Kau kekasih hingga ke akhirnya...

Friday, May 25, 2012

carilah lelaki yg mampu menjadi sahabatmu



masa aku sekolah dulu, aku fikir aku kenal apa itu cinta. kononnya aku ni dah jatuh cinta la bila first time couple dgn lelaki. masa tu, setakat msg2, bahasa indah2, dah consider as love. umur baru setahun jagung, dah gatai nak bercinta. my fault, i admit. masa SPM, konon dah besar sangat la. konon baru kenal erti cinta sebenar. couple sampai dekat setahun setengah. ada la sikit2 jumpa and belanja makan kat pasar malam. itu pun dah dikira mcm cinta la. my fault again. 

bila dah lepas SPM, kecewa nak mampus bercinta putus tgh jalan. beria janji dgn diri sendiri, lepas ni taknak jatuh cinta dah. tp apa nak buat, tetap jugak ada makhluk2 nak mengorat. kenapa entah. aku pun layan je. sampai aku pernah couple dgn dua tiga orang sekaligus. padahal tak cinta pun, saje nak main2kan lelaki sebab dendam dgn ex pakwe dlu. bodoh nye aku.

lepas tu, time masuk matrik, couple pulak dgn si topek ni. bukan cinta kat dia pun time tu. saje nak mengisi kekosongan dan keboringan hati. tapi.. di sini aku kenal erti sayang. bukan cinta, sayang. aku tak kan pernah kenal erti cinta, sbb bg aku, cinta itu subjektif. banyak cinta. ye, aku mungkin jatuh cinta dgn lelaki ini, tp ada cinta yg jauh lebih agung, so aku taknak guna istilah cinta.

carilah seorang lelaki yg mampu menjadi SAHABATmu. bukan sekadar seorang pakwe yg akan msg kite tiap2 hari, say 'i love you' tiap2 malam. ber'abg syg' 'papa mama' dlm msg. bukan. aku akui, kami pernah buat mcm tu, kami pernah msg 24 jam tiap2 hari, ckp i love you berpuluh2 kali sehari, panggil panggilan sesweet2 ade. kami pernah lalui semua tu. tp semua tu hanya mainan cinta, hanya sekadar alas sesuatu yg dipanggil cinta. cinta bukan semata2 pd romantik, kelembutan and ayat2 bunga2. nope. cinta itu, walau sekasar mana panggilan korang, walau sekerap mana korang gaduh, walau sedasyat mana caci maki, tp tetap dlm hati hanya ada satu nama, yg mana kau org tetap akan melakukan anything utk org yg kau sayang walaupun dia juga org yg menyakiti hati kau.

lelaki ini memainkan peranan seorang abang dan seorang sahabat dlm hidup aku. sampai aku mampu berdiri tanpa kawan2 tp aku tak mampu berdiri tanpa dia. aku mampu keseorangan tanpa kawan tp aku tak mampu keseorangan tanpa dia. noted here, KAWAN, bukan SAHABAT. sudah pasti aku juga tidak mampu berdiri keseorangan tanpa sahabat2 aku. tp satu yg pasti, aku masih mampu berdiri tanpa dia tp sama sekali tidak mampu utk berdiri tanpa KELUARGA aku.

baru2 ni dompet aku hilang. sekali dgn IC and kad ATM aku dan duit aku beratus2 lesap mcm tu je. aku akui, mmg salah aku. pertama kali sedar dompet aku hilang, aku cuba bersangka baik. mungkin tercicir or anything. masa tu, topek kata dia dah nak bertolak balik perak dr KL. sbb dia nak jumpa kawan baik dia. dan2 time tu aku sedar dompet aku hilang. then aku call dia immediately and mengadu kat dia, aku suruh dia hold dulu jgn gerak sampai aku jumpa dompet aku. puas aku cari, satu bilik aku geledah, sampai tempat makan terakhir aku beli makanan pun aku pergi tanya. and then, aku dpt tahu dompet aku dicuri bila roomate aku pun hilang dompet dia. masa tu, mengalir air mata aku. first thing aku buat, aku call bank islam, tanya berapa balance duit dlm akaun aku. lesap habiss. masa ni dah laju gila air mata mengalir. terus aku call mak, mak suruh mntak tolong kawan2 or sesape utk aku settle hal ni. hanya seorang insan terlintas dlm fikiran aku, "abg". aku terus call dia, suruh dia datang shah alam skrg jugak. 

and he came. he was the one who took me to the police station, who help me doing the report, who help me by giving me some pocket money, who stand by me no matter what, who took me to the JPN, buat ic baru, then bwk pergi bank, buat report, then bwk lagi pergi cari barang2 yg aku nak, then bila aku nak tenangkan fikiran, teman aku dok kat taman tasik shah alam tuh, and mcm2 lagi. dgn dia, aku rasa masalah2 aku hilang seketika. dgn dia, aku mampu bergelak tawa dgn perangai dia yg suka mengusik, suka bergurau, suka ckp aku mcm2, dgn dia, kami mampu bergaduh dan bergelak tawa dlm masa yg sama. dgn dia, aku mampu ckp ape je aku nak, kami mampu maki sesama sendiri, bersembang mcm kawan, aku kau bagai. 

he was my saviour. orang yg ada di sisi aku bila family aku jauh dr aku. orang yg mainkan peranan penting dlm hidup aku. dia lah abang, dia lah sahabat, dia lah bakal suami insyaallah. aku tak tahu mcm mane nak berterima kasih pd dia dah. bak kata sahabat aku "kalau kau tak hargai lagi lelaki mcm ni hadir dlm hidup kau, mmg aku lekuk2 kepala kau, hantuk2 kepala kau".

