Kau kekasih hingga ke akhirnya...

Wednesday, January 11, 2012

remaja memang kuat memberontak

assalamualaikum. entry dedicated to all parents and teenagers outside. well,antara parents and teenagers,we have a condition call generation gap. aku belajar benda ni masa kat matrik. subjek bahasa inggeris. teacher aku salu terangkan pasal bnd ni. generation gap ni bg aku sesuatu yg normal la sbb jarak umur antara kita ngan parents kita sangat beza la kan. parents kita dah makan garam dlu dari kita. mesti dorang lg banyak pengalaman and tahu baik buruk. beza dgn kita teenagers ni,kita ni salu nak cuba semua benda,nak buat semua benda like we know everythings tanpa fikir baik buruk.

hum. it's a normal thing actually bila anak selalu tak sependapat dgn mak atau ayah. aku juga mcm tu. tambah2 time jiwa remaja paling memberontak,iaitu di usia 13-17 tahun. time ni remaja semua tak dapat fikir dgn matang lagi. diorang banyak dipengaruhi oleh kawan2 and masa diorang lebih banyak di spend with their friends. true right? makin kita besar,makin jauh kita dgn parents kita. makin kita besar,makin banyak kita melawan cakap mak ayah kita. makin kita besar,makin kita rasa kita dah x perlukan kongkongan dan leteran mak ayah kita.



susah sbnrnya nak bercakap dgn remaja. they always think they right. dlm apa keadaan sekalipun. cakap mak ayah semua nak tolak tepi. mak ayah tak sporting lah. mak ayah kolot lah,kuno lah. old-minded lah ape lah. dalam hal ni,parents perlu jugak sbnrnye memahami remaja. aku ni menulis dr sudut remaja la sbb aku ni still a teenagers lg. aku dulu pelajar sekolah. ok apa yang aku nak sampaikan,bukan sbb aku nak melawan parents pe semua. tp kadang2 parents kena hormati jugak hak anak2. masa aku sekolah dulu,aku paling tak suka if parents paksa aku belajar. paksa means wajib,bukan aku taknak belajar k. fahamkan betul2 di sini. parents boleh menegur,tak salah,like they said. "akak,tak belajar ke?" itu takpe. aku terima. tapi jangan mcm ni "ok ayah nak,balik je sekolah semua belajar,dr pukul 3 sampai pukul 5" (peringatan,semua ni sekadar contoh je,bukan mak ayah aku buat mcm ni kat aku adik2,ni semua contoh je) 


sebab apa aku tak suka kalau diorang mcm tu? ok aku bg sebab. semua org tak suka dipaksa kan? korang berpuas hati tak dgn hasil kerja korang if semua tu korang buat secara terpaksa? of course akan ada cacat cela dlm apa yg korang nak buat. sama dgn aku,kalau aku belajar dgn cara terpaksa,aku mmg x boleh hadam. tambah2 kalau diorang suruh belajar time aku sangat2 penat. bayangkan kalau lepas je balik sekolah,kena belajar. dah la penat dalam kelas belajar 6 atau 7 jam sehari,dgr cikgu ajar,kalau cikgu yg ajar slow takpe lagi,ni kalau cikgu tu ajar laju2.kita nak tangkap satu2 pun terhegeh2,otak penat woo nak menghadam. lagi2 time add math,fizik,kimia,,semua tu memerlukan fokus yang tinggi. satu jam setengah kelas boleh buat otak sangat penat. kalau dah otak penat,badan pun automatik makin lama makin lemah,makin lesu. sampai tgh hari,pelajar dah ngantuk pe semua. bila balik sekolah,confirm perlukan rehat. mak ayah patutnye faham,bagi la kami rehat dulu. waktu tgh hari and lepas balik sekolah adalah waktu paling tak kondusif nak belajar. serius aku cakap,tak guna belajar time otak dan badan penat, cukup lah kat sekolah tadi perah otak,bagi anak2 tu rehat dulu. ilmu cikgu bagi kat kelas td pun diorang tak habis hadam lg. dalam hal ni,parents perlu faham and jangan memaksa.

aku tau niat parents nak anak berjaya. diorang memang perlu digerakkan. perlu disuruh baru nak buat. memang. parents tak salah. cuma cara tu kena betul. jangan terlalu memaksa. jiwa remaja ni lain. bukan mcm kanak2 umur 7 8 tahun yg ikut je semua cakap. sebenarnya anak ni,dalam diri diorang mmg ada keinginan nak berjaya,ada keinginan nak banggakan mak ayah. bukan takde. tp bila parents jadi terlalu memaksa,diorang memberontak. aku dulu time sekolah,nak belajar aku belajar. taknak,aku buat benda lain. aku jenis tak suka disuruh dan ikut jadual. aku dlu mane pernah buat jadual belajar and ikut jadual tu. kalau buat pun sbb cikgu suruh,then balik umah,haram tak ikut. mmg tak suka belajar ikut time. parents kena hormat hak anak kalau dah dia mmg tak suka,jangan dipaksa. alhamdulillah parents aku mmg tak pernah paksa aku nak study ke apa ke. maybe diorang percaya pada aku.

kalau anak2 tu dah tahap malas nak belajar mcm mane? ok ni mmg kes biasa. tak semua anak tu boleh berdikari dlm pelajaran. means tak semua yg ada keinginan nak belajar bila kat rumah. tak semua mampu seimbangkan pelajaran dan kehidupan. tambah2 anak lelaki. diorang ni kalau ikutkan pandai tu pandai,tp malas sikit. tak sama mcm anak perempuan. dalam hal ni,parents boleh suruh diorang belajar,tapi jangan di tahap terlalu memaksa sampai diorang pun tak suka. perlu ada cara. misal kata,malam ayah nak tetapkan suruh study. ayah tu sendiri turun la padang tengok dan pantau keadaan anak. jangan just arah "anak2,semua kena study start pukul 8 sampai pukul 11" tapi si ayah lepas tangan. must have some attention la to them. apa yg ayah tu tahu,segala ilmu yg ayah tu ada,ajarlah pd anak2. sebenarnya anak2 lg suka dan rasa dihargai bila mak ayah turut skali ajar,bagi tips2 how to succeed,tolong anak2 buat homework. jangan kita suruh,paksa,then kita biar. tu salah.


walaupun ada generation gap antara teenagers and parents,tapi semua tu boleh diatasi dgn cara dan kaedah yang betul. anak dan parents tak boleh sama2 ego. tak semua yang parents harapkan tu sesuai dgn jiwa anak2. let them free. free di sini maksudnya,kalau anak tu tak suka,jangan la terlalu memaksa. slowly. parents jugak pernah muda kan,pernah melalui zaman sekolah kan,so try faham jiwa remaja ni. kalau anak tu mmg taknak buat apa yg kita suruh,try guna kaedah lain. just jangan tekan diorang sangat sampai diorang stress and tensen and memberontak. diorang masih bersekolah. jadi pelajar ni walaupun x banyak sangat kena fikir,tp diorang stress jugak nak pulun yg terbaik,tambah2 kalau tahun exam,mmg sometimes students akan jd sangat stress. parents should understand all this. jgn terlalu memaksa.

*love my parents a lot. well,x semua bnd yg kita buat betul kan. =))

No comments:

Post a Comment