Kau kekasih hingga ke akhirnya...

Sunday, April 29, 2012

jodoh itu rahsia Allah




terbaca satu status yang di'post' kat fb..

ramai lelaki ucap macam ni kepada saya (perempuan)

"i love u darling"
"saya sayang awak"
"saya cinta awak"
"saya kasih awak"

tapi x ramai yang berani jumpa dengan ayah saya mengatakan "pakcik, saya nak meminang anak pakcik dan jadikan dia sebgai isteri saya yang HALAL..."

be gentleman, dont afraid. my dad is not LION but MY DAD is MY "WALI"


kalau lelaki tu dah jumpa ayah kita,dah suarakan apa dia nak kat ayah kita,tp ayah yang tak yakin lg mcm mane?
it's better right drpd laki tu bawak kite kua sane sini tp satu apah parents tak pernah tau dia tu boyfriend kite..

dia dah pernah jumpa my mum and dad. dah pernah suarakan niat dia. dah pernah ckp pasal kami.
cuma entahlah..

rumit segalanya..

tambah2 hubungan kadang2 bagai telur di hujung tanduk..

percayalah,kalau boleh,aku taknak bercinta lagi. biarlah dia lelaki terakhir. yang pernah bagi everything,taknak la sia2kan semua tu. biar segalanya berbaloi.

tp apa nak buat,jodoh itu rahsia Allah.
aku hanya mampu pasrah. 

Thursday, April 26, 2012

sebab kamu permata di antara kaca



"kenapa tak cari lain? kenapa aku?"

"sebab kamu permata di antara kaca."

:'(

Ya Allah,kalau benar dia jodohku,permudahkanlah urusan kami.
Jangan kau laga2kan hati kami.
Berilah kami cahaya petunjukMu.
Sesungguhnya aku dah buntu.

Wednesday, April 25, 2012

perempuan tu..



Perempuan tu bukan TISU untuk kau , dah sedap lap hingus then buang -.-
Perempuan tu bukan BAJU untuk kau , setiap minggu nak tukar yang baru -,-
Perempuan tu bukan PATUNG untuk kau , dah couple buat bodoh je -.-
Perempuan tu bukan KELAB PELACUR untuk kau , dah puas main blah -,-
Perempuan tu bukan ROKOK untuk kau , dah isap then habis pijak -.-
Perempuan tu bukan TV untuk kau , hanya sekadar untuk hiburkan kau -.-

Perempuan tu bakal ibu kepada anak2 kau nanti..
Perempuan tu bakal peneman kau ke syurga kelak..
Perempuan tu bakal gosok baju kau utk kau pergi kerja..
Perempuan tu bakal sediakan sarapan utk kau tiap2 pagi..
Perempuan tu bakal basuh and lipat kain baju kau..
Perempuan tu bakal jd makmum dlm solat kau..
Perempuan tu bakal didik anak2 kau..
Perempuan tu bakal teman kau tidur tiap2 malam..
Perempuan tu yg akan tahan setiap kemarahan kau..
Perempuan tu yg akan doakan kau dlm setiap solat dia..
Perempuan tu yg bakal betulkan salah silap kau..
Perempuan tu yg bakal menemani kau setiap waktu..

Maka hargailah perempuan tu..
Sekali kau pilih dia,biar dia selama2nya..
Jangan jadikan perempuan itu mainan..
Ada di saat kau nak, buang di saat kau taknak..

Jadikan perempuan itu seindah2 hiasan di dunia...
Yakni wanita yg solehah..


Sunday, April 22, 2012

ku ceritakan kisah tentang kita



the moment when you fall in love,you will notice that you aren't yourself anymore. you are you,and him.

kita berdua suka sangat makan kfc kan. kalau kuar berdua je,mesti kfc jadi pilihan pertama utk makan. kita dah tau dah menu masing2. awak suka dinner plate,saya nak yg ada nasi. and awak pun dah tahu saya mesti nak order air milo. saya tahu awak mampu habiskan 3 ketul ayam sekaligus,awak perut besar. kadang2 kalau kita tak cukup bajet,kita makan share. awak dua ayam,satu amek satu. tu pun tak habis. kentang kita share berdua. awak suka amek banyak2,saja nak tinggalkan saya sikit je. tapi lepas tu awak bg jugak kat saya.

