Kau kekasih hingga ke akhirnya...

Sunday, January 1, 2012

mak,ayah,izinkan kami menikah

assalamualaikum. today last day in 2011. and today juga,lagi sekali,utk keberapa kali nya,soal nikah timbul dlm hubungan kami. ya,dia nekad utk menikahiku. persoalannya,kami baru masuk ke umur 20 tahun,terlalu awalkah? bg masyarakat kita,ya,masih muda. mesti akan cakap,kasi habis belajar dulu la. x yah nak gatai sangat nak kawen. gatai nak kawen? oh tidak. kami masih mampu je nak couple sampai bila pun. tp kami sedar,couple menjerumuskan kami ke arah maksiat. okey pasti ade orang akan cakap "so x payah la couple". ya memang senang utk cakap. tp kami dah pernah couple pun. nak end mcm tu je? pastu selama ni dok kua same2,last2 bukan dia yg jd suami kita? dah sayang,dah cinta,dah pernah lalui banyak bnd sama2,susah tau x nak let go. tp kalau teruskan pun,bnd x halal. pasti banyak sangat dugaannya kan? ye memang betul. aku dah lalui. aku couple dgn dia,hubungan kami masih x halal,hari2 gaduh. atas sebab kecik2 pun gaduh. Allah uji kami kah? mungkin. dan sebagai seorang pelajar,pasti tensen. setiap hari bergaduh dgn pakwe. sampai mase kat matrik aku pernah down sebab dia. nak tinggalkan,hati dah sayang. dah cinta. x ley nak watpe. akibatnya,result low. kerja x buat. and mcm2 lg dugaan dpt. sebab apa? sebab kalau kita couple ni,kita akan rase insecure. rasa curiga memanjang. sbb pasangan kita tu bukan milik kita lagi. so mesti banyak sangat gaduh sbb kecik2. jeles la itu la ini la. mengawal,mengongkong la ape semua. couple time belajar memang berisiko sangat2.

atas sebab semua ini,kami cadang nak nikah. pasti halangan yg paling besar ialah parents. masyarakat sekeliling juga pasti akan pelik. tapi sedarkah kalian,kami bukan cakap kosong. kami nak menikah bersebab. nak elakkan maksiat,. nak jadikan kehidupan kami lebih baik. menuju ke arah Allah. menjadikan kami lebih bertanggungjawab. baiklah,aku petik komen2 dari rakan2 iluvislam tentang menikah dalam usia muda.

"isteri saya juga student..honestly, lepas kahwin pointer mencanak2 naik.bkn nk banggga apela..tp kahwin ni menuju jalan Allah..jgn sempitkan fikiran konon susah nk jage anak ape semua..dah name pn kahwin time study, buat la ape yg patut..hidup ala kadar..tinggal di asing2 di hostel..buat family planning..dah tau study watpe pikirkan nak ade anak..tangguh dlu hasrat sampai abis study, ade keje,then baru fikir nak ade anak..kahwin awal bole sucikan diri kite dr maksiat.. bile dah suci dr maksiat..ilmu pun sng je masuk..Allah sentiasa akan tlg org yg menuju ke jalanNya..jgn risau..pokoknya kita kena yakin dgn Rezeki dan pertolongan Allah..pengorbanan mmg plg penting la kalau kahwen time study..jgn hidup mcm org yg dah berkerjaya..kite hidup bkn kejar dunia semata2..kejar la akhirat sama..bile kite jage agama kite, Allah akan jage kite.. TAKUT? kalau takut bermaksud anda x Yakin dgn Rezeki dan pertolongan Allah..mmg xkan ada ibu bapa yg stuju kahwin time study..melainkan ibu bapa yg berfikiran mengutamakan agama..tp kita kena cuba yakinkan ibu bapa..buat solat hajat doa bnyak2 supaya pintu hati mereka terbuka untuk merestui perkahwinan kita..saya pun pernah alamai semua ni bersama isteri..kami dipandang hina oleh org sekeliling..tp buat ape nk pikir pandangan org? asal Allah memandang mulia kite..itu sudah cukup..bukan org lain yg tanggung dosa kite..skang dah setahun kami kahwin, Alhamdulillah semua ok. rezeki kami x pernah putus..xpernah lg kebulur..sbb kami yakin dgnNya."


"hmm... smge ramai remaja diluar sana memahami,, bhwe islam itu indah,, rahmat dan kebahagian yg besar klu bernikah dgn carA baik. ALLAH dah bg kita option baek punye, boleh nk pegang tangan, keluar berdua-duan bermanja dan seumapanye DGN DI BERI PAHALA... nape nak pilih BALA?"

