Kau kekasih hingga ke akhirnya...

Saturday, March 31, 2012

the pursuit of success


i will never understand what is HOPE and DREAM. i never had my own dream actually. in fact,i never have an ambition. what i wanna be in the future. i never had that. tapi satu je bnd yg aku pegang sejak dari kecil. serius aku cakap. satu ni je.

I WANNA MAKE MY PARENTS PROUD OF ME

tak kisah la aku nak jadi ape pun,janji mak ayah aku bangga dgn apa yg aku dapat. apa yg aku capai. sbb tu,even aku takde cita2,aku belajar sungguh2. sbb tu,masa org lain tgh sibuk main sep tiang,aku sibuk kumpul A dlm setiap subjek (even my efforts was not t0o much as i've quite a good brain i guess,thanks Allah for that). dan sebab apa yg aku pegang tu jugak la,masa orang lain menangis dpt result teruk,aku tersenyum melihat senyuman di wajah mak dan ayahku. this part of my life,is called "making my parents proud of me".

aku buat benda yg aku rasa aku tak mampu buat. aku join pertandingan pantun sekolah walaupun aku punya self-esteem agak low at that time. tp aku sahut cabaran tu. aku nak mak and ayah nampak aku. bangga dgn aku. dan tanpa aku sedar,aku actually ada potensi dlm semua ni. aku ada potensi nak bercakap depan khalayak ramai tanpa gugup dan kaku. aku mampu mematahkan hujah org lain,aku mampu mereka sebuah pantun dlm masa 15 saat,aku mampu mengacarakan majlis rasmi. and banyak lagi bnd yg aku mampu buat yg aku tak pernah cuba pun sebelum aku tahu aku mampu. sebab apa aku mampu? sebab aku nak di mata mak and ayah,aku anak yg membanggakan mereka.

to be truth,aku pernah dapat markah 0 untuk add math. pertama kali aku failed dlm hidup. subjek pertama yg aku gagal sepanjang aku bersekolah. tp actually time tu aku demam so aku tak jawab sgt pun. tp serius,masa cikgu umumkan 5 orang yg dpt markah 0 time tu,i was so shocked. aku expect mmg aku akan gagal tp tak sangka pulak sampai dapat 0. masa aku ambil kertas tu dr cikgu,aku gelak depan kwn2 aku. aku rilek je. padahal dlm hati,aku bersumpah,aku takkan sekali2 dpt 0 lagi. malah aku siap ugut diri sendiri,kalau aku dapat 0 lagi,mmg aku ni org paling bodoh dlm dunia. kompem mak ayah tak bangga dgn aku. kompem aku dipandang rendah oleh org lain. so aku usaha,buat soalan past year,buat soalan2 susah,sampai akhirnya aku dapat A utk add math time SPM. sume tu sbb apa? aku nak banggakan mak ayah. aku taknak diorang malu anak failed paper. that's the last thing i want in my life,make my parents sad.

lepas matrik,aku tak nampak mana jalan aku. aku ditawarkan dua offer medik ke luar negara,twin program,tp taktau kenapa,aku mcm takde hati utk buat sungguh2 dlm interview. mmg la i did prepare sikit2 tp entah,mcm aku buat tu tak sungguh2. aku tau harapan mak and ayah aku nak aku jadi doctor and aku tahu diorang mesti sangat bangga kalau aku dpt pursue in medic. tp,aku TAK MINAT. aku rasa aku mmg tak dpt nak jd doctor yg bagus. entahlah,mungkin mmg bukan rezeki aku kot dlm bidang kedoktoran. aku tak pergi temuduga medik USM-India. even aku sangat2 minat Biology and i score A all the time in Biology at matriculation. 

satu je sbb knp aku buat Law ni,,sebab ini cita-cita ayah aku dulu. aku still ingat ayah pernah cerita kat aku,dulu lepas form 6,ayah mintak Law kat UKM tp tak dpt,so beliau ambil bidang Bahasa kat UKM. dan advantage jugak for me,according to my SPM result,aku mmg agak terer bidang sastera ni. sejarah and BM aku A+. and alhamdulillah English aku A. sbb tu aku berani ambil risiko masuk bidang Law ni. orang sume dok tanya nape aku lari bidang pe sume,macam ar aku ni dah belajar banyak sangat pasal sains time kat matric tu. matric tu kan cuma jambatan nak masuk U je. aku rimas la orang tanya macam tu. pelik sangat ke kalau dari Sains pergi Law??????? yelah,pointer asasi dorang sume gempak2 kot. takut jugak la aku. ceh,macam pointer matrik ko tak gempak je kan wani. =,='

kekadang mmg rasa rendah diri. tengok dorang kat fakulti law ni sies ckp sume terer speaking. senior kata fakulti lain sume cop budak fakulti law ni berlagak,gempak bagai. aku ni pulak jenis yg kureng speaking kalau dgn kengkawan sume. sies ase mcm "asal sume terer2 ni?". sume pandai bercakap,sume berani menonjol. aku ni?? padahal aku lupa,aku satu masa dulu pernah menonjol,pernah ke hadapan,pernah menang itu menang ini. jadi pilihan guru utk jadi MC majlis bagai. aku lupa sume tu. aku lupa aku ni tak pernah pun repeat MUET. sekali je amek MUET terus dpt result okey. aku jadi tak bersyukur and lupa apa kelebihan aku bila tengok orang lain. 

aku bukan nak berlagak pandai. aku mmg tak pandai. aku ni selalu rasa rendah diri. sbb tu aku kena ingatkan balik diri sendiri. apa yg aku pernah capai,apa yg aku nak capai,dan apa harapan mak ayah aku. for sure dorang letak harapan tinggi bila aku masuk Fakulti Law UiTM ni. the best Fakulti Law in Malaysia. for sure mak nak aku jadi lawyer. for sure ayah nak aku score kat sini. tp aku takkan dpat sume tu tanpa sokongan dan dorongan dari mak and ayah. siess ckp,aku takkan mampu bergerak seinci pun langkah dlm hidup aku tanpa sokongan dan doa dari mak ayah. setiap benda yg aku buat sume untuk mak and ayah. aku akan berusaha bersungguh2 to get 3 pointer above,and proceed to LLB to become a lawyer. dan ini,this part of my life is called "the pursuit of success".


i will never forget this moment. the smile on his face marks a thousand happiness.
i'll make sure this time will happen again,in my convocation insyaallah. 