bila saya minta apa2 kat awak,awak akan cakap,"tgk la". padahal lepas tu,awak akan tunaikan juga setiap permintaan saya. awak,itu sweet. awak jarang kata tidak. melainkan kalau awak betul2 tak mampu nak buat. saya pernah tanya,dulu awak pun pernah buat mcm2 utk ex awak mcm ni ke? awak jawab,tak sama sekali. saya first. awak,kalau awak tipu pun,saya tak kisah,sbb awak mmg dah buat banyak benda untuk saya. yang bg saya,mustahil lelaki lain sanggup buat. sbb awak dan saya,dah jadi satu.

bila kita jalan bersama,awak tak pernah tinggalkan saya kat belakang. kalau awak termaju dua tiga langkah,awak akan toleh ke belakang dan berjalan seiring dengan saya. awak akan ada dengan saya saat saya nak lintas jalan,awak akan bawak barang saya bila saya suruh,awak selalu memudahkan kerja saya. semua benda awak yg buat. awak,itu sweet. terima kasih. 

bila tiba tarikh 10 hb setiap bulan,sama ada awak atau saya,pasti salah seorang dari kita akan ingat tarikh ni. kadang2 awak akan ingatkan saya secara tak sengaja bila saya betul2 lupa. 10 hb tu begitu bermakna buat kita kan awak.

awak,saya tahu kelemahan awak. awak sukar berkata tidak. even bila awak betul2 marah,awak tetap patah balik demi saya. awak takkan terus pergi,awak selalu macam ni. saya tahu. kita pernah beberapa kali putus,tapi awak tak pernah terus pergi. awak datang balik dalam hidup saya. 

kadang2 awak panas baran. tapi marah awak bertempat. salah saya jugak. saya ni pentingkan diri. selalu buat perangai macam2. tp dalam awak marah,awak tak pernah maksudkan semua yg awak cakap. saya tahu,itu semua emosi. tapi awak tak pernah melampaui batas. pernah satu hari kita gaduh teruk,awak kata "dah,ni last kita jumpa,i takkan datang jumpa u dah,fullstop". tapi,awak tetap datang selang tiga hari lepas tu,tolong saya buat assignment. awak,itu sangat sweet. :')

secara tak sedar,saya dah jadi begitu penting dalam hidup awak. sampai kadang2 saya melebihi family awak sendiri. balik je,awak pergi Sungkai,balik je,awak pergi Shah Alam. ayah tanya ke mana,awak jawab,keluar dgn saya. awak bawak saya jumpa ayah awak. makcik,family awak. awak, tak pernah ada seorang lelaki dlm hidup saya sebelum ni yg kenalkan dgn family sendiri "ni la bakal isteri saya". tak pernah. awak yg pertama. dan saya harap awak yg terakhir. 

awak,kalau ini bukan cinta,saya dah tak tahu nak bahasakan apa lagi. cinta + pengorbanan mengatasi kelemahan awak. biar awak bukan yg terbaik,tapi awak yg terindah.

andai bersama awak ada seribu duka,tp di sebaliknya ada sejuta bahagia.

Thursday, April 19, 2012

terima kasih


tak banyak benda nak bebel
terima kasih sebab dah hancurkan masa depan saya.
terima kasih.

eh,kenapa kau sweet sangat ni?


teringat satu perbualan. ketika aku tertanya2 pada si dia tentang ini.

"asal u salu wat memacam utk i?" 0k fine bila dah berbaik maka kami menggunakan panggilan i u yg mana i rase agak gedik ieww2 padahal aku k0 pun b0leh jew. teetttt. =,=

dgn selambanya dia jawab "sbb syg." aku pun macam,ape kena kau ni syg2 pulak bukan ke kite ni 24/7 gaduh gila babeng. teettttt. T_T

i pun dgn tahap keperlian yg agak dasyat me'reply' "wow,syg. sampai mcm ni?" sampai mcm ni tu merujuk pada apa yg pernah dan telah dia lakukan utk aku sepanjang dua tahun hubungan kami yg mana aku rasa tak banyak lelaki sanggup buat memacam utk girlpren mereka. teeettttt. eh apasal aku suka tettttt2 pulak ni. T_T

lalu dia mengatakan, "i syg u sejak pertama kali kita jumpa". aku pun tanya "even kita gaduh teruk2 pun u still syg i?" and he said "yup,never change". 

okey fine. sentappp. T_T aku? benci pernah sayang pernah sume pernah la pendek kata. 