"dlm artikel nih.moral of story yelah..kawen mengikut kemampuan pasangan, mengelak zina, yang penting ikut care islam..lau suke ckp suke terus kawen xpyah nak tunggu 4 5 taun bercinte last merana.."

"saya setuju....tp masih adakah makbpak...anak2 yang boleh ikot cara ISLAM?...rasanya susah nak dpt....al maklum la...demand sana sini...smpai nak kawen pun terpaksa BERHUTANG....Islam Itu Indah Dan MUdah....diri sendiri yang suka cari susah.."

"tp...ape plak pndamgn,,.klau anak the mintak nk kwin dr mak ayh...tp mak ayh yg xbg....atas sbb...msih blaja..np? slah ke kwin mase blaja ag? dr anak bkapel..pstu jumpe wat mnde xsnonoh...lg la xtenang kan nk blaja...hmm...xtw la nk ckap cmne da...nk tggu hbis blaja lg sethun lebih...slama masa tu,,, mcm2 leh jd...dugaan btol la..."



"Saya bahagia sekarang. Boleh keluar dengan suami tanpa rasa takut dan malu, disentuh lelaki bukan mahram. Dan suami saya tidak perlu takut saya diambil lelaki lain seperti dahulu. Apa semua yang pasangan bercinta lakukan, kini kami lakukan dengan halal. Dan kami boleh lakukan lebih dari itu, dengan halal. Tidak perlu risau. Kami aman dan bahagia. Saya dan suami masih bercinta. Masih belajar mengenal sesama sendiri. Dan percayalah, tak guna bercinta lama-lama."

couple ni terlalu banyak dugaan. mudah sangat utk melakukan maksiat. kami nak mencari redha Allah. supaya  rindu dan cinta yg kami rasakan menjadi halal. x susah ilmu kami nak masuk nanti. dan tak juga dilanda perasaan insecure yg mungkin akan buat kami kantoi ketika belajar. lagi pula kami mungkin akan berjauhan lepas ni. dia di utara dan mungkin aku di selatan. kami ingin menikah secara khitbah. iaitu nikah gantung. means kitorang akan dinikahkan,tp duduk still lagi berasingan. masih lg parents tanggung. suami boleh tanggung apa yg patut kalau dia terdaya. untuk tau lebih lanjut pasal ni. baca artikle yg aku petik dr sebuah laman web islam di bawah.



Rasulullah s.a.w bersabda: 
Tiga perkara yang jangan dilambat-lambatkan, iaitu solat apabila telah masuk waktunya, jenazah apabila telah siap (urusan mandi dan kafan) dan anak gadis setelah ditemui (pasangan) yang sesuai untuknya. 
(H.R. Tirmidzi)
Kahwin awal bukan satu masalah. Mari lihat persoalan-persoalan yang selalu menerjah di kepala anak-anak muda yang fitrahnya terhalang atas sebab-sebab tertentu.

1. Kahwin waktu masih belajar, adakah tidak mengganggu pelajaran?
Siapa cakap kahwin waktu sedang belajar mengganggu? Salah tanggapan tu. Sepatutnya, kahwin awal lebih memberi kita semangat yang membara. Yelah, sudah ada pasangan yang halal dan akan sentiasa menyokong kita, mesti la lagi bersemangat mau belajar kan? Lagi satu, orang yang sudah kahwin ni akan berasa lebih bertanggungjawab dari sebelum kahwin. Sebab mereka tahu bahawa mereka punya pasangan untuk dijaga, jadi mereka pun akan berusaha untuk buat yang terbaik bagi pasangan mereka. Apa-apa pun, tengok ibu bapa kita saja sebagai contoh. Sudah kahwin, tapi adakah mengganggu kerja mereka? Tidak kan?

