Kau kekasih hingga ke akhirnya...

Tuesday, January 10, 2012

masihkah kau ingat? :')

masihkah kau ingat..kita berlari2..di kaki langit..mencari pelangi..lalu hujan turun..kita basah bersama..masihkah kau ingat..masihkah kau ingat..... :')

tapi kita tak cari pelangi kan. hujan turun kita basah bersama pernah kan. atas moto same2 redah hujan juga pernah. ingat first time nak pergi tgk wayang? redah hujan kan sebentar. pastu kita seludup kentang goreng KFC kat dlm cinema kan. masihkah kau ingat? pertama kali dating. =))

tapi sebelum tu,masihkah kau ingat tarikh kita mula2 kenal? err kalau ikutkan,bulan 1 tahun 2005 la. but bukan kenal sbg classmate yg aku maksudkan,kenal dlm msg. ya. 10 Januari 2010. aku ingat lagi. sbb tarikh tu tarikh sama aku couple dgn Luqman Hafiz. kita kenal sbg kawan lama. kita terjumpa dekat Petronas Sungkai time amek result SPM sbg kawan lama. dan kita jumpa semula di stesen KTM Butterworth sebagai kekasih. =)) masihkah kau ingat?

dan masihkah kau ingat,hari2 yg berlalu tak semudah yg kita harapkan,tak seindah yg kita impikan. gaduh,marah,semua rasa ada. utk bertahan hingga ke saat ini,memerlukan pengorbanan dan kecekalan hati serta seribu kemaafan. kita harungi rasa itu,hingga saat ini. 10 Januari 2012. Alhamdulillah,dah genap setahun lapan bulan hubungan kita.  bahagia? sengsara? semua rasa ada. =)

dan aku rasa aku sudah bersedia. bersedia utk apa? utk menyintai dia buat seumur hidupku. dgn izin Allah.
aku ingin abadikan seluruh hidupku bersama dia. utk setiap waktu yg kita dah luangkan bersama,utk setiap detik kebahagiaan kita selama ni,aku taknak sia2kan waktu itu dgn menjadikan dia hanya sementara dlm hidupku. i wanna spend my whole life with him. and i will love him till the end of time. *ayat aku tiru dari citer main hoon na diwali apa ntah aku tak ingat nama tajuk dia. tapi aku ikhlas maksudkannya.

cite ni la. best. =)

ingat time kita lepak tepi laut bersama2? itu saat indah. menghabiskan sepanjang malam bersama kamu,buat aku rasa bahagia. tak fikir penat,tak fikir sakit kaki berjalan,tak fikir sejuk,entah kenapa yg aku fikir cuma kita. dan aku rasa susah nak lepaskan saat itu. we are just so romantic even we can't see it. we feel the love even we keep deny it when we fight. we spend the time together even we used to think that better we break-up. but we never did right? we survive in this romance. at least till now. =))

aku tak tahu apa yg aku rasakan. adakah ini cinta? atau amanah? atau tanggungjawab? atau janji? tapi yg aku tahu. aku selesa bersama dia. walau aku menangis setiap malam,walau aku marah tiap2 hari,tp aku tahu,lelaki ini menghuni hati aku. walau aku cuba menafikan cinta utk dia,cinta itu masih tetap ada. dan kekal ada. even dah dua tahun berlalu.. even dah berapa juta saat berlalu. i still love him. and i hope,sampai bila2 cinta ini utk dia saja. biarlah dia yg terakhir menghuni hati ini. biarlah dia yg menjaga aku kelak. sekali dia di hati,selamanya dia di hati..

nak mencari bahagia itu bukan satu perkara yg mudah. di dalam perkataan BAHAGIA itu bersemi rasa kemaafan,pengorbanan,pengertian,persefahaman dan cinta. dan tak semua insan merasa bahagia berpanjangan. dlm bahagia,pasti ada terselit duka. lumrah dlm perhubungan. sebab kalau kebahagiaan itu ibarat sinar matahari dan kesedihan itu ibarat rintik air hujan,sungguh kita memerlukan keduanya untuk melihat indahnya pelangi.


mungkin aku bukan yg paling memahami diri dia,mungkin aku tak selalu buat dia bahagia..tp aku harap,aku untuk dia,dan dia untuk aku..biarlah kekurangan itu menyempurnakan kami. aku takkan pandang segala kelemahan dia. aku cuma harap dia sanggup buat yg terbaik utk aku. jadi seperti yg aku impikan. tp kalau dia tak mampu sekalipun,aku akan tetap menerima dia apa adanya. i'll wait for you my dear future husband. insyaallah. semuanya dengan izin Allah.


*mungkin ada sebab Allah pertemukan kita semula. mungkin ada sebab segala yg terjadi antara kita. semoga kita hargai setiap masa yg ada. aku taknak lagi berjumpa org yg salah. biarlah kamu yg sebenar2nya untuk aku. 

No comments:

Post a Comment