.........................................................

semalam,tima tgh lepak2 kat meja makan with him and gg,tetibe time dia kuakan dompet,dia tanya. "duit belanja ada lagi tak?" 

aku sengih mcm kerang wangi. apekah? dgn sepantas kilat,aku jawab. "ade la beberpa rggit lagi".

and dia kuakan duit bagi aku. "nah amek buat belanja".

eh korang,kalau dapat bf mcm ni,perlu ke nak tanya lagi,awak syg saya tak?

macam obvious gila kot dia sayang. aku je agak stupido tak nampak sume ni sbb dah asyik gaduh bagai. ok fine,sentap kuasa dua. 

rasa nak nangis bila fikir balik,setelah dua tahun berlalu,hubungan masih kekal utuh,cinta masih tak padam. cinta aku? entah. tgh menyorok agaknya. aku tak merasa cinta. cuma merasa dicintai. kejamnya aku.

ehem,nak bagitau. saya.. saya.. saya.. saya... saya.. ng.. awak.. fullstop. 

Wednesday, April 18, 2012

Ya Allah,betapa bertuahnya aku.


malam ni,aku stalk FB kawan2 lama aku. aku teringat segala cerita hidup mereka. aku teringat semua yang aku tahu tentang mereka. dan ini membuatkan aku rasa ingin menangis. motif? aku tersedar dari leka,leka dlm nikmat kehidupan. aku terlupa,betapa bertuahnya aku hidup di muka bumi ini. aku terlupa betapa banyaknya nikmat yang telah Allah kurniakan padaku. sumpah,kadang2 aku lupa betapa jauh aku bertuah dari mereka2 ini.

dalam aku menyusuri laluan kehidupan,aku sering stress dan tensen bila sesuatu masalah tu datang. tapi,aku lupa,masalah aku apalah seberapa bandingnya dgn masalah kawan2 aku yg lain. malah aku patut sangat2 bersyukur.

pertamanya,aku teringat one of my old friends. dia mempunyai masalah keluarga. her dad married again after her mum died a few years ago. and her stepmother was so cruel to her and her siblings. and i heard from her,her stepmother was using "nasi kangkang" to make her father obeyed all her words. sumpah aku terkejut masa mula2 dengar cerita dia. how could a woman do that to her own husband? sampaikan her stepmother pernah menganiaya dia. dia pernah terkena buatan sampai sakit teruk. apa ni? kejamnya manusia menganiaya sesama sendiri. and now when i remember about this,sumpah aku bersyukur sangat2,Allah kurniakan aku a very good family. sumpah Ya Allah,aku bersyukur sangat2. they treat me like a princess. mak yg sangat2 sempurna buatku,yg bagaikan malaikat dunia diutuskan untukku,yg melayanku sebaik mungkin,menyediakan kelengkapanku seelok mungkin,mendidik dan membesarkanku tanpa pernah ada rasa jemu,tak pernah ada yang kurang. aku dah belajar sampai tahap ni,pelajar di sebuah Fakulti Undang2 terbaik negara,sedangkan kawan aku tu,bekerja untuk menyara hidup sendiri pada waktu sepatutnya dia sedang menyambung pelajaran. Ya Allah,kadang2 aku lupa nak bersyukur. kemalasan sering melanda diri. sedangkan Allah dah beri aku nikmat mencari ilmu,tp aku sia2kan bila aku tewas dlm hasutan syaitan. ampuni aku Ya Allah. sedarkan aku di saat aku terleka. :'(

aku juga terlupa,Allah kurniakan aku dengan seorang insan yg ada di saat jatuh bangun aku. yg tak pernah membenci aku di saat aku begitu membencinya. yang menjadi tunjang kedua aku setelah ibu bapaku. di saat rakan2ku dilukakan hatinya,ada yg sampai melahirkan anak luar nikah,terpaksa menyara anak dan menahan caci maki masyarakat,terpaksa menanggung derita tatkala orang yg bertanggungjawab itu melarikan diri,mempunyai gadis lain,curang,setelah habis madu,sepah dibuang. dan aku,aku masih punya dia. dia yg telah dua tahun bersama aku dlm suka dan duka. Allah dah beri seseorang untuk aku bergantung harap. yang sanggup membantu aku di saat aku susah,membuat segala apa yang aku minta,tapi kadang2 aku lupa nak bersyukur hingga aku membenci dirinya sendiri. just imagine seseorang yg belum sah menjadi milik kita,sanggup berulang alik ke tempat belajar kita utk memenuhi permintaan kita,membantu kita dlm pelajaran,membeli keperluan asas kita,menghulurkan wang di saat kita takde duit utk makan,sanggup minta cuti time kerja utk menemani kita,melakukan apa yg kita mahu,itu kita masih tak bersyukur? terima kasih Ya Allah,hadirkan dia dlm hidup aku. moga dia jodoh aku. tolong jaga dia Ya Allah,tetapkan imannya,jagalah hatinya,berikan taufiq dan hidayah buatnya,moga dia sentiasa di jalanMu. 

