Kau kekasih hingga ke akhirnya...

Thursday, May 10, 2012

10 May - a walk to remember





kadang2 dalam hidup ni, kita akan kenal dgn orang yg kita tak pernah sangka kita akan kenal. atau kita akan rapat dengan orang yang satu masa dulu kita tak pernah jangka pun akan begitu dekat dengan kita satu hari nanti. Allah dah tetapkan sesuatu perkara itu. 

Allah dah tetapkan , pada Januari 2010 kita contact balik. Allah dah tetapkan hati aku utk msg kawan lama yang satu masa dulu ketua kelas aku. bermula dgn hanya tanya khabar, di sinilah bermulanya permainan takdir. 
siapa sangka, siapa duga, Allah pertemukan kita semasa nak amek result SPM, Allah dah tetapkan, kau akan nampak aku pada hari tu, Allah juga yang menggerakkan kita utk telefon each other at that time nak confirmkan  betul ke kita ternampak masing2. dan senyuman tika itu kekal dlm ingatan aku hingga kini.

takdir masih mahu bermain dengan kita. 10 Mei 2010, tepat time aku masuk matrik, kita officially in a relationship. aku malas nak tulis panjang2 cerita tentang kita. dah banyak rasanya dalam blog ni. blog yang mana mmg aku wujudkan utk kita, tengoklah entry pertama aku. semua tentang kita. 

tentang rasa, tentang cinta. tentang takdir yang dah bawak kita sejauh ini. dua tahun berlalu. dua tahun.
pahit manis, suka duka, gelak tawa, semua terpahat dlm ikatan memori. dua tahun kita bermain dengan cinta, sampai kadang2 kita lelah sendiri. namun hubungan belum bisa berakhir. ia kekal bertahan walaupun diuji bermacam2 dugaan.

kalau tahun pertama hubungan kita dulu, kau bawak aku jumpa ur dad. tahun kedua ni, hubungan kita dah menjangkau proses seterusnya. kau dah berani bersemuka dgn my dad, dah berani berbincang tentang kita dgn my mum, dah kenal my adik beradik. and kau juga dah bawak aku jumpa nenek kau, kenal keluarga belah ayah kau. ini step keberapa? 

kadang2 mmg takdir boleh bawak kita bermain lagi jauh, lagi lama, sampai satu masa yang tak pasti. aku tak pasti sampai mana hubungan ni mampu bertahan, dalam keadaan apa ia akan berakhir. suka atau duka. tapi yang pasti, hubungan ini adalah satu perjalanan yang penuh dgn warna warni kehidupan, a walk to remember. kita pilih jalan ini, kita harungi jalan ini, kita lalui suka duka bersama. it was a wonderful experience though sometimes it may be painful. 

perjalanan melihat kehidupan dari sudut yang berbeza. perjalanan membezakan antara sayang dan cinta. perjalanan yang membuktikan cinta memerlukan pengorbanan. dan cinta memerlukan air mata. tak ada bahagia tanpa air mata. melalui perjalanan ini, aku menilai cinta seorang lelaki. yang mana cinta mampu meruntuhkan ego seorang lelaki. mampu membuat air mata seorang lelaki mengalir di hadapan seorang perempuan. 

untuk dia yang pernah hadir, yang pernah singgah, yang masih kekal dalam hati, terima kasih utk sebuah perjalanan ini. a walk that i will remember for the rest of my life. semoga kau untuk aku, dan aku untuk kau. dua tahun yang berlalu, semoga ia kekal terpahat indah dalam memori.

tahun ini kita melakar kenangan. siapa tahu mungkin tahun hadapan kita sudah tiada peluang untuk mengukir memori lagi. appreciate every single moment, they will not come back. 





No comments:

Post a Comment