Kau kekasih hingga ke akhirnya...

Friday, May 25, 2012

carilah lelaki yg mampu menjadi sahabatmu



masa aku sekolah dulu, aku fikir aku kenal apa itu cinta. kononnya aku ni dah jatuh cinta la bila first time couple dgn lelaki. masa tu, setakat msg2, bahasa indah2, dah consider as love. umur baru setahun jagung, dah gatai nak bercinta. my fault, i admit. masa SPM, konon dah besar sangat la. konon baru kenal erti cinta sebenar. couple sampai dekat setahun setengah. ada la sikit2 jumpa and belanja makan kat pasar malam. itu pun dah dikira mcm cinta la. my fault again. 

bila dah lepas SPM, kecewa nak mampus bercinta putus tgh jalan. beria janji dgn diri sendiri, lepas ni taknak jatuh cinta dah. tp apa nak buat, tetap jugak ada makhluk2 nak mengorat. kenapa entah. aku pun layan je. sampai aku pernah couple dgn dua tiga orang sekaligus. padahal tak cinta pun, saje nak main2kan lelaki sebab dendam dgn ex pakwe dlu. bodoh nye aku.

lepas tu, time masuk matrik, couple pulak dgn si topek ni. bukan cinta kat dia pun time tu. saje nak mengisi kekosongan dan keboringan hati. tapi.. di sini aku kenal erti sayang. bukan cinta, sayang. aku tak kan pernah kenal erti cinta, sbb bg aku, cinta itu subjektif. banyak cinta. ye, aku mungkin jatuh cinta dgn lelaki ini, tp ada cinta yg jauh lebih agung, so aku taknak guna istilah cinta.

carilah seorang lelaki yg mampu menjadi SAHABATmu. bukan sekadar seorang pakwe yg akan msg kite tiap2 hari, say 'i love you' tiap2 malam. ber'abg syg' 'papa mama' dlm msg. bukan. aku akui, kami pernah buat mcm tu, kami pernah msg 24 jam tiap2 hari, ckp i love you berpuluh2 kali sehari, panggil panggilan sesweet2 ade. kami pernah lalui semua tu. tp semua tu hanya mainan cinta, hanya sekadar alas sesuatu yg dipanggil cinta. cinta bukan semata2 pd romantik, kelembutan and ayat2 bunga2. nope. cinta itu, walau sekasar mana panggilan korang, walau sekerap mana korang gaduh, walau sedasyat mana caci maki, tp tetap dlm hati hanya ada satu nama, yg mana kau org tetap akan melakukan anything utk org yg kau sayang walaupun dia juga org yg menyakiti hati kau.

lelaki ini memainkan peranan seorang abang dan seorang sahabat dlm hidup aku. sampai aku mampu berdiri tanpa kawan2 tp aku tak mampu berdiri tanpa dia. aku mampu keseorangan tanpa kawan tp aku tak mampu keseorangan tanpa dia. noted here, KAWAN, bukan SAHABAT. sudah pasti aku juga tidak mampu berdiri keseorangan tanpa sahabat2 aku. tp satu yg pasti, aku masih mampu berdiri tanpa dia tp sama sekali tidak mampu utk berdiri tanpa KELUARGA aku.

baru2 ni dompet aku hilang. sekali dgn IC and kad ATM aku dan duit aku beratus2 lesap mcm tu je. aku akui, mmg salah aku. pertama kali sedar dompet aku hilang, aku cuba bersangka baik. mungkin tercicir or anything. masa tu, topek kata dia dah nak bertolak balik perak dr KL. sbb dia nak jumpa kawan baik dia. dan2 time tu aku sedar dompet aku hilang. then aku call dia immediately and mengadu kat dia, aku suruh dia hold dulu jgn gerak sampai aku jumpa dompet aku. puas aku cari, satu bilik aku geledah, sampai tempat makan terakhir aku beli makanan pun aku pergi tanya. and then, aku dpt tahu dompet aku dicuri bila roomate aku pun hilang dompet dia. masa tu, mengalir air mata aku. first thing aku buat, aku call bank islam, tanya berapa balance duit dlm akaun aku. lesap habiss. masa ni dah laju gila air mata mengalir. terus aku call mak, mak suruh mntak tolong kawan2 or sesape utk aku settle hal ni. hanya seorang insan terlintas dlm fikiran aku, "abg". aku terus call dia, suruh dia datang shah alam skrg jugak. 

and he came. he was the one who took me to the police station, who help me doing the report, who help me by giving me some pocket money, who stand by me no matter what, who took me to the JPN, buat ic baru, then bwk pergi bank, buat report, then bwk lagi pergi cari barang2 yg aku nak, then bila aku nak tenangkan fikiran, teman aku dok kat taman tasik shah alam tuh, and mcm2 lagi. dgn dia, aku rasa masalah2 aku hilang seketika. dgn dia, aku mampu bergelak tawa dgn perangai dia yg suka mengusik, suka bergurau, suka ckp aku mcm2, dgn dia, kami mampu bergaduh dan bergelak tawa dlm masa yg sama. dgn dia, aku mampu ckp ape je aku nak, kami mampu maki sesama sendiri, bersembang mcm kawan, aku kau bagai. 

he was my saviour. orang yg ada di sisi aku bila family aku jauh dr aku. orang yg mainkan peranan penting dlm hidup aku. dia lah abang, dia lah sahabat, dia lah bakal suami insyaallah. aku tak tahu mcm mane nak berterima kasih pd dia dah. bak kata sahabat aku "kalau kau tak hargai lagi lelaki mcm ni hadir dlm hidup kau, mmg aku lekuk2 kepala kau, hantuk2 kepala kau".

aku merancang...namun aku tidak pernah lupa yang DIA yang diatas sana juga sedang merancang.malah perancanganNYA yang terbaik untukku..


aku cuba berfikiran positif atas apa yg terjadi padaku. mungkin semua ini hanyalah ujian kecil dr Allah S.W.T utk menguji aku, utk menguji kesabaran dan keimanan aku. mungkin Allah ingin memberi pengajaran padaku. dan Alhamdulillah, aku mulai redha dgn apa yg berlaku. walaupun aku masih trauma lagi melihat mesin atm, lihat resit transaksi atm aku lama2 dlu, tp selalu aku ckp dgn diri sendiri, dah memang bukan rezeki aku utk guna duit tuh, redha je, Allah pasti gantikan sesuatu yg lebih baik. 

dan melalui ujian ini, aku mengenali siapa yg sebenarnya sentiasa ada di sisi aku utk membantu aku time aku susah. aku belajar utk menghargai. aku belajar utk lebih bersyukur dgn kehadiran dia dlm hidup aku. 
dan aku perlu lebih kuat dlm menghadapi ujian hidup. pengalaman mendewasakan, INSYAALLAH.


sesekali kita perlu derita,
untuk mengenal erti bahagia
sesekali kita perlu kecewa,
untuk mengenal erti kejayaan
sesekali kita perlu menangis,
untuk kita syukuri nikmat yang diberi
dan sesekali kita perlu terhiris,
untuk kita kenal diri sendiri.

tak mudah utk menjadi kuat di saat lemah
tak mudah utk sabar di saat resah
tak mudah utk gembira di saat sedih
namun tidaklah SUSAH mengangkat tangan 
utk memohon kpd ALLAH dan berdoa padaNya. :')

No comments:

Post a Comment