Kau kekasih hingga ke akhirnya...

Sunday, February 5, 2012

hati seorang perempuan

hmm,malam ni terfikir,kenapa ye hati ni tak boleh stop merindui seseorang? kenapa ye setiap saat dan setiap masa pasti akan terfikirkan seseorang? kan bagus kalau hati ni restricted untuk family je. kenapa ye mesti ada perasaan cinta untuk org lain? haih,love can be sweet but also,it cost us a lot of pain sometimes.

tak paham la hati sendiri. benci2 pun tapi masih ada perasaan sayang tu. kenapa tak boleh nak hilang? susah sangat ke eh nak buang cinta dari hati? padahal dah mcm2 Allah uji,tp still jugak bertahan sampai la ni. hmm,tak tahu la nak luah kat sapa pasal hal ni. nak cakap dgn parents pun,diri ni jenis tak share rahsia peribadi dgn depa. pelik la hati perempuan ni. ego2 dia pun,keras2 dia pun,nape la rapuh sangat,lemah sangat bila tiba bab CINTA.

hmm,kekadang tak tertanggung rasa hati ni. sedih mmg sedih. tapi hati suruh sabar je. let go,tiap ape benda jadi,let go. nampak mcm dah terlalu banyak hati ni bersabar. mmg lah tak de la setiap masa je sedih. selalu jugak la rasa bahagia tapi mesti ada jugak duka. tak boleh la nak bahagia je all the time. knp eh? bingung la mcm ni. kita tak tau la sape jodoh kita,payahnya la hai bercinta sebelum tiba waktunya. nak buat mcm mana,sape suruh pilih jalan ni kan.

hmm lepas ni nak belajar lagi. mampu ke go on belajar sambil bercinta? dah rasa dah time sekolah and kat matrik dulu. mungkin Allah masih nak tolong,result still okey. bercinta2 pun,top student gak. bercinta2 pun,dekan jugak time matrik. tapi,godaan dia lebih banyak. nak wat keje pun,dok lalai,leka. lagi banyak masa untuk boyfriend drpd masa untuk study. kira bagus la Allah tu izinkan diri ni berjaya lagi. lepas ni tak tahu lah mcm mana,rasa tak mampu la nak carry on belajar sambil bercinta yang masih tak halal ni. nak halalkan pun,susah. banyak sangat halangan and cabaran. kang usulkan nak nikah awal kat family,curiga lak depa kang nape awal2 sangat nak nikah ni,dah buat ape2 yg tak patut ke. takut depa fikir negatif je. padahal nak buat benda baik,nak halalkan supaya takde la tak berkat nak belajar nanti.

dilema betul la mcm ni. dah la time bercinta ni asyik nak bergaduh je. kang stress pulak time belajar nanti. kalau kos senang2 takpe la gak. ni undang2 kot. banyak menghafal pulak tuh,mesti minda kena terbaik. hmm. mcm mana la nak setelkan semua ni. semoga diri ni tabah la nanti di alam degree. umur pun dah makin meningkat dewasa ni,dah kena fikir mana yang baik dan buruk untuk diri sendiri. bukan lagi parents yg aturkan. emosi and perasaan pun kena tolak tepi. kena banyak fikir guna akal dan minda. Ya Allah,harap Kau bantu hambaMu ini.

nak pesan kat lelaki masa depan,kalau boleh tolongla support perempuan ini. diri ni mmg jenis rapuh,fragile,cepat putus asa,cepat mengalah,cepat stress,cepat tensen and segala bagai. memang perlukan penyokong yang setia. yang ada di saat jatuh bangun hidup ni. sbb diri ni tak mampu nak lalui semua ni sorang2. :-(


dia pernah kata
"senyumanmu bak bunga mawar yg mekar...
yang xkn layu biar pun badai yang melanda...
yang mmpu mencairkn pandangan mata para jejaka..
mudah2an mu ttp mnjaga ap yg terjaga selama ini"
 
how i wish u will make sure i'm always smiling instead of crying. 

No comments:

Post a Comment