Kau kekasih hingga ke akhirnya...

Monday, April 9, 2012

hilang


semakin masa beredar,semakin aku hilang diri sendiri. kenangan semalam kadang2 terlalu menghiris. kenangan itu membunuh sebuah kehidupan. dan kenangan itu membawa aku jauh ke alam fantasi.

ahh,mukadimah yg mengarut. aku menghilang beberapa hari kerana mak aku sakit. ditahan di wad selama beberapa hari. mendengar saja berita ini drpd ayah,aku menangis. menangis kerana takut. takut akan sebuah kehilangan. emak merupakan segala2nya bagi aku. sejurus mengetahui tentang ini,bersama linangan air mata yg masih bergenang dan teresak2,i call him. with tears,i said,mak masuk spital. dan dia dgn tanpa berfikir panjang,menawarkan utk menghantar aku pulang. 

khamis,aku skip kelas and tutorial utk melawat mak dan menjaga adik2. begitu juga jumaat. dan berterusan sampai sabtu and ahad. utk pulang ke UiTM Shah Alam juga,aku dihantar oleh dia. dia yg seperti my driver. but he's more than that.

who's he? siapa dia dlm hidup aku? persoalan yg aku tak mampu jawab. kadang2 dia yg terbaik,dan kadang2 juga,dia menjadi insan yg paling aku benci. tp dalam kadang2 itu,dia lah insan yg sentiasa ada bila aku amat memerlukan. 

dia mengajar aku sesuatu yg aku tak pernah tahu tentang cinta.



cinta itu ialah..bila kau kena kutuk,kena maki,kena tengking,tapi kau still tolong dia bila dia memerlukan.
cinta itu ialah..bila kau rasa dia dah lupakan kau,bila kau rasa dia dah tak sygkan kau,tp kau lihat dlm dompet dia,masih ada gambar kau.
cinta itu ialah..bila dia tak tergamak meninggalkan kau keseorangan walaupun dia sangat bengang dgn sikap kau.
cinta itu ialah,bila kau rasa hubungan tu dah takde harapan,tp dia masih orang yg mampu buat kau tersenyum,dan memimpin kau tika kau memerlukan seseorang di sisi.
dan cinta itu ialah,bila seseorang itu tahu setiap kelemahan kita,tahu setiap kegemaran kita,tahu setiap tabiat kita,tahu segala sikap kita.

dan cinta itu bila kita buat bnd yg tak masuk akal. 

bila kita sanggup kenalkan dia di depan family and berkata dgn bangganya, "ni la bakal isteri saya". 

you are the first. and i hope you are the last. i don't even know you so well. i don't know who am i to you. i don't know about ur feelings towards me,but i saw something inside you,perasaan sentiasa ingin melakukan yg terbaik buat org yg kamu syg.

cinta itu melalaikan,memusnahkan sebuah kehidupan. tapi cinta juga mengajar kita banyak benda. 

and love make me lost. aku hilang diri sendiri. 

No comments:

Post a Comment