 

Friday, March 30, 2012

maafkan aku sahabat


Ya Allah,menangis aku malam ni. sumpah rasa mcm nak hantuk2 kepala kat dinding. apasal aku careless sangat ni???? semalam ade je stem hasil tu. tgk2 malam ni aku cek tadi dah takde. perkara pertama terlintas dalam fikiran aku time tu is Ajla. stem ajla ada kat aku. ajla amanahkan aku untuk pegang as dia takut hilang. tengok2 dalam jagaan aku stem tu hilang. argggghhh!!! aku tak pernah lagi hilang barang yg mmg penting mcm ni. aku tak pernah careless sampai macam ni sbb aku mmg jenis yg secure. yg xnak datang lambat pergi kelas. yg kalau nak wat pape mesti cek sampai dua tiga kali. tapi kali ni...mungkin Allah mmg nak uji kesabaran aku.

takpe la wani. bak kata motivator and Ajla,mungkin ada hikmah di sebaliknya. aku bersyukur gila dpt kawan mcm Ajla. dia tenang je. tak marah aku ke ase bengang ke. mungkin ada la kot kalau dia bengang pun tp alhamdulillah,dia sendiri buat aku rasa tenang dgn jawapan dia. aku yg gelabah gila takut dia marah ke ape. dah la baru kenal. aku risau je dia xpercaya kat aku lg ke apa. T_T sorry ajla,aku mmg tak sangka bnd ni akan jadi last2 minit cmni. mungkin Allah taknak kita kelam kabut kot esok. moga2 ada hikmah di sebalik semua ni. yg pasti i'll pay for all the 'kerugian'. 

maafkan aku sahabat. maaf sangat2. :'(

Thursday, March 29, 2012

it is always him


sumpah weh,tensen tol nak isi ptptn,sangat2 tensen.
dah la nak dapatkan sign pun payah.
benciiiii.
last2 aku tensen sangat,aku suruh topek tolong buat. 
alang2 dia nak balik perak.
so aku suh dia jumpa ayah,jumpa mak,sbb nak uruskan bnd ni.
so skrg sume sign2 and pengesahan dah dapat.
tapi sies,aku rase bersalah sangat menyusahkan orang.
walaupun orang tu adalah bakal suami sendiri.
=,='

bayangkan la,dia penat2 ride dari kedah ke perak nek moto
pastu terus g kedai print lak g print borang2 aku,
then g rumah aku plak jumpa mak nak mintak sign mak
pastu fotostat pulak surat beranak adik2 aku.
then pergi pulak SEMETRO jumpa ayah aku
tunggu ayah aku habis meeting pulak tu
then tunggu ayah sahkan sume.
kesian weh kat dia.
aku taktau nak ckp pe da.
mmg tak dpt la aku nak balas pe yg dia pernah wat kat aku.
dia dah banyak sangat tolong aku.
bila aku takde duit nak beli buku dia yang bank in wet dlm bank aku
bila aku nak buku dia datang dari kedah tolong beli.
kekadang rasa mcm dia tu antara org paling penting dlm hidup aku selain mak ayah aku.
pape hal,aku cari dia.
gaduh teruk mane pun,dia tetap akan tolong aku.
and gaduh teruk mane pun,bila aku tanya masih ke ada cinta,
he will answer yes,still.
padahal aku,dah dilema dah. sayang ke benci.

pape pun,terima kasih banyak2 la kat dia.
orang yg banyak tolong aku setakat ni.
tak dapek den nak balas.

my bestfren ever.

Tuesday, March 27, 2012

mari memerhati


ada orang tu,dia study gila2 pun,bila exam markah dia biasa2 saja.
ada orang tu,dia tak study sangat pun,tapi bila exam result gempak.
ada orang tu,dia tak beribadah sungguh2 pun,tp dia selalu dapat apa dia nak.
ada orang tu,siang malam beribadah pada Allah,tp selalu bernasib malang.

tapi yakinlah,
sesudah kesulitan,pasti akan datang kesenangan.

mari kita berpegang pada sedikit kata-kata.

"yakinlah walau sakitnya terlalu, nanti KEMANISANNYA juga akan berganda. Terimalah kesusahan yang sedikit demi kebahagiaan yang lebih baik dan abadi."

*azam terbaru,nak struggle gila2 utk dapatkan biasiswa JPA. tp how can i do that with my condition like this? :'(


Allah sayang aku


sebab Allah sayang aku,dia tak biarkan aku bersendirian dalam perjuangan mencari ilmu ini.
He provides me with a very good and nice friends.
one of them is my classmate,Hanim Ajla.
aku kenal dia secara tak sengaja.
masa aku tgh cakap dlm telefon,aku duduk sebelah dia.
then aku saje nak beramah mesra tanya dia kelas mana.
luckily,she's in the same class with me.
since that,we became friend.
quite close friend actually.
she's a very nice person.
the one that we can call SAHABAT.
the one who hold your hand when u are crossing the road.
the one who keep accompany you wherever you go.
the one who make sure friends come first.
the one who told me to take medicine when i'm sick.
the one who remember my birthday even we've just known each other for less than a month. 
terima kasih sahabat.
moga ukhwah kita berkekalan sepanjang perjuangan kita di universiti ini.

then i have my roomates.
Ina,Farah and Jannah.
even we are in different courses,but still,we are quite close to each other.
we shared a lot.
helps each other.
going out together.
eat together.
laugh together.
we do things together.
terima kasih sahabat sebilik.
here,you guys are my family.

aku actually seorang yang sangat manja.
yang terlalu bergantung pada family and 'someone' in all things.
even when i'm in my matriculation,
that 'someone' who helped me a lot.
but as time goes by,
i learn how to be independent.
syukur sekarang mampu buat sendiri hampir semua benda.

i am no beauty queen.
neither a perfect buddy.
i cry a lot,
laugh a little.

i'm facebooking all the time.
study for a while.
blogging for almost an hour,
doing assignments for less then 15 minutes.

there's no way i could be perfect for my friends.
but believe me,
i treasure all of you a lot.

terima kasih sahabat baru ku.