maaf aku bukanlah yg terbaik buat semua orang. sering aku menyakiti hati kalian. but trust me,deep inside my heart,i can't even live without my parents,my friends,and you my dear. 

i'm a dead body without you guys. 

my family

my dear him


Sunday, April 15, 2012

sahabat baru dan lama


hari ini , dua peristiwa. 

pertamanya,seawal jam 7.30 pagi,kami berkumpul di padang kawad utk program Aman Kampus yg mana kami membentuk sebuah ikatan seramai beribu student sejauh 5 km. 

ini saya.

saya dan kawan saya. (nampak tgn jer) hewhew

saya sayang sahabat saya. 


program kedua,selepas tamat program Aman Kampus,lepas makan,saya dan kawan matrik saya,Ceksom,pergi ke seksyen 7 utk berjumpa dgn Syed,yg mana kami merupakan satu family masa kat matrik dulu. sies,rapat sgt dgn dorang. tapi sygnya,mama tak dapat bersama kitorang sbb dia study nun jauh di Kelantan. Syed ni pun sbb dia dok umah abg dia kat Seksyen 7 time midsem ni. 

me,ciksom and mama. i miss u mama. we all miss u. 

conclusion,saya sayang sahabat2 saya. tak kira baru atau lama. mereka menyerikan hidup saya. heart you guyz deep deep. =)

kosong


jangan biarkan hadirmu sekejap mata
jangan biarkan kebersamaan kita hanya sementara

kata orang,cinta itu sepatutnya menjadi satu perkara yg indah dan tak menyakitkan. kata orang juga,cinta itu buta. aku setuju yg kedua tu. buta dari banyak segi. sbb aku pun buta dalam menilai cinta. tapi aku tak setuju kalau cinta itu selalu indah.

sbb aku selalu mengalirkan air mata untuk cinta. bodoh bukan?

fitrah semulajadi menusia ingin dicintai dan menyintai. untung lah mereka yg kebal,masih menutup pintu hati demi cinta,serius,aku respek mereka ini dan sangat teringin untuk menjadi seperti mereka. apakan daya,hati ini terlalu lemah utk menolak cinta itu hadir.

dan kini,aku merasa betapa cinta itu tak selalu indah. tak selalu membahagiakan. aku kecundang kerana cinta.
entah di mana silapnya,semua yg indah semakin hilang. dan hati aku kosong. eh kalian,sila jangan baca luahan hati aku. mmg tak lama lagi aku nak private ini blog. moga semua cerita hanya menjadi kenangan aku. 

kosong..serius itu yg aku rasakan. 

tak tau la macam mana nak kembalikan semula rasa itu. rasa yg pernah merajai hati. yg pernah membahagiakan. 

tapi.. tapi aku pelik dgn seorang lelaki..
serius aku pelik.

gaduh sikit punya teruk,tapi sanggup buat macam2 utk aku.
sampai kawan aku semua ingat kau la pakwe paling baik,paling penyayang.
aku nak duit beli buku,kau yg bagi.
aku nak balik tengok mak,kau yg hantar.
aku nak duit belanja,kau yg bagi.
aku nak pinjam laptop,kau bg. even kau jenis kaki game,mmg hari2 main laptop.
aku suruh dtg uitm,kau dtg. even kau ckp taknak dtg dah.

pendek kata,kau tunaikan macam2 permintaan aku even hubungan ni tak stabil. mmg lelaki kalau bercinta macam ni ke? atau hanya kamu?

tapi still,aku rasa kosong. 
terlalu banyak salah dan silap dalam hubungan kita.
moga Allah kuatkan jodoh kita.
dan moga Allah buka pintu hati mereka2 itu utk menerima usul kita.
sebab hati dah tak mampu menerima sebuah hubungan yg bersandarkan title 'couple'.

semoga cinta ini bukanlah sebuah nasib.

sekian.


Friday, April 13, 2012

mencabar keimanan dan kesabaran


kekadang,kita tak sedar,pantasnya masa itu berlalu,meninggalkan kenangan semalam. kalau semalam kita gembira,kalau semalam kita pernah bersama bergelak tawa,kalau semalam kita pernah menangis berdua,hari ini,saat ini,tika ini,kita semakin menjauh. jauh dan terus jauh. betapa dalam kejauhan itu,menguji seribu satu rasa dalam hati. menerbitkan sebuah rasa,rindu.

