Kau kekasih hingga ke akhirnya...

Saturday, May 12, 2012

life is not easy



i can't sleep. it's two a.m already. plus hujan lagi, mmg terbaik lah apa aku rasa. today agak malang sikit lah nasib, b0leh pulak android kesayangan aku jatuh. abih retak skrin dia. T_T apa boleh buat, bnd dah jadi. aku ni suka act cool. buat mcm takdak apa. ada la jugak rasa kesal sikit, tp nak buat cmne. dah Allah takdirkan bnd ni nak jatuh. redha je la. redha itu kunci kesabaran.

hmm. life dah agak berubah sejak lepas matrik ni. banyak benda dah lain. alam degree sangat berbeza. sangat2 berbeza okey. entahlah,kadang2 rasa macam dah tak mampu nak tahan. dengan nak fikir soal duit lagi, sola pelajaran lagi, soal cinta lagi. haih. sepatutnye soal cinta tu tak wujud pun. tp apekan daya, dah terbabas bercinta time kat matrik dulu. 

benda pertama paling aku risau, pelajaran aku. entah lah, dgn masalah2 sampingan ni , buat aku rasa aku tak berapa nak fokus dalam study. aku study last minit giler. paling aku rasa nak nangis, masa first test hari tu. test Malaysian Legal System. aku ni dah la takde basic law, so aku mmg tak berapa reti nak faham and jawab soalan tuh. seriusly, dpt je kertas soalan, aku blur giler k0t. blur bukan sbb aku tak hafal fakta and sejarah, tapi sbb aku tak faham soalan tuh and aku tak reti cara nak jawab. cam ntahape2 kan, cam bodoh gile aku rasa, sbb aku mmg hafal segala mcm apa yg lecturer ajar, cuma aku tak reti nak apply dlm question. what a waste. mmg aku terpesong habis test MLS. sampai aku rasa nak nangis time test tuh. tgk kawan jawab kemain panjang giler, tp aku, takdak idea nak jawab apa. buntu and blur sangat2. dan aku mmg sangat yakin, aku fail test ni. redha je la. mungkin pengajaran buat aku, suruh aku study lebih sikit for MLS.

for second test, test Tort, yg ni Alhamdulillah, sbb Tort mmg aku agak faham dan aku reti cara nak jawab dlm exam. soalan dia pun straight to the point x mcm soalan consti and MLS. T_T yg ni, aku mmg dpt rasa yg aku takkan fail. alhamdulillah, mmg tak fail.

untuk test constitutional law, ini lagi satu aku tak faham soalan and tak berapa reti cara nak jawab. mmg main bantai je time test tuh and main tulis syok sendiri. padahal satu apah tak betul. T_T sedih gila kot. kenapa la dgn aku ni. dulu time SPM kemain aku master soalan sejarah. asyik aku je dpt markah paling tinggi dlm kelas. tiap2 kali ujian, aku je yg dpt duit dari cikgu Aman sbg ganjaran. huhu. tak leh lupa betul. pelik, otak aku ni otak math ke sejarah. T_T

tapi bila aku buat Law ni, adehh. agak complicated ler. even tak sesusah math, tp memeningkan kepala aku jugak la sbb banyak gila bnd nak kena hafal. BANYAK GILA. adeh!!! mmg payah betul nak jadi lawyer. 
ade jugak kadang2 bila tengok kawan2 jawab math, study sains, rasa mcm menyesal tinggalkan sains, tp cepat2 buang perasaan tuh. aku kena istiqamah. sbb ni pilihan terbaik yg aku dah buat. aku nekad dan yakin, mmg Law ni pilihan yg tepat. aku bukannye tak pandai, cuma belum faham konsep sangat. *pujuk diri sendiri. 

moga2 Allah sentiasa bantu aku. aku risau aku tak dpt cope dgn life aku skrg. it's gettin harder and harder. 
sukarnya menjadi dewasa. 

1 comment:

  1. Assalamualaikum..saya juga student law & baru first year..saya pun menghadapi masalah macam akak.Tak ada basic law dan lagi susah sebab kos law bukan pilihan pertama saya.Harap dapat sesuaikan diri dengan kos ni.Kalau akak ada tips bolehlah share:)..And esok final exam for the last paper, constitutional law....serious dh baca habis tapi tak tahu apa yang dibaca..Banyak betul kena ingat..huhu...Doakan saya:)

    ReplyDelete