Sunday, March 25, 2012

Is it you?



God gave me you for the ups and downs, 
God gave me you for the days of doubt, 
For when I think I've lost my way, 
There are no words here left to say, 
It's true God gave me you.


Friday, March 23, 2012

i miss him



he is Muhammad Aidil Hakim.
miss y0u my dear.
the 0ne who always care b0ut his sister.
seri0usly kakak miss y0u. 
=(

Thursday, March 22, 2012

pengalaman berjumpa Perdana Menteri




haha tajuk aku mcm tajuk karangan budak2. hahaha. tapi aku nak citer kat cni,malam ni 21 March,PM dtg UiTM Shah Alam. aku ngan roomate aku pun pergilah tengok sbb nak rasa pengalaman di samping kumpul kupon utk dok kolej lagi. and the most unforgettable part that night is aku dapat bersalam dgn PM kite,Datuk Seri Najib. haha. kesian Jannah dia kat sebelah aku tak dapat salam sbb Datuk tu hulur tangan kat depan aku. so aku pun sambut lah. hahahaha. first time salam perdana menteri. ceh,over eksited lak aku. 

nak tunjuk gambaq kami sikit,. hehehe.


yg paling kiri tu roomate aku Jannah. yg lain tu kawan roomate aku.

saje nak tunjuk baju yg dpt utk pegi sana. hehe

aku and jannah. =)

sape ni ntah.

baru lepas berciap. gedik juugak nak amek gambar,. hak2

aku,jannah and ina. depa ni roomate aku.

tu dia dewan agung kami.


tu dia warga uitm. kami kena dok luaq. u lain dok dlm dewan. huhu

'
PM tgh dok berucap.

ok dah. dah ngantuk. penat baru balik jumpa Datuk Seri Najib. nak tidoq. ^_^





Wednesday, March 21, 2012

dalam perjalanan ini


pagi-pagi lagi dalam pukul 8,bergerak keluar ke bus stop Kolej Mawar dan menunggu sama ada bas Rapid atau bas UiTM untuk ke fakulti undang-undang yg padahalnya boleh je kalau nak jalan kaki yg mana mengambil masa approximaely 15 minutes from Mawar. setelah sampai di kelas ataupun dewan kuliah,sama ada mendengar dengan teliti kuliah yg diberi atau berkhayal memikirkan masalah2 rumahtangga (cliche) yg mana kerap mencengkam emosi seorang remaja seperti aku. dan ya,masalahj seperti ini lah yg membuat aku hilang fokus dan bosan untuk belajar. maka aku tewas utk berperang dgn diri sendiri. emosi sering saja menguasai diri dan membuat aku menangis sendiri di malam hari. 

kehidupan di kampus mengajar aku erti kehidupan. aku perlu belajar menahan nafsu. pelbagai jenis nafsu. nafsu makan,nafsu membeli belah.,segala2nya,. wang ringgit automatik menjadi satu benda yang amat penting. dalam konteks ini,boleh aku katakan aku gila wang. aku perlukan wang. satu buku Contract berharga rm80 yg mana masa aku sekolah dulu harga buku tidak melebihi rm30. bayangkan jika terpaksa beli 10 buah buku dgn harga sedemikian. rm500 boleh habis dalam masa tak sampai sebulan. 

bersandar pada emosi membuat aku kadang2 pressure. aku selalu hilang fokus pabila aku punya konflik diri. pabila aku rasa tertekan dan stress,all i can do is just laying on the bed,crying and crying. how weak i am. yess,i'm totally weak as a girl. i'm not able to control my feelings,my emotions. buku jangan harap akan disentuh walaupun aku berbelanja beratus2 utk buku. 

i can't eat whenever i want now. i must count my money first and then decide whether i can eat or not at that time. dah tak macam kat rumah dulu,nak makan je mintak tolong mak buat nasik goreng tak pedas. goreng je telur ataupun sosej. sekarang,berlaparlah aku kalau duit dalam tangan tak mengizinkan perut yg merengek kelaparan untuk diisi. 

tak lupa berterima kasih buat mak yg kadang2 mengirimkan duit belanja untuk anaknya ini meneruskan hidup di kampus. akak janji akan belajar betul2 untuk mak. juga kepada hamba Allah yg sering membantu tika aku memerlukan,yang menghulurkan wang serta bantuan bila aku mintak tolong. thanks a lot. insan2 ini akan sentiasa berada di ingatan dan jasa kalian tak akan dilupakan. i promised.

dan masa akan terus berputar..aku akan terus berada di roda kehidupan...

Tuesday, March 20, 2012

teringat time ambik result SPM dulu


esok result SPM kua sbb tu aku tiba2 terfikir utk update status pasal ni. still remember somewhere back to 2010. which was a really terrifying time for me as i'm gonna take my result that morning. that really peaceful morning became a very stressful morning for me. but unintentionally,i'd met my old classmate at the same morning around 10 a.m. he's gonna take his result too. and guess who? he's my soulmate now,my very3 long-term boyfriend which i'd better pronounced him as 'bakal suami', iyyyuuu. hak2. 

that was a really historical moment in my life where it was one of the most happiest moment in my life. seriously,the first reason is because,my SPM result was quite good. and secondly,aku tak sangka pertemuan secara tak sengaja antara aku dan dia tu akan membawa kpd sebuah hubungan yg bertahan selama hampir dua tahun.