Ya Allah,hati terlalu merindui kenangan lalu. hati terlalu merindui saat2 bahagia. tak perlu seribu pengorbanan,cukup satu senyuman untuk membahagiakan. kenangan yang tak pernah dapat luput dari ingatan.

hari ini,aku menangis dalam senyuman. ya,aku seorang manusia yang sangat hipokrit. pandai berpura-pura. tiada siapa dapat melihat kesedihan atau masalah dlm diri aku kecuali aku sendiri. bergelak ketawa di hadapan rakan2 bagai tiada apa2 terjadi. dan menangis sendirian di atas sejadah tika mengadu padaNya. tak cukup kuat hati ini utk cekal di hadapan Dia. sesungguhnya diri mmg hamba yg lemah. 

hendak aku cerita pada siapa,andai tiada siapa mengerti dilema yg dialami. andai tiada siapa sudi memahami walau telah mendengarnya. semua akan terus menyalahkan diri ini. semua akan terus meletakkan salah itu di bahu aku. tanpa mereka tahu apa sebenarnya yang pernah dan telah terjadi. 

mengapa kadang-kadang ada rasa benci pada kehidupan sendiri. Ya Allah,ampunkan aku. 

Thursday, April 12, 2012

sketsa tutorial torts (aku stress)


alkisahnya,ade la tiga org ni,Bob,Mat dan Din,diorang bekerja sesame kat kilang letrik kepunyaan Syed. time tgh keje tu,Mat pergi keluar ke bangunan sebelah sbb nak ambik barang sikit. tetibe time dia tgh ambik barang kat bangunan sebelah tu,dia dengar bunyi letupan dari tempat kawan2 dia yg lain tu tgh keje. letupan tu menyebabkan kawan dia,Bob,terbunuh. dlm erti kata lain,MATI la kan. masa kejadian tu berlaku,ade sorang pekerja kilang yg bertugas sbgai first aid worker kat kilang tu pergi tolong Bob. tp apekan daya,Bob mati jugak. mayat Bob dikenalpasti di bilik mayat oleh ayah dia,Arif. tapi mak dia tak mampu nak pergi tengok mayat Bob sbb dah hancur. Letupan tu berlaku di bawah tanggungjawab Syed,empunya kilang.

Nasihatkan semua pihak,siapa yg suffered physical illness/nervous shock,sama ada mereka boleh menyaman Syed. 

Jawapan lawyer buruk.

Mat.
Kalau dia claim for physical illness aka nervous shock,cam tak logik je. dia bukan tengok depan mata pun time incident tu berlaku. dia kan kat bangunan sebelah. cam kes Bourhill vs Young la. kan dia tak dpt claim for physical illness sbb dia tak tgk kejadian tu depan2 masa kejadian tu berlaku. dia just dgr accident tu dari jauh. 

Mimi.
Mimi ni ase2 ley claim kot. sbb dia mmg ade kat tmpt kejadian time tu. tambah2 dia ni rescuer. a professional rescuer sbb dia pekerja kilang tu and mmg tugas dia kena tolong Bob ni. kalau dah dia tgk badan Bob tu hancur,logik gak la dia suffer nervous shock. 

ayah and mak Bob.
ni tak boleh claim jugak kot. sbb diorg bukan tgk depan2 time kejadian. depa tgk time da jadi mayat. so tak boleh la nak kata ni kes under immediate aftermath. mmg ada love and affection between them,tp dorg akan fail kot test of foreseeability.

Syed mmg ade owes duty of care kat depa sume ni as tu kilang Syed,so dia mesti bertanggungjawab memastikan sume peralatan berada dlm keadaan yg baik utk keselamatan pekerja2 dia. bila dh incident mcm ni happens,maybe ad something lack dlm peralatan letrik kilang tu. so dia dah breach duty of care. 

eh mende aku ngarut ni?? kompem salah teori lawyer buruk aku. arggghh tensen la jawab kes2 ni sume. ade ke lawyer boleh 'ase2'. patut kena yakin and tepat. haishhh,taper2,baru lg kan wani. try je. lame2 mahir la kot. 

oke fine,nangis. baru nak study for MLS tgk2 ade keje Torts. ape cer ni?? bile aku ada mase nak study nye. test jumaat ni. waaaaaaaaaaaaa, makkkkk!!! nak balik!!! huhuhuhuhu. T_T