aku merancang...namun aku tidak pernah lupa yang DIA yang diatas sana juga sedang merancang.malah perancanganNYA yang terbaik untukku..


aku cuba berfikiran positif atas apa yg terjadi padaku. mungkin semua ini hanyalah ujian kecil dr Allah S.W.T utk menguji aku, utk menguji kesabaran dan keimanan aku. mungkin Allah ingin memberi pengajaran padaku. dan Alhamdulillah, aku mulai redha dgn apa yg berlaku. walaupun aku masih trauma lagi melihat mesin atm, lihat resit transaksi atm aku lama2 dlu, tp selalu aku ckp dgn diri sendiri, dah memang bukan rezeki aku utk guna duit tuh, redha je, Allah pasti gantikan sesuatu yg lebih baik. 

dan melalui ujian ini, aku mengenali siapa yg sebenarnya sentiasa ada di sisi aku utk membantu aku time aku susah. aku belajar utk menghargai. aku belajar utk lebih bersyukur dgn kehadiran dia dlm hidup aku. 
dan aku perlu lebih kuat dlm menghadapi ujian hidup. pengalaman mendewasakan, INSYAALLAH.


sesekali kita perlu derita,
untuk mengenal erti bahagia
sesekali kita perlu kecewa,
untuk mengenal erti kejayaan
sesekali kita perlu menangis,
untuk kita syukuri nikmat yang diberi
dan sesekali kita perlu terhiris,
untuk kita kenal diri sendiri.

tak mudah utk menjadi kuat di saat lemah
tak mudah utk sabar di saat resah
tak mudah utk gembira di saat sedih
namun tidaklah SUSAH mengangkat tangan 
utk memohon kpd ALLAH dan berdoa padaNya. :')

Wednesday, May 23, 2012

terima kasih abang. terima kasih sangat2. :')



kali ni aku rasa nak peluk2 abang aku sorang tuhhh. siess doh, abang yg dah bukan mcm abang. dah lebih kepada peranan seorang suami. 

hari ni, 23 May 2012, dompet aku hilang. beserta IC and kad atm. and my savior, is my only BF. yg tolong aku. yg bantu aku. yg ada dgn aku saat aku susah. aduhh, klu la parents aku tak boleh mengerti lagi apa yg lelaki ni da pernah buat utk aku. bukan sikit, banyak. sangat banyak.

he give me RM350 utk aku belanja sbb aku mmg dh kering. duit aku lesap abis. dia yg bawak aku pergi balai polis, then pergi IPD sbb aku punya kes berat sikit dr roomate aku. dia jugak yg blanje aku makan, bg duit tambang bas. semua dia. 

dia tu penyelamat bila aku susah, teman yg tak pernah pergi bila aku susah, bukan hanya teman ketawa. dia tu, satu2nye lelaki yg sukar berkata tidak utk semua kemahuan aku. dia tu, insan yg istimewa dlm diri aku. dia tu orang yg selama ni aku bergantung harap. yang penuhi segala keinginan aku tatkala aku tak dpt apa yg aku inginkan. orang lain tak payah nak menyibuk, PLEASE SEDAR yg dia tu bukan milik kamu. milik aku.

selama ni, dia bg ape yg aku nak. bila aku nak beli baju pun, dia yg bg duit. minggu ni, minggu lepas, dua minggu lepas, dan bbrape mggu yg lepas, mmg byk gila duit dia abis kat aku. lepas tu ada plak orang lain nak dok mintak duit dia. mmg tak arrrr. dia dok tanggung aku., nak suh dia tanggung kau pulak? byk cantikk.

haih, ari tu dah dok berbincang face to face dgn ayah dia. ayah dia tanye pasal kami. topek berkeras ckp, dia faham apa itu amanah, tanggungjawab, dan dia sanggup pikul amanah tu, asalkan parents beri kepercayaan pada dia, beri kepercayaan pada kami. and his dad suruh dia laksanakan misi yg arwah mak dia nak, ntah, aku pun tak berapa paham. tp yg pasti, his dad dah mula merestui. now tunggu my dad and my mum, moga terbuka pintu hati mereka utk menghalalkan hubungan kami agar tidak jauh menyimpang dari landasan Islam. 

terima kasih abang. atas segalanya. jasamu dikenang sampai akhir hayat.

* i won't forget that night. 



Monday, May 21, 2012

tidakkah mereka mengerti dunia kini



hari tu, masa modul Kemahiran Insaniah di fakulti kami, iaitu Fakulti Undang-undang UiTM Shah Alam, our facilititor who is a lecturer here tell us some stories. stories yg buat aku bukak mata luas2 bahawa masa dunia akhir zaman ni, even perkara yg MUSTAHIL boleh berlaku.

seperti yg diceritakan..

Nora (bukan nama sebenar) adalah pelajar semester 3 Fakulti Undang2. dia budak BLS. BLS tu Bachelor of Legal Studies. kos yg aku amek skrg ni la. Nora ni budak pandai. pointer 3.8. ok, Nora ni dia bercinta dgn tukang masak kat gerai makan depan kolej kami. satu hari tu, dia balik kampung. tinggal laptop dlm bilik. then roomate dia nak pinjam laptop nak buat assignment. so dia pun bg la. then tanpa diduga tanpa disangka, roomate dia terjumpa video SEKS diorang dlm laptop tuh. video Nora and pakwe dia si tukang masak tuh.
roomate dia ni bagi la kat Ketua Program. then ahli lembaga fakulti panggil parents perempuan tu nak maklumkan tentang kejadian ni. at first, parents dia tak percaya langsung, mati2 diorang pertahankan yg anak diorang tak buat benda2 ni semua. then fakulti tunjuk video tu depan2 parents dia, on the LCD screen. bayangkanlah betapa hancur luluhnya hati mak ayah tengok kelakuan anak sendiri mcm tu. punah segala kepercayaan yg diberi. mak dia tak henti2 menangis melihat perangai anak yg merupakan pelajar terbaik dgn pointer 3.8. 

