Kau kekasih hingga ke akhirnya...

Wednesday, March 14, 2012

my life here



adoii,serius dah taktau nak update ape. hurm. life kat sini best la jugak. roomate yg best,kawan2 sekuliah yg best,kawan2 lame yg sudi membantu. and mcm2 la. aku dok sini dah brape kali keluar dah,cari buku la,baju la,segala macam la. thanks to kawan lama aku,Asni Muhayat sebab banyak tolong aku kat sini. teman aku cari buku merata-rata and so on. and also dekat Azreen Farhani,kawan lama dari SEMETRO yg dulu pernah amek asasi Law sebab bagi buku and nota2 senior budak Law. and also,dekat kawan lama merangkap bakal suami,Ahmad Taufiq yg sanggup turun dari Kedah semata2 untuk belikan buku for me. and kepada kawan2 baru budak law kelas D. semua baik2 belaka.

tadi aku sembang dengan seorang classmate aku budak kelas D. then tiba2 terkeluar isu kahwin. she said dlm sem 2 atau sem 3 nanti dia dah nak kawen. wow,surprisingly her parents yg galakkan dorang kawen sbb bg her parents,buat ape berhubungan lame2 tanpa ikatan. so sweet kalau parents memahami like that. 

aku pulak? bila depa cakap sal kahwin tu,automatically aku teringat dekat bakal suami. hmm,kami ada jugak merancang ke arah tu,tapi banyak obstacles. lagipun kami still tak take a step lagi actually. baru fikir kami2 je. cuma dia yang pernah tell his dad bout this. entah lah,life is so hard sometimes. kita nak buat something tapi susah nak dapatkan bnd tu. banyak kita kena harungi.

about my course here,utk sesape yg tak tau lg,aku amik course Bachelor of Legal Studies (BLS) or Ijazah Sarjana Muda Pengajian Undang-undang. Course aku ni 3+1 program,means 3 tahun utk BLS,and kalau nak sambung jadi lawyer kena proceed to professional program which is LL.B Hons yg memakan masa satu tahun. so untuk aku jadi lawyer aku kena study selama 4 tahun tu pun kalau pointer BLS aku lepas 2.70 baru layak sambung LL.B. interesting jugak actually belajar law ni. walaupun aku dari matrikulasi sains hayat,yg mana aku ni pernah ditawarkan utk amek medik twinning program UKM-UNPAD and USM-India,and tiba2 tukar profession pulak nak jadi lawyer,tapi aku rasa aku tak menyesal la buat keputusan sedrastik ni. insyaallah dengan izin Allah dan restu ibu bapa,aku mampu buat. 

and lagi satu,menurut kata our Dean,kos kami ni kalau dah proceed ke LL.B,mmg 0% kadar pengangguran lepas graduate sbb Jabatan Peguam Negara akan berlumba2 ambik graduate from UiTM. as they said,graduan UiTM berkualiti. yelah,tengok syarat nak masuk kos Undang-undang pun dah tau betapa strictnye UiTM ,MUET mesti band 4 ke atas. kalau UKM,UUM sume tu MUET band 3 dah boleh lepas amek Law. pointer of cos la kena 3 above kan. and ada pulak syarat nak masuk LL.B kena pointer BLS lepas 2.70. mmg agak ketat la syarat nak jd lawyer in UiTM ni.

tapi Insyaallah i will try my best. awal2 ni kelas kami sikit je sbb tutorial tak start lagi. kekadang sehari tu satu kelas je. mmg heaven la. balik kelas terus tidur. tak berapa ada mood nak study sangat sbb lessons pun baru start sikit2 je. and skrg ni mcm tgh ada konflik sikit dgn bakal suami. as dia busy dah nak final and aku pulak mmg nakkan attention dia so sometimes we fight. entahlah,payah nak seimbangkan antara cinta and study. aku ni kalau gaduh ke ape mmg langsung takde mood nak study. same la mcm kat matrik dulu. elok2 plan nak study,bila gaduh,dok terbongkang atas katil. langsung hilang mood nak study. damn damn damn. please don't fight with me. i wanna score dekan. T_T

hmm tu je la kot yg aku nak citer takat nih. ceh dah macam diary la pulak.tak sesuai langsung budak Law cmnih. hak2. biar r. aku bahagia cmni. story mory dlm blog. time serius,aku serius. time sedih,aku nangis. time happy,aku gelak ketawa. and time alone,aku tulis blog. now,i'm feeling alone. dgn laptop takdenye,serius rumit hidup kalau laptop takde. bukan apa,pasal blog or fb ni tak penting sangat,tapi aku nak kena register course pe sume kat student portal,plus wat SuFO lagi,sume tu pakai internet and laptop. ayah kata nak tuka laptop dgn aku as laptop aku tu asyik wat problem je. kalau betul alhamdulillah la. tapi kalau dapat laptop baru lg best laa. hehe. kena tunggu PTPTN dlu la kot. kompem lambat lagi. haih,pening aku dengan masalah lappy.

eh dah berlanjut2 pulak citer aku. chow dlu r. daaaa. (sies ayat budak tak matang tulis blog,peduli ape aku).

No comments:

Post a Comment