Kau kekasih hingga ke akhirnya...

Wednesday, February 1, 2012

rab ne bana di jodi (Tuhan telah tentukan jodoh kita)

pheww. baru lepas tengok filem Shah Rukh Khan tajuk atas tuh. mak aih,best kot. rugi lau tak tengok. rugi sangat. pasal cinta,pengorbanan. kisah cinta dia bukan mcm kisah cinta melayu yang stereotype tuh. ni mmg terbaik la jalan cerita dia. mampu buat kita ketawa,sebak,menangis. taktau la bagi owg laki depa nak tengok ke tak cite2 camni. tapi it's a masterpiece.

Shah Rukh Khan ni seorang lelaki yang biasa,pakai spec,ada misai,rambut sikat skema,baju kemeja besar,dia mmg tak menarik di mata perempuan. tapi dia lelaki yang sangat baik. satu hari dia pergi rumah pensyarah lama dia,dia ni anak murid kesayangan pensyarah dia tu. and ditakdirkan dia TERPAKSA kahwin dgn anak perempuan pensyarah dia tu sebab bakal suami perempuan tu meninggal masa depa dah nak kahwin dah pun.

and here the story start. Shah Rukh Khan mmg dah jatuh cinta kat perempuan tu sejak pertama kali dia pandang perempuan tu lagi. tapi prmpuan tu dah tutup pintu hati dia utk bercinta lagi.

sedih weehhh. kesian tgk watak SRK yang mmg polos gila tu. dia sanggup tak dicintai walaupun dia sangat2 menyintai isteri dia tu. and dia sanggup buat kerja gila. dia ubah imej dia,dia buat isteri dia jatuh cinta kat dia menerusi watak lain yang dia cipta,as Raj.

last2,isteri dia mencintai Raj tu. hancur hati SRK tuh. isteri dia nak lari bersama Raj tu,padahal Raj tu dia gak. alahai aku tak reti la nak cerita kat blog ni. tapi korang mmg patut tengok citer ni. superb. olahan cerita dia menarik. aku hampir2 menangis gak la tapi tak nangis pon,tahan2. hehe. ade gak part kelakar,time isteri dia bawak moto besar tu,ciap weekang lagi tuh. hak2. pastu part SRK first time pakai suar ngan baju ketat sebab nak ubah imej. banyak lg la sbnrnya part2 menarik dlm citer ni. tapi sedih time isteri dia marah SRK sebab SRK lawan dgn ahli sumo jepun tuh semata2 sebab nak tiket pergi jepun as isteri dia mcm berminat nak pergi jepun. dia sanggup kena sepak terajang sebab nak bagi isteri dia tiket tuh as dia tak mampu nak beli. tapi isteri dia marah2 dia balik tuh. huhu. T_T

dalam cerita ni,ada part yang perempuan tu cakap kat SRK, dia takkan bukak hati dia untuk cinta dah sebab cinta adalah benda paling menyakitkan dalam dunia. betul ke? kadang2 cinta boleh jadi sangat menyakitkan,dan kadang2 juga cinta boleh jadi sangat membahagiakan. dan betullah,Tuhan dah tentukan jodoh kita.

ni ade trailer dia. tengok la. kalau nak tengok kena pause dulu lagu kat blog ni. butang pause ada kat sidebar sebelah ni.


No comments:

Post a Comment