Kau kekasih hingga ke akhirnya...

Friday, February 24, 2012

cara nak masuk u last minit



anda lepasan SPM dan matrikulasi? sila baca apa yang saya merepekkan ye.

syarat2 untuk masuk u last minit ialah :-

1. anda mestilah berumur 19 tahun ke atas ketika anda membaca entry ini.
2. anda mestilah masuk matrik lepas SPM
3. anda mestilah dapat pointer 3.5 ke atas di matrikulasi.
4. anda mestilah dapat band 4 ke atas dlm MUET
5. anda mestilah tiada cita-cita
6. anda mestilah menolak tawaran U selepas matrik
7. anda mestilah bekerja dulu selama 5 bulan selepas anda menolak tawaran U 
8. anda mestilah tiba2 terfikir untuk menjadi lawyer 
9. anda mestilah mengkaji semula result SPM anda dan melihat pada subjek Sejarah dah English dapat berapa.
10. anda mestilah dapat A+ untuk subjek tersebut.
11. anda mestilah mempunyai seorang emak yg SANGAT2 baik dan sporting.
cara2nya ialah :-
11. anda mestilah tergesa2 isi permohonan ke UiTM. last minit ye. jika tarikh tutupnya pada 16 November,tiru macam saya,anda isi pada 15 November.
12. anda mestilah dgn yakin dan takburnya mengisi pilihan pertama "Ijazah Sarjana Muda Pengajian Undang-Undang" atau bahasa glamour antarabangsanya BLS yakni Bachelor of Legal Studies dan ada pulak Hons belakang dia. 
13. anda mestilah buat tak tahu pada permohonan itu selepas anda isi.
14. anda mestilah tiba2 terfikir pada permohonan itu setelah dua tiga bulan lepas anda isi.
15. anda mestilah selalu buka portal UiTM utk melihat sama ada keputusan dah keluar ke belum.
16. pada hari result permohonan keluar,anda mestilah stress sampai pergi ke CC untuk bukak portal UiTM yg sememangnya lembab tahap siput.
17. anda mestilah banyak2 bersabar dan membuka portal tersebut tepat jam 8.30 malam walaupun result dah keluar dari pukul 5 petang.
18. anda haruslah rasa berdebar2 dan curious.
19. anda haruslah masukkan no ic dengan yakin dan baca BISMILLAH serta kata dlm hati "ala,tak dapat pun takpe,ley cube UPU pulak".
20. setelah result keluar,dan anda baca "Tahniah! Anda berjaya mengikut program Ijazah Sarjana Muda Pengajian Undang-undang  di UiTM Shah Alam", anda HARUS dan WAJIB lah menjerit sekuat hati 'Yes!!!!!!!!!!' sampai mak anda yang tengah masak kat dapur dengar dan adik anda berlari ke arah anda dan bertanya "kenapa akak?"
21. anda haruslah dengan eksitednye bagitau mak "mak,akak dapat kos undang2,UiTM Shah Alam!!!" sambil menjerit2 eksited tahap gaban dan haruslah anda bangga apabila mak anda tak henti2 menyebut Alhamdulillah tanda bangga dgn anda.
22. anda haruslah buat rilek je walaupun anda hanya ada masa tak sampai lagi 3 minggu sebelum mendaftar.
23. pada minggu terakhir sebelum mendaftar,anda mestilah tergesa2 pergi bukak akaun SSPN sbb anda nak mohon PTPTN.
24. juga anda haruslah membuka akaun Bank Islam tiga hari sebelum tarikh mendaftar. yang mana pada akhirnya anda baru mengetahui IC anda rosak dan terpaksa buat IC baru. *mengeluh puas2.
25. anda terpaksa ke pejabat JPN dan minta surat pengesahan IC rosak dan pergi semula ke Bank Islam untuk buka akaun.
26. diingatkan anda juga perlu membayar yuran UiTM sebelum mendaftar yakni bayar di Bank Islam tiga hari sebelum tarik daftar.
27. anda haruslah mengemas beg pakaian sehari sebelum mendaftar.
28. anda haruslah membeli segala kelengkapan dan mintak sain pengetua untuk pengesahan borang2 sehari sebelum pergi mendaftar.
29. anda haruslah berasa stress dan tensen sbb banyak lagi barang2 anda belum kemas padahal esok dah nak daftar dah.
30. anda haruslah bertambah2 stress bila anda sedang sibuk kemas2 baju,ayah anda ajak pergi UiTM Shah Alam time tu jugak.
31. anda haruslah berasa amat menyesal sebab buat kerja semua last minit.
32. dan akhirnya,anda haruslah bersyukur juga sebab esok anda tetap akan mendaftar walaupun segala kerja dibuat last minit dan tanpa perancangan. =)

hah,amacam? senang tak nak masuk U? hahaha.aku memain je lah wei. sume tu aku je punye perangai. aku mmg suka buat kerja last minit. kalau korang nak buat jugak,.ikut lah step aku tu. eh aku lupa satu step,buat medical check up. yg tu aku buat dua minggu sebelum daftar. and lupa satu lagi,jumpa kekasih hati buat kali terakhir. yang tu aku buat seminggu sebelum mendaftar. amacam? dah bersedia nak masuk u last minit dan tanpa dirancang? haha. korang tukar je la yang kos tu kpd kos yg korang suka. aku mmg tiba2 pulak terfikir nak jadi lawyer sedangkan tu cita2 time aku darjah 3 je tak silap aku. anyway,wish u all the best. wish me too. =)

*esok,25 Februari,aku akan mendaftar di Kolej Mawar,UiTM Shah Alam. nervous! risau nak tinggalkan family. :'(


Wednesday, February 22, 2012

nak cantik rupa ke cantik akhlak?



