Kau kekasih hingga ke akhirnya...

Wednesday, February 15, 2012

bila masuk fasa bercinta ( ini entry serius )



masa umur bila korang start bercinta? aku entahlah. tak pasti bila aku betul2 mencintai someone. couple suke2 dgn cinta lain tau. masa aku masuk form 2,masa tu aku jadi hot jugak la. ramai yg nak couple and aku jugak pernah try nak tackle BF kawan aku sendiri sebab mamat tuh agak kacak jugak lah. huhu. tengok,time bebudak en tak matang lagi. tapi itu bukan cinta,itu suka. itu bukan cinta,itu couple. sekadar berhubungan,syg mcm bese je. aku start mencintai seseorang time form 4 rasanya. masa tu baru aku betul2 kenal apa rasanya mencintai seseorang.

dan baru aku tahu,cinta itu sakit. boleh buat air mata mengalir. sebelum tu aku couple tapi mana pernah sampai nangis. kalau clash pun rasa biasa2 je. takde sedih mana pun. tapi bila aku dah start menyintai seseorang,gaduh sikit je aku dah boleh nangis. aku tahu sepatutnya aku tak layak lagi nak bercinta time tu. yela masih sekolah kot. adik2 yang masih sekolah,akak nasihatkan jangan bercinta ye.tak kekal pun sebenarnya hubungan tu. patutnya aku fokus kat SPM la. lagipun aku bukannya dak2 pompan gedik yg terkinja2 berboyfriend time sekolah. tapi apekan daya,hati ni dah terlanjur cinta pulak. huhu. salah budak tu la,sape suh beria ambil hati aku. haish.

dan baru aku tahu,cinta juga mampu memusnahkan masa depan. 8 hari sebelum SPM aku dikecewakan oleh orang yg aku betul2 cinta. sakitnya hati Tuhan saja yang tahu. balik dari sekolah aku menangis tak henti2. sampai bengkak dan merah mata aku. bayangkan,just berapa hari je lagi aku nak hadap SPM. stress,tension,tak usah cakap la. memang betul2 down aku time tuh. ingat senang nak lupa? aku betul2 sayang dia kot. tak pernah lagi sebelum ni aku mencintai seseorang sepertimana aku mencintai dia.

tapi alhamdulillah Allah masih beri kejayaan pada aku. result SPM aku terbaik. aku best student sekolah. dan nak tahu siapa yang mula2 bagitahu aku pasal my result? orang yang kecewakan aku. dia yang bagi mesej cakap "wani,tahniah,banyak betul A ye." masa tu aku sedar,aku tak rugi,dia yang rugi kerana mengecewakan aku. cinta ni pelik. dia hadir tanpa diduga,dan pergi tanpa dipinta.

dan kemudian aku jadi orang yang malas nak menghargai cinta. aku taknak mencintai sesiapa dah. aku couple,tapi aku tak menyintai lelaki2 tersebut. message sekadar nak taknak,jawab call pun acuh tak acuh. aku message sbb just nak hilangkan boring. hati langsung taktau nak mencintai. seolah2 hati ni memang tak pernah menyintai sesiapa. aku tak pernah kenal erti dating. sebab aku taknak. aku ni bukan jenis yang keluar rumah,jumpa lelaki pe semua. ramai yang ajak aku keluar,tapi aku tolak mentah2. that's not my type. aku dah semat dlm diri,jangan jadi macam perempuan2 lain yang terlalu murah.

tapi akhirnya aku kalah dgn diri sendiri. aku masuk semula fasa bercinta. aku mula menyintai seseorang. kali ni,aku berjumpa lelaki tersebut. dan dia benar2 memikat hati aku. sebab? sebab rupa dia kot. dia ada style. pastu dia budak pandai pulak tu. tapi dulu la time PMR. then bila kami dua2 dapat tahu result SPM,aku jauh lagi tinggi dari dia. dia dah merudum resultnya. ah apape jelah. just nak bagitahu,dia la org yang berjaya bukak hati aku semula. yg buat aku rasa erti bahagia. tapi malangnya,hubungan ni tak kekal lama. dan akhirnya cinta pergi tanpa dipinta.
 
dan sekarang,hurm. sekarang hubungan paling pelik dan mencabar jiwa. pertama kali hati dibuka oleh ketulusan seorang lelaki. means,aku tak cintakan dia sebab rupa. aku tak cintakan dia sebab pendidikan. tapi sebab,entah,dia buat aku jatuh cinta. yang aku sendiri taktahu sebab apa. mungkin sebab dia pernah selimutkan aku time aku sejuk? atau mungkin sebab dia pernah ulang alik dari Perak ke Kedah sebab aku? atau mungkin sebab dia pernah balik sehari ke Perak sebab aku? atau mungkin sebab dia orang pertama yang mengesat air mata aku? entah. aku sendiri tak pasti sebab apa. yang pasti,permulaan hubungan kami bukan sebab aku cintakan dia. tak,aku tak cintakan dia. dia cuma seorang teman lama. yang aku rasa biasa2 saja. dan terus terang,aku tak pernah tahu pasal kehidupan dia sebelum ini. dia hadir tanpa aku pinta.

dan untuk pertama kalinya,hati belajar untuk menyintai semula. hati belajar untuk bersabar. hati belajar untuk berkorban. setelah berani untuk bercinta,maka haruslah berani juga untuk disakiti. inilah hubungan paling mencabar jiwa. hubungan yang banyak mengalirkan air mata. kadang2 sampai dah jadi keliru,ni cinta ke atau tanggungjawab? ni cinta ke atau janji? dekat dua tahun berlalu. still lagi together. pernah terputus tiga hari,then terpatri semula. apakah? aku sendiri tak faham. mana pernah dowh sebelum ni aku putus then sambung balik.

dan dalam hubungan ni juga lah timbul soal nak kahwin. means dah masuk fasa nak ada komitmen. bukan sekadar hubungan couple suke2 then clash. tak. menginjak ke usia 20 tahun,seharusnya dah tak timbul perkataan "mahu cari awek" sebaliknya "mahu cari bakal isteri". dah tak wujud istilah "couple",sebaliknya "hubungan yang serius". ini bukan zaman sekolah,yang kita ber'couple' dua tiga bulan kemudian putus. zaman sekolah sudah lama berlalu. sekarang dah masuk fasa bercinta yang serius.

tapi jodoh pertemuan tetap di tangan Tuhan. sekuat mana kita merancang,Allah juga yang akan menentukan. aku melalui fasa2 bercinta yang hampir semuanya sia2. moga ini cinta terakhir. aku taknak nanti bakal suami aku menyintai orang yang dah banyak kali bercinta dan ber'couple' dgn ramai lelaki. moga ALLAH kuatkan hubungan ini. hingga ke akad nikah InsyaALLAH.

2 comments:

  1. semoge bahagia , allah dah tentukan jodoh kte , :))

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum. anda di tag ye. Join GA ni.
    http://pupel.blogspot.com/2012/02/pupel-liyana-mega-giveaway.html

    ReplyDelete