Kau kekasih hingga ke akhirnya...

Sunday, April 15, 2012

kosong


jangan biarkan hadirmu sekejap mata
jangan biarkan kebersamaan kita hanya sementara

kata orang,cinta itu sepatutnya menjadi satu perkara yg indah dan tak menyakitkan. kata orang juga,cinta itu buta. aku setuju yg kedua tu. buta dari banyak segi. sbb aku pun buta dalam menilai cinta. tapi aku tak setuju kalau cinta itu selalu indah.

sbb aku selalu mengalirkan air mata untuk cinta. bodoh bukan?

fitrah semulajadi menusia ingin dicintai dan menyintai. untung lah mereka yg kebal,masih menutup pintu hati demi cinta,serius,aku respek mereka ini dan sangat teringin untuk menjadi seperti mereka. apakan daya,hati ini terlalu lemah utk menolak cinta itu hadir.

dan kini,aku merasa betapa cinta itu tak selalu indah. tak selalu membahagiakan. aku kecundang kerana cinta.
entah di mana silapnya,semua yg indah semakin hilang. dan hati aku kosong. eh kalian,sila jangan baca luahan hati aku. mmg tak lama lagi aku nak private ini blog. moga semua cerita hanya menjadi kenangan aku. 

kosong..serius itu yg aku rasakan. 

tak tau la macam mana nak kembalikan semula rasa itu. rasa yg pernah merajai hati. yg pernah membahagiakan. 

tapi.. tapi aku pelik dgn seorang lelaki..
serius aku pelik.

gaduh sikit punya teruk,tapi sanggup buat macam2 utk aku.
sampai kawan aku semua ingat kau la pakwe paling baik,paling penyayang.
aku nak duit beli buku,kau yg bagi.
aku nak balik tengok mak,kau yg hantar.
aku nak duit belanja,kau yg bagi.
aku nak pinjam laptop,kau bg. even kau jenis kaki game,mmg hari2 main laptop.
aku suruh dtg uitm,kau dtg. even kau ckp taknak dtg dah.

pendek kata,kau tunaikan macam2 permintaan aku even hubungan ni tak stabil. mmg lelaki kalau bercinta macam ni ke? atau hanya kamu?

tapi still,aku rasa kosong. 
terlalu banyak salah dan silap dalam hubungan kita.
moga Allah kuatkan jodoh kita.
dan moga Allah buka pintu hati mereka2 itu utk menerima usul kita.
sebab hati dah tak mampu menerima sebuah hubungan yg bersandarkan title 'couple'.

semoga cinta ini bukanlah sebuah nasib.

sekian.


No comments:

Post a Comment