Kau kekasih hingga ke akhirnya...

Friday, February 24, 2012

cara nak masuk u last minit



anda lepasan SPM dan matrikulasi? sila baca apa yang saya merepekkan ye.

syarat2 untuk masuk u last minit ialah :-

1. anda mestilah berumur 19 tahun ke atas ketika anda membaca entry ini.
2. anda mestilah masuk matrik lepas SPM
3. anda mestilah dapat pointer 3.5 ke atas di matrikulasi.
4. anda mestilah dapat band 4 ke atas dlm MUET
5. anda mestilah tiada cita-cita
6. anda mestilah menolak tawaran U selepas matrik
7. anda mestilah bekerja dulu selama 5 bulan selepas anda menolak tawaran U 
8. anda mestilah tiba2 terfikir untuk menjadi lawyer 
9. anda mestilah mengkaji semula result SPM anda dan melihat pada subjek Sejarah dah English dapat berapa.
10. anda mestilah dapat A+ untuk subjek tersebut.
11. anda mestilah mempunyai seorang emak yg SANGAT2 baik dan sporting.
cara2nya ialah :-
11. anda mestilah tergesa2 isi permohonan ke UiTM. last minit ye. jika tarikh tutupnya pada 16 November,tiru macam saya,anda isi pada 15 November.
12. anda mestilah dgn yakin dan takburnya mengisi pilihan pertama "Ijazah Sarjana Muda Pengajian Undang-Undang" atau bahasa glamour antarabangsanya BLS yakni Bachelor of Legal Studies dan ada pulak Hons belakang dia. 
13. anda mestilah buat tak tahu pada permohonan itu selepas anda isi.
14. anda mestilah tiba2 terfikir pada permohonan itu setelah dua tiga bulan lepas anda isi.
15. anda mestilah selalu buka portal UiTM utk melihat sama ada keputusan dah keluar ke belum.
16. pada hari result permohonan keluar,anda mestilah stress sampai pergi ke CC untuk bukak portal UiTM yg sememangnya lembab tahap siput.
17. anda mestilah banyak2 bersabar dan membuka portal tersebut tepat jam 8.30 malam walaupun result dah keluar dari pukul 5 petang.
18. anda haruslah rasa berdebar2 dan curious.
19. anda haruslah masukkan no ic dengan yakin dan baca BISMILLAH serta kata dlm hati "ala,tak dapat pun takpe,ley cube UPU pulak".
20. setelah result keluar,dan anda baca "Tahniah! Anda berjaya mengikut program Ijazah Sarjana Muda Pengajian Undang-undang  di UiTM Shah Alam", anda HARUS dan WAJIB lah menjerit sekuat hati 'Yes!!!!!!!!!!' sampai mak anda yang tengah masak kat dapur dengar dan adik anda berlari ke arah anda dan bertanya "kenapa akak?"
21. anda haruslah dengan eksitednye bagitau mak "mak,akak dapat kos undang2,UiTM Shah Alam!!!" sambil menjerit2 eksited tahap gaban dan haruslah anda bangga apabila mak anda tak henti2 menyebut Alhamdulillah tanda bangga dgn anda.
22. anda haruslah buat rilek je walaupun anda hanya ada masa tak sampai lagi 3 minggu sebelum mendaftar.
23. pada minggu terakhir sebelum mendaftar,anda mestilah tergesa2 pergi bukak akaun SSPN sbb anda nak mohon PTPTN.
24. juga anda haruslah membuka akaun Bank Islam tiga hari sebelum tarikh mendaftar. yang mana pada akhirnya anda baru mengetahui IC anda rosak dan terpaksa buat IC baru. *mengeluh puas2.
25. anda terpaksa ke pejabat JPN dan minta surat pengesahan IC rosak dan pergi semula ke Bank Islam untuk buka akaun.
26. diingatkan anda juga perlu membayar yuran UiTM sebelum mendaftar yakni bayar di Bank Islam tiga hari sebelum tarik daftar.
27. anda haruslah mengemas beg pakaian sehari sebelum mendaftar.
28. anda haruslah membeli segala kelengkapan dan mintak sain pengetua untuk pengesahan borang2 sehari sebelum pergi mendaftar.
29. anda haruslah berasa stress dan tensen sbb banyak lagi barang2 anda belum kemas padahal esok dah nak daftar dah.
30. anda haruslah bertambah2 stress bila anda sedang sibuk kemas2 baju,ayah anda ajak pergi UiTM Shah Alam time tu jugak.
31. anda haruslah berasa amat menyesal sebab buat kerja semua last minit.
32. dan akhirnya,anda haruslah bersyukur juga sebab esok anda tetap akan mendaftar walaupun segala kerja dibuat last minit dan tanpa perancangan. =)

hah,amacam? senang tak nak masuk U? hahaha.aku memain je lah wei. sume tu aku je punye perangai. aku mmg suka buat kerja last minit. kalau korang nak buat jugak,.ikut lah step aku tu. eh aku lupa satu step,buat medical check up. yg tu aku buat dua minggu sebelum daftar. and lupa satu lagi,jumpa kekasih hati buat kali terakhir. yang tu aku buat seminggu sebelum mendaftar. amacam? dah bersedia nak masuk u last minit dan tanpa dirancang? haha. korang tukar je la yang kos tu kpd kos yg korang suka. aku mmg tiba2 pulak terfikir nak jadi lawyer sedangkan tu cita2 time aku darjah 3 je tak silap aku. anyway,wish u all the best. wish me too. =)

*esok,25 Februari,aku akan mendaftar di Kolej Mawar,UiTM Shah Alam. nervous! risau nak tinggalkan family. :'(


No comments:

Post a Comment