aku dapat 7A SPM. semua A except for Bio,Chemistry and Physics. taktau knp aku kantoi subjek sains. dapat B+ je. knp la tak boleh nak dpt A. geram betul aku. tapi it's okey,aku dah cukup bersyukur dgn apa yg Allah kurniakan pd aku. lepas SPM,aku masuk matrik. and there also i score. ive got 3.5 above for my pointer but unfortunately,maybe Allah mmg taknak bg aku masuk bidang Sains,after second time i've been called for medic interview to Indonesia and India,i finally decide to choose Law. and now,i'm doing my degree in Law at UiTM Shah Alam. see,aku tak pernah rancang masa depan,aku tak pernah ada cita2. i just go on with the flow. aku biar result dan masa serta keadaan yg tentukan. and Alhamdulillah,akhirnya menjadi seorang mahasiswi juga aku. 

dannn,kalau korang kantoi SPM pun,actually senang je nak masuk u ni. kalau korang nak cepat pegi degree,masuk la form 6. yela kalau dah kantoi sikit time SPM susahlah nak dapat matrik kan. so korang boleh pilih form 6. belajar setahun setengah then da boleh masuk degree. or kalau korang dah tak sabar2 sangat nak masuk u lepas SPM,ambik la diploma. as diploma ni tak perlukan result SPM yg cemerlang sangat pun. bese2 je boleh. mmg dah senang nak masuk u skrg. 1A SPM je pun da boleh masuk u. actually aku rasa agak tak adil jugak la sbb aku dulu belajar bg dpt result tinggi2 last2 kawan yg dpt A secoet tu je pun dpt masuk U jugak. tp takpe la,rezeki masing2 kan.

so,gudluck utk adik2 yg amek result spm esok. =)

Sunday, March 18, 2012

as long as we try


I can't promise you a perfect relationship without arguments and 

differences. However I can promise you as long as you're trying, 

I'm staying ♥ 

the fact


the day i stop writing about you in my blog,
is the day i've stop loving you.


baru tahu pentingnya memerhati



wahh,today aku catat rekod wehh. for the first time ever aku memberanikan diri berjalan di area KL seorang diri utk balik Perak. tapi aku takkan berani jugak kalau tak ada cik abg teman all the time dlm tepon sbb he knows all the directions here. aku call berpuluh2 kali tok kejut dia pagi td as aku tak berani nak gerak selagi dia x teman dlm tepon. sbb aku bukan tau jalan pun dr Pasar Seni nak ke Pudu Sentral. padahal dekat jee. =,=

baru la aku tau betapa pentingnya aku memerhati jalan sambil dok kuar bersiar2 berjalan2 dgn cik abg kat area KL dulu. sbb aku mmg jenis tak suka hafal jalan,tgk jalan pe sume.aku suka ikut orang je. tgk2 hah,aku kena berdikari balik sendiri as cik abg jauh kat kedah nun. huhu. tp aku sgt2 berterima kasih la dgn dia sbb dah bg aku banyak pengalaman yg sblum ni aku tak tahu apa2. drpd zero kpd tahu lah jugak cmne nak beli tiket lrt guna mesin tu,cmne nak nek lrt,dari mane ke mane,cmne nak KLCC pe sume. tu sume dia yg ajar,. thanks to him. so bila aku dah dok kat tgh2 bandar ni aku tau la camne nak pergi sana sini. ni pun lepas ni kena belajar lagi ceruk KL and Shah Alam ni. 

and betullah org kata,kita belajar dari pengalaman. dgn pengalaman tu jugak buat aku memberanikan diri g balik Perak sorang2,tp actually aku takkan berani jugak kalau takde encik abg. sbb ngan dia la aku dok tanye lau taktau jalan ke apa. selagi dia x bgn lg,selagi tu aku tak gerak lg pagi td, huhu.banyak gak la bas kena naik utk sampai ke Sungkai.

Rapid KL T603 UiTM Shah Alam ke Seksyen 2 - RM1
Rapid KL U80 Seksyen 2 ke Pasar Seni - RM3
Express KL-Tanjung Malim - RM7
Tanjung Malim ke Sungkai - RM3.80

overall dlm rm16 jugak la utk balik. kalau naik ETS dr KL Sentral rm19. lg mahal. bek nek bas je. hehe. alhamdulillah aku selamat sampai and esok aku balik semula ke UiTM Shah Alam terchinta. hak2. sehari je dpt spend dgn family. jadi lettew. boring gak dok umah lelame. hehe. 

Friday, March 16, 2012

titleless......


Awak,kalau kita sayang sesama sendiri,jangan degil lagi boleh?
Kita berdua jangan degil.

wow,today i was so tired. kelas should be on 10.30 am. i woke up on 9 am (i've perform my Subuh on 6). then get ready and we took the T604 bus exactly on 10 a.m. malangnya,we took the wrong bus. we should take T603 as it will headed straight to the faculty. the bus we took will go out to Seksyen 7 first then masuk balik UiTM baru la sampai ke Fakulti kami and it takes more than half an hour!! first time late g kuliah. hadeii. nasib baik late 10 minit je.

dah tu,habis je kuliah pukul 12.30,nak keluar pulak ke Seksyen 7 untuk beli buku BEL. duit dlm tangan ada rm50 je lg, waaa PTPTN cepat la setel. i need money. cuaca hari ini sangat2 lah panas. we go by bus then we go back by legs. huhuh. jalan kaki la maknenye. mmg panas kemain la. nasib baik member bawak payung,. share payung berdua dgn dia. kureng la sikit panas. tp tu pun berpeluh gak la jalan balik mawar.

td time lecture subjek Malaysian Legal System td,aku belajar tentang bnd yg dah pernah belajar sebelum ni pasal sistem perundangan,perlembagaan dari zaman Melaka , portugis amek alih , then pulau pinang lak. memacam la cuma lebih fokus on macam mane British Law boleh masuk ke Tanah Melayu ni. byk gak term2 baru yg belajar. penuh aku conteng lecture note dgn nota2.


eh pelik lak aku rasa entry ni.  mukadimah lain,story lain. haha. takde r,words kat atas tuh aku suka bab tu aku letak. it means a lot.