2. Saya masih belajar, macam mana mahu bagi nafkah pada isteri kalau belum ada kerja?
Saya tahu ramai antara kita yang masih belajar, dan ramai yang meminjam PTPTN atau dapat biasiswa. Saya beranggapan pasangan yang ingin dikahwini jugak masih study, dan juga meminjam PTPTN atau dapat biasiswa. Jadi ia bermakna dua-dua masih dapat hidup dengan wang yang asas tu. Jadi, sementara masih belum ada kerja, suami berilah nafkah yang termampu kepada isteri. Mungkin RM50 atau RM100 sebulan? Bergantung kepada berapa banyak isteri gunakan untuk makan. Lagipun, isteri jugak ada wang, jadi tak perlu rasa ada masalah di situ. Yang penting dua-dua masih dapat hidup. Lain la kalau isteri demand kereta, rumah, rantai emas, baju berlambak-lambak, dan macam-macam lagi. Jadi, sepatutnya tiada masalah dalam bab nafkah. Cuba kita tengok orang Arab zaman Nabi dulu. Adakah kebanyakan daripada mereka orang berharta? Tidak. Mereka cuma mampu memberi isteri makan makanan setakat yang mereka mampu beri. Itu pun sudah mencukupi untuk dijadikan nafkah. Nabi tak larang pun orang miskin berkahwin. Jangan jadikan kekurangan wang sebagai penghalang perkahwinan. Itu namanya menyalahkan takdir Allah. Berdosa.
Firman Allah: Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui. (An-Nur:32)

3. Macam mana mahu cari modal untuk majlis perkahwinan?
Sebelum itu, saya mahu tanya. Apa perkara asas dalam kahwin? Ya, akad nikah dan walimatul urus. Merisik dan bertunang tu bukan wajib pun. Jadi, potong kos seperti bagi hantaran waktu merisik dan bertunang, sudah jimat wang. Waktu akad nikah pun, jemputlah keluarga terdekat dengan kawan-kawan saja yang dapat datang. Berdosa bila tidak menghadiri jemputan walimatul urus. Jadi, jimat sikit kos kenduri. Dan tidak perlu sanding-sanding semua tu kerana hukumnya haram jika bersanding depan bukan mahram. Buang wang saja sewa pelamin, sewa baju pengantin, sewa jurukamera dengan mak andam semua tu kerana ia termasuk dalam hal-hal yang sia-sia. Mas kahwin pun tidak perlu tinggi-tinggi kerana sebaik-baik magar adalah yang paling rendah. Mudah saja majlis perkahwinan dalam Islam. Tidak sampai puluh ribu pun.

Sabda Rasulullah s.a.w: 
Tiga golongan yang akan selalu diberi pertolongan oleh Allah ialah seorang mujahid yang selalu memperjuangkan agama Allah s.w.t, seorang penulis yang selalu memberi penawar dan seorang yang menikah demi menjaga kehormatan dirinya.
(H.R. Thabrani)

4. Tidak terlalu awalkah untuk saya berkahwin?
Kalau rasa dengan kahwin boleh buat semangat untuk belajar semakin meningkat, kahwin la. Kalau rasa kahwin boleh buat diri semakin bersemangat dalam agama, kahwin la. Kalau rasa kahwin boleh elak daripada fitnah dan maksiat, kahwin la. Itu maksudnya, kahwin memang perlu di usia muda. Benda yang baik, jangan dilambatkan. Takut kelak bertukar menjadi benda yang tidak baik. Cuba bayangkan anda ada pasangan yang disukai. Kan bagus kita cepatkan benda yang baik dengan berkahwin terus. Tapi kalau kita melambatkan perkahwinan yang bagus itu, mungkin kita akan terjerumus ke lembaah maksiat. Kenapa kita boleh beralasan untuk melakukan perkara yang halal, tetapi tidak langsung mengemukakan alasan untuk melakukan perkara yang haram? Tanya diri, jagalah iman.

Sabda Rasulullah s.a.w: 
Apabila datang kepadamu seorang laki-laki untuk meminang, yang engkau redha terhadap agama dan akhlaknya, maka nikahkanlah dia. Bila tidak engkau lakukan maka akan terjadi fitnah di muka bumi dan akan timbul kerosakan yang merata di muka bumi. 
(H.R. Tirmidzi dan Ahmad)

5. Bersediakah saya untuk kahwin awal?
Ini soalan paling bagus ditanya kepada diri sendiri. Tanya dulu soalan asas ni. Sudahkah saya solat penuh 5 kali sehari semalam? Bertanggungjawab sudahkah saya? Adakah saya panas baran atau penyabar? Adakah saya seorang yang bercakap menggunakan akal atau bertindak menggunakan akal di lutut? Pendek kata, ada banyak soalan spesifik yang boleh ditanya kepada diri sendiri. Walau apa pun jawapan dia, ini nasihat saya. Sentiasalah perbaiki diri dan mantapkan diri. Orang yang sudah berkahwin dan sedang belajar solat lebih baik berbanding orang yang sudah kahwin dan pandai solat tapi tidak amalkannya lepas kahwin. Orang yang bersedia mengubah dirinya adalah yang paling bersedia sebenarnya.

