Kau kekasih hingga ke akhirnya...

Sunday, April 22, 2012

ku ceritakan kisah tentang kita



the moment when you fall in love,you will notice that you aren't yourself anymore. you are you,and him.

kita berdua suka sangat makan kfc kan. kalau kuar berdua je,mesti kfc jadi pilihan pertama utk makan. kita dah tau dah menu masing2. awak suka dinner plate,saya nak yg ada nasi. and awak pun dah tahu saya mesti nak order air milo. saya tahu awak mampu habiskan 3 ketul ayam sekaligus,awak perut besar. kadang2 kalau kita tak cukup bajet,kita makan share. awak dua ayam,satu amek satu. tu pun tak habis. kentang kita share berdua. awak suka amek banyak2,saja nak tinggalkan saya sikit je. tapi lepas tu awak bg jugak kat saya.

bila saya minta apa2 kat awak,awak akan cakap,"tgk la". padahal lepas tu,awak akan tunaikan juga setiap permintaan saya. awak,itu sweet. awak jarang kata tidak. melainkan kalau awak betul2 tak mampu nak buat. saya pernah tanya,dulu awak pun pernah buat mcm2 utk ex awak mcm ni ke? awak jawab,tak sama sekali. saya first. awak,kalau awak tipu pun,saya tak kisah,sbb awak mmg dah buat banyak benda untuk saya. yang bg saya,mustahil lelaki lain sanggup buat. sbb awak dan saya,dah jadi satu.

bila kita jalan bersama,awak tak pernah tinggalkan saya kat belakang. kalau awak termaju dua tiga langkah,awak akan toleh ke belakang dan berjalan seiring dengan saya. awak akan ada dengan saya saat saya nak lintas jalan,awak akan bawak barang saya bila saya suruh,awak selalu memudahkan kerja saya. semua benda awak yg buat. awak,itu sweet. terima kasih. 

bila tiba tarikh 10 hb setiap bulan,sama ada awak atau saya,pasti salah seorang dari kita akan ingat tarikh ni. kadang2 awak akan ingatkan saya secara tak sengaja bila saya betul2 lupa. 10 hb tu begitu bermakna buat kita kan awak.

awak,saya tahu kelemahan awak. awak sukar berkata tidak. even bila awak betul2 marah,awak tetap patah balik demi saya. awak takkan terus pergi,awak selalu macam ni. saya tahu. kita pernah beberapa kali putus,tapi awak tak pernah terus pergi. awak datang balik dalam hidup saya. 

kadang2 awak panas baran. tapi marah awak bertempat. salah saya jugak. saya ni pentingkan diri. selalu buat perangai macam2. tp dalam awak marah,awak tak pernah maksudkan semua yg awak cakap. saya tahu,itu semua emosi. tapi awak tak pernah melampaui batas. pernah satu hari kita gaduh teruk,awak kata "dah,ni last kita jumpa,i takkan datang jumpa u dah,fullstop". tapi,awak tetap datang selang tiga hari lepas tu,tolong saya buat assignment. awak,itu sangat sweet. :')

secara tak sedar,saya dah jadi begitu penting dalam hidup awak. sampai kadang2 saya melebihi family awak sendiri. balik je,awak pergi Sungkai,balik je,awak pergi Shah Alam. ayah tanya ke mana,awak jawab,keluar dgn saya. awak bawak saya jumpa ayah awak. makcik,family awak. awak, tak pernah ada seorang lelaki dlm hidup saya sebelum ni yg kenalkan dgn family sendiri "ni la bakal isteri saya". tak pernah. awak yg pertama. dan saya harap awak yg terakhir. 

awak,kalau ini bukan cinta,saya dah tak tahu nak bahasakan apa lagi. cinta + pengorbanan mengatasi kelemahan awak. biar awak bukan yg terbaik,tapi awak yg terindah.

andai bersama awak ada seribu duka,tp di sebaliknya ada sejuta bahagia.

No comments:

Post a Comment