Wednesday, March 14, 2012

my life here



adoii,serius dah taktau nak update ape. hurm. life kat sini best la jugak. roomate yg best,kawan2 sekuliah yg best,kawan2 lame yg sudi membantu. and mcm2 la. aku dok sini dah brape kali keluar dah,cari buku la,baju la,segala macam la. thanks to kawan lama aku,Asni Muhayat sebab banyak tolong aku kat sini. teman aku cari buku merata-rata and so on. and also dekat Azreen Farhani,kawan lama dari SEMETRO yg dulu pernah amek asasi Law sebab bagi buku and nota2 senior budak Law. and also,dekat kawan lama merangkap bakal suami,Ahmad Taufiq yg sanggup turun dari Kedah semata2 untuk belikan buku for me. and kepada kawan2 baru budak law kelas D. semua baik2 belaka.

tadi aku sembang dengan seorang classmate aku budak kelas D. then tiba2 terkeluar isu kahwin. she said dlm sem 2 atau sem 3 nanti dia dah nak kawen. wow,surprisingly her parents yg galakkan dorang kawen sbb bg her parents,buat ape berhubungan lame2 tanpa ikatan. so sweet kalau parents memahami like that. 

aku pulak? bila depa cakap sal kahwin tu,automatically aku teringat dekat bakal suami. hmm,kami ada jugak merancang ke arah tu,tapi banyak obstacles. lagipun kami still tak take a step lagi actually. baru fikir kami2 je. cuma dia yang pernah tell his dad bout this. entah lah,life is so hard sometimes. kita nak buat something tapi susah nak dapatkan bnd tu. banyak kita kena harungi.

about my course here,utk sesape yg tak tau lg,aku amik course Bachelor of Legal Studies (BLS) or Ijazah Sarjana Muda Pengajian Undang-undang. Course aku ni 3+1 program,means 3 tahun utk BLS,and kalau nak sambung jadi lawyer kena proceed to professional program which is LL.B Hons yg memakan masa satu tahun. so untuk aku jadi lawyer aku kena study selama 4 tahun tu pun kalau pointer BLS aku lepas 2.70 baru layak sambung LL.B. interesting jugak actually belajar law ni. walaupun aku dari matrikulasi sains hayat,yg mana aku ni pernah ditawarkan utk amek medik twinning program UKM-UNPAD and USM-India,and tiba2 tukar profession pulak nak jadi lawyer,tapi aku rasa aku tak menyesal la buat keputusan sedrastik ni. insyaallah dengan izin Allah dan restu ibu bapa,aku mampu buat. 

and lagi satu,menurut kata our Dean,kos kami ni kalau dah proceed ke LL.B,mmg 0% kadar pengangguran lepas graduate sbb Jabatan Peguam Negara akan berlumba2 ambik graduate from UiTM. as they said,graduan UiTM berkualiti. yelah,tengok syarat nak masuk kos Undang-undang pun dah tau betapa strictnye UiTM ,MUET mesti band 4 ke atas. kalau UKM,UUM sume tu MUET band 3 dah boleh lepas amek Law. pointer of cos la kena 3 above kan. and ada pulak syarat nak masuk LL.B kena pointer BLS lepas 2.70. mmg agak ketat la syarat nak jd lawyer in UiTM ni.

tapi Insyaallah i will try my best. awal2 ni kelas kami sikit je sbb tutorial tak start lagi. kekadang sehari tu satu kelas je. mmg heaven la. balik kelas terus tidur. tak berapa ada mood nak study sangat sbb lessons pun baru start sikit2 je. and skrg ni mcm tgh ada konflik sikit dgn bakal suami. as dia busy dah nak final and aku pulak mmg nakkan attention dia so sometimes we fight. entahlah,payah nak seimbangkan antara cinta and study. aku ni kalau gaduh ke ape mmg langsung takde mood nak study. same la mcm kat matrik dulu. elok2 plan nak study,bila gaduh,dok terbongkang atas katil. langsung hilang mood nak study. damn damn damn. please don't fight with me. i wanna score dekan. T_T

hmm tu je la kot yg aku nak citer takat nih. ceh dah macam diary la pulak.tak sesuai langsung budak Law cmnih. hak2. biar r. aku bahagia cmni. story mory dlm blog. time serius,aku serius. time sedih,aku nangis. time happy,aku gelak ketawa. and time alone,aku tulis blog. now,i'm feeling alone. dgn laptop takdenye,serius rumit hidup kalau laptop takde. bukan apa,pasal blog or fb ni tak penting sangat,tapi aku nak kena register course pe sume kat student portal,plus wat SuFO lagi,sume tu pakai internet and laptop. ayah kata nak tuka laptop dgn aku as laptop aku tu asyik wat problem je. kalau betul alhamdulillah la. tapi kalau dapat laptop baru lg best laa. hehe. kena tunggu PTPTN dlu la kot. kompem lambat lagi. haih,pening aku dengan masalah lappy.

eh dah berlanjut2 pulak citer aku. chow dlu r. daaaa. (sies ayat budak tak matang tulis blog,peduli ape aku).

Tuesday, March 13, 2012

dan air mata itu mengalir jua



tak mampu nak berkata-kata.
hanya air mata menjadi peneman setia.
di kala diri tak mampu lagi bertahan.
ku mohon Allah kuatkan hati ini.
:'(

Sunday, March 11, 2012

from uitm merbok to uitm shah alam



10 March 2012,actually aku pun tak sangka the day we meet was the day of our ulang tahun and bulan which we have been together for one year and ten months. praise to Allah,we still can be together eventhough kami ni selalu sangat gaduh, boleh dikatakan all the time gaduh. semalam,dia turun shah alam. semata2 utk meet me and bought me some books. alhamdulillah,segalanya baik semalam.