Wednesday, April 11, 2012

tetapkanlah hati kami





Ya Allah,jika benar dia jodoh aku,tetapkanlah hati kami. jagalah hati kami agar tidak terpesong dari lalauanMU. sesungguhnya aku mmg tidak tahu siapa jodohku. teguhkanlah cinta kami kepadaMu. benarkan kami berjalan di atas laluanMu. permudahkanlah apa yg sulit bagi kami.

dia terlalu banyak khilaf. begitu juga aku. pimpin dia Ya Allah. agar dia dapat memimpinku kelak. tetapkan imannya. semoga dia kekal di atas laluanMu.

seringkali kita memikirkan dosa semalam,tanpa pernah memikirkan apa yg harus kita perbaiki demi masa hadapan.

bakal lawyer?


makin lama,makin banyak benda nak kena hafal. makin lama,makin serabut kepala otak dgn term2 law yg sangat complicated. makin lama,makin banyak kes nak kena review.

dan makin lama,makin aku hilang fokus nak study. Tuhan,tolong sedarkan aku,bahawa ini semua untuk masa depanku. sumpah ada rasa nak berhenti belajar and bersenang-lenang kat rumah. kenapa? entahlah. moga Allah tetapkan hati aku kembali. 

seriously,aku dah rasa lain macam. and i really hate this feeling. the feeling when u wanna study but u don't.
sumpah menyampah. ape kena dgn diri ni?? camni ke nak jadi lawyer? haduihh. hilang dah matlamat dan fokus. moga ada la something yg dpt boost my spirit again. 



buruk gila rupa tgh makan mcm budak2. cmni ke bakal lawyer? 
haih wani2.


Monday, April 9, 2012

hilang


semakin masa beredar,semakin aku hilang diri sendiri. kenangan semalam kadang2 terlalu menghiris. kenangan itu membunuh sebuah kehidupan. dan kenangan itu membawa aku jauh ke alam fantasi.

ahh,mukadimah yg mengarut. aku menghilang beberapa hari kerana mak aku sakit. ditahan di wad selama beberapa hari. mendengar saja berita ini drpd ayah,aku menangis. menangis kerana takut. takut akan sebuah kehilangan. emak merupakan segala2nya bagi aku. sejurus mengetahui tentang ini,bersama linangan air mata yg masih bergenang dan teresak2,i call him. with tears,i said,mak masuk spital. dan dia dgn tanpa berfikir panjang,menawarkan utk menghantar aku pulang. 

khamis,aku skip kelas and tutorial utk melawat mak dan menjaga adik2. begitu juga jumaat. dan berterusan sampai sabtu and ahad. utk pulang ke UiTM Shah Alam juga,aku dihantar oleh dia. dia yg seperti my driver. but he's more than that.

who's he? siapa dia dlm hidup aku? persoalan yg aku tak mampu jawab. kadang2 dia yg terbaik,dan kadang2 juga,dia menjadi insan yg paling aku benci. tp dalam kadang2 itu,dia lah insan yg sentiasa ada bila aku amat memerlukan. 

dia mengajar aku sesuatu yg aku tak pernah tahu tentang cinta.



cinta itu ialah..bila kau kena kutuk,kena maki,kena tengking,tapi kau still tolong dia bila dia memerlukan.
cinta itu ialah..bila kau rasa dia dah lupakan kau,bila kau rasa dia dah tak sygkan kau,tp kau lihat dlm dompet dia,masih ada gambar kau.
cinta itu ialah..bila dia tak tergamak meninggalkan kau keseorangan walaupun dia sangat bengang dgn sikap kau.
cinta itu ialah,bila kau rasa hubungan tu dah takde harapan,tp dia masih orang yg mampu buat kau tersenyum,dan memimpin kau tika kau memerlukan seseorang di sisi.
dan cinta itu ialah,bila seseorang itu tahu setiap kelemahan kita,tahu setiap kegemaran kita,tahu setiap tabiat kita,tahu segala sikap kita.

dan cinta itu bila kita buat bnd yg tak masuk akal. 

bila kita sanggup kenalkan dia di depan family and berkata dgn bangganya, "ni la bakal isteri saya". 

you are the first. and i hope you are the last. i don't even know you so well. i don't know who am i to you. i don't know about ur feelings towards me,but i saw something inside you,perasaan sentiasa ingin melakukan yg terbaik buat org yg kamu syg.

cinta itu melalaikan,memusnahkan sebuah kehidupan. tapi cinta juga mengajar kita banyak benda. 

and love make me lost. aku hilang diri sendiri.