Kau kekasih hingga ke akhirnya...

Saturday, January 28, 2012

teringat kenangan lalu

assalamualaikum..petang2 ni sambil tak ada watpe,aku tengok balik album dalam facebook aku..album raya tahun 2011 hari tu..and sesuatu menjelma kembali di ingatan..sehari sebelum aidilfitri..

first time pergi beli baju raya bersama cik abang. bukan baju raya aku la sebab aku mmg awal2 dah beli. beli baju raya abang. mula2 dia taknak beli baju raya pun,pelik la dia tu. macam tak kisah je nak raya. dia kata mmg dah lama dia tak beli baju raya. selalu pakai yang lepas2 je.  aku pun okey je la. takde la nak paksa dia beli ke apa. then petang tu tiba2 dia ajak pergi bidor nak cari baju raya.

kali pertama beb. kali pertama pilihkan baju untuk seorang lelaki. kali pertama ukur saiz baju dia. kali pertama aku rasa mcm beli baju raya dgn suami sendiri. kali pertama aku rasa aku mcm isteri orang,dok pilihkan baju,belikan songkok,cari barang sama2. raya tahun 2011 adalah raya pertama aku fully raya bersama dia. bukan hanya dia,kami pergi rumah2 kawan2 lama SMK Slim..dari besout,sungkai,trolak,slim..inilah pertama kali raya yang aku rasa agak bermakna setelah dah berapa tahun aku raya hanya duduk rumah je..

dan aku rasa aku takkan lupakan peristiwa beli baju raya bersama abg ni sampai bila2. dia pun ckap mcm tu,masa kami berjalan sama2 di Taman Tasik ritu, dia tiba2 teringat pasal beli baju raya sama2 tahun lepas. dia cakap itulah kali pertama dia beli baju raya dgn awek. aku hanya mampu tersenyum. biarlah kenangan itu terus subur dlm diri kami.

gambar header aku kat atas tu,gambar time kami pergi beraya. baju yang dia pakai tu la yang kami beli sama2 hari tu.

tiba2 teringat kenangan lalu,mmg sebak rasanya. hampir menitis air mata bila tengok balik gambar2 lama. dia sekarang masih dgn saya,dan InsyaAllah kalau ditakdirkan jodoh kami bersama,dialah bakal suami hingga akhir hayat.

No comments:

Post a Comment