dia sampai dlm pukul 11 kat shah alam. then aku naik bas dari uitm ke seksyen dua which i meet him there. wahh bila jumpa budak ni tak henti2 bercakap nye. sume dia nak cakap nye. padahal sblum ni dok gaduh bagai. kan dah kata,bila jumpa automatically berbaik and mesra gila. haha. tau sangat dah kami ni. and paling sweet,dia ciap bawak air tropicana twister utk aku minum,as he know aku mmg suka gila air tu. bertambah sayang. hihi. tp dia suh aku blanje mcD as dia teringin nak makan mcD. aku pun no hal je la,as dia dah penat2 datang dr kedah ke shah alam. pe salahnya kan belanja BFF ni. =)

cari buku Law kat shah alam ni mmg payah. penat gila kami round sana sini tp tak jumpa apa yg diinginkan. kesian gak kat dia terpaksa ikut aku kehulu kehilir. tapi alhamdulillah la dapat teman sporting cam dia. sies ckp,dia bukan jenis merungut kalau jalan jauh2 pe sume. dia sanggup teman lama mana pun and still beside me. dia bukan jenis nak tunggu kat luar kedai then bia aku cari sendiri dlm kedai tu. luckily he is not like that. malah dia sendiri yg dok tolong cari buku Law tu even tak jumpa2 sbb versi bahasa inggeris mmg dah abis. sedih gila. 

terpaksa la menggagahkan diri pergi Suria KLCC utk ke Kinokuniya yg mmg ada banyak buku Law kat sana. actually takde la jauh mana UiTM Shah Alam nak pergi ke area KL nun. tak sampai setengah jam pun naik bas rapid KL. then kat sana we find the books. dia pun dok tolong cari sama. habis dlm seratus lebih utk buku. yelah buku teks contract law pun dah rm80. mahal tol. huhu. nasib baik ada org tolong belikan. and dia cakap ni kalau tak belajar rajin2 jugak entahlah. and i said,i will try to get 3.5 above each sem. =) lepas bayar tuh,ada ke dia kata,ha ni resit ni frame kan,simpan elok2. haha. mmg aku akan simpan la. dulu my ex bf  masa aku SPM pernah belikan buku utk aku,tapi time tu takde la sampai dtg dari jauh tok belikan buku.

ni la antara buku2nya. 

kitorang sampai shah alam balik dlm pukul 8 malam. then g plaza alam sentral cari sport shoes aku. as utk kawad kena pakai sport shoes and tudung putih. then karaoke and then pulang. haih,balik tu tersangat la penat. kaki mmg sakit gila dok berjalan bagai. then i said to him,tqvm for everything dear.

penat tp satu pengorbanan yg cukup berharga. aku ingat lg pe dia cakap masa kat dia tgh cari buku aku kat kinokuniya tu, "camni la dapat awek budak Law". hehehe. 

we are student of uitm. bezanya,dia diploma and aku degree. =)

Friday, March 9, 2012

antara sains dan undang-undang



kat sini,ramai gila yang tanya aku,nape jauh sangat lari bidang? termasuk la timbalan dekan,ketua mpp,kawan2,pensyarah2. aku jawab simple je,aku minat Law. minat boleh jamin kita berjaya ke? of course tak. mmg lah nampak macam jauh sangat beza bidang Sains dgn undang2 ni. antara subjek Biology dan Torts. antara subjek Kimia dan Malaysian Legal System. antara subjek Mathematics dan Constitutional Law. nampak jauh sangat kan perbezaan dia? tapi actually the concept is same,kita belajar,menghafal,memahami,membaca dan sebagainya. aku cuba kaji antara subjek Law and Biology. it's just the same format of answering exam paper actually. buat essay,jawab panjang2 tapi mesti ada point and contoh dlm dia. same je. Bio pun camtu gak. jawab essay,bg point,bg contoh.

dan bagi aku,first day kelas lecture untuk subjek2 Law ni,aku tak rasa ia satu beban. aku tak rasa aku tak tau apa2. sebab bnd ni sume based on facts,acts,and cases. we learn from reading. aku rasa aku boleh masuk jugak la dlm subjek ni. tp jangan bagi aku subjek financial,akaun,sume tu aku mmg tak suka. pasal sejarah2 pe sume ni aku mmg suka. alhamdulillah jugak Allah kurniakan aku otak yg senang mengingat. and aku mmg suka study kes. lepas aku revise satu2 kes tu,aku akan sembang sal kes tu dgn my Encik abg,dia ni mmg banyak pendapat segala bagai. so dgn cara ni kekadang buat aku jadi ingat fakta2 tu. sama macam time aku study Bio dulu,sume bnd aku dok citer kat dia,pasal medula oblongata la,heart,vein,reproduction system,,upps? hee. no lah, just for learning process k. so mcm senang la nak ingat bnd yg kita salu citer dlm msg pe sume. it's quite a productive learning what. hewhew.

actually aku tak nampak jurang perbezaan yg ketara la bila aku tukar bidang ni. malah aku rasa bersyukur what sbb aku dah belajar dalam dua jenis bidang. nak tanya aku pasal Sains pun aku boleh jawab,nak tanya aku pasal Law pun insyaallah aku tgh dlm proses pembelajaran. so jangan la macam pelik sangat bila tengok budak matrik sains masuk degree undang2. bukannya tak ade,ade je mereka2 yang begitu. even my lecturer once said,dia dulu pernah ada seorang pelajar matrik sains yang ambik Law,and he turn out tu be the top students here. the key is just one,RAJIN. usaha banyak2. Insyaallah berjaya. 

mungkin sbb baru lagi so aku tak nampak cabaran2 yg mendatang. tapi Insyaallah,aku akan cuba hadapi sebaik mungkin,aku akan berusaha semaksima mungkin. sebab aku tahu,aku datang sini,dgn seribu satu harapan mak ayah aku. aku nampak harapan di wajah mereka time mereka hantar aku ke sini. aku nampak betapa mak ingin aku berjaya menjadi seorang lawyer yg berjaya satu hari nanti. aku ingat pesan ayah masa ayah dah nak balik ritu, 'dah masuk sini,dah amik kos undang2 ni,buat betul2. ayah taknak kedua ketiga,ayah nak kamu dpt yg pertama'.