i live in my fantasy world. berangan satu hari nanti aku bakal punya suami yg lengkap serba serbi. handsome,kacak,duit banyak. paling penting,tak panas baran. sbb ayah aku garang. selama aku hidup,aku tak pernah rasa diri aku cantik. time budak2,aku comot sangat2. aku selalu rasa rendah diri. aku gelap,muka berminyak2,pakai selekeh. aku cemburu tengok kawan2 aku yg cantik. kawan2 laki suka kawan dgn diorang. aku ni,asyik kena mainkan je dgn budak lelaki. aku benci! aku tanam azam,bila besar aku nak jadi cantik.

lepas aku habis matrik,aku mula tahu erti nak cantik. aku cemburu sangat3 tengok kawan2 yang cantik,aku mesti jadi jeles gila. tambah2 tengok blog orang yg cantik2. mcm kak yuyu,kak fatin liyana,hanis zalikha,kak nurulbadiah lai. diorang ohsem. dah la pandai,cantik,comel,suka sangat2 tengok diorang. aku selalu rasa diri aku tak hebat,tak cantik,tak ohsem. dalam kalangan biasa2 je.

tapi bila aku tangkap gambar sendiri,entah kenapa bila aku tengok balik gambar2 aku kat FB,aku rasa aku ni takde la teruk sangat. orang lain ramai yg lebih kekurangan dari aku. aku dikurniakan wajah yg agak cerah,walaupun dulu zaman budak2 aku gelap sebab main panas,then aku tak gemuk,aku kurus,kecik molek. dulu aku selalu rasa rendah diri sbb aku ni agak kecik,takde la kecik mana,kengkawan aku tinggi 150cm,aku lg 2 3 cm nak capai 150cm. tp then,bila aku berdepan dgn public,aku tengok ramai lg yg lagi kecik dari aku,sampai ada seorang tu tinggi dia paras bahu aku je. pastu bila aku berjalan kat pasar2 malam,or kat tempat org ramai,aku tengok diorang sume tu lebih kurang sama je tinggi ngan aku. so aku rasa,bodohnya aku selama ni tak bersyukur dgn apa Allah kurniakan dekat aku.

lagi satu,i have face problem. series,sejak zaman sekolah menengah,mungkin perubahan hormon aku ni tak bape ok,jerawat asyik nak naik je. sies buat aku rasa agak rendah diri. yelah,muka elok2 cerah,tp ada jerawat and parut jerawat pulak. lagipun aku ni jenis malas nak cuci muka. mmg patut la kot. padan muka aku la. sape suruh malas. dulu aku tak kisah sangat,yela,ada apa pada rupa kan? tapi tu dulu la. then bila aku makin dewasa,aku mula rasa aku tak sempurna cantik kalau muka aku still ade parut jerawat bagai. so aku pun try guna satu produk nie. murah je wehh. harga dia RM15 je,aku beli online. jeng jeng jeng. hehe.

lepas aku guna produk tuh,sies aku nampak kesan dia. dia pudarkan parut wehh. aku tak tipu tau. makin lama,muka aku makin scarless. ni baru tak sampai sebulan aku pakai,kalau berterusan,insyaallah ilang sume parut2 jerawat dulu. and,sejak aku guna produk ni,muka aku jarang sangat naik jerawat. kalau ada pun time aku 'period' je. sbb hormon aku ni mmg tak bape betul sangat. aku ni jenis suka sangat picit jerawat. syok kot main jerawat tuh. hehe. tu yg jadi parut tuh. tp muka aku still tak teruk sangat lagi. sebab aku bukan kategori acne teruk uhh. just kadang2 dia datang and sbb aku suka picit tu yg berparut2 muka aku. tp alhamdulillah,makin aku guna produk tuh,makin pudar parut and believe me,muka aku pun makin cerah. tak tipu punya.

ni baru tak sampai sebulan aku guna. lepas ni,insyaallah aku nak try usaha lagi kasi muka licin and halus. hah lupa nak cakap,produk ni gak wat kulit halus and licin. aku rasa kulit aku dah mcm kulit baby. lembut je. cuma sbb ada parut yg tertinggal sikit2 buat dia nampak cacat sikit. but its okey,lama2 insyaallah hilang semua. so korang ape lagi,kalau nak tahu produk apa aku guna,antar msg kat FB aku k? haha. promote pulak dah. 

tapi kejap3,apasal aku cakap pasal cantik ni? hmm,mmg la semua perempuan nak cantik kan. taknak gemuk,taknak lemak sana sini,taknak gelap,taknak hodoh bagai,tapi tak semua makhluk tu Allah jadikan cantik. kalau dah dilahirkan mcm tuh,nak buat macam mana,kena jugak terima kan. tenang,aku dah nampak banyak contoh,tak semua lelaki inginkan kecantikan kita. ada aku lihat pasangan suami isteri yg mana suami dia agak kacak,handsome,sasa,tapi isteri dia,kurang menarik. gelap,agak berisi. tapi mungkin sbb isteri dia baik,bertanggungjawab,kuat agama,itu yg memikat hati dia,who knows right?

kesimpulan entry kali ni,aku just nak bersyukur dgn diri aku sendiri. aku tak hodoh,alhamdulillah. aku tak bodoh,juga alhamdulillah. apa yg aku takde? aku punya mak ayah yang sangat penyayang,yang tak pernah abaikan tanggungjawab terhadap aku,aku dapat apa yg aku nak,laptop,android,handset,semua lengkap,aku bakal menggengam segulung ijazah dalam bidang undang2,dan insyaallah bakal lawyer suatu hari nanti. cuma satu aku masih kurang,yg aku rasa ada something missing dlm hidup aku. aku perlu lebih dekatkan diri pd Allah. bukan sekadar pakai tudung menutup aurat dan solat lima waktu,tapi lebihkan masa padaNya. mendekatkan diri pada Dia,agar lebih tenang kehidupanku kelak. moga Allah memberi cahaya hidayah padaku.

hmm. korang dah kenal ke sape aku? kalau tak kenal,aku nak kenalkan. haha.

