Kau kekasih hingga ke akhirnya...

Monday, February 20, 2012

kenangan bersama

sebelum masuk u,wajib jumpa dia dulu. WAJIB. hahaha. padahal nak guna baucher buku dia. tapi apakan daya,dia lupa bawak student card. sengal3. dari jauh dia datang,tup2 lupa bawak student card. nasib baik la aku tak pilih lagi buku2 yang aku nak beli. then dia cakap "takpe la,nanti gtau je buku ape nak beli,kat kedah t abg beli". hmm. so kesimpulannya,lepas masuk U nanti la baru kirim buku kat dia. ape2 pun,thanks sbb sanggup balik walaupun kerja banyak.

bila tak jumpa,kemain kuat gaduh. sebelum jumpa tu pun sempat gaduh bagai. then bila jumpa,terus jadi baik. mmg lah kami ni kena berhubungan jarak dekat. huhu. sepanjang perjalanan,tak habis2 bercakap. mmg dlm bas tu bising suara kami je. org lain dok tidur bagai,kami dok bersembang. banyak gila benda sembang. penat mulut bercakap.

candid snap time dye ngah anta msg kat neah. 

lepas tu dia cadangkan nak jumpa neah. kawan lama kitorang masa RK dulu. so kitorang pun lepak la dgn Neah and kebetulan Opie pun tgh praktikal kat sana,so join la skali. opie pun kawan lame kitorg gak. masa tu dlm pukul 1 lebih,so kitorang pegi lunch sama2 kat KFC. eh apasal aku macam tulis diary? haha. maklum lah,skrg dah malas nak pegang pen. so tulis diary kat blog je la.

soalan maut opie tanya kat aku "macam mana korang boleh couple?" haha. maklum la,dulu mana rapat pun dgn si topek nih. bese2 je. then tetibe lak pas abis sekolah,ter'couple' lak. neah lak cakap "a'ah,terkejut gak aku masa mula2 tau melalui FB dlu. tak sangka korang ni". macam mana boleh couple? entah,rasanya dlm blog aku ni dah penuh kot cerita aku camane aku leh tersangkut dgn topek nih. review je la balik.

best jugak jumpa kengkawan lama ni. hari tu masa raya dah jumpa shahkhir,laily,karim,syuk,syafiq,sumi. malu jugak rasa bila datang balik jumpa kengkawan lama as couple. rasa lain mcm pulak. tapi alhamdulillah,aku bersyukur. ada dia dlm hidup aku. rasa mcm kami saling melengkapi walau banyak pergaduhan. aku dah pernah cakap kan,ni la hubungan paling mencabar. asyik bergaduh je. entahlah,nak kata tak serasi,serasi. tapi bila ego menguasai diri. camni la. anyway,lupakan.

walaupun penat seharian tuh,tapi still kami tak habis2 bersembang. ade je benda nak cakap. yang best,aku melenggang je bawak handbeg. abg bersusah payah bawak beg dia yg dipenuhi dgn baju dia and laptop dia and barang2 aku sekali. thanks dear. dia meringankan beban aku tapi aku menambahkan beban dia. hewhew.*gelak jahat. bersama dia,aku belajar erti perkongsian. share everything. dari duit makan,duit tambang,segala2nya. we shared all things. as kawan,abang,kekasih,kawan bergaduh,segala2nya.

actually banyak lagi aku nak tulis. tapi banyak benda yang aku rasa terlalu peribadi. so aku luah dlm blog lagi satu je laa. yang pasti,pertemuan kali ni memberi satu makna yg sangat mendalam buat aku. yg hanya aku yang tahu. seriusly,tak pernah aku rasa begini dgn sesiapa pun. bila seseorang bercakap sesuatu yg sangat ikhlas padaku. entah lah,rasa ni tak mampu aku nak simpan sorang2. biarlah dia untuk aku,aku untuk dia. tak nak dah aku menyintai yg lain. hubungan yg dah nak mencecah dua tahun ni,semoga kekal hingga bertahun2 lagi dan selamanya.
*anyway,seronok makan McD pukul 1 pagi dibelanja oleh abg terchenta. =)                                                    
 kami gila kentang. =D

dulu masa kat matrik,time date ngan abg,salu suruh dia beli aiskrim ni.

hmm. kenangan bersama,terpatri selamanya. walaupun cuma sehari dua. tapi cukup la before berjauhan masuk U. thanks sbb sanggup balik. teringat dlm bas he said sambil tersenyum "untungla ade pakwe sanggup balik kejap". yup,mmg untung pun sayang. =) ape pun jadi,besar mana pun kita gaduh,i will never forget apa yg u pernah buat untuk hubungan kita.

HARGAILAH SEBUAH PERHUBUNGAN. sbb bukan senang nak bina sebuah perhubungan. bukan senang nak kenal hati budi seseorang,nak hafal gerak geri dia,nak tahu apa dia suka,apa dia benci,nak baca perangai dia. bukan senang sebenarnya nak mengenali seseorang secara total. hanya apabila hati sudah bersedia menyintai dan menerima apa adanya,seseorang itu dapat kita kenali. bersyukurlah dgn apa kita ada,dgn siapa kita bersama.
 

2 comments:

  1. betol3. hargailah orang tersayang. we'll never know good things till it gone. tapi tamawlah da hilang baru nak sedar~ sob~

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye sayang. =) walaupun suka berangan kan. hehe.

      Delete