Insyaallah i will try my best. =)

Thursday, March 8, 2012

Apa yang anda tak tahu tentang seorang ayah




Mungkin ibu lebih kerap menelefon utk menanyakan keadaan kita setiap hari..Tapi tahukah kita, sebenarnya ayahlah yang mengingatkan ibu untuk menelefon kita?

Semasa kecil, ibu lah yg lebih sering mendukung kita..Tapi tahukah kita bahawa sebaik saja ayah pulang bekerja dengan wajah yang letih ayahlah selalu menanyakan apa yg kita lakukan seharian

Saat kita sakit@demam, ayah sering membentak "sudah diberitahu! jangan minum ais!".Tapi tahukah kamu bahawa ayah sangat risau.??

Ketika kita remaja, kita meminta izin untk keluar malam. Ayah dengan tegas berkata "tidak boleh!"..Sedarkah kita bahawa ayah hanya ingin menjaga kita? Kerana bagi ayah, kita adalah sesuatu yang sangat berharga.

Saat kita sudah di percayai, ayah pun melonggarkan peraturannya. Maka kita telah melanggar kepercayaannya...Maka ayah lah yang setia menunggu kita di ruang tamu dengan rasa sangat risau..

Setelah kita dewasa,ayah telah menghantar kita ke sekolah@kolej untuk belajar..
Di saat kita memerlukan ini-itu, untuk keperluan kuliah kita, ayah hanya mengerutkan dahi.tanpa menolak, beliau memenuhinya..Saat kamu berjaya..Ayah adalah orang pertama yang berdiri dan bertepuk tangan untukmu..Ayah akan tersenyum dengan bangga..

Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk mengambil kita dari ayah..Ayah sangat berhati-hati mengizinkan nya..Dan akhirnya..Saat ayah melihat kita duduk di atas plamin bersama pasangan nya..ayah pun tersenyum bahagia..

Apa kita tahu,bahawa ayah sempat pergi ke belakang dan menangis?

Ayah menangis kerana ayah sangat bahagia..Dan dia pun berdoa "Ya Tuhan, tugasku telah selesai dgn baik..Bahagiakan lah putra putri kecilku yg manis bersama pasangannya"..

Setelah itu ayah hanya akan menunggu kedatangan kita bersama cucu-cucunya yg sesekali dtg untuk menjenguk..Dengan rambut yg memutih dan badan yang tak lagi kuat untuk menjaga kita..

Saturday, March 3, 2012

becoming a UiTM student



Hye u alls. lame dah ase tak update blog. sbb apa? biase la mula2 masuk U,kan kena ada orientasi. for those who enter UiTM,for sure lah u guys tau what is the name of our orientation week,that is, Minggu Destini Siswa or MDS for short. dlm entry kali ni,i wanna share all my experiences from the first day i register at Kolej Mawar UiTM Shah Alam till today,which is the day MDS ends. ada some pictures i wanna show. enjoy!

the one who drive the car is my dad (sorry for the grammar mistakes,wanna hurry)

the one who 'jakun' pandang luar is my lovely adik,Aidil Hakim.

the one who wear pink is you-know-who. =p

tak susah nak cari UiTM Shah Alam coz dia betul2 tengah bandar and sangat besar merangkumi seksyen 2 till seksyen bape ntah,i forgot. and pihak UiTM sangat2lah sistematik,before we entering the main gate of UiTM Shah Alam,there's already a sign along the road showing the direction of "Pendaftaran Pelajar Ijazah Lepasan STPM dan Matrikulasi". so we don't need the GPS which is sometimes very annoying to me. 'Turn left into the Persiaran Kayangan' dah la sebut Persiaran Kayangan slang English,how funny. :-p

and then,parents kena park kereta dekat Padang Kawad. sampai2 je kat Padang Kawad,ada seorang akak faci datang kat kitorang and said nicely "adik,jum bawak family naik bas,kita semua kena pergi kolej naik bas". aku dah cuak dah. takkan aku nak kena hangkut sorang2 kot barang2 aku. then rupa2nya,dgn family2 skali naik bas UiTM tu utk ke kawasan kolej kediaman which is not too far from Padang Kawad but of course la kalau jalan kaki mau semput. so for the first in my life,utk sesi pendaftaran,semua ahli family naik bas sesame and kakak2 tu semua tolong angkat barang. what a really nice first impression! UiTM is very sistematic. 

again,presenting you,Aidil,who is so jakun dlm bas UiTM.

Nurul Raudhah Insyirah,the youngest one.

my luggage. ayah,adik,pakngah and mak,they all helps me with those heavy begs. thanks FAMILY.

gambar kenangan yang aku akan cuci and framekan letak atas meja study.
supaya bila aku rasa malas,putus asa,takda harapan dan sebagainya,aku akan automatically teringat harapan dan pengorbanan mak ayah tika menghantar aku ke UiTM Shah Alam ni buat pertama kali pada 25 Februari 2012.

this is my bed. actually,it was not. *sigh.
nak tahu,i salah bilik u alls. but its not my fault at all.
kakak tunjuk arah tu yg suruh naik bilik 25 aras 1. padahal my room actually bilik 25 at ground floor.
penat je dah mak pasangkan cadar pe semua,tengok2 silap bilik.
dah kena turun bawah lek bawak barang. luckily,ramai kakak2 yg tolong angkat. =)

okey pasal MDS,wow,mmg terbaik. i was like,pheww,kakak2 ni tak kenal penat ke? kesana kemari mengendalikan kitorang. oh before i forget,they were "Pemimpin Mahasiswa" and PM for short,and for us,we were "Pelajar Baru" or PB for short. bayangkan,ada satu hari tu,masa balik dari DATC (Dewan Agung Tuanku Canselor),kan kami semua kan naik bas UiTM to go there,balik tu hujan lebat. then kakak2 PM payungkan kami sorang demi sorang masa turun dari bas utk ke dewan Mawar sbb taknak kami berhujan. and setiap masa akan tanya "adik2 ada yang sakit tak? kalau ada bagitau tau". they were very commited and responsible person.