ni la bakal student undang2 tu. ada gaya tak? sies langsung tak!!

dulu aku tangkap gambar separuh muka je,malu,banyak parut.
skrg alhamdulillah,dah okey ckit. ^_^
(gambar ni sume aku tak edit langsung k)

sies suka bajet comel kan??

my face time tak mekap sangat. muka berminyak bagai. tp still okey dari dulu.
sape terlentok sebelah aku tu? abaikan. =,=

Monday, February 20, 2012

kenangan bersama

sebelum masuk u,wajib jumpa dia dulu. WAJIB. hahaha. padahal nak guna baucher buku dia. tapi apakan daya,dia lupa bawak student card. sengal3. dari jauh dia datang,tup2 lupa bawak student card. nasib baik la aku tak pilih lagi buku2 yang aku nak beli. then dia cakap "takpe la,nanti gtau je buku ape nak beli,kat kedah t abg beli". hmm. so kesimpulannya,lepas masuk U nanti la baru kirim buku kat dia. ape2 pun,thanks sbb sanggup balik walaupun kerja banyak.

bila tak jumpa,kemain kuat gaduh. sebelum jumpa tu pun sempat gaduh bagai. then bila jumpa,terus jadi baik. mmg lah kami ni kena berhubungan jarak dekat. huhu. sepanjang perjalanan,tak habis2 bercakap. mmg dlm bas tu bising suara kami je. org lain dok tidur bagai,kami dok bersembang. banyak gila benda sembang. penat mulut bercakap.

candid snap time dye ngah anta msg kat neah. 

lepas tu dia cadangkan nak jumpa neah. kawan lama kitorang masa RK dulu. so kitorang pun lepak la dgn Neah and kebetulan Opie pun tgh praktikal kat sana,so join la skali. opie pun kawan lame kitorg gak. masa tu dlm pukul 1 lebih,so kitorang pegi lunch sama2 kat KFC. eh apasal aku macam tulis diary? haha. maklum lah,skrg dah malas nak pegang pen. so tulis diary kat blog je la.

soalan maut opie tanya kat aku "macam mana korang boleh couple?" haha. maklum la,dulu mana rapat pun dgn si topek nih. bese2 je. then tetibe lak pas abis sekolah,ter'couple' lak. neah lak cakap "a'ah,terkejut gak aku masa mula2 tau melalui FB dlu. tak sangka korang ni". macam mana boleh couple? entah,rasanya dlm blog aku ni dah penuh kot cerita aku camane aku leh tersangkut dgn topek nih. review je la balik.

best jugak jumpa kengkawan lama ni. hari tu masa raya dah jumpa shahkhir,laily,karim,syuk,syafiq,sumi. malu jugak rasa bila datang balik jumpa kengkawan lama as couple. rasa lain mcm pulak. tapi alhamdulillah,aku bersyukur. ada dia dlm hidup aku. rasa mcm kami saling melengkapi walau banyak pergaduhan. aku dah pernah cakap kan,ni la hubungan paling mencabar. asyik bergaduh je. entahlah,nak kata tak serasi,serasi. tapi bila ego menguasai diri. camni la. anyway,lupakan.

walaupun penat seharian tuh,tapi still kami tak habis2 bersembang. ade je benda nak cakap. yang best,aku melenggang je bawak handbeg. abg bersusah payah bawak beg dia yg dipenuhi dgn baju dia and laptop dia and barang2 aku sekali. thanks dear. dia meringankan beban aku tapi aku menambahkan beban dia. hewhew.*gelak jahat. bersama dia,aku belajar erti perkongsian. share everything. dari duit makan,duit tambang,segala2nya. we shared all things. as kawan,abang,kekasih,kawan bergaduh,segala2nya.

actually banyak lagi aku nak tulis. tapi banyak benda yang aku rasa terlalu peribadi. so aku luah dlm blog lagi satu je laa. yang pasti,pertemuan kali ni memberi satu makna yg sangat mendalam buat aku. yg hanya aku yang tahu. seriusly,tak pernah aku rasa begini dgn sesiapa pun. bila seseorang bercakap sesuatu yg sangat ikhlas padaku. entah lah,rasa ni tak mampu aku nak simpan sorang2. biarlah dia untuk aku,aku untuk dia. tak nak dah aku menyintai yg lain. hubungan yg dah nak mencecah dua tahun ni,semoga kekal hingga bertahun2 lagi dan selamanya.
*anyway,seronok makan McD pukul 1 pagi dibelanja oleh abg terchenta. =)                                                    
 kami gila kentang. =D

dulu masa kat matrik,time date ngan abg,salu suruh dia beli aiskrim ni.

hmm. kenangan bersama,terpatri selamanya. walaupun cuma sehari dua. tapi cukup la before berjauhan masuk U. thanks sbb sanggup balik. teringat dlm bas he said sambil tersenyum "untungla ade pakwe sanggup balik kejap". yup,mmg untung pun sayang. =) ape pun jadi,besar mana pun kita gaduh,i will never forget apa yg u pernah buat untuk hubungan kita.

HARGAILAH SEBUAH PERHUBUNGAN. sbb bukan senang nak bina sebuah perhubungan. bukan senang nak kenal hati budi seseorang,nak hafal gerak geri dia,nak tahu apa dia suka,apa dia benci,nak baca perangai dia. bukan senang sebenarnya nak mengenali seseorang secara total. hanya apabila hati sudah bersedia menyintai dan menerima apa adanya,seseorang itu dapat kita kenali. bersyukurlah dgn apa kita ada,dgn siapa kita bersama.
 

