Kau kekasih hingga ke akhirnya...

Friday, March 9, 2012

antara sains dan undang-undang



kat sini,ramai gila yang tanya aku,nape jauh sangat lari bidang? termasuk la timbalan dekan,ketua mpp,kawan2,pensyarah2. aku jawab simple je,aku minat Law. minat boleh jamin kita berjaya ke? of course tak. mmg lah nampak macam jauh sangat beza bidang Sains dgn undang2 ni. antara subjek Biology dan Torts. antara subjek Kimia dan Malaysian Legal System. antara subjek Mathematics dan Constitutional Law. nampak jauh sangat kan perbezaan dia? tapi actually the concept is same,kita belajar,menghafal,memahami,membaca dan sebagainya. aku cuba kaji antara subjek Law and Biology. it's just the same format of answering exam paper actually. buat essay,jawab panjang2 tapi mesti ada point and contoh dlm dia. same je. Bio pun camtu gak. jawab essay,bg point,bg contoh.

dan bagi aku,first day kelas lecture untuk subjek2 Law ni,aku tak rasa ia satu beban. aku tak rasa aku tak tau apa2. sebab bnd ni sume based on facts,acts,and cases. we learn from reading. aku rasa aku boleh masuk jugak la dlm subjek ni. tp jangan bagi aku subjek financial,akaun,sume tu aku mmg tak suka. pasal sejarah2 pe sume ni aku mmg suka. alhamdulillah jugak Allah kurniakan aku otak yg senang mengingat. and aku mmg suka study kes. lepas aku revise satu2 kes tu,aku akan sembang sal kes tu dgn my Encik abg,dia ni mmg banyak pendapat segala bagai. so dgn cara ni kekadang buat aku jadi ingat fakta2 tu. sama macam time aku study Bio dulu,sume bnd aku dok citer kat dia,pasal medula oblongata la,heart,vein,reproduction system,,upps? hee. no lah, just for learning process k. so mcm senang la nak ingat bnd yg kita salu citer dlm msg pe sume. it's quite a productive learning what. hewhew.

actually aku tak nampak jurang perbezaan yg ketara la bila aku tukar bidang ni. malah aku rasa bersyukur what sbb aku dah belajar dalam dua jenis bidang. nak tanya aku pasal Sains pun aku boleh jawab,nak tanya aku pasal Law pun insyaallah aku tgh dlm proses pembelajaran. so jangan la macam pelik sangat bila tengok budak matrik sains masuk degree undang2. bukannya tak ade,ade je mereka2 yang begitu. even my lecturer once said,dia dulu pernah ada seorang pelajar matrik sains yang ambik Law,and he turn out tu be the top students here. the key is just one,RAJIN. usaha banyak2. Insyaallah berjaya. 

mungkin sbb baru lagi so aku tak nampak cabaran2 yg mendatang. tapi Insyaallah,aku akan cuba hadapi sebaik mungkin,aku akan berusaha semaksima mungkin. sebab aku tahu,aku datang sini,dgn seribu satu harapan mak ayah aku. aku nampak harapan di wajah mereka time mereka hantar aku ke sini. aku nampak betapa mak ingin aku berjaya menjadi seorang lawyer yg berjaya satu hari nanti. aku ingat pesan ayah masa ayah dah nak balik ritu, 'dah masuk sini,dah amik kos undang2 ni,buat betul2. ayah taknak kedua ketiga,ayah nak kamu dpt yg pertama'.

Insyaallah i will try my best. =)

No comments:

Post a Comment