dan dalam MDS ni juga lah terbukak mata dan minda serta hati aku untuk mencintai sebuah universiti tempatan yg diberi nama UiTM. dulu aku pandang low kat UiTM,aku ingat U ni pilihan terakhir,sbb persepsi aku,U ni utk bdk2 yg x berapa pandai je,x berprestij sangat pun. but then,baru aku tahu,inilah universiti anak bangsa. universiti paling besar di DUNIA dgn 14 cawangan dan mencecah 200ribu pelajar. dan inilah satu2nya universiti di dunia yg membuka kemasukan pelajarnya kepada satu bangsa sahaja,iaitu memperjuangkan bangsa kita,bangsa Tanah Melayu satu masa dahulu.

dan pencapaiannya juga bukan main2. UiTM is one of the best Law Faculty antara universiti2 di Malaysia. my dean deputy said that,kalau fakulti law masuk pertandingan apa2,hanya ada tiga universiti yg akan bersaing dlm top 3,that is UiTM,UM and UIA. and satu lagi yg aku kagum,Naib Canselor dan Timbalan Naib Canselor UiTM sangat2 lah baik dan peramah serta mesra pelajar. bayangkan,my first impression when tengok Timbalan Naib Canselor,ingatkan jenis skema when dia nak berucap. tapi langsung tak. dengan cakap Perak yg agak pekatnya,dgn suka mengusik staf2 nye,buat lawak,cakap dgn student bukan secara majlis rasmi. i like pemimpin yg begitu. and tak lekang dengan senyuman. jumpa student je dia senyum,and tegur. kami tiga orang roomate pernah lalu sebelah dia,then dia senyum sambil tegur."ni pelajar baru ye?" how nice. 

dan. hehe. nak senyum lebar sikit. dlm MDS ni,dlm 600 lebih student,just 3 org je budak Law dlm tu. sbb yg lain dari asasi belum masuk as diorang tak dapat kolej so diorang akan pada 5 Mac nanti. batch kali ni dengar kata deputy dean ada 190 orang budak Law akan mendaftar,they all from asasi Law. bayangkan,aku seorang je dari matrikulasi utk batch kali ni. pheww,betapa aku kena struggle sbb aku langsung tak ada basic Law. diorang sume dah tau what is Tort,Contract Act,Malaysian Legal System and what so ever. aku ni kalau medulla oblongata tau la. masa kami dgn abg yg dipertua MPP yg kami panggil abg Farid,oh i forgot to mention,Yg Dipertua Mpp UiTM Shah Alam ialah abg Farid Zuhri dari Fakulti Undang-undang. =) betapa hebatnya budak Undang-undang UiTM Shah Alam. and kami 3 org budak Law ni spesel sbb pergi fakulti naik kete dgn abg Farid ciap makan kat luar lagi dgn Timbalan Dekan. Timbalan Dekan kami juga sangat lah ramah dan baik orangnya. pendek kata,warga2 UiTM ni semua mcm family,ramah dan mesra antara satu sama lain walaupun berbeza pangkat. 

aku rasa ni antara pengalaman berharga yg tak dapat aku lupakan. bukan semua orang dapat naik kete dgn ketua MPP,bukan sume org dpt borak makan sama2 dgn Ketua MPP and Timbalan Dekan. bukan sume orang yg ketua Mpp akan ingat nama dia. tadi petang masa tgh aktiviti LDK,ketua MPP ada lalu sebelah,then aku tegur la dia sat nak tanya pasal mcm mana kami budak Law ni nak mendaftar isnin ni,aku ingat dia dah lupa nama aku dah,tapi tak. bila aku panggil "abg Farid",dia pandang aku and said "ye,oh wani,sihat?". that is one of the great pemimpin dlm kalangan mahasiswa. abg Farid ni cite kat kami,dia sangatlah busy sebagai ketua Mpp,pergi sana sini,pergi parlimen,bentangkan kertas kerja dpn timbalan perdana menteri,sume mereka buat. and i was so proud sbb pernah kenal abg Farid secara lebih dekat lg,sampai dia bercerita hal peribadi juga dgn kami. thanks abg Farid. we appreciate.

akhir kata,di sini,di UiTM ini,aku jatuh cinta dgn universiti terbesar ini. aku jatuh cinta dgn bangsaku sendiri. aku kenal erti perjuangan,aku kenal erti memperjuangkan anak bangsa. kami dilabel sebagai pewaris bangsa. kami adalah mahasiswa aspirasi negara. tanpa UiTM,mungkin nasib anak melayu tak akan terbela. sbb universiti2 lain dipenuhi dgn bangsa lain yg bijak pandai. kami,dipenuhi oleh bangsa kami sendiri yg tekun ingin menuntut ilmu. kami diajar utk menyayangi bangsa,utk belajar bersungguh,untuk memantapkan kemahiran insaniah,communication skill and so on. kami diajar utk memajukan anak bangsa. dan kamilah pewaris2 bangsa kelak. insyaallah. 

and for your information,sangatlah banyak advantage masuk UiTM ni. sangat2 banyak. yuran dikurangkan,banyak bantuan diberi,segala2nya di sini. fasiliti lengkap. persekitran yg cantik. kerajaan memperuntukkan berbillion2 untuk UiTM,sebab nak tolong anak bangsa sendiri. nak didik anak bangsa sendiri. sbb tu UiTM merupakan medan perjuangan kita. hargailah anak bangsa sekalian. UiTM milik kita. hanya milik kita. 

satu kata2 Timbalan Naib Canselor kami yg aku takkan lupa. seorang Naib Canselor universiti lain berkata kepada beliau "dua perkara yang harus bangsa Melayu pertahankan ialah Institusi Raja-raja Melayu dan UiTM".


dan ni lagu yg berulang2 kali kami nyanyikan semasa MDS. kalau benar2 hayati senikata dia,cukup membuat kita sbg pewaris bangsa berfikir dalam2. btw lau nak pause lagu blog aku ni ada kat bawah skali. scroll je ke bawah. aku tau sometimes rasa annoying bila dgr lagu yg sama banyak kali.