Wednesday, February 15, 2012

bila masuk fasa bercinta ( ini entry serius )



masa umur bila korang start bercinta? aku entahlah. tak pasti bila aku betul2 mencintai someone. couple suke2 dgn cinta lain tau. masa aku masuk form 2,masa tu aku jadi hot jugak la. ramai yg nak couple and aku jugak pernah try nak tackle BF kawan aku sendiri sebab mamat tuh agak kacak jugak lah. huhu. tengok,time bebudak en tak matang lagi. tapi itu bukan cinta,itu suka. itu bukan cinta,itu couple. sekadar berhubungan,syg mcm bese je. aku start mencintai seseorang time form 4 rasanya. masa tu baru aku betul2 kenal apa rasanya mencintai seseorang.

dan baru aku tahu,cinta itu sakit. boleh buat air mata mengalir. sebelum tu aku couple tapi mana pernah sampai nangis. kalau clash pun rasa biasa2 je. takde sedih mana pun. tapi bila aku dah start menyintai seseorang,gaduh sikit je aku dah boleh nangis. aku tahu sepatutnya aku tak layak lagi nak bercinta time tu. yela masih sekolah kot. adik2 yang masih sekolah,akak nasihatkan jangan bercinta ye.tak kekal pun sebenarnya hubungan tu. patutnya aku fokus kat SPM la. lagipun aku bukannya dak2 pompan gedik yg terkinja2 berboyfriend time sekolah. tapi apekan daya,hati ni dah terlanjur cinta pulak. huhu. salah budak tu la,sape suh beria ambil hati aku. haish.

dan baru aku tahu,cinta juga mampu memusnahkan masa depan. 8 hari sebelum SPM aku dikecewakan oleh orang yg aku betul2 cinta. sakitnya hati Tuhan saja yang tahu. balik dari sekolah aku menangis tak henti2. sampai bengkak dan merah mata aku. bayangkan,just berapa hari je lagi aku nak hadap SPM. stress,tension,tak usah cakap la. memang betul2 down aku time tuh. ingat senang nak lupa? aku betul2 sayang dia kot. tak pernah lagi sebelum ni aku mencintai seseorang sepertimana aku mencintai dia.

tapi alhamdulillah Allah masih beri kejayaan pada aku. result SPM aku terbaik. aku best student sekolah. dan nak tahu siapa yang mula2 bagitahu aku pasal my result? orang yang kecewakan aku. dia yang bagi mesej cakap "wani,tahniah,banyak betul A ye." masa tu aku sedar,aku tak rugi,dia yang rugi kerana mengecewakan aku. cinta ni pelik. dia hadir tanpa diduga,dan pergi tanpa dipinta.

dan kemudian aku jadi orang yang malas nak menghargai cinta. aku taknak mencintai sesiapa dah. aku couple,tapi aku tak menyintai lelaki2 tersebut. message sekadar nak taknak,jawab call pun acuh tak acuh. aku message sbb just nak hilangkan boring. hati langsung taktau nak mencintai. seolah2 hati ni memang tak pernah menyintai sesiapa. aku tak pernah kenal erti dating. sebab aku taknak. aku ni bukan jenis yang keluar rumah,jumpa lelaki pe semua. ramai yang ajak aku keluar,tapi aku tolak mentah2. that's not my type. aku dah semat dlm diri,jangan jadi macam perempuan2 lain yang terlalu murah.

tapi akhirnya aku kalah dgn diri sendiri. aku masuk semula fasa bercinta. aku mula menyintai seseorang. kali ni,aku berjumpa lelaki tersebut. dan dia benar2 memikat hati aku. sebab? sebab rupa dia kot. dia ada style. pastu dia budak pandai pulak tu. tapi dulu la time PMR. then bila kami dua2 dapat tahu result SPM,aku jauh lagi tinggi dari dia. dia dah merudum resultnya. ah apape jelah. just nak bagitahu,dia la org yang berjaya bukak hati aku semula. yg buat aku rasa erti bahagia. tapi malangnya,hubungan ni tak kekal lama. dan akhirnya cinta pergi tanpa dipinta.
 
dan sekarang,hurm. sekarang hubungan paling pelik dan mencabar jiwa. pertama kali hati dibuka oleh ketulusan seorang lelaki. means,aku tak cintakan dia sebab rupa. aku tak cintakan dia sebab pendidikan. tapi sebab,entah,dia buat aku jatuh cinta. yang aku sendiri taktahu sebab apa. mungkin sebab dia pernah selimutkan aku time aku sejuk? atau mungkin sebab dia pernah ulang alik dari Perak ke Kedah sebab aku? atau mungkin sebab dia pernah balik sehari ke Perak sebab aku? atau mungkin sebab dia orang pertama yang mengesat air mata aku? entah. aku sendiri tak pasti sebab apa. yang pasti,permulaan hubungan kami bukan sebab aku cintakan dia. tak,aku tak cintakan dia. dia cuma seorang teman lama. yang aku rasa biasa2 saja. dan terus terang,aku tak pernah tahu pasal kehidupan dia sebelum ini. dia hadir tanpa aku pinta.

dan untuk pertama kalinya,hati belajar untuk menyintai semula. hati belajar untuk bersabar. hati belajar untuk berkorban. setelah berani untuk bercinta,maka haruslah berani juga untuk disakiti. inilah hubungan paling mencabar jiwa. hubungan yang banyak mengalirkan air mata. kadang2 sampai dah jadi keliru,ni cinta ke atau tanggungjawab? ni cinta ke atau janji? dekat dua tahun berlalu. still lagi together. pernah terputus tiga hari,then terpatri semula. apakah? aku sendiri tak faham. mana pernah dowh sebelum ni aku putus then sambung balik.

dan dalam hubungan ni juga lah timbul soal nak kahwin. means dah masuk fasa nak ada komitmen. bukan sekadar hubungan couple suke2 then clash. tak. menginjak ke usia 20 tahun,seharusnya dah tak timbul perkataan "mahu cari awek" sebaliknya "mahu cari bakal isteri". dah tak wujud istilah "couple",sebaliknya "hubungan yang serius". ini bukan zaman sekolah,yang kita ber'couple' dua tiga bulan kemudian putus. zaman sekolah sudah lama berlalu. sekarang dah masuk fasa bercinta yang serius.

tapi jodoh pertemuan tetap di tangan Tuhan. sekuat mana kita merancang,Allah juga yang akan menentukan. aku melalui fasa2 bercinta yang hampir semuanya sia2. moga ini cinta terakhir. aku taknak nanti bakal suami aku menyintai orang yang dah banyak kali bercinta dan ber'couple' dgn ramai lelaki. moga ALLAH kuatkan hubungan ini. hingga ke akad nikah InsyaALLAH.

