat aku time aku putus ngan ex aku masa nak SPM dlu.

sampai skrg dia masih lagi dtg jumpa aku walaupun dah tak selalu. aku baru jumpa dia dua hari lepas. 27 Januari hari tu birthday dia. aku belikan dia hadiah. harap lepas ni kitorang tetap bersahabat baik sampai bila2.

KAWAN ni ada mcm2 jenis. yang kita tak pernah jumpa,yang pernah jadi kawan baik kita dulu,yang hanya kawan dlm FB,yang pernah jadi musuh kita,yang pernah tikam kita dari belakang,yang sentiasa ambil berat pasal kita,MACAM2 la. tapi kawan ni la yang mewarnai hidup kita sebenarnya. bayangkan la hidup tanpa KAWAN dan SAHABAT,pasti suram dan sunyi.

No comments:

Post a Comment