Kau kekasih hingga ke akhirnya...

Friday, May 18, 2012

dah bersedia ke aku?



hari ini, 18 Mei 2012. umur aku dah 19 tahun 5 bulan. tak lama lagi bakal menginjak ke usia 20. hari ini, aku merupakan pelajar universiti, seorang MAHASISWA. hari ini, aku belajar erti hidup, aku belajar berdikari tanpa mak ayah, aku belajar mengurus wang sendiri, aku belajar buat semua benda sendiri. 

hari ini, 19 tahun yg lalu, aku masih seorang bayi yg asyik menangis setiap malam. yg tak pernah kenal erti masalah, yg masih terlalu mentah utk belajar erti hidup. syukur aku ada mak dan ayah. yg menjaga dan mendidik aku sedari kecil. mak dan ayah yg membentuk aku menjadi seperti sekarang. tanpa mereka, aku bukan Nurul Azawani yg merupakan mahasiswa Fakulti Undang-undang UiTM Shah Alam.

tapi hari ini, saat aku merangkak utk belajar menjadi dewasa, nak tak nak, aku terpaksa melalui fasa2 kehidupan yg aku tak pernah lalui sebelum ni. aku terpaksa belajar berkomunikasi dgn mereka2 yg begitu asing bagiku, yg bukanlah mak dan ayahku. siapa? mak dan ayah keluarga dia. dia itu siapa? bakal suami. 

nak kata awal sangat, umur aku dah nak mencecah 20. mmg patutlah kalau dia bawak aku jumpa family utk kenalkan aku kat family dia. lagipun, mmg ayah dia yg mintak nak jumpa. tapi, aku sendiri tak pasti sama ada aku dah bersedia ke belum utk semua ni. pertemuan pertama aku dgn ayah dia dulu, betapa dlm keadaan yg sangat tak ready. tiba2 je masa aku pergi melawat kubur arwah mak dia dgn dia setahun yg lepas, dia ckp "jum jumpa ayah, ayah nak jumpa". betapa aku sangat tak ready, sangat reluctant to meet his dad, sangat belum cukup ilmu nak bersembang dgn orang tua. tua? ayah dia sebaya ayah aku je. tapi kira tua la tu. 

dan sekarang, ayah dia nak jumpa aku lagi. jumpa kami. aku tak tahu sbb apa. 
dan aku sendiri tak pasti aku dah bersedia ke belum utk semua ni.
aku selalu rasa diri aku ni budak2 lagi. aku selalu rasa aku belum ckup matang utk semua ni.
tapi aku lupa, masa kian berlalu pergi. dan kini aku sudahpun mencecah 20 tahun.
satu tahap di mana aku kian meninggalkan zaman remaja.

* it's funny when u have conversation with your boyfriend using 'aku' and 'kau' in the message and frequently said "bodoh la kau ni" and when u meet him, he eventually called himself 'abg' and call you 'syg'. lesson - words do not indicate love. =,=

No comments:

Post a Comment