Tuesday, February 14, 2012

join giveaway pulak. atensweetlah.blogspot.com first giveaway!






today aku rajin join segmen and giveaway. kali ni,aku tertarik untuk join giveaway from dak aten ni. senang je cara dia. meh ramai2 join. ^_^

kalau tak brape nampak boleh klik gambar ni bagi besar.
and ni link blog aten utk penerangan lebih jelas.

 korang2 yang baca blog wani ni,jom la join ehh. tak rugi pun. =)

SEGMEN CIKMUN : FIRST POST AKU IN BLOGGING


hari ni rajin pulak aku berblogwalking and rasa macam nak join segmen. hak2. first time kot aku join mende alah ni. saje je nak isi masa lapang. okey segmen ni dianjurkan oleh cikmun. bawah ni banner blog dia. klik la kalau nak join.


segmen ni pasal first post kita in blog kan,so kalau korang nak baca first post aku yg memang agak blur dlm dunia blog masa tuh,klik link bawah ni. bace tau. hehe. 


okey nak cerita sikit pasal first post ni. aku buat blog ni masa hujung tahun 2010,masa tu aku buat sebab aku happy sangat so taktau nak cerita kat siapa pasal pengalaman2 aku,so aku luah dlm blog je la. hak2. masa tu dlm peringkat awal  bercinta jugak la,sbb tu happy kot. tapi Alhamdulillah,aku still dengan orang yang sama masa mula2 buat blog ni,sampai la sekarang. baca la kalau nak tahu. and aku buat post tuh masa aku baru lepas exam MUET. time tu aku kat matrik. Alhamdulillah,result MUET aku agak gempak sebab tu dapat sambung degree in Law. :-D bace tau.

nak tag dekat tiga blogger ni (aku pilih secara random je dlm shoutbox) :

Monday, February 13, 2012

bila bercakap tentang masa lalu



semua orang ada masa lalu. ada masa silam. even your boyfriend has his EX. kecuali la kalau korang cinta pertama dia kan. to be honest,i really don't want to know about someone's past. itu kan cerita dia. biarlah kat dia je. aku tak pernah tanya kot sape EX pakwe aku. tapi nak buat mcm mana. aku tau sendiri. wakaka. ada jugak actually keinginan nak tahu kenapa mereka sume tu putus atau diputuskan atau terputus,tapi aku ni jenis tak suka ambik tahu benda yang aku tahu boleh menyakitkan hati aku. so rilekk sudah. diorang sume tu dah jadi ex pun. aku pun ade gak ex kan. ade gak teringat kadang2 kan. kita mane la dapat nak lupa orang yang pernah hadir dalam hidup kita. =)

sekarang,apa yang penting,dengan siapa kita,bukan dengan siapa kita pernah bersama. memori semua aku biarkan berlalu. memori aku,memori dia. sume dah jadi memori dah. paling penting,aku taknak digelar EX. biar aku bukan cinta pertama,tapi aku nak jadi CINTA terakhir,yang abadi selamanya. 

sekali sekala kita pasti akan teringat memori silam. jauh di sudut hati kita akan menyesali apa yg pernah terjadi di masa lalu. tapi hidup perlu diteruskan kan. ada hikmah kenapa Allah atur semuanya begini. ada hikmah kenapa kita bersama dgn org yg kita kenal skrg,bukan ex kita dulu. Allah hadirkan yang lebih baik,yang lebih indah buat kita. walaupun skrg kita rasa pahitnya,mungkin satu hari kita akan rasa manisnya. aku bersyukur walaupun kadang2 hati menangis sendiri. yelah dalam berhubungan,tak selalunya kita akan bahagia,mesti ada jugak duka.

aku tak ingin jadi seseorang yang kau akan menyesal lepaskan. aku tak ingin bergelar seorang EX. aku tak ingin menjadi memori kau. sebab apa yang aku inginkan,bukan masa lalumu,tapi masa depan kita. masa adalah penyembuh luka yang paling baik. aku pernah kecewa,tapi hadirnya insan2 selepas cinta pertama,mengubat segala duka. kini semua just tinggal memori. aku harap aku akan bahagia bersama dia yang sekarang. bukan hidup berteman kenangan. tapi bahagia bersama masa depan.

 

aku tahu kita takkan pernah dapat lupa kenangan.
biarlah kenangan itu berlalu pergi,kerna kita sedang berjalan menuju bahagia abadi.

Sunday, February 12, 2012

"oo anak cikgu,patut la"



today temankan opah kat hospital. masa tengah teman tu,ade la nurse nak cek blood pressure opah. dia tengok saya dok teman opah. dia tanye la opah,"cucu ke?" opah jawab "ha'ah,cucu." then nurse tu sembang2 lagi. nurse tu cina,umur dlm 50 camtu la. and very good in English sbb dgr dia sembg dgn nurse2 lain guna English. then opah cakap,"cucu saya ni bakal lawyer". saya pun cam malu2 alah la. adoyy,blum lagi pah. baru je nak start degree lagi seminggu. 
 