6. Macam mana dengan restu ibu bapa?
Ya, ini la benda paling susah bila mahu kahwin awal. Faktor penghalang paling utama. Kalau kita dapat menjelaskan dengan baik kepada ibu bapa dan mereka faham, insyaAllah tiada masalah untuk berkahwin awal. Tapi kalau ibu bapa kita susah mahu terima sebab fikiran mereka masih terikat dengan fikiran tipikal masyarakat Melayu sekarang ni yang lebih terpengaruh kepada adat dan cerekarama di tv semata-mata, serta pemikiran risau akan tak cukup wang nak sara anak dara orang, sudah tentu mereka tidak akan terima setiap hujah yang diberikan seperti di atas. Apa-apa pun, saya doakan yang terbaik untuk mereka yang mahu kahwin awal supaya cepat bertemu jodoh. Ingat, bila seseorang itu berkahwin kerana ingin mengikut sunnah Rasulullah, maka terbukalah segala pintu rezeki untuknya. Lihat, betapa banyaknya kelebihan kahwin awal. Fikiran kita yang sempit saja membuatkan kahwin ni nampak terlalu susah sangat.
Umar bin al-Khattab r.a telah berkata: Kahwinlah anak-anak kamu apabila sampai baligh, janganlah kamu menanggung dosa-dosa mereka. (Disebut oleh Ibnu Jauzi dalam Ahkam An-Nisa)
Nasihat saya untuk golongan-golongan yang sedang hangat bercinta tu, sebaiknya kahwinlah awal. Lebih banyak kelebihan kahwin awal berbanding kahwin lambat. Tapi semua itu pilihan masing-masing juga. Mudah-mudahan setiap pilihan yang kita buat adalah yang terbaik dan dirahmati Allah. InsyaAllah.

Rasulullah s.a.w bersabda: 
Siapa yang benci dengan cara hidup (sunnah) ku maka dia tidak termasuk golonganku. 
(H.R. Bukhari dan Muslim)

salah ke kalau kami nak menghalalkan apa yg haram? mungkin ramai yg akan kata,mmg la x salah. tp mampu ke korang bertanggungjwab? muda lagi dah ade komitmen,mampu ke nak handle? Ya Allah,kalau kami buat semua ni kerana Allh,utk mendapatkan redha Allah dlm hubungan kami,insyaallah dia akan sentiasa membantu kami. lagipun kami bukannya budak2 lagi, dah menginjak umur 20 pun. cuma nak menghalalkan segalanya. dan membantu diri kami jd lebih baik. biar kami same2 berubah setelah sedar kami mempunyai tanggungjawab dan amanah untuk dipikul.cadangan kami mcm ni,sebelum aku sambung belajar,kami menikah secara khitbah dulu. nikah khitbah ni mcm bertunang jugak la,cuma adekan ikatan nikah tu sekali,supaya nanti  bila kami nak berjumpa,dia bukan haram bagiku. kami bebas keluar 'dating' dgn title halal. kami dah menikah. dia suami saya. x malu nak berjalan depan public berpegangan tangan. sebab dia suami saya.

Ya Allah,permudahkan lah niat kami ini. Lembutkanlah hati kedua orang tua ku. Kata dia,dia dah cakap sal hal ni dgn ayah dia. ayah dia mintak alamat aku.  dia cakap family dia x de hal. mane yg baik utk dia,mereka turutkan. masalahnya sikit ialah family aku. tak tau cmne nak yakinkan diorang yang kami betul2 serius dan sudah bersedia nak memikul tanggungjawab ni. demi agama dan maruah keluarga juga. aku taknak mak ayah aku malu kalau kawan2 dorang tegur aku g dating ngan pakwe aku pegang2 tangan. keluar berdua tanpa ada apa2 ikatan. sumpah aku taknak diorang malu sebab aku. untuk itu,izinkanlah akak menikah. bukan dah gatai nak kahwin. tp nak jaga syariat. nak jaga maruah diri,maruah keluarga,dan nak ubah diri menjadi lebih baik. Insyaallah. semoga dipermudahkan segalanya.. 

biarlah dia menjadi sah buatku..
untuk aku jadikan teman dan pendamping hidup di waktu susah dan senang

sesungguhnya aku menyayangi dia.
dia juga begitu.
semoga dipermudahkan segalanya.
untuk menuju redha Ilahi.


No comments:

Post a Comment