parents, if you love your daughter, please mengerti dunia zaman skrg dah tak sama mcm dulu. even pelajar yg sangat pandai, or anak yg sangat baik yg solat 5 waktu tak tinggal pun mampu terjebak dlm perkara2 sebegini. nafsu tak mengenal sesiapa. jangan setelah terjadi, baru menyesal. masa tu, dah tak guna. dah tak guna. 


ganjaran bulan Rejab



Hari Selasa, 22/5/2012 bermula 1 Rejab, jadi malam ini adalah malam 1 Rejab 1433 Hijrah. Imam Syafiie rahimahullah berkata, ada 5 malam dalam setahun dimana Allah SWT bukakan pintu langit dan salah satunya adalah malam 1 Rejab.

Jadi malam ini perbanyakkanlah doa moga mudah-mudahan Allah SWT mengampunkan dosa-dosa kita, memakbulkan doa-doa kita pada malam 1 Rejab. Antara lain yang kita boleh lakukan dalam bulan Rejab ialah, perbanyakkan Istighfar, minta ampun daripada Allah SWT dan yang paling bagus sekali Istighfar adalah "Sayyidul Istighfar" bermula dari esok malam. Bulan Rejab dikenali sebagai bulan Istighfar.

Sabda Rasulullah SAW - "Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah SWT akan muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat"

1. Kemuliaan bulan Rejab dengan adanya malam ISRAK MIKRAJ, Syaaban dengan malam NISFU SYAABAN dan Ramadan dengan LAILATUL QADAR.

2.Malam awal bulan Rejab adalah mustajab do'anya. ( Dalam Kitab Raudhoh Iman Nawawi)

3. Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga tertinggi (Firdaus). Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.

4. Puasa 3 hari pada bulan Rejab dijadikan parit yang panjang, yang menghalangkan dia ke neraka (panjangnya setahun perjalanan).

5. Puasa 4 hari pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajal di hari kiamat.

6. Puasa 5 hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur. Puasa enam hari pada bulan Rejab, keluar kubur bercaya muka.

7. Puasa 7 hari pada bulan Rejab, ditutup daripada tujuh pintu neraka.

8. Puasa 8 hari pada bulan Rejab, dibuka baginya lapan pintu syurga.

9. Puasa 9 hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu, MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAH, maka tidak ditolak dia dari memasuki syurga.

10. Puasa 10 hari pada bulan Rejab dijadikan dua sayap, terbang seperti kilat di atas Titi Sirotalmustaqim di hari kiamat.

11. Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.

12. Puasa 19 hari pada bulan Rejab, dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Ibrahim AS dan Nabi Adam AS

13.Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu.

14. Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Quran atas segala Qalam.

15. Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya seperti puasa sebulan pahalanya.

16. Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebiji roti.

17. Sesiapa bersedekah pada bulan Rejab seperti sedekah 1000 Dinar (4.25 kg emas), dituliskan kepadanya tiap sehelai bulu roma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat, dihapus seribu kejahatan.

18. Setiap sehari puasanya pada bulan Rejab dan sedekahnya pada bulan Rejab seperti ibadat seribu Haji dan Umrah. Dibina mahligai seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali. Bulan Rejab bulan Allah.

19. Bersedekah pada bulan Rejab, dijauhkan Allah daripada api neraka kerana kemuliaan bulan Rejab, Bulan Allah.

20. Allah jadikan di belakang bukit Jabal Qar bumi, yang putih yang penuh dengan Malaikat dengan panji-panji berhimpun pada tiap malam Rejab meminta ampun oleh mereka kepada Umat Muhammad. Allah menjawap: Telah aku ampunkan mereka!

21. Barangsiapa meminta ampun (beristighfar) kepada Allah pagi dan petang 70 kali atau 100 kali, pada bulan Rejab di haramkan tubuhnya daripada api neraka.

22. Sesiapa berpuasa sebulan pada bulan Rejab, Allah berseru kepadanya: 'Telah wajib hakmu atasKu, maka mintalah olehmu kepadaKu. Demi ketinggianKu dan kebesaranKu, tidak Aku tolakkan hajatmu. Engkau adalah jiranKu di bawah `arasyKu, engkau kekasihKu daripada segala makhlukKu, engkau terlebih mulia atasKu. Sukakanlah kamu, tiada dinding antaraKu dan antara kau'.(dari kitab Raudatul Ifkar)

23. Puasa pada 27 Rejab seperti berpuasa enam puluh bulan pahalanya. Jika disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun, kerana kebesaran hari ISRAK-MIKRAJ.

24. Siapa melapangkan kekeruhan, kesusahan, kesempitan orang mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya Mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus.

25. Siapa berpuasa tiga hari pada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya (berjaga), seperti dia berpuasa 3,000 tahun. Diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar
nyawanya daripada jasadnya, 70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Quran dinaik ketika berlalu di Titi Sirotalmustaqim.

