Kau kekasih hingga ke akhirnya...

Thursday, May 17, 2012

ketika aku mencari kesalahan kamu



kalau ada seorang lelaki, yang tiba2 hadir dlm hidup kau
yg tiba2 boleh menyayangi diri kau seadanya
yg boleh terima setiap kekurangan kau
yang sanggup kena marah dgn kau hari2
yg sanggup msg kau 24 jam even time tgh main game
yg sanggup ulang alik dari sungai petani ke kulim semata2 utk teman kau beli syampu and sabun
yg sanggup bawak kau jalan2 pergi Penang even assignment melambak2
yg sanggup datang dari Kedah ke KL time kau nak masuk U
yg sanggup turun ke KL lg sekali semata2 utk teman kau beli buku, bukan setakat teman, malah guna duit sendiri utk belikan buku AWEK, bukan ISTERI
dan buku tu bukan harga sepuluh dua, mencecah dua ratus

kalau tiba2 dlm hidup kau, kau menemui seseorang yg sanggup penuhi most of your wish
yg sanggup bawak kau pergi bercuti bila kau nak
yg sanggup keluarkan duit beli keperluan kau
yg sanggup ikut segala keinginan kau
bila kau sakit, ada yg sanggup belikan KFC sbb kau nak sangat, padahal time tu dia berada 80km dr tempat kau
bila kau nak tgk wayang, sanggup datang time baru habis keje, belanja kau tgk citer yg kau nak sgt tengok
bila kau nak makan chicken chop lepas habis tgk wayang, sanggup kua duit dr ATM utk belanja kau,
malah belikan baju utk kau
bila kau nak air, nak makanan, nak anything, sanggup beratur pergi belikan, tak pernah mengeluh walau sekali
bila kau nak balik, sanggup antar kau balik perak, walaupun time tu dia belajar, kerja
bila mak kau sakit, dia yg kau telefon dulu, dia yg offer utk hantar kau balik, dia yg susah payah 
bila kau nak isi PTPTN, dia yg isi segala borang, dia yg jumpa mak ayah kau, mintak sign semua, dia yg fotostat surat beranak adik2 kau, dia yg uruskan dokumen2 penting
bila kau nak topup, dia topupkan utk kau, walau dlm tgn dia hanya tinggal rm5 utk makan
bila kau nak beli baju, tudung, ada yg sanggup teman kau walau berjam2
ikut setiap langkah kau hanya kerana nak puaskan hati kau

kalau satu hari dlm hidup kau, ada lelaki yg bawak kau jumpa mak ayah dia,
yg kenalkan kau kat seluruh family dia
yg tanpa segan silu mempekenalkan kau sebagai bakal isteri
yg bawak kau jumpa nenek 
yg bawak kau jumpa makcik
sampai satu family dia dah tahu pasal kau
dan dgn bangganya bercerita "dia ni bakal lawyer"

kalau satu hari dlm hidup kau, kau lihat seorang lelaki hampir menjatuhkan ego depan kau
sebab tak tahan dgn setiap kata2 kau
kau lihat sendiri bagaimana seorang lelaki hampir menitiskan air mata
sebab terpaksa tahan dgn perangai kau, tahan segala tuduhan kau
kau lihat sendiri bagaimana seorang lelaki yg selama ni penuh gelak tawa, penuh gurauan, tak pernah sedih depan kau, dan tiba2 satu hari, jatuh ego seorang lelaki disebabkan kau yg tak reti menghargai
depan mata kau, kau lukakan hati orang yg sangat menyayangi kau
hingga dia melafazkan "kau tak reti bezakan antara kaca dan permata."

kalau hadir seorang lelaki macam ni dalam hidup kau.
adilkah kau menghukum dgn sedikit kesilapan?
adilkah kau menyiksa hanya kerana sedikit kesalahan yg mana dia sendiri telah memaafkan kau atas kesilapan lalu.
adilkah??
adilkah kau menempelak hanya kerana dia tak balas msg kau?
adilkah kau melawan hanya kerana dia tak mampu nak penuhi keinginan kau?

ketika aku mencari kesalahan kamu, aku lupa setiap kebaikan kamu
ketika aku memarahi kamu, aku lupa setiap pengorbanan kamu
dan ketika aku mengatakan aku sangat bencikan kamu, aku lupa sebenarnya aku sangat menyayangi kamu..

kau menggantikan kasih sayang yang aku kurang
kau menggantikan apa yg aku tak pernah ada sebelum ni
kau bagi kegembiraan dlm hidup aku, yang tak pernah aku kecap sebelum ni
walaupun kau juga bagi kesedihan, tp itu tak setanding kebahagiaan yg kau pernah beri
terima kasih wahai lelaki
mungkin aku terlalu dekat dgn kamu, tp hakikatnya aku tak pernah cuba memahami kamu

dan betul kata seorang kawan aku "manusia bernama Taufiq tu dah banyak menjatuhkan ego dia untuk kau".




No comments:

Post a Comment