Kau kekasih hingga ke akhirnya...

Saturday, March 31, 2012

the pursuit of success


i will never understand what is HOPE and DREAM. i never had my own dream actually. in fact,i never have an ambition. what i wanna be in the future. i never had that. tapi satu je bnd yg aku pegang sejak dari kecil. serius aku cakap. satu ni je.

I WANNA MAKE MY PARENTS PROUD OF ME

tak kisah la aku nak jadi ape pun,janji mak ayah aku bangga dgn apa yg aku dapat. apa yg aku capai. sbb tu,even aku takde cita2,aku belajar sungguh2. sbb tu,masa org lain tgh sibuk main sep tiang,aku sibuk kumpul A dlm setiap subjek (even my efforts was not t0o much as i've quite a good brain i guess,thanks Allah for that). dan sebab apa yg aku pegang tu jugak la,masa orang lain menangis dpt result teruk,aku tersenyum melihat senyuman di wajah mak dan ayahku. this part of my life,is called "making my parents proud of me".

aku buat benda yg aku rasa aku tak mampu buat. aku join pertandingan pantun sekolah walaupun aku punya self-esteem agak low at that time. tp aku sahut cabaran tu. aku nak mak and ayah nampak aku. bangga dgn aku. dan tanpa aku sedar,aku actually ada potensi dlm semua ni. aku ada potensi nak bercakap depan khalayak ramai tanpa gugup dan kaku. aku mampu mematahkan hujah org lain,aku mampu mereka sebuah pantun dlm masa 15 saat,aku mampu mengacarakan majlis rasmi. and banyak lagi bnd yg aku mampu buat yg aku tak pernah cuba pun sebelum aku tahu aku mampu. sebab apa aku mampu? sebab aku nak di mata mak and ayah,aku anak yg membanggakan mereka.

to be truth,aku pernah dapat markah 0 untuk add math. pertama kali aku failed dlm hidup. subjek pertama yg aku gagal sepanjang aku bersekolah. tp actually time tu aku demam so aku tak jawab sgt pun. tp serius,masa cikgu umumkan 5 orang yg dpt markah 0 time tu,i was so shocked. aku expect mmg aku akan gagal tp tak sangka pulak sampai dapat 0. masa aku ambil kertas tu dr cikgu,aku gelak depan kwn2 aku. aku rilek je. padahal dlm hati,aku bersumpah,aku takkan sekali2 dpt 0 lagi. malah aku siap ugut diri sendiri,kalau aku dapat 0 lagi,mmg aku ni org paling bodoh dlm dunia. kompem mak ayah tak bangga dgn aku. kompem aku dipandang rendah oleh org lain. so aku usaha,buat soalan past year,buat soalan2 susah,sampai akhirnya aku dapat A utk add math time SPM. sume tu sbb apa? aku nak banggakan mak ayah. aku taknak diorang malu anak failed paper. that's the last thing i want in my life,make my parents sad.

lepas matrik,aku tak nampak mana jalan aku. aku ditawarkan dua offer medik ke luar negara,twin program,tp taktau kenapa,aku mcm takde hati utk buat sungguh2 dlm interview. mmg la i did prepare sikit2 tp entah,mcm aku buat tu tak sungguh2. aku tau harapan mak and ayah aku nak aku jadi doctor and aku tahu diorang mesti sangat bangga kalau aku dpt pursue in medic. tp,aku TAK MINAT. aku rasa aku mmg tak dpt nak jd doctor yg bagus. entahlah,mungkin mmg bukan rezeki aku kot dlm bidang kedoktoran. aku tak pergi temuduga medik USM-India. even aku sangat2 minat Biology and i score A all the time in Biology at matriculation. 

satu je sbb knp aku buat Law ni,,sebab ini cita-cita ayah aku dulu. aku still ingat ayah pernah cerita kat aku,dulu lepas form 6,ayah mintak Law kat UKM tp tak dpt,so beliau ambil bidang Bahasa kat UKM. dan advantage jugak for me,according to my SPM result,aku mmg agak terer bidang sastera ni. sejarah and BM aku A+. and alhamdulillah English aku A. sbb tu aku berani ambil risiko masuk bidang Law ni. orang sume dok tanya nape aku lari bidang pe sume,macam ar aku ni dah belajar banyak sangat pasal sains time kat matric tu. matric tu kan cuma jambatan nak masuk U je. aku rimas la orang tanya macam tu. pelik sangat ke kalau dari Sains pergi Law??????? yelah,pointer asasi dorang sume gempak2 kot. takut jugak la aku. ceh,macam pointer matrik ko tak gempak je kan wani. =,='

kekadang mmg rasa rendah diri. tengok dorang kat fakulti law ni sies ckp sume terer speaking. senior kata fakulti lain sume cop budak fakulti law ni berlagak,gempak bagai. aku ni pulak jenis yg kureng speaking kalau dgn kengkawan sume. sies ase mcm "asal sume terer2 ni?". sume pandai bercakap,sume berani menonjol. aku ni?? padahal aku lupa,aku satu masa dulu pernah menonjol,pernah ke hadapan,pernah menang itu menang ini. jadi pilihan guru utk jadi MC majlis bagai. aku lupa sume tu. aku lupa aku ni tak pernah pun repeat MUET. sekali je amek MUET terus dpt result okey. aku jadi tak bersyukur and lupa apa kelebihan aku bila tengok orang lain. 

aku bukan nak berlagak pandai. aku mmg tak pandai. aku ni selalu rasa rendah diri. sbb tu aku kena ingatkan balik diri sendiri. apa yg aku pernah capai,apa yg aku nak capai,dan apa harapan mak ayah aku. for sure dorang letak harapan tinggi bila aku masuk Fakulti Law UiTM ni. the best Fakulti Law in Malaysia. for sure mak nak aku jadi lawyer. for sure ayah nak aku score kat sini. tp aku takkan dpat sume tu tanpa sokongan dan dorongan dari mak and ayah. siess ckp,aku takkan mampu bergerak seinci pun langkah dlm hidup aku tanpa sokongan dan doa dari mak ayah. setiap benda yg aku buat sume untuk mak and ayah. aku akan berusaha bersungguh2 to get 3 pointer above,and proceed to LLB to become a lawyer. dan ini,this part of my life is called "the pursuit of success".


i will never forget this moment. the smile on his face marks a thousand happiness.
i'll make sure this time will happen again,in my convocation insyaallah. 

 

No comments:

Post a Comment