MASYAALLAH, BESARNYA GANJARAN BULAN REJAB

Friday, May 18, 2012

dah bersedia ke aku?



hari ini, 18 Mei 2012. umur aku dah 19 tahun 5 bulan. tak lama lagi bakal menginjak ke usia 20. hari ini, aku merupakan pelajar universiti, seorang MAHASISWA. hari ini, aku belajar erti hidup, aku belajar berdikari tanpa mak ayah, aku belajar mengurus wang sendiri, aku belajar buat semua benda sendiri. 

hari ini, 19 tahun yg lalu, aku masih seorang bayi yg asyik menangis setiap malam. yg tak pernah kenal erti masalah, yg masih terlalu mentah utk belajar erti hidup. syukur aku ada mak dan ayah. yg menjaga dan mendidik aku sedari kecil. mak dan ayah yg membentuk aku menjadi seperti sekarang. tanpa mereka, aku bukan Nurul Azawani yg merupakan mahasiswa Fakulti Undang-undang UiTM Shah Alam.

tapi hari ini, saat aku merangkak utk belajar menjadi dewasa, nak tak nak, aku terpaksa melalui fasa2 kehidupan yg aku tak pernah lalui sebelum ni. aku terpaksa belajar berkomunikasi dgn mereka2 yg begitu asing bagiku, yg bukanlah mak dan ayahku. siapa? mak dan ayah keluarga dia. dia itu siapa? bakal suami. 

nak kata awal sangat, umur aku dah nak mencecah 20. mmg patutlah kalau dia bawak aku jumpa family utk kenalkan aku kat family dia. lagipun, mmg ayah dia yg mintak nak jumpa. tapi, aku sendiri tak pasti sama ada aku dah bersedia ke belum utk semua ni. pertemuan pertama aku dgn ayah dia dulu, betapa dlm keadaan yg sangat tak ready. tiba2 je masa aku pergi melawat kubur arwah mak dia dgn dia setahun yg lepas, dia ckp "jum jumpa ayah, ayah nak jumpa". betapa aku sangat tak ready, sangat reluctant to meet his dad, sangat belum cukup ilmu nak bersembang dgn orang tua. tua? ayah dia sebaya ayah aku je. tapi kira tua la tu. 

dan sekarang, ayah dia nak jumpa aku lagi. jumpa kami. aku tak tahu sbb apa. 
dan aku sendiri tak pasti aku dah bersedia ke belum utk semua ni.
aku selalu rasa diri aku ni budak2 lagi. aku selalu rasa aku belum ckup matang utk semua ni.
tapi aku lupa, masa kian berlalu pergi. dan kini aku sudahpun mencecah 20 tahun.
satu tahap di mana aku kian meninggalkan zaman remaja.

* it's funny when u have conversation with your boyfriend using 'aku' and 'kau' in the message and frequently said "bodoh la kau ni" and when u meet him, he eventually called himself 'abg' and call you 'syg'. lesson - words do not indicate love. =,=

Thursday, May 17, 2012

ketika aku mencari kesalahan kamu



kalau ada seorang lelaki, yang tiba2 hadir dlm hidup kau
yg tiba2 boleh menyayangi diri kau seadanya
yg boleh terima setiap kekurangan kau
yang sanggup kena marah dgn kau hari2
yg sanggup msg kau 24 jam even time tgh main game
yg sanggup ulang alik dari sungai petani ke kulim semata2 utk teman kau beli syampu and sabun
yg sanggup bawak kau jalan2 pergi Penang even assignment melambak2
yg sanggup datang dari Kedah ke KL time kau nak masuk U
yg sanggup turun ke KL lg sekali semata2 utk teman kau beli buku, bukan setakat teman, malah guna duit sendiri utk belikan buku AWEK, bukan ISTERI
dan buku tu bukan harga sepuluh dua, mencecah dua ratus

kalau tiba2 dlm hidup kau, kau menemui seseorang yg sanggup penuhi most of your wish
yg sanggup bawak kau pergi bercuti bila kau nak
yg sanggup keluarkan duit beli keperluan kau
yg sanggup ikut segala keinginan kau
bila kau sakit, ada yg sanggup belikan KFC sbb kau nak sangat, padahal time tu dia berada 80km dr tempat kau
bila kau nak tgk wayang, sanggup datang time baru habis keje, belanja kau tgk citer yg kau nak sgt tengok
bila kau nak makan chicken chop lepas habis tgk wayang, sanggup kua duit dr ATM utk belanja kau,
malah belikan baju utk kau
bila kau nak air, nak makanan, nak anything, sanggup beratur pergi belikan, tak pernah mengeluh walau sekali
bila kau nak balik, sanggup antar kau balik perak, walaupun time tu dia belajar, kerja
bila mak kau sakit, dia yg kau telefon dulu, dia yg offer utk hantar kau balik, dia yg susah payah 
bila kau nak isi PTPTN, dia yg isi segala borang, dia yg jumpa mak ayah kau, mintak sign semua, dia yg fotostat surat beranak adik2 kau, dia yg uruskan dokumen2 penting
bila kau nak topup, dia topupkan utk kau, walau dlm tgn dia hanya tinggal rm5 utk makan
bila kau nak beli baju, tudung, ada yg sanggup teman kau walau berjam2
ikut setiap langkah kau hanya kerana nak puaskan hati kau

kalau satu hari dlm hidup kau, ada lelaki yg bawak kau jumpa mak ayah dia,
yg kenalkan kau kat seluruh family dia
yg tanpa segan silu mempekenalkan kau sebagai bakal isteri
yg bawak kau jumpa nenek 
yg bawak kau jumpa makcik
sampai satu family dia dah tahu pasal kau
dan dgn bangganya bercerita "dia ni bakal lawyer"

kalau satu hari dlm hidup kau, kau lihat seorang lelaki hampir menjatuhkan ego depan kau
sebab tak tahan dgn setiap kata2 kau
kau lihat sendiri bagaimana seorang lelaki hampir menitiskan air mata
sebab terpaksa tahan dgn perangai kau, tahan segala tuduhan kau
kau lihat sendiri bagaimana seorang lelaki yg selama ni penuh gelak tawa, penuh gurauan, tak pernah sedih depan kau, dan tiba2 satu hari, jatuh ego seorang lelaki disebabkan kau yg tak reti menghargai
depan mata kau, kau lukakan hati orang yg sangat menyayangi kau
hingga dia melafazkan "kau tak reti bezakan antara kaca dan permata."