then nurse tu cakap,"oh really?that's great.mesti pandai ni kan". saya cakap "takde la,bese2 je". nurse tu ramah la pulak. banyak lak dia tanye. dia tanya lagi,"nak jadi lawyer must be very good in English and History kan?mesti pandai ni". saya angguk je la. jawab in English gak "yup,must score in English." nurse tu tanye lagi,"dapat berapa History time SPM?" saya jawab la "A1". then dia tanya lagi (bape banyak tanye daaa) "ohh,dulu sekolah mana?" saya pun jawab la dgn rendah diri (mmg rendah pun diri ini =,=) ,"sekolah dekat trolak je,sekolah dgn ayah". then she asked "owh,your father is a teacher?" i angguk. then she nodded, "ohh,no wonder la u are good in ur studies."

tengok,mane ade mcm tu. anak cikgu tak semestinya pandai laa. tengok adik saya,tak semua pandai pun. dpt 1A je dlm PMR. dpt 2A je dlm UPSR. alahh,bukan kira ayah kerja ape la. kire budak tu sendiri la punye otak. huhuhuhu. dari kecik org salu ckp,"ayah cikgu,patutla anak pandai" bila saya skor in exam. mane ade. faktor genetik parents dlm pembelajaran just 5% je tauk. the rest bergantung pada guru and usaha sendiri. ni FAKTA tau. cikgu saya yang ajar dulu.

btw today saya memang nampak apa itu perpaduan kaum,hidup berbilang bangsa. dlm wad tempat opah saya dok tu,ade melayu,india and cina. pagi tu,menantu patient cina tu dok teman mak dia. then dia tolong patient india tu pasangkan kipas,bagi brg pe semua. then petang tu pulak,anak patient india tu jaga mak dia. yg patient Cina tu sorang2 je,dia xlalu nak amek makanan. then anak patient India tu yg tlong amekkan makanan,tolong isi air panas. siess saya rasa mcm sangat la bersyukur hidup kat Malaysia ni,masyarakat memang saling bantu membantu walaupun berbeza agama and warna kulit. suke2. =)

and......petang tadi ade paksu,pakngah,mak teh,pak teh,ayahde,abg ejat black (aku taktau pe name penuh due pupu aku ni. =,=),makde,nadia ciah(pun aku taktau name penuh dia) huhu. ciap abg ejat black lukis plan lg tuh nak ke UiTM Shah Alam next week. and volunteer nak jadi penunjuk arah. bagus2. takde la sesat mcm memule cari matrik Kolej Mara Kulim dulu. haih,berdebar pulak ase nak masuk U. maklum la,dulu kat matrik lain suasana dia. masuk U ni kompem lain,tambah2 degree. tapi sedih gak la pasni kena dok berjauhan da dgn family,kompem rindu nak dengar aidil and irah panggil saya "adikku manis" nanti. wuwuwu. sayang my family sangat2. okey,dah taktau nak tulis ape. so time for picture. hak2.

boring,snap pic. hak2

xnak senyum. 
 
 tangkap gambar je keje aku. 


mmg ni la keje aku kalau pakai tudung bawal. betulkan tudung,tiup tudung. pheww.


mekasih azim sbb lalu belakang tu. =,=

mekasih wani sbb wat muke comel. hahahaha

bye. hak2.

ehh ade lagi? haha. sorry dua tiga hari ni aku gila camera.

nampak tak dua lelaki yg tgh sembang kat blkg tuh? tu la pakngah ngan abg ejat black.
ahh xpayah tengok deme. nengok dak pakai baju pink yg bajet ayu ni. :-p

p/s : cam x caye je haku ni bakal pelajar undang2. camni gaya? hak2.


semalam pergi buat medical check up kat poliklinik Slim. penat gak ah semalam. dari pagi sampai petang. yg paling aku tak sangka,time timbang berat,pehhh,macam tak caye je jarum penimbang tu menunjukkan bawah 40. aku dah underweight!! arghh.
turun mendadak kot berat aku. patut la dulu masa kat matrik aku rasa aku tembam semacam. tapi topek takde lak cakap ape. tengok2 balik umah ni makin lama makin kecut aku. skrg amek kau,37 kg je berat aku. wuwuwu.. mmg underweight. huk2. 

mase g bank maybank Slim nak bukak akaun SSPN jumpa kak nana,anak arwah cikgu Halim,dia mmg keje situ. dia pun cakap nampak dah kurus. mmg kurus ea aku skrg? huhu. takpe la,kurus best sikit,muat dah suar2 lama yg dulu tak muat time kat matrik.

pastu masa nak g x ray tu,adehh,malu ase. laki kot. da la dia bg baju nipis gila. adoyy. patutnya pompan kena amik bidang pengimejan perubatan ni. xpasal2 laki bukan muhrim ley tengok aurat kita. aku dulu dapat gak bidang ni. tapi aku tolak sbb diploma. aku maleh nak tunggu 3 tahun then baru amek degree. so masuk matrik je.

alhamdulillah settle da medical check up and bukak akaun SSPN. antara pic2 yg sempat aku snap semalam.

 



wat muke buruk. hehe
aku da tak pakai shawl.
rajin aku dok iron tudung pepagi

tu citer semalam. hari ni lak kena g hospital lagi. petang tadi baru dapat tau opah masuk wad. kat hospital tapah. so kami pun g la melawat. tapi mak ngan ayah je yg dok sembg ngan opah. kami adik beradik dok men kat laur. yela dalam tu crowded. malas nak ganggu. kang bising lak dlm tu. so,takde keje jd kami pun snap la pic. hehe
 

mmg keje aku nak petik bunge je


 muke tak bersalah. hak2.

tgh msg dgn cik abg

comel tak kami? hee



adik2 dan sepupu
 
 adik kata jgn buang sampah merata2 ea. hee

aidil and irah

mak with opah
okey tu je. hehe. bai!

