Kau kekasih hingga ke akhirnya...

Thursday, June 7, 2012

the moment when you failed





hua hua hua. bila aku cakap aku tak boleh buat, means aku mmg tak boleh buat. so aku mmg dah agak aku akan fail test Malaysian Legal System yg first. aku tak kecewa pun bila dpt markah hari tu, sbb aku mmg dah expect. lagipun, aku tau kenapa aku fail. sebab aku tak hadir kuliah tajuk yang masuk test tuh. tp takpe, aku tak regret pun. sbb aku tak hadir, ada sebab, iaitu sebab aku melawat mak aku yang sakit kat hospital. time tu mak aku sakit, aku pun tak berapa fokus time tu. so, even aku tak berapa faham tajuk tu, it's okey. test je pun. 15% je pun. chillex lah. tak luak mana pun berbanding dgn pergi tgk mak kite kat hospital, tolong jaga adik2 sebab ayah nak keje. itu jauh lg penting. ape2 pun, family first. ilmu bila2 boleh cari, mak ayah, takda galang ganti. :')

so, semalam, masa dpt markah yg mmg aku dah agak, aku pun senyum. teringat masa first time aku fail exam. pertama kali aku FAIL, masa form 4. ujian selaras. aku fail paper add math. bukan setakat fail,aku dpt 0. bayangkan, 0 daripada 100. betapa aku rasa akulah makhluk Allah paling bodoh add math time tuh. kuciwa? nope. aku takkan pernah kecewa hanya kerana aku fail. sebab bagi aku, kalau kita jatuh, bila2 masa kita boleh bangun balik. dan selepas2 itu pun, aku hanya dpt markah cukup2 makan, cam 30 40 camtu, tu pun aku dah bersyukur dah. tapi satu mende paling aku tak boleh lupa, masa cikgu Add Math aku buat target utk berapa kitorang akan dpt dlm SPM nanti. aku hanya di target utk dpt C+. masa tuh aku dah terasa giler2, mentang2 lah markah add math aku dlm exam sebelum2 ni asyik cukup2 makan jer, cikgu just target C+ utk aku?? mmg aku rasa sangat TERCABAR. sangat2 tercabar. 

so a few weeks before SPM, aku yg malas tahap dewa ni, *serius, aku ni mmg seorang pelajar yg sangat malas, sangat2 malas, tp sbb betapa tercabarnya aku, aku buat past year questions sampai lebam. aku habiskan satu buku past year, bukan setakat tu, aku buat latihan2 soalan ramalan. dan akhirnya, usaha aku tak sia2. aku dapat A addmath dlm SPM. sesuatu yg paling2 aku tak jangka dlm hidup aku, aku yg pernah dpt 0 utk addmath, boleh dpt result mcm tu. Alhamdulillah. aku dpt buktikan, walaupun kita ni tak pandai, tp dgn sedikit usaha, INSYAALLAH, kita mampu.

begitu juga masa aku kat matrik. aku selalu fail test and quiz math. math time kat matrik, sies aku cakap, sangat2 susah, berkali ganda lagi susah dari add math time SPM. dgn time lecture aku tak faham apa, dgn tutorial yg tak pernah aku buat, asyik meniru je. so mmg aku agak lembab dlm math nih. first sem, aku dpt B- je utk math. agak kecewa gila la. Bio and Chem kemain A+, tp math menjatuhkan pointer. mmg hancur harapan nak dapat 4 flat. then entah mcm mana, aku idak la usaha sangat tp mungkin sbb seminggu sebelum exam math tu aku mmg kaw2 buat math, sampai kepala aku penuh dgn formula2, lastly, masa keluar result sem 2, menjerit kuat aku  bila tengok math aku dpt A. again, ALHAMDULILLAH. dgn usaha yg sangat sedikit, aku bukan pelajar tegar study 24 jam, nope, aku 24 jam online, tanye roomate aku masa kat matrik, muka aku ni, kalau tak online, tidur, kalau tak tidur, makan. tp mungkin Allah masih bagi peluang utk aku berjaya. syukran Ya Allah.

dan sekarang, aku fail lagi. haihh. tp takpe, kegagalan itu merupakan satu enzyme, yg bakal trigger kita punya reaction. so, even kita gagal, jangan sesekali rasa kita ni bodoh. sbb kalau kita ni bodoh, kita takkan capai tahap ni. :-) berbangga la sikit, tak salah kita bangga sikit, sbb ini atas usaha kita kan. cuma jangan berlagak dan jangan riak. Allah tak suka tahu. anyway, tu lah nak cerita, yg aku fail. muahaha. lagipun, masa jwb MLS ni, ni first time aku jwb test berkaitan Law. so, faham2 je lah. drpd budak bio nak ubah ke Law, amik masa sikit kot. (pujuk hati). and Alhamdulillah, test kedua iaitu test Tort, aku dpt markah agak tinggi la jugak. tak sangka jugak aku. tp rezeki kan. harap2 dpt buat yg terbaik dlm final. bak kata ayah, "jangan study utk mak, jgn study utk ayah, tp study utk diri kitta sendiri, utk masa depan kita sendiri. nanti masa kamu dah berjaya nanti silap2 ayah dgn mak dah takde pun, so masa ni lah kakak nak ubah masa depan akak, belajar sampai berjaya." :') i will dad, i will. even kakak ni malas, kakak ni banyak buat masalah, tp percayalah, akak akan cuba sampai akak berjaya satu hari kelak. INSYAALLAH. 

* syukur sebab setakat ni, aku tak pernah lg fail exam. cuma test and ujian je. betapa besar sbnrnya nikmat yg Allah selalu bg kat kita, kita je sangat jarang utk bersyukur. :'(

tambahkaki : hari tu, tetibe teringin nak teddy bear, so mintak lah dekat org t'syg, ade ke patut katanye "dapatkan pointer 3.5 ke atas dulu final exam ni, bukan setakat teddy bear kecik, yg besar 200rggt lebih tu abg bagi". ciss, mmg taklah la kot utk dpt 3.5 ke atas time degree ni. huhu. kejam2. >_<

1 comment:

  1. hahahaa.. hana pun cam tu gak.. bwu je abis mtrik.. wse da x thn da duk situ.. susah gila bapak math.. diri nie yg da bnci math~ ngee..
    jum ke blog hana plak ;) join segmen tambah follower ;
    http://dhyeahana.blogspot.com/2012/05/saya-mahu-follower-tegar.html

    ReplyDelete