kalau hadir seorang lelaki macam ni dalam hidup kau.
adilkah kau menghukum dgn sedikit kesilapan?
adilkah kau menyiksa hanya kerana sedikit kesalahan yg mana dia sendiri telah memaafkan kau atas kesilapan lalu.
adilkah??
adilkah kau menempelak hanya kerana dia tak balas msg kau?
adilkah kau melawan hanya kerana dia tak mampu nak penuhi keinginan kau?

ketika aku mencari kesalahan kamu, aku lupa setiap kebaikan kamu
ketika aku memarahi kamu, aku lupa setiap pengorbanan kamu
dan ketika aku mengatakan aku sangat bencikan kamu, aku lupa sebenarnya aku sangat menyayangi kamu..

kau menggantikan kasih sayang yang aku kurang
kau menggantikan apa yg aku tak pernah ada sebelum ni
kau bagi kegembiraan dlm hidup aku, yang tak pernah aku kecap sebelum ni
walaupun kau juga bagi kesedihan, tp itu tak setanding kebahagiaan yg kau pernah beri
terima kasih wahai lelaki
mungkin aku terlalu dekat dgn kamu, tp hakikatnya aku tak pernah cuba memahami kamu

dan betul kata seorang kawan aku "manusia bernama Taufiq tu dah banyak menjatuhkan ego dia untuk kau".




Wednesday, May 16, 2012

cinta tu tak kejam



kalau aku tahu begini sakitnya menyintai dan dicintai,
pasti aku tak akan buka hati ini utk sesiapa,
kalau aku tahu begini kesudahannya,
pasti aku tidak akan mulakan cerita cinta ini,
dan kalau aku tahu kau mmg bukan utkku,
pasti aku tidak akan ikhlas menerima kehadiranmu.

kalau satu hari kau memerlukan aku,
kalau satu hari kau memikirkan aku,
kalau satu hari kau teringat sesuatu tentang aku,
tapi saat itu aku sudah tidak lagi ada disisimu,
ingatlah aku sebagai insan yg pernah sangat menyintaimu.
yang pernah korbankan segalanya utk kau.

kalau satu hari kau bertemu cinta lain,
kalau satu hari kau bertemu gadis yg lebih baik,lebih sempurna,
kalau satu hari kau bertemu seseorang yg sangat memahami kau,
aku gembira dan bahagia,
kerna akhirnya orang yg aku sayang itu menemui kebahagiaan dlm hidupnya.



Monday, May 14, 2012

lelaki dgn perempuan mmg tak boleh berkawan ke?



semalam aku singgah kedai pakcik bf aku tempat dia keje. masa tu ada seorang pakcik ni dia supplier barang. dia datang nak tukar barang kat kedai bf aku tu. aku pulak tgh dok situ smbil tunggu topek keje, aku dok study  
arab sbb esoknye aku ada test arab. tetibe pakcik tu ramah plak dok tegur aku, "kawan dia ni ke?" dia ni tu merujuk pada topek la, bf aku. then aku angguk. dia tanye "keje mane?" ade ke keje mane. aku tgh dok study tuh. then aku jawab la "takde la, study lagi". then pakcik tu tanye "study kat mana?" aku jawab "uitm shah alam". then dia tanye pulak lagi. "amek k0s ape?" aku pun jawab la "undang-undang". tetibe riak muka pakcik tu macam berubah. "wahhh, bakal peguam la ni? spm dapat berapa?" aik?? tetibe tanye spm aku pulak. aku pun jawab la "7a je". skali lagi pakcik tu buat muka cam terkejut. "wah,mmg budak pandai la ni." aku mcm what the? bese je kot. dia tanye lagi "kenapa tak masuk UM?" amboi2 pakcik, ingat uitm tak bagus ke. aku pun dgn bangganye jawab "sbb fakulti undang2 UiTM yang terbaik kat Malaysia ni." dia pun senyum. haha.

pastu tetibe dia tanye. "ni kawan ke pakwe ni?" aku pun tersenyum2 tersipu2 ler. pakcik ni, pandai aje teka. haishh. mmg nampak sangat ke macam couple? ckp adik tak leh ke? huhu. aku pun jawab "tanye dia la pakcik". pakcik pun pandang topek then kata "kalau pakwe, baik cepat2 kahwin kan, nanti melepas, buat apa tunggu lame2." pastu topek dgn selambanyer kata "tunggu undangan nanti pakcik". haha. mengong r topek nih. 

apasal pakcik tu boleh teka kami ni ada hubungan? adess. kawan je mmg takleh ke? agaknye mmg boleh agak kot.