Friday, February 10, 2012

dah setahun 9 bulan awak

 
 
hari ni,10 Februari 2012,genap setahun 9 bulan dah hubungan kita kan awak.
hmm nak mintak maaf la sbb banyak sangat salah and silap dlm hubungan ni.
and banyak sangat bergaduh akhir2 ni.
taktau la nape kan,makin lama hubungan makin banyak cabarannya.
moga kita tabahlah kan menghadapi hari mendatang.
pasni kita lagi jauh la,seorang kat uitm merbok,seorang kat uitm shah alam.
biarpun jauh jarak and bidang kita,yela,awak designer,saya law,mmg jauh la kan. huhu. tapi saya harap hati kita selalu dekat.
walaupun kerap sangat bergaduh,tapi harap kita mampu bersabar.
seriously payah gila kot nak bertahan selama dua tahun ni.
yela kita dua dah la sebaya,org kata pasangan yg sebaya ni dua2 ego lebih.
and dua2 anak sulung pulak tu. (ade kena mengena ke?)
taktau la org yg ckp anak sulung ni ego lebih.
hehe. saya lettew. 

hmm taktau la nak ckp pe lagi. sies dah tak banyak idea nak update blog mcm dlu.
saya doakan moga awak selalu bahagia la ea.
walaupun kekadang tu saya ni selalu wat awak tensen pe semua.
sorry sorry sorry sorry sorry.
takde niat pun sbnrnya.
saya doakan kejayaan awak dunia akhirat.

ada something untuk awak.

well,matahari mmg takkan jadi warna pink kan? 

Tuesday, February 7, 2012

something special for someone special in my life

hmm. masuk tahun ni kalau ikutkan dah dua tahun la hubungan kami. kami refer to whom? sila tengok sebelah. i never give him something special in our relationship. so sebelum saya masuk U ni and berjauhan dgn dia,saya nak bagi something yang dia takkan lupa sampai bila2. biarlah ini menjadi kenangan antara kami. pahit ke,manis ke hubungan ni,tetap satu kenangan and moment dalam hidup kan.

saya teringat kata-kata one of my friends.

"cinta itu bermula dengan senyuman, mekar dalam doa dan harapan dan berakhir dengan tangisan"

mendalamnya kata2 ni bagi saya. mmg benar sangat2. permulaan cinta begitu indah. semuanya manis. pendek kata mmg bahagia sangat2 la. bermacam janji dibuat. dgn harapan cinta yg dibina ini akan kekal sampai akhir hayat.doa dan harapan dipahat. moga cinta akan berakhir dgn sebuah ikatan perkahwinan. tapi tak semua kisah cinta berakhir dgn kegembiraan. dan kebanyakannya hanya disulami tangisan dan berakhir dgn kekecewaan. 


saya tak tahu apa kesudahan kisah cinta saya. semoga Allah beri kesudahan terbaik pada kami. sebab saya taknak cinta yg saya semai akhirnya berakhir then saya mencintai org lain pulak. membazir je air mata dan segala apa yg kami lalui selama ni kalau bukan dia yang bakal menjadi suami saya kelak. 


semoga cinta ini berakhir dengan tangisan kegembiraan. hmm,i will give him that thing when kami jumpa sebelum saya masuk u nanti. i hope he likes it. i want him to know that saya menghargai hubungan ni. terima kasih sbb pernah memberi saya kegembiraan dan terima kasih juga atas setiap tangisan.



Monday, February 6, 2012

my first picture taken by myself using my first camera phone

pheww..panjang gile tajuk..hehe..tadi dok godek2 gambar dlm lappy ni,terjumpa satu pic lame. tahun 2007 tak silap,lepas ayah belikan phone baru sebab dpt result bagus in PMR. alahai,muka innocent je time tuh. takde mekap takde ape. kua mane pakai make-up pun. pakai bedak baby johnson je adik punye. hehe.


ni la first time amek pic diri sendiri. dulu muka agak gelap jugak la. maklum la asyik berpanas je kat sekolah. skrg je makin lama makin cerah. banyak kenangan jugak pic ni. tapi malas nak cerita. hal dulu2 kan. lagi satu pic yang banyak kenangan adalah pic ni. ni masa form 5,time raya rasanya. tapi bukan raya pertama la.


pic ni la masa mula2 send gambar dekat si dia lepas dekat 5 tahun tak jumpa. boleh pulak dia tanya "ko ke ni?lawa la". huhu. kenangan dah sume tu. skrg tak payah gambar2,jumpa je terus. lagi satu,melalui pic ni la dia boleh ingat lagi aku time terserempak kat Petronas dulu. dia ingat lagi baju yang aku pakai dlm pic ni sama dgn baju yg aku pakai time terserempak tu. haih,what a coincident. detik perkenalan semula selepas 5 tahun. and the rest is history.

*bila tengok balik2 gambar2 lama,sumpah banyak gila kenangan yg masih terpahat dlm ingatan. tapi semua hanya tinggal kenangan. tak mampu nak berulang semula.

kenapa dari kecik aku selalu nak dapat yang terbaik dlm pelajaran?

the answer is simple,nak banggakan mak and ayah. mindset aku actually,bukan belajar untuk diri sendiri,tapi untuk mak ayah. dari aku mula kenal apa tu PEPERIKSAAN,EXAM,aku semat dlm hati,akak nak dapatkan number 1,2 or 3 je. taknak dapat number corot2 nanti mak ayah tak suka. tapi aku rasa aku tak belajar dgn sungguh2 pun,maybe otak aku mmg jenis yang boleh terima,so aku dapat jugak la ranking top 3 kat sekolah. atau mmg semangat dan azam aku untuk berjaya yang buat aku boleh dpt mcm tu. entah aku pun tak tahu yang pasti,the main factor untuk aku berjaya is my parents.

sepatutnya belajar untuk diri sendiri kan? untuk berjaya satu hari nanti. tapi tu lah,aku mmg tak boleh la kalau tak tunjuk something kat parents aku. something tu means yang boleh buat mereka bangga akan aku. tapi apakan daya,aku ni tak lah pandai mana. tak dapat la nak pergi sampai luar negara untuk banggakan mak and ayah. akak buat apa yang termampu je. =(

maaf la kalau akak ni ada kekurangan macam2. tak dapat nak skor 10A dalam SPM,tak dapat capai 4flat kat matrik mcm apa yang ayah harapkan masa mula2 masuk matrik dulu. but trust me,i've tried. walaupun usaha tu takde la gila2,tapi akak dah cuba. mungkin bukan rezeki akak. maaf sebab buat mak dan ayah risau as akak tak terus sambung study lepas matrik. i took a very big risk kan dengan menolak offer universiti lepas matrik. i know my mum and dad must be really worried about my future yang masih tak nampak. tambah2 anak mak yang sorang ni tak pernah ada cita-cita yang statik.

hmm. akak cuma mintak satu je. mak and ayah support akak walau ke mana akak pergi,dalam bidang apa akak study. sokongan kalian amat2lah akak harapkan. pesanan,kata2 nasihat,keprihatinan,tunjuklah yang ayah and mak sentiasa ada di belakang akak. show me that both of you care. sebab itulah perangsang akak untuk berjaya. akak belajar kerana nak menuntut ilmu Allah,dan membanggakan mak and ayah. =)

kekadang diri ni selalu sangat buat silap dalam hidup. but trust me,in every part of my life,setiap apa yang aku buat,i will always think about my parents first. they are my everything. walau aku jarang cerita tentang parents dalam blog ni,tapi merekalah yang paling kerap aku fikirkan. and they can't be replaced by anyone or anything in this world.

*dunnow why,i still remember how proud my dad was when i got my PMR result,he immediately brought me a new phone which i really want at that time. also,i can't forget how my mum smiled when i got my UPSR result 8 years ago,she was so happy till she cried,the tears of happiness. also can't forget the moment when my dad took the award of best SPM student 2009 for me. Ya Allah,izinkan detik2 ini berulang kembali when i get my degree,izinkan mereka masih mampu untuk melihat aku bersama segulung ijazah. =( 

-pretty sad right now,dunnow why. hope tabah ye wani menjalani liku2 hidup. T_T

Sunday, February 5, 2012

hati seorang perempuan

hmm,malam ni terfikir,kenapa ye hati ni tak boleh stop merindui seseorang? kenapa ye setiap saat dan setiap masa pasti akan terfikirkan seseorang? kan bagus kalau hati ni restricted untuk family je. kenapa ye mesti ada perasaan cinta untuk org lain? haih,love can be sweet but also,it cost us a lot of pain sometimes.

tak paham la hati sendiri. benci2 pun tapi masih ada perasaan sayang tu. kenapa tak boleh nak hilang? susah sangat ke eh nak buang cinta dari hati? padahal dah mcm2 Allah uji,tp still jugak bertahan sampai la ni. hmm,tak tahu la nak luah kat sapa pasal hal ni. nak cakap dgn parents pun,diri ni jenis tak share rahsia peribadi dgn depa. pelik la hati perempuan ni. ego2 dia pun,keras2 dia pun,nape la rapuh sangat,lemah sangat bila tiba bab CINTA.

hmm,kekadang tak tertanggung rasa hati ni. sedih mmg sedih. tapi hati suruh sabar je. let go,tiap ape benda jadi,let go. nampak mcm dah terlalu banyak hati ni bersabar. mmg lah tak de la setiap masa je sedih. selalu jugak la rasa bahagia tapi mesti ada jugak duka. tak boleh la nak bahagia je all the time. knp eh? bingung la mcm ni. kita tak tau la sape jodoh kita,payahnya la hai bercinta sebelum tiba waktunya. nak buat mcm mana,sape suruh pilih jalan ni kan.

hmm lepas ni nak belajar lagi. mampu ke go on belajar sambil bercinta? dah rasa dah time sekolah and kat matrik dulu. mungkin Allah masih nak tolong,result still okey. bercinta2 pun,top student gak. bercinta2 pun,dekan jugak time matrik. tapi,godaan dia lebih banyak. nak wat keje pun,dok lalai,leka. lagi banyak masa untuk boyfriend drpd masa untuk study. kira bagus la Allah tu izinkan diri ni berjaya lagi. lepas ni tak tahu lah mcm mana,rasa tak mampu la nak carry on belajar sambil bercinta yang masih tak halal ni. nak halalkan pun,susah. banyak sangat halangan and cabaran. kang usulkan nak nikah awal kat family,curiga lak depa kang nape awal2 sangat nak nikah ni,dah buat ape2 yg tak patut ke. takut depa fikir negatif je. padahal nak buat benda baik,nak halalkan supaya takde la tak berkat nak belajar nanti.

dilema betul la mcm ni. dah la time bercinta ni asyik nak bergaduh je. kang stress pulak time belajar nanti. kalau kos senang2 takpe la gak. ni undang2 kot. banyak menghafal pulak tuh,mesti minda kena terbaik. hmm. mcm mana la nak setelkan semua ni. semoga diri ni tabah la nanti di alam degree. umur pun dah makin meningkat dewasa ni,dah kena fikir mana yang baik dan buruk untuk diri sendiri. bukan lagi parents yg aturkan. emosi and perasaan pun kena tolak tepi. kena banyak fikir guna akal dan minda. Ya Allah,harap Kau bantu hambaMu ini.

nak pesan kat lelaki masa depan,kalau boleh tolongla support perempuan ini. diri ni mmg jenis rapuh,fragile,cepat putus asa,cepat mengalah,cepat stress,cepat tensen and segala bagai. memang perlukan penyokong yang setia. yang ada di saat jatuh bangun hidup ni. sbb diri ni tak mampu nak lalui semua ni sorang2. :-(


dia pernah kata
"senyumanmu bak bunga mawar yg mekar...
yang xkn layu biar pun badai yang melanda...
yang mmpu mencairkn pandangan mata para jejaka..
mudah2an mu ttp mnjaga ap yg terjaga selama ini"
 
how i wish u will make sure i'm always smiling instead of crying.