Kau kekasih hingga ke akhirnya...

Friday, February 3, 2012

a lawyer to be insyaallah.. alhamdulillah dpt gak course undang2 =)

assalamualaikum. last night aku sangat2 la happy. akhirnya aku dapat gak kos yang aku nak dan u yang aku nak buat pertama kalinya dlm sistem u online nih. huhuhu. just imagine,aku selalu tak bernasib baik doh bila isi u online nih,selalu je dpt bnd yang aku taknak and bukan pilihan pertama aku. first masa lepas SPM ritu,berbekalkan result 7A,patutnya aku pilih la yg hebak2 cikit. ni skali dpt diploma dlm bidang pengimejan perubatan. bukan aku tak suka,suka. tapi entahlah,diploma kot. macam membazir masa aku je. nyesal lak aku letak pengimejan perubatan as pilihan kedua. huhu. beza dgn kawan aku dari SMKA,dia dapat 7A gak,tapi dia mintak asasi sains UiTM,skrg dia dah further degree dlm bidang perubatan dah. apesal la aku tak mintak asasi sains dulu. tp bagus gak sebab actually aku bukan minat medik pun. huahua.

then aku masuk matrik. sekali lagi aku diuji. sume sbb salah strategi mintak u masa sistem upu. huhuhu. boleh dia bagi aku kat UMS. sabah der. mmg tak la aku nak pegi. jenuh aku nak balik pe semua. sekali lagi aku silap dlm isi UPU. padahal result matrik aku gempak gak la. sampai aku dipanggil pergi interview medik untuk pergi Indonesia. tapi aku ni sengal,bukan nak buat betul2 time interview tuh,lepak gila tak study apa,sekali amek kau soalan yang dia bagi pehh memang dasyat gila. tapi nasib baik jugak la,mungkin Allah tahu aku mmg tak dapat nak jadi doctor yg bagus,as aku sendiri kurang minat bidang perubatan,darah pun geli,nak jd doctor konon wani.

so disebabkan aku tolak offer UMS,dekat 5 bulan gak la aku dok umah,keje. memula ada gak la rase mcm terkilan,kengkawan lain sume dah sambung degree,aku ni nak jadi ape. mcm tak nampak je masa depan. org lain sibuk belajar aku dok kerja. dalam masa sama aku apply for UiTM ambilan Mac 2012. aku cuba mintak course undang2 berbekalkan result MUET aku yg lepas band 4 and result SPM aku yang agak gempak,yelah Sejarah aku A1 kot,BM aku A1,BI aku A,rasa mcm aku ni better ke arah law kot. memang aku minat actually nak jd lawyer,bila tengok lawyer2 berhujah kat court dlm tv,fuhh,mmg aku tengok sampai abis la depa berhujah. so aku tanam azam,aku nak buat parents aku bangga dgn aku,aku dah pernah cuba nak jadi doctor tapi mungkin rezeki aku bukan ke arah tu. so aku apply Law. satu cabang lain yang dulu ayah aku pernah apply tapi dia tak dapat,dia dapat bidang Sastera kat UKM. aku bertekad aku nak sambung cita2 ayah yang terbengkalai.

dan alhamdulillah,semalam tepat pukul 8.30 malam,bila aku cek keputusan permohonan ke UiTM,menjerit kuat aku,"YES!!!" sampai dari bawah adik2 aku dengar.

Tahniah,anda berjaya ditempatkan di UiTM.Maklumat tawaran adalah seperti berikut.

Nama:Nurul Azawani binti Kamarudzaman
No K/P Baru:921221086484
Program:LW213-Sarjana Muda Pengajian Undang-undang (Kepujian)
Kampus:UiTM Shah Alam

senyum lebar aku lepas baca. tak putus2 aku sebut alhamdulillah. huhuhu. akhirnya aku dapat apa yang aku nak. tak sia2 aku tolak offer UMS hari tu and bersabar selama lebih kurang 5 bulan. terima kasih Ya Allah sebab akhirnya Kau beri apa yang aku benar2 inginkan. lepas ni aku nak berusaha sungguh2,nak belajar sungguh2 sampai aku berjaya genggam ijazah Undang2. aku nak buat ayah and mak aku bangga dengan anak sulung depa ni. patutlah even aku masuk bidang Sains sebelum ni,tapi aku rasa mcm tak berapa minat. even markah Bio and Kimia aku selalu A,tapi aku nak je amek sastera,nak je master in English,sebab aku minat gila English and Sejarah. rupa2nya rezeki aku memang bukan dlm bidang sains. apa pun aku bersyukur sebab aku mempunyai kelebihan dlm kedua2 bidang ni. Sains boleh,Sastera pun boleh. =)

lepas ni kena prepare mental dan fizikal la. kompem2 la untuk buat Law ni kena banyak menghafal,banyak berhujah,banyak speaking and kena berani depan public. nasib baik aku ni bukan jenis darah gemuruh sangat. dulu time sekolah selalu gak jadi MC and masuk pantun and pertandingan2. and satu je,aku kuat melawan. hahaha. kalau aku nak menang,memang aku tentang habis2an. ada gak la kot jiwa Law dalam diri aku ni. so kawan2 semua,doakan aku berjaya ye. doakan aku mampu habiskan pengajian dlm bidang Law ni and jadi lawyer satu hari nanti. =)

and salah seorang blogger yang jadi idol aku dlm bidang law ni ialah kaka cantik,Kak Nurulbadiah Lai. she's awesome. =) ni blog dia --> Nurulbadiah Lai.

k chow. ada masa aku update lagi. =)

3 comments: