Kau kekasih hingga ke akhirnya...

Tuesday, January 3, 2012

it's a big step wani

assalamualaikum..haih..ngeluh jap. bukan apa,terasa hidup ni kosong tanpa apa2 makna. buat benda sama tiap2 hari tanpa tahu apa yg bakal terjadi di masa depan. serius aku rasa ada benda yg kosong dlm hidup aku. aku tak buat apa2 lagi sebagai persediaan utk bertemuNya. Ya,siapa tahu,esok lusa Allah ambil nyawa aku. dan aku? masih berseronok dgn dunia. masih leka nak itu nak ini buat itu buat ini just for dunia. akhirat? aku lupa utk ambil berat kerna aku tergoda dgn indahnya dunia. aku betul2 rasa kekosongan ini. walau aku bahagia tapi tetap ada yg kosong. hidup aku mcm x lengkap.

kawan2,bila aku tengok perempuan berniqab,pakai tudung labuh,Ya Allah..hati aku bagai tersentap sangat2. mcm ada something yg ketuk2 pintu hati aku then said "wani,u should be like them too". kadang2 aku terbangun tgh2 malam dan rasa mcm "Ya Allah,dah lama aku tak bertahajud,last masa aku kat matrik dulu" aku dah tinggalkan Allah jauh dr hidupku. aku rasa sangat selfish sebab aku asyik fikir pasal dunia3. mana akhirat aku? mana bekalan aku utk aku bawak nanti? semua ni buat hidup aku seakan tak tenang. mungkin juga sbb itu Allah menguji aku macam2. Dia beri aku bahagia seketika then Dia tarik balik. Dia selalu buat aku berfikir,buat aku rasa takde guna aku hidup dgn cara sebegini. I need to change. but betullah,syaitan itu mmg tugasnya menghasut kita kaum yg lemah ini. bila ada terdetik di hati aku utk ubah diri,ada je yg menghasut aku supaya kekalkan dgn cara hidup sebegini. enjoy selagi dunia masih ada. enjoy!!!

ya enjoy. siapa tahu esok lusa Allah ambil nyawa aku,dgn keadaan sebegini? yg masih belum sempurna ibadahnya,yg masih belum sempurna tutup auratnya,yang masih belum sempurna ibadah sunatnya. yg masih jauh dari akhirat. kekadang aku menangis sendiri. menyesali khilaf diri. tapi tak mampu lagi nak paksa dan anjak diri suruh berubah. masih terlalu lemah imanku hingga syaitan memenangi permainan ini. aku terlalu leka dgn nikmat dunia. Ya Allah,berilah aku peluang utk ubah diri aku.

tau x antara satu bnda yg buat kita jauh dr Allah? ya,COUPLE. hubungan terlarang antara lelaki dan perempuan. bila bnd dah haram,then kita buat,kompem kan pintu hati kita makin lama makin tertutup. tapi nak buat mcm mana? dunia zaman sekarang mmg ini dah jadi trend. bukan mcm dulu,kalau suka,ckp kat mak ayah,diorang masuk minang,. then terus kahwin. settle. bahagia hidup sampai anak cucu. tapi zaman la ni,mak ayah bg ke nak kahwin awal? kompem2 la depa suruh belajar dulu kan. tapi kalau dah time belajar tu anak2 dok bercinta sana sini berdating keluar sesame buat maksiat,adakah itu bnda yg patut? mana lagi bagus,anak berdating dengan ikatan pernikahan atau nak anak tu belajar dulu tp dalam masa sama buat maksiat? haih. aku rasa NIKAH KHITBAH ni mmg patut dilaksanakan.

kalau seorang lelaki tu dah betul2 suka kat pasangan dia,and couple tu mmg dah hasrat nak kahwin,mmg couple secara serius bukan main2.why not just let them menikah? daripada nak tunggu 3 4 tahun and sepanjang tempoh tu dah macam2 maksiat dibuat,keluar sana sini tanpa ada ikatan,bukankah lebih baik nikahkan mereka? nikah khitbah bukan lah seperti pasangan suami isteri like mak ayah kita yg dok serumah pe semua.nikah khitbah ini mcm bertunang tp pasangan tu dah dinikahkan. mereka duduk asing2 namun bebas keluar dating pe semua dgn ada ikatan yg sah lg halal. dan kalau ikutkan mereka x dibenarkan lg bersetubuh sebab masih belajar dan duduk pun asing2 so just teruskan ikatan mcm couple2 lain,bercinta mcm biasa cuma mereka dah sah menikah. and kalau mereka terlanjur pun suatu hari,mereka buat bnd yg halal. xkan kena tangkap basah dan xberdosa zina.

yeah menikah is a big step. mmg a big step. masa aku kat matrik dulu,ada kuliah fardhu ain petang rabu,ustaz tu cakap,saat si lelaki melafazkan akad depan tok kadi sambil bersalam tu,saat tu jugak Allah turunkan rasa tanggungjawab,menyayangi,melindungi,mendidik dan mcm2 lagi dalam diri lelaki tu. saat tu lelaki itu akan terasa betapa beratnya amanah yg perlu dia pikul. sebab dia dah mengambil alih tugas menjaga seorang gadis drpd ayah si gadis,yakni dia skrg yg akan menangung segala dosa si gadis dan bertanggungjawab menjaga,mendidik,melindungi gadis tersebut. berat bukan? tp insyaallah,semua lelaki mampu melaksanakannya. walau berat mcm mana sekalipun,Allah ada utk membantu. just dekatkan diri dgn Allah,pasti segalanya akan menjadi lebih mudah.

kenapa aku tulis pasal ni semua? sebab aku rasa bersalah hidup dlm alam per'couple'an. korang takde rase bersalah ke? menyintai seseorang yg bukan halal bg kita,bersandar kasih pd dia. keluar bersama tanpa apa2 ikatan. dan pasti,lelaki dan perempuan ni mcm magnet. pasti tertarik dan di antara mereka,pasti ada syaitan yg sentiasa menghasut utk buat maksiat. hidup aku tak rase tenang. walaupun aku bahagia dgn dia tapi bahagia tu mcm x lengkap. mcm ada bnda yg kosong. aku dgn dia bukan baru dua tiga bulan. dah dekat dua tahun. aku terfikir,nak couple lama mane lg? nak dating lama mana lg tanpa apa2 ikatan? lg 3 4 tahun? lepas tu datang dugaan sikit,clash. punah janji sehidup semati. macam tu kah trend couple skrg? hmm aku kalau boleh,biarlah dia lelaki terakhir buatku. aku dah pernah buat segalanya dgn dia. kami dah macam x boleh nak pisah. melekat mcm magnet, takut nanti kami karam. itukah couple??

walaupun aku selalu gaduh dgn dia,walaupun kitorang ni kejap okey kejap x,tapi rasa cinta kami x pernah padam. nak putus tp x pernah terputus. kalau dah mcm ni,aku dan dia nekad,kalau nikah khitbah tu pilihan terbaik,kami akan cuba sedaya upaya kami utk yakinkan my parents,yang kami mampu. pandangan masyarakat sekeliling? biarlah mereka nak kata apa. asalkan kami dipandang mulia oleh Allah S.W.T kerna melalui satu perhubungan yg halal. it's a big step. i know. he know. tapi. entah lah. moga2 Allah mudahkan segala urusan kami. segala yg baik kami buat utk DIA.

1 comment:

  1. nice entry...ingat lah Dia pencipta yang satu insyaAllah bahagia di dunia dan akhirat kelak:)

    ReplyDelete