=,="

me at his work place. study ke amek gmbq? =,="

Saturday, May 12, 2012

life is not easy



i can't sleep. it's two a.m already. plus hujan lagi, mmg terbaik lah apa aku rasa. today agak malang sikit lah nasib, b0leh pulak android kesayangan aku jatuh. abih retak skrin dia. T_T apa boleh buat, bnd dah jadi. aku ni suka act cool. buat mcm takdak apa. ada la jugak rasa kesal sikit, tp nak buat cmne. dah Allah takdirkan bnd ni nak jatuh. redha je la. redha itu kunci kesabaran.

hmm. life dah agak berubah sejak lepas matrik ni. banyak benda dah lain. alam degree sangat berbeza. sangat2 berbeza okey. entahlah,kadang2 rasa macam dah tak mampu nak tahan. dengan nak fikir soal duit lagi, sola pelajaran lagi, soal cinta lagi. haih. sepatutnye soal cinta tu tak wujud pun. tp apekan daya, dah terbabas bercinta time kat matrik dulu. 

benda pertama paling aku risau, pelajaran aku. entah lah, dgn masalah2 sampingan ni , buat aku rasa aku tak berapa nak fokus dalam study. aku study last minit giler. paling aku rasa nak nangis, masa first test hari tu. test Malaysian Legal System. aku ni dah la takde basic law, so aku mmg tak berapa reti nak faham and jawab soalan tuh. seriusly, dpt je kertas soalan, aku blur giler k0t. blur bukan sbb aku tak hafal fakta and sejarah, tapi sbb aku tak faham soalan tuh and aku tak reti cara nak jawab. cam ntahape2 kan, cam bodoh gile aku rasa, sbb aku mmg hafal segala mcm apa yg lecturer ajar, cuma aku tak reti nak apply dlm question. what a waste. mmg aku terpesong habis test MLS. sampai aku rasa nak nangis time test tuh. tgk kawan jawab kemain panjang giler, tp aku, takdak idea nak jawab apa. buntu and blur sangat2. dan aku mmg sangat yakin, aku fail test ni. redha je la. mungkin pengajaran buat aku, suruh aku study lebih sikit for MLS.

for second test, test Tort, yg ni Alhamdulillah, sbb Tort mmg aku agak faham dan aku reti cara nak jawab dlm exam. soalan dia pun straight to the point x mcm soalan consti and MLS. T_T yg ni, aku mmg dpt rasa yg aku takkan fail. alhamdulillah, mmg tak fail.

untuk test constitutional law, ini lagi satu aku tak faham soalan and tak berapa reti cara nak jawab. mmg main bantai je time test tuh and main tulis syok sendiri. padahal satu apah tak betul. T_T sedih gila kot. kenapa la dgn aku ni. dulu time SPM kemain aku master soalan sejarah. asyik aku je dpt markah paling tinggi dlm kelas. tiap2 kali ujian, aku je yg dpt duit dari cikgu Aman sbg ganjaran. huhu. tak leh lupa betul. pelik, otak aku ni otak math ke sejarah. T_T

tapi bila aku buat Law ni, adehh. agak complicated ler. even tak sesusah math, tp memeningkan kepala aku jugak la sbb banyak gila bnd nak kena hafal. BANYAK GILA. adeh!!! mmg payah betul nak jadi lawyer. 
ade jugak kadang2 bila tengok kawan2 jawab math, study sains, rasa mcm menyesal tinggalkan sains, tp cepat2 buang perasaan tuh. aku kena istiqamah. sbb ni pilihan terbaik yg aku dah buat. aku nekad dan yakin, mmg Law ni pilihan yg tepat. aku bukannye tak pandai, cuma belum faham konsep sangat. *pujuk diri sendiri. 

moga2 Allah sentiasa bantu aku. aku risau aku tak dpt cope dgn life aku skrg. it's gettin harder and harder. 
sukarnya menjadi dewasa. 

Friday, May 11, 2012

cinta yang halal?



malam ni aku pergi forum 'Apabila fitrah menjadi fitnah'. pasal cinta. ahli panel terdiri drpd ustaz dan ustazah CTU. 

aku selalu baca atau dengar tentang couple tu haram, bercinta la lepas kahwin, menikah itu lebih baik, and bla bla bla. 

the most popular topic nowadays is about nikah khitbah. menikah, tp still mak pak tanggung. utk elak dosa,zina and macam2 lagi. alternatif utk elakkan remaja2 kita lebih hanyut dlm kehidupan duniawi.

persoalannya, the issue is whether, masyarakat boleh terima ke?? boleh ke masyarakat, golongan lebih tua, terima benda ni?

senang je mereka cakap, kawal la, kalau bercinta pun, kawal nafsu, sabar sampai dah habis belajar, kerja, then baru fikir pasal kahwin. 

cakap memang senang. memang senang. suh sabar? suh kawal? theee. dunia sekarang dah lain. dah lain sangat2. 

eh boleh tak just nak halalkan cinta ni?? kenapa ea masyarakat susah sangat nak faham? nak tunggu sampai terlanjur ke baru nak menyesal tak sudah??

jangan terkejut kalau satu hari nanti, kebanyakan anak gadis dah hilang dara. aku berani cakap, kawan aku sendiri pernah confess kat aku, dia pernah terlanjur dgn bf dia. dia budak pandai, solat 5 waktu, tp cinta mengubah segalanya. jangan terkejut kalau satu hari, dunia ni dah penuh dgn maksiat.

nak tunggu cukup duit? berapa banyak maksiat dah dibuat dlm tempoh tu. study pun dah hilang keberkatan. hidup penuh masalah. semua kerana cinta yang tak halal.

kalau dah mampu halalkan, kenapa tak bagi? jangan tunggu sampai terlambat. nafsu tak menanti masa. tak mengenal sesiapa. anak ustaz atau anak pak imam, kalau dah nafsu menguasai diri, terkuburlah sebuah iman.



Thursday, May 10, 2012

10 May - a walk to remember





kadang2 dalam hidup ni, kita akan kenal dgn orang yg kita tak pernah sangka kita akan kenal. atau kita akan rapat dengan orang yang satu masa dulu kita tak pernah jangka pun akan begitu dekat dengan kita satu hari nanti. Allah dah tetapkan sesuatu perkara itu. 

Allah dah tetapkan , pada Januari 2010 kita contact balik. Allah dah tetapkan hati aku utk msg kawan lama yang satu masa dulu ketua kelas aku. bermula dgn hanya tanya khabar, di sinilah bermulanya permainan takdir. 
siapa sangka, siapa duga, Allah pertemukan kita semasa nak amek result SPM, Allah dah tetapkan, kau akan nampak aku pada hari tu, Allah juga yang menggerakkan kita utk telefon each other at that time nak confirmkan  betul ke kita ternampak masing2. dan senyuman tika itu kekal dlm ingatan aku hingga kini.

takdir masih mahu bermain dengan kita. 10 Mei 2010, tepat time aku masuk matrik, kita officially in a relationship. aku malas nak tulis panjang2 cerita tentang kita. dah banyak rasanya dalam blog ni. blog yang mana mmg aku wujudkan utk kita, tengoklah entry pertama aku. semua tentang kita. 

tentang rasa, tentang cinta. tentang takdir yang dah bawak kita sejauh ini. dua tahun berlalu. dua tahun.
pahit manis, suka duka, gelak tawa, semua terpahat dlm ikatan memori. dua tahun kita bermain dengan cinta, sampai kadang2 kita lelah sendiri. namun hubungan belum bisa berakhir. ia kekal bertahan walaupun diuji bermacam2 dugaan.

kalau tahun pertama hubungan kita dulu, kau bawak aku jumpa ur dad. tahun kedua ni, hubungan kita dah menjangkau proses seterusnya. kau dah berani bersemuka dgn my dad, dah berani berbincang tentang kita dgn my mum, dah kenal my adik beradik. and kau juga dah bawak aku jumpa nenek kau, kenal keluarga belah ayah kau. ini step keberapa? 

kadang2 mmg takdir boleh bawak kita bermain lagi jauh, lagi lama, sampai satu masa yang tak pasti. aku tak pasti sampai mana hubungan ni mampu bertahan, dalam keadaan apa ia akan berakhir. suka atau duka. tapi yang pasti, hubungan ini adalah satu perjalanan yang penuh dgn warna warni kehidupan, a walk to remember. kita pilih jalan ini, kita harungi jalan ini, kita lalui suka duka bersama. it was a wonderful experience though sometimes it may be painful. 

perjalanan melihat kehidupan dari sudut yang berbeza. perjalanan membezakan antara sayang dan cinta. perjalanan yang membuktikan cinta memerlukan pengorbanan. dan cinta memerlukan air mata. tak ada bahagia tanpa air mata. melalui perjalanan ini, aku menilai cinta seorang lelaki. yang mana cinta mampu meruntuhkan ego seorang lelaki. mampu membuat air mata seorang lelaki mengalir di hadapan seorang perempuan. 

untuk dia yang pernah hadir, yang pernah singgah, yang masih kekal dalam hati, terima kasih utk sebuah perjalanan ini. a walk that i will remember for the rest of my life. semoga kau untuk aku, dan aku untuk kau. dua tahun yang berlalu, semoga ia kekal terpahat indah dalam memori.

tahun ini kita melakar kenangan. siapa tahu mungkin tahun hadapan kita sudah tiada peluang untuk mengukir memori lagi. appreciate every single moment, they will not come back. 





Saturday, May 5, 2012

going to PWTC with him



hari ni 5 Mei 2012, first time pergi KLIBF that stand for Kuala Lumpur International Book Fair. aku pegi sane dgn abg aku. eh bila masa aku ada abg? kfine, 'abg'. huhu. bt0lak dr shah alam ke KL k0l 10. then jumpa dia kat LRT Masjid Jamek. dari sana,naik lrt putra pegi PWTC. 

sampai2 kat PWTC,pehhh,ramai gila manusia. sumpah ramai gila bersesak2 dlm tuh. mmg tak sesuai la buat kat PWTC. sempit laa. =,=" kalau tak pegang je,mmg hilang la aku tgh2 lautan manusia tu. nasib baik ada dia. huhuhu. dah la jalan dia belit2,aku mane ingat jalan. jalan nak kuar dr PWTC tu pun aku xley ingat. haihh,crowded gila kot. sume org bertolak2. dgn byk rombongan sekolah lg. mmg tak best suasana dlm tuh. sampai time aku dgn dia tgh berhempas pulas nak kua dr tempat tuh,dgr r budak pompan sbelah aku tuh mencarut2, "lancau betul r tmpt nih". adehh,perlu ke nak lancau2??? aku pun rasa jugak apa yg dia rasa. tp xde la sampai nak mencarut kat situ. menjatuhkan maruah diri sendiri jee. 

kat sana aku beli buku Art of Deception,buku pasal penipuan Amerika pd dunia,dia pulak dok amek buku2 free je kat booth kementerian ape ntah. then aku mintak dia belanje nak beli Quran mini tu satu. sbb senang aku nak bawak memane. Alhamdulillah dpt gak satu. then dia belanje buku utk Irah and Aidil,aku pulak belikan buku resipi masakan utk emak memandangkan harga teramatlah murah as ada promosi kat sana. :-D tu je pun,tak byk pun shopping buku. saje nak merasa pengalaman pergi bookfair. 

lepas habis beli,kitorang g KLCC nak makan. lapor. cam bese la,makan KFC. pastu yg bestnye,dia ajak tgk wayang pulak. aku mmg suka bab tgk wayang ni,tp citer omputih la. citer melayu aku mmg taknak,tak best p0n. huhu. td kitorg tgk citer LOCKOUT. best gak. aku syorkan korg tgk. mggu lepas aku tgk The Avenger,ngan abg gak. kat KLCC gak. haha. ttbe dh jadi kaki wayang lak aku nih. tp tak lama pun dpt tgk wayang cmni,lepas ni dia kan dah nak abis cuti,so xdpt la nak kua dgn dia dah. aku kalau nak tgk wayang dgn dia je la pun. T_T xbestnyer pasni dah jauh.

hmm sbnrnye kalau ikutkan,hubungan kitorang ni tgh bermasalah. masa ayah dia antar aku kat stesen ktm ritu pun,aku ada ckp dekat ayah dia,yg hubungan kami tgh ada prob. then ayah dia kata kat aku, masalah paling besar ialah bila kita sendiri taknak menyelesaikan masalah tu. tak lama lepas tu,aku perang besar dgn abg. sampai akhirnya hubungan hampir terputus. aku sendiri dah xtau nak buat apa dgn hubungan kami. tp bila fikir2 balik kata2 ayah dia,bila fikir2 balik hubungan kami ni dah dekat dua tahun,dah sampai tahap jumpa nenek dia,ayah dia,seluruh family dia,aku rasa aku kena selamatkan hubungan ni. aku taknak hubungan ni sia2. aku taknak menyintai seseorang selama dua tahun then pada akhirnya bukan dia yg bakal jadi suami aku kelak. lagipun,hubungan kami ni penuh misteri. misteri yg hanya aku dan dia tahu.

masalah tetap x selesai. sampai hari ni yg kami jumpa ni,actually kami belum pun berbaik. tapi,aku tahu,walau sejauh mana dia sorokkan syg dia pada aku,aku nampak dia masih sygkan aku. kalau tak syg,dia takkan sudi pun nak temankan aku p PWTC tuh. klu tak syg,dia takkan susah payah jaga aku bersesak2 dlm PWTC tuh,mesti dia suh aku p masuk cari buku ape nak then dia tggu je kat luar. dan kalau tak sayang,dia takkan letak gambar aku as wallpaper hp dia. mesti dah lama dia padam gambar aku kalau betul dia x sayang. 

senang je sbnrnye nak menilai kalau lelaki ni sayangkan kita ke tak. syg tak boleh dinilai hanya dgn kata2. tp melalui perbuatan dan juga kata hati. hmm,kalau lah kami mampu halalkan hubungan ni,dah lama kami halalkan. biar segala perbuatan kami menjadi halal di sisi Allah. tp apakan daya,belum terbuka hati mereka2.

thanks dear for today. another 5 days, hubungan kita genap dua tahun. moga kekal selamanya. 

* nak tempek gambaq sat.

PWTC. =)


sunway putra mall.

at stesen LRT masjid jamek

the books. =)




Thursday, May 3, 2012

we have a contract.



malam ni i supposed to study contract law. tp,aku cepat ilang mood. tambah2 bila aku stress,tensen. baru sehelai aku buat mind map,nak hafal elements of contract. tapi lepas tu,aku bukak lappy balik. then tetibe aku main conteng2 kertas. hasilnya,aku dpt note contract. hahaha. hasil contengan aku,dapat la jugak aku mengingat elemen2 contract ni skali dgn definition bagai. nak tengok? silakan. haha. macam budak2.

Elements of contract. 

Offer and acceptance.


Consideration.


Capacity.


Intention to create legal relation.


Free consent.


Certainty.



peringatan,budak law tak pandai nak lukis cantik2 macam budak art. hehe.
sorry la ade grammar mistakes sikit kat aku punya karikatur tu (karikatur ke??kari babas ade la kot),tak sempat nak liquid ke hape,aku ngantok.

pasni aku kena bermesra dgn Contract Act tu kasi paham setiap seksyen dlm tu. haihh,it's all about LAW!!

sekian,terima kasih.

Tuesday, May 1, 2012

Ya Allah,jika dia jodohku,pertahankanlah



seandainya tercatat dia milikku,kurniakan kami kesabaran Ya Allah.
segalanya dah jadi begitu rumit,begitu mencabar.
sampai kadang2 aku rasa mahu lari dari dunia ni. 

aku dah jumpa nenek dia,yg mana dh lame nenek dia mmg nak jumpa aku. 
kat sane aku kenal most of his family. sepupu2 dia,makcik2 dia,pakcik2 dia.
aku belajar cara orang Jawa kenduri.
aku belajar tolong orang kenduri.
aku makan sedulang bersama nenek dia.
dan aku dinasihati oleh nenek dia. disoal siasat oleh nenek dia.
Ya Allah,ini pertama kali dlm hidup aku,aku jumpa family bf aku.
dan pertama kali juga dlm hidup dia bawak gf jumpa family.

setahun yg lalu aku jumpa ayah dia masa anniversary kami.
dan kali ni,bila hubungan dah nak mencecah dua tahun 10 Mei ni,aku dipertemukan pula dgn nenek dia.
hubungan ni makin lama makin serius.
tp kami makin jauh. makin jauh dan terus jauh.

bila kami nak halalkan segalanya,ada je halangan.
sedangkan itu yg terbaik. 
aku tertekan,tensen,stress and mcm2 lagi bila fikir soal hubungan ni.
kalau tak fikir,tak boleh.
mmg otak dan hati tu bagaikan kawan karib.

Ya Allah,jika dia ni memang jodohku,pertahankanlah hubungan sedia ada ini.
jangan biarkan kami buat dosa,tapi akhirnya kami bukan milik masing2.
itu yg mereka taknak mengerti.
itu yg mereka sukar nak fahami.
kenapa disekat sesuatu